Permainan Tradisional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL

GASING

MATLAMAT

Memperkenalkan permainan tradisional gasing kepada pelajar.


Membolehkan pelajar merasai sendiri pengalaman bermain gasing.
Mewujudkan minat pelajar terhadap permainan tradisional.

OBJEKTIF

Memperkenalkan kepada pelajar bentuk dan jenis gasing.


Membolehkan pelajar mengetahui cara bermain gasing.
Melahirkan sikap kerjasama dalam satu pasukan.
Melahirkan keseronokan pelajar bermain gasing.

TARIKH

21 FEBRUARI 2011

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

JANGKA MASA

30 MINIT

KUMPULAN SASARAN

TAHAP 1 DAN 2
BILANGAN PESERTA

4 – 5 PESERTA

PANDUAN PELAKSANAAN

 Terdapat lima bilah gasing yang disediakan untuk aktiviti permainan tradisional
gasing.
 Semua pelajar akan merasai pengalaman bermain gasing.
 Setiap perlawanan adalah terhad kepada 4 hingga 5 peserta.

PROSEDUR PELAKSANAAN

 Penerangan pertandingan akan diberikan kepada pelajar .


 Sekaligus menerang dan menunjukkan cara gasing dimainkan.
 Kemudian, lima peserta akan dipilih untuk berlawan dalam gasing pangkah.

PERATURAN

 Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan.


 Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang.
 Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri
diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang
mengambil bahagian. 
 Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah
pertama.
 Permainan dimulakan dengan pasukan menanti meletakkan gasing mereka ke
tengah-tengah bong.
 Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka.
 Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing
pasukan menanti.
 Jika berlaku disebaliknya, mereka akan bertukar tempat di mana pasukan
menanti akan menjadi pemangkah dan pasukan pemangkah akan jadi pasukan
menanti.

SYARAT TAMBAHAN

 Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok.


 Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan
dipindahkan ke atas lopok.
 Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi
markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah.
 Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

PERBELANJAAN

 RM 1.00 x 5 bilah = RM5.00

You might also like