Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Commedia Dell Arte merupakan sebuah bentuk teater yang muncul pada era Renaissance
yang melanda Eropah selepas berlalunya zaman kegelapan di Eropah. Di Itali, pada zaman
Renaissance, Commedia Dell Arte telah muncul dan menvarisaikan seni persembahan seni
yang terdapat di Itali. Commedia Del Arte merupakan drama yang bertahan lama di Itali
iaitu selama 400 tahun. Commedia Dell Arte merupakan drama pertama yang telah
melahirkan ramai golongan profesional dalam bidang lakonan dan membentuk kumpulan
sendiri dan mempersembahkan persembahan teater. Namun, seperti teater-teater lain,
Commedia Del Arte hanya bertahan sehingga abad ke 18.

Commedia Dell Arte memiliki kelainan berbanding drama-drama lain. Kelainan yang ketara
ialah Commedia Dell Arte mempunyai ciri watak yang bersifat stock character. Antara watak
yang terdapat dalam Commedia Dell Arte ialah seperti sepasang kekasih, inamorata lelaki
dan perempuan, watak seorang tuan seperti Pantalone, Capitano, Arlecchino dan watak
orang gaji yang seperti Zanni dan Arlequin.

Di Tanah Melayu, khusunya Pulau Pinang, muncul sebuah teater yang mempunyai sedikit
persamaan dengan teater Commedia Dell Arte. Teater bangsawan mula muncul di Pulau
Pinang pada tahun 1870an. Teater ini dipengaruhi oleh Wayang Parsi atau mendu yang
dibawah masuk ke Pulau Pinang oleh pedagang India. Pada mulanya, teater bangsawan
hanya dipersembahkan untuk pedagang dan pekerja India.

Dalam teater bangsawan, yang menjadi daya tarikan kepada persembahan teater ini ialah
dari segi cara persembahan yang bersifat improviasi seperti mana Commedia Dell Arte selain
stock character yang menjadi daya penarik teater bangsawan. Watak yang selalunya
menjadi tumpuan penonton ialah seperti Orang Muda, Seri Panggung, Jin Afrit, Pelawak
serta beberapa watak sokongan iaitu raja, menteri, pendeta, inang dan dayang, pahlawan
dan askar, dan beberapa watak lain.

Teater ini kemudiannya popular dan mengadakan persembahan di Tanah Melayu dan
Singapura. Daripada tahun 1870an sehingga 1930, sekurang-kurangnya terdapat hampir
lima kumpulan bagsawan yang telah bergerak aktif dalam memajukan teater bangsawan.
Antaranya, Wayang Parsi Amatur (1870an), Mamak Pushi1 (1885), Wayang Stambul (1900 –
1910), Kumpulan Bangsawan Seri Penglipur Lara (1903), The Malay Opera (1914 – 1920)
1
Kumpulan Wayang Profesional yang pertama

1
dan banyak lagi. Sama seperti Commedia Dell Arte, teater bangsawan turut mengalami
zaman kemerosotan selepas mengalami zaman kegemilangan. Pada tahun 1940, teater
bangsawan mengalami zaman kemerosotan.

2
2.0 Persamaan

Walaupun tarikh kemunculan serta lokasi kedua-dua teater ini berbeza, tetapi terdapat
beberapa persamaan di antara Commedia Dell Arte dan teater bangsawan. Dari segi sejarah
penubuhan, kedua-dua jenis teater bermula pelakon yang menubuhkan kumpulan sendiri
dan mempersembahkan teater dari satu tempat ke satu tempat lain. Ciri paling jelas yang
memperlihatkan persamaan kedua-dua teater ini ialah dari segi keupayaan mengimprovisasi
cerita dan watak tanpa skrip. Baik teater bangsawan atau Commedia Dell Arte, kedua-
duanya tidak memliki skrip teater.

Bagi commedia Dell Arte, wujud individu yang memegang peranan sebagai programmester2.
Beliau adalah individu yang mencipta caneva3. Sama seperti teater bangsawan, peranan
programmester sama seperti peranan pengurus atau pengarah yang mencipta rangka cerita.
Bahan-bahan dialog dan gerak seterusnya diisikan oleh pelakon sendiri. Cerita-cerita yang
dipersembahkan walaupun tidak mempunyai skrip sebenarnya telah melalui proses garapan
dan pemilihan dan pelakon telah hafal cerita, pengliran adegan dan dialog. Dengan
perkataan lain, skrip telah disediakan, bukan diatas kertas tetapi di dalam minda dan ingatn
pelakon.

Persamaan yang ketiga ialah kedua-dua teater ini membawakan bentuk cerita umum dan
ringan. Lazimnya mereka akan membawakan cerita berbentuk mitos, lagenda dan sastera
rakyat yang biasanya diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi dan
berbentuk fantasi dan menghiburkan. Selain itu, kedua-dua teater ini rapat dengan jiwa
rakyat kerana ianya bersifat kemasyarakatan.

Dari segi peranan watak, teater bangsawan dan commedia Dell Arte mengamalkan sifir
typecast dan tugas rutin. Mereka hanya berlakon dan memegang peranan itu seumur hidup.
Tidak terdapat sistem latihan untuk menyediakan bakal pelakon untuk peranan yang
diidami. Pelakon akan belajar sambil bekerja. Selain itu, kedua-dua drama ini juga
menampilkan utama yang terdiri daripada watak hero dan heroin. Bagi teater bangsawan,
watak hero dikenali sebagai Orang Muda manakala heroinnya pula dikenali sebagai Seri
Panggung. Sama seperti Commedia Dell Arte, masing-masing memiliki hero dan heroin yang
dikenali sebagai Inamorata dan Inamorati. Selain itu watak pahlawan dan askar dalam

2
Individu paling penting. Bertanggungjawab mencipta sinopsis pendek
3
Garis kasar cerita

3
teater bangsawan dapat disamakan dengan watak Capitano sebagai askar dalam Commedia
Dell Arte.

Persembahan Teater bangsawan dan Commedia Del Arte memasukkan unusr-unsur


nyanyian dan tarian. Unsur-unsur ini dimasukkan bagi membangkitkan unsur dramatik
dalam persembahan teater. Persamaan dari segi persembahan dapat dilihat dari aspek
extraturn yang terdapat dalam kedua-dua drama ini. Extraturn merupakan selingan yang
yang tidak ada kaitan dengan jalan cerita yang dipersembahkan. Selingan ini bertujuan
untuk memberi peluang kepada pelakon berehat seketika bagi menukar kostum dan
membolehkan pertukaran latar hias di belakang tirai. Selain itu, ianya juga memberi peluang
kepada penonton melegakan emosi mereka.

Kedua-dua drama ini merupakan drama transisi. Hal ini bermaksud, teater bangsawan
bukan sebuah drama moden atau tradisional. Ianya menggambungkan unsur tradisional
danmoden. Begitu juga dengan Commedia Dell Arte yang memiliki unsur drama transisi
ekoran berada dalam era Renaissance.

4
3.0 Perbezaan

Walaupun kedua-dua teater ini memiliki persamaan, namun terdapat juga perbezaan
diantara kedua-duanya. Daripada aspek struktur persembahan, teater bangsawan akan
mengikut format ritual dan dramatik yang tetap. Antaranya, upacara membuka panggung
yang dilakukan pleh pawang atau bomoh yang bertujuan untuk memuja semangat-
semangat tertentu bagi memelihara pemain, penonton dan menetukan kejayaan sesebuah
persembahan4. Seterusnya bacaan jampi serapah dan menutup panggung. Aspek-aspek ini
tidak terdapat dalam Commedia Dell Arte.

Oleh kerana teater bangsawan berkembang di kepulauan Melayu, maka bahasa yang
digunakan ialah bahasa Melayu (bahasa istana). Teater bangsawan tidak mengunakan
bahasa Parsi atau Hindi meskipun sejarah teater ini berasala daripada wayang Parsi dan
dibawah oleh pedagang India. Berbeza dengan Commedia Dell Arte, ianya memiliki variasi
bahasa yang pelbagai5. Hal ini kerana, watak yang berada dalam teater tersebut berasal dari
luar daerah. Para pemain akan menggunakan bahasa mereka sendiri bagi melambangkan
daerah masing-masing.

Tema cerita kedua-duanya juga memperlihatkan perbezaan yang ketara. Bagi teater
bangsawan, lazimnya akan membawakan cerita mengenai percintaan dan cerita mengenai
putera dan puteri6. Manakala cerita dalam Commedia Dell Arte pula meskipun mempunyai
watak hero dan heroin, cerita mereka lebih kepada sindiran kepada golongan atasan dan
lawak jenaka yang berbentuk slapstik.

Pentas teater bangsawan berbentuk tetap iaitu pentas proscenium. Pentas ini digunakan
bagi memudahkan tirai ditukar bagi penukaran setiap babak. Terdapat hampir 6 tirai yang
biasanya digunakan bagi menunjukkan lokasi dan pertukaran babak. Antaranya istana,
taman, hutan, rumah orang miskin, pemandangan luar dan jalan 7. Berbeza dengan
Commedia Dell Arte, persembahan biasanya dilakukan diatas pentas sementara yang dibina

4
Mohamed Ghouse Nasuruddin Teater Tradisional Melayu hlm. 103-104
5
Penonton tetap mengetahui jalan cerita walaupun tidak memahami bahasa yang digunakan kerana cerita
yang dibawahkan ialah cerita yang lazimnya sudah diketahui umum.
6
Bangsawan Megat Terawih
7
Mohamed Ghouse Nasuruddin Teater Tradisional Melayu hlm. 95

5
dan ditempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Adakalanya, pementasan turut
diadakan di sebelah mahkamah8. Hal ini kemungkinan juga disebabkan pada era
Renaissance, pembaharuan dari segi pembinaan pentas hanya dilakukan oleh negara
Perancis sementara yang lain masih menggunakan pentas dibawah pengaruh era Medieval.

Teater bangsawan tidak mempunyai watak seperti doktor, atau watak orang tua (Pantalone)
yang menghalang percintaan hero dan heroin. Begitu juga dengan Commedia Dell Arte,
ianya tidak mempunyai watak seperti Jin Afrit.

Perbezaan-perbezaan lain adalah dari aspek kostum yang mana kostum Commedia Dell Arte
mempunyai pengaruh pakaian Yunani serta era Medieval dan akan memakai kostum yang
tetap. Berbeza dengan kostum teater bangsawan akan memakai kostum mengikut klasifikasi
cerita. Kostum ala Arab biasanya dipakai bagi cerita seperti Laila Majnun. Manakala cerita
seperti Krisna Nila, Hamlet, Sam Pit Eng Tai, Pendawa Lima akan memakai kostum dari
daerah yang mewakili cerita tersebut. (India, Inggeris, China dan Jawa) semenatara itu,
cerita Melayu akan memakai kostum masyarakat Melayu.

Perbezaan ini boleh dilihat melalui jadual dibawah;

Aspek Teater Bangsawan Commedia Dell Arte


Perbezaan
Struktur Melalui format ritual Tidak mempunyai ritual
Persembahan
Bahasa Menggunakan 1 bahasa; bahasa Menggunakan pelbagai bahasa
Melayu (bahasa tempatan) mengikut daerah asal watak yang
sedang bermain.
Isi Cerita dan Cerita mengenai Putera Puteri Ceritanya menyindir golongan
tema dan pada mulanya dimainkan atasan.
oleh golongan bangsawan.
Pentas Pentas berbentuk Prosinium Pentas sementara
Sebab kejatuhan Kemasukkan unsur hiburan lain Terlalu banyak unsur humor dan
tidak membawa pemberatan
masalah masyarakat Itali ketika
itu.
Watak Ada lima watak utama; Watak tetap;
1. Orang Muda 1. Inamorata (hero & heroin)
2. Seri Panggung 2. Dottore (Doktor)
3. Jin Afrit 3. Pantalone (Orang kaya)
8
Wilson, E., Goldfarb, A,. Living Theatre A History. Hlm. 145

6
4. Pelawak 4. Arlecchino (badut, hamba
5. Watak Sokongan ; Sultan, kepada Pantalone.
menteri, pendeta, inang dan 5. Columbina- Arlecchina (Kekasih
dayang, pahlawan dan askar Arlecchino)
6.Capitano (kelasi Veteran/askar)
7. Watak pembantu; zanni

Kostum & Kostum yang digunakan mengikut Ada unsur pakaian Yunani dan era
Topeng klasifikasi cerita. Medieval.
Hanya watak Jin Afrit Semua watak kecuali inamorata
menggunakan topeng. tidak memakai topeng.

4.0 Kesimpulan

7
Selama dua kurun Commedia Dell Arte berkembang di Itali ianya telah melahirkan beratus-
ratus kumpulan profesional dan berkembang keseluruh Eropah termasuk Rusia.
Perkembangan Commedia Dell Arte seiring dengan kemasyhuran Moliere di Perancis dan
Shakespeare di England. Commedia Dell Arte mengalami kemerosotan disebabkan nilai
seninya yang semakin memualkan dan mundur serta terlalu melebih-lebihkan sifat jenaka.
Hal ini menyebabkan masyarakat hilang minat kerana ianya tidak membawa penyelesaian
kepada permasalahan berat yang sedang dihadapi oleh masyarakat Itali ketika itu.

Berbeza dengan teater bangsawan, pada awal kemunculan ianya telah menarik
minta ramai masyarakat terutama golongan rakyat. Teater ini pada mulanya mendapat
tempat di seluruh Tanah Melayu sehingga di Tanah Jawa. Walaubagaimanapun, kehadiran
bentu-bentuk hiburan lain sekitar tahun 1940an telah menyebabkan kemerosotan teater
bangsawan. Tidak ramai yang meminati teater bangsawan seperti tahun 1930an. Jika
adapun ianya hanya menarik perhatian sebilangan para akademik yan mempunyai tujuan
untuk menghidupkan kembali teater bangsawan.

You might also like