Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

KAJIAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA

Dr. Haryati Binti Shafii


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Zakila Abd Rahman
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutusan Putrajaya
Ab. Razak Othman
Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya

ABSTRAK
Sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam industri pembinaan aset/modal yang utama adalah sumber manusia. Isu keselamatan pekerja di tapak
bina telah menyebabkan pekerja terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan. Sikap sambil lewa di kalangan
majikan dengan menganggap bahawa persekitaran di tapak bina mereka sudah selamat dan kurang
kefahaman/masalah komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan pekerja bahawan telah menyumbang kepada
risiko kemalangan di tapak bina. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pengurusan keselamatan yang
dijalankan di tapak bina dan mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh
majikan. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan yang dijalankan dengan berkesan telah mengurangkan
risiko pekerja terlibat dalam kemalangan. Analisis data mendapati bahawa syarikat XYZ menjalankan
pengurusan keselamatan di tapak bina pada tahap yang memuaskan dengan peratus kemalangan adalah rendah
iaitu 8% dan indeks kemalangan pula pada 12%. Kemudahan kelengkapan di tapak bina adalah tinggi iaitu
76% dan peratus majikan mengambil berat terhadap kebajikan pekerja adalah 92%. Manakala tahap
keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh majikan juga memuaskan. Hasil kajian mendapati
majikan menyediakan latihan/kursus keselamatan dengan penglibatan 64% pekerjanya. Ekoran daripada itu,
peratus pekerja yang mematuhi peraturan keselamatan adalah tinggi iaitu mencapai 92%. Manakala peratus
pekerja yang dikenakan denda/amaran kerana melanggar peraturan adalah kecil iaitu 12% sahaja. Peratus
pekerja yang berpuashati dengan keselamatan di tapak adalah 80%. Daripada temu ramah yang dijalankan
terhadap pengurusan kajian mendapati bahawa mereka akan memastikan pekerja memakai peralatan
keselamatan semasa bekerja di tapak pembinaan. Jumlah kos yang digunakan oleh majikan untuk pengurusan
keselamatan adalah bergantung kepada insuran kerana saiz setiap projek adalah berbeza-beza. Sekiranya
terdapat kes kematian pekerja berlaku, projek yang dijalankan mungkin akan diberhentikan.Kesimpulan
pentingnnya pengurusan keselamatan yang dijalanakan oleh pihak majikan bagi mengurangkan risiko pekerja
terdedah kepada bahawa kemalangan.

Kata Kunci: Pengurusan, Keselamatan, Tapak Bina, Kemalangan

PENGENALAN
Industri pembinaan merupakan antara industri yang paling berbahaya kerana persekitarannya
yang mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Dalam memastikan tahap keselamatan
pekerja, terutamanya pekerja pembinaan di tapak bina berada dalam keadaan selamat, syarikat
pembinaan wajib membekalkan peralatan keselamatan dan pengetahuan kepada pekerja
mereka. Walau bagaimanapun, terdapat di kalangan majikan yang enggan membekalkan
peralatan keselamatan kepada pekerja dengan beralasan meningkatkan kos pembinaan, telah
mendedahkan pekerja kepada bahaya fizikal dan “stress”. Dalam industri pembinaan, tahap
perancangan dan pengurusan keselamatan perlu dijalankan dengan teliti, mengikut langkah-
langkah dan prosedur yang telah ditetapkan. Pengurus memainkan peranan yang penting,
terutamanya bagi pekerja di tapak bina. Pengurus yang bertanggungjawab boleh
meminimumkan risiko kemalangan dengan membuat perancangan dan peka terhadap
keselamatan pekerjanya. Ini kerana pekerja merupakan aset/modal penting kepada sesebuah
syarikat.
Tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan di tapak bina juga merupakan perkara
yang penting dalam menyumbang kepada kemalangan. Kesedaran bermasuk seseorang itu
mempunyai perasaan dan faham terhadap situasi persekitaran. Ia bermaksud pekerja harus
sedar dan sentiasa prihatin terhadap keadaan persekitarannya dan kesedaran juga membawa
kepada pemahaman secara jelas terhadap perkataan “BAHAYA”. Pekerja yang mempunyai
kesedaran yang tinggi adalah lebih peka terhadap keadaan persekitaran dan boleh
mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan. Menurut Abdul Aziz Hussin (2001),
keselamatan pekerja didefinisikan sebagai keselamatan pekerja daripada bencana kecederaan,
kematian atau kerosakan tubuh badannya. Manakala kesihatan pekerjaan bermaksud bebas
daripada penyakit kesihatan mental, fizikal dan sosial yang berkaitan keadaan serta amalan
kerja yang diterapkan. Dalam industri pembinaan, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja
amat dititkberatkan terutamanya yang bekerja di lapangan tapak bina.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Tapak bina memperlihatkan pelbagai jenis skop kerja yang berbeza yang perlu dipikul oleh
setiap individu sama ada pekerja binaan mahupun pekerja mahir. Kumpulan kontraktor,
pemaju dan subkontraktor merupakan pihak yang bertanggungjwab penuh terhadap setiap
aktiviti yang berlangsung di tapak bina. Bidang keselamatan di tapak binaan amat
dititkberatkan. Pelbagai aspek dilihat dengan teliti mengenai keselamatan di tapak bina.
Menurut Berita Harian (2005), sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara iaitu 1.5 peratus pada tahun 2004
daripada Kadar Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun demikian, kadar
kemalangan dilaporkan dalam sektor pembinaan masih tinggi berbanding dengan sektor lain
di negara kita.
Menyebut tetang aspek keselamatan di tapak bina, ia merupakan satu topik yang
cukup luas untuk diperbincangkan. Menurut Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO)
pada 2000 sebanyak 159 kes kemalangan maut dicatatkan dan bilangan ini menurun tahun
berikutnya kepada 89 kes. Tahun 2002 menyaksikan sebanyak 88 kes kematian dilaporkan
dan meningkat pada tahun 2003 kepada 95 kes. Pada asasnya peratus kes kemalangan yang
dilaporkan oleh PERKESO menunjukkan angka yang mencemaskaan iaitu tahun 2000 adalah
15.8 peratus kepada 9.3 peratus pada tahun 2001, 10.3 peratus tahun 2002 dan 11.4 peratus
pada tahun 2003. Peratusan kemalangan maut dalam sektor pembinaan masih tinggi
berbanding dengan industri-industri lain seperti sektor pengangkutan dan sektor
perlombongan (Pertubuhan Keselamatan Pekerja 2000-2004).
Isu keselamatan pekerja dalam sektor pembinaan adalah isu global. Isu kelamatan
pekerja turut dialami oleh negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat pada tahun 1996
mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 6.2 juta kes di tempat bekerja (Angelica et. al
2000). United Kingdom turut mencatakan angka yang tinggi iaitu dengan jumlah 1.9 juta kes
yang dilaporkan bersamaan dengan 5.1 kes kemalangan bagi setiap 1000 orang pekerja (Reill
et. al 1995). Manakala di Malaysia pula turut mencatakan jumlah kes kemalangan yang tinggi
iatu 68,579 pada 1998 kepada 73,765 kes pada tahun 1999. Ini bermakna kes kemalangan
menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6%.(New Straits Times, 25 march 2001) (Mohamad
Khan Jamal Khan et. al 2005).
Di Malaysia, Akta 514 adalah satu-satunya undang-undang di rantau ini yang
memfokuskan kepada majikan untuk memikul tanggungjawab secara sukarela bagi bertindak
mengawal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di premis masing-masing. Sungguhpun
usaha-usaha melalui perudangan telah dibuat, namun perlaksanaan program bagi mengawal
insiden kemalangan di tempat kerja masih lemah di kebanyakan negara di Asia- Pacifik (Kogi
et. al 1997).

PERMASALAHAN KAJIAN
Industri pembinaan merupakan antara industri terpenting dan pemangkin kepada kepesatan
ekonomi negara. Industri pembinaan juga amat bergantung kepada tenaga manusia sebagai
aset/modal penting dalam satu-satu projek pembinaan. Permasalahan kajian ialah isu
keselamatan pekerja di tapak bina telah menyebabkan pekerja terdedah kepada pelbagai risiko
kemalangan. Sikap sambil lewa di kalangan majikan dengan menaganggap bahawa
persekitaran di tapak bina mereka sudah selamat dan kurang kefahaman atau masalah
komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan pekerja bawahan telah menyumbang kepada
risiko kemalangan di tapak bina. Dalam industri pembinaan, tapak binaan diibaratkan
sebagai medan peperangan. Walaupun keseluruhan prosedur perlaksaan dipatuhi oleh pihak
kontraktor namun status keselamatan masih belum terjamin 100 peratus. Kecelakaan dan
kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan sebarang tempat seandainya aspek keselamatan
dan kesihatan pekerja diabaikan.
Kebanyakan pekerja atau buruh di tapak bina adalah terdiri daripada warga asing.
Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Nepal dan beberapa buah negara lagi.
Masalah komunikasi adalah antara masalah dan cabaran yang dikenalpasti dalam
menyampaikan mesej kepada kelompok ini. Komunikasi yang baik cukup penting bagi
menyampaikan maklumat/ arahan dengan tepat. Komunikasi yang baik juga boleh membantu
pekerja mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kemalangan nyaris.
Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhamana aspek
pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina dititik beratkan oleh pihak majikan dan
mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina. Oleh yang demikian,
matlamat akhir kajian ini adalah untuk mewujudkan satu bentuk pengurusan keselamatan
pekerja di tapak bina yang menyeluruh yang mengambil kira pandangan daripada pelbagai
peringkat pekerja. Sama ada di peringkat pengurusan, pentadbiran mahupun kuli. Dengan
adanya kajian seperti ini diharapkan dapat membantu memperbaiki sistem pengurusan pekerja
di tapak bina, terutama berkaitan dengan sikap sambil lewa di kalangan majikan dan dapat
mengatasi masalah komunikasi dengan pekerja asing.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bermatlamat untuk melihat sejauhamana aspek
pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina dititik beratkan oleh pihak majikan. Selain itu,
kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di
tapak bina. Justeru, bagi mencapai matlamat kajian ini, 2 objektif telah diketengahkan iaitu;
1. Mengkaji pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak bina.
2. Mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina.

KEPENTINGAN KAJIAN
Penekanan pemahaman mengenai keselamatan secara menyeluruh merupakan kepentingan
dalam kajian ini. Amalan-amalan keselamatan sedia ada kini merupakan garis panduan
kepada kontraktor umumnya dalam memastikan pengurusan keselamatan di tapak bina
terutamanya di kalangan pekerja binaan dan mahir. Menerusi kajian ini, konsep serta teknik
pengurusan keselamatan terkini diselitkan dalam meningkatkan mutu keselamatan khususnya
melibatkan pekerja binaan di tapak bina. seterunya teknik serta konsep pengurusan
keselamatan terkini menambahbaikan elemen-elemen keselamatan yang sedia ada di sektor
pembinaan.
Pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina merupakan pendekatan yang mengkaji
hubungan antara pekerjaan, kesihatan dan keselamatan setra kesan sesuatu pekerja terhadap
pekerja. Justeru, menerusi kajian ini diharapkan mendapat maklumat mengenai prestasi
individu dan melihat sejauh mana ia selari dengan prosedur yang dikehendaki. Kajian ini juga
diharapakan dapat mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan di
tapak bina dan seterusnya dapat menurunkan potensi dan risiko kemalangan di tempat kerja.

KAJIAN LITERATUR
Pengurusan Risiko Pekerja
Keselamatan dan kesihatan merupakan satu prioriti dalam pengurusan sumber manusia kerana
ia mempunyai perkaitan dengan kehidupan bekerja yang berkualiti. Bidang keselamatan dan
kesihatan melibatkan pelbagai pihak seperti pekerja, majikan, masyarakat dan kerajaan.
Pengabaian isu keselamatan dan kesihatan menyasikkan majikan menanggung kos langsung
seperti pampasan dan kos perubatan dan beberapa kos tidak langsung seperti kehilangan masa
atau hari bekerja, kerugian pengeluaran, penaggantian pekerja, penyiasatan kemalangan kos
perundangan dan sebagainya.
Menurut Dimond (2002) menyarankan bahawa setiap majikan perlu membentuk
sistem pengurusan risiko yang efisien dalam memenuhi keperluan perundangan dan
berpendapat bahawa proses penilaian risiko yang diamalkan hendaklah terdiri daripada
perkara-perkara berikut;
1. Melibatkan pihak pengurusan menganlpasti risiko dan hazad yang terdapat di
organisasi.
2. Memastikan semua aspek kerja bekerja diteliti dengan rapi.
3. Mengambil kira kerja bukan rutin seperti penyenggaraan, pembersihan dan
sebagainya.
4. Mengambil kira gangguan yang terdapat di tempat kerja.
5. Membuat kajian mengenai kesan sesuatu pekerjaan terhadap kesihatan pekerja
6. Mengambil kira kesan risiko kepada orang awam.

Manakala Goetsch (2005) menyatakan bahawa penilaian risiko harus menjawab empat
soalan berikut iaitu;
1. Tahap teruk (severe) sesuatu kecederaan
2. Kekerapan pekerja terdedah kepada hazad terlibat
3. Peluang untuk mengelakkan hazad sekiranya ia wujud
4. Kebarangkalian kecederan wujud sekiranya berlaku kegagalan pada sistem kawalan
keselamatan.

Penyebab Kemalangan Di Tapak Bina


Jenis-Jenis Kemalangan Di Tapak Bina
Tapak pembinaan biasanya menjadi medan berlakunya kemalangan di kalangan pekerja. Hal
ini berlaku disebabkan situasi pekerja dan peralatan berada dalam suatu keadaan yang tergesa-
gesa kerana semua pihak memfokuskan pada kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang
telah ditetapkan supaya tidak dikenakan denda. Dalam keadaan yang tergesa-gesa,
kemalangan mudah berlaku. Jenis kemalangan yang biasa direkodkan adalah terjatuh di tapak,
kemalangan yang melibatkan kren, kemalangan yang melibatkan scaffolding, kecuaian
pekerja mengendalikan peralatan, kemalangan yang melibatkan bekalan elektrik, kejadian
keruntuhan parit, kebakaran dan letupan serta kemalangan semasa kerja kimpalan dijalankan.
Setiap jenis kecelakaan ini adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.
Setiap jenis kecelakaan dapat dielakkan melalui pengurusan keselamatan yang efektif.
Statistik menunjukkan setiap tahun lebih kurang 1000 pekerja binaan terbunuh semasa berada
di tapak bina. Daripada jumlah ini, sebanyak satu per tiga atau lebih 300 kematian berpunca
daripada kejadian tergelincir di tapak. Kejadian seperti ini perlu ditangani untuk
mengurangkan bilangan kematian atau kecederaan. Kejadian tergelincir di tapak termasuklah
terjatuh dari atap, terjatuh dari kren, terjatuh dari scaffolding dan terjatuh dalam lubang yang
digali dan objek jatuh dari atas. Peralatan pelindungan yang sesuai dan langkah-langkah
keselamatan amat perlu untuk melindungi nyawa pekerja dan memelihara kesejahteraan
keluarga mereka (Jimmie W. Hinze 1997).
Jadual 1: Data Tahunan Kemalangan Di Tapak Pembinaan Pada 1990 Hingga 2001

Kategori kemalangan Tahun Keseriusan kecederaan Jumlah

Kecederaan Tidak
Maut Hospital
ringan diketahui

Kemalangan tapak yang


melibatkan kontraktor dan 2001 0 9 174 161 344
pekerja

2000 0 16 153 168 337

1999 3 12 119 92 226

1998 5 16 123 51 195

1997 2 22 62 45 131

1996 0 30 64 38 132

1995 2 29 77 48 156

1994 3 35 105 27 170

1993 1 57 97 15 170

1992 2 32 51 7 92

1991 2 43 46 9 100

1990 2 31 69 6 108

Total 22 332 1,140 667 2,161

Jumlah kemalangan tapak 22 356 1,554 680 2,612

Kemalangan trafik yang


melibatkan kontraktor dan 2001 1 6 12 50 69
pekerja

2000 1 5 18 74 98

1999 2 7 25 64 98
Kategori kemalangan Tahun Keseriusan kecederaan Jumlah

Kecederaan Tidak
Maut Hospital
ringan diketahui

1998 0 6 24 71 101

1997 0 7 19 52 78

1996 1 11 10 54 76

1995 0 9 10 51 70

1994 2 12 12 60 86

1993 1 7 14 27 49

1992 1 5 8 25 39

1991 1 6 7 56 70

1990 4 10 7 39 60

Total 14 91 166 623 894

Jumlah zon kerja trafik kemalangan


110 1,266 1,337 3,233 5,946

Jumlah kerja zon kemalangan 132 1,622 2,891 3,913 8,558

Jumlah kemalangan tapak bina yang melibatkan kontraktor, konsultant dan pekerja

Jumlah zon kemalangan trafik yang melibatkan pekerja tapak bina

Sumber: Laporan Ringkas Keselamatan Pembinaan XYZ

Merujuk pada Jadual 1 menunjukkan kemalangan trafik telah melibatkan pekerja


binaan iaitu sebanyak 10.4% daripada jumlah keseluruhan zon kerja kemalangan.
Tanggungjawab utama kontraktor ialah menyediakan satu pemisahan fizikal yang positif
contohnya halangan median konkrit, mengurangkan peralatan yang berasaskan trak dan
penutupan keseluruhan lorong di antara peralatan berat dan pekerja binaan.
Kemalangan di tapak menunjukkan 2.5 kali lebih besar daripada kemalangan trafik.
Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran pekerja di tapak masih berada dalam keadaan yang
tidak memuaskan. Kontraktor perlulah mengambil tindakan yang efektif dan berkesan untuk
mengurangkan bilangan kemalangan. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah
menyediakan kursus kesedaran, panduan pengunaan peralatan, mewajibkan semua pekerja
memakai dan menggunakan peralatan keselamatan.

Jadual 2 :Kemalangan Di Tapak Pembinaan Melibatkan Pekerja Kontraktor

Jenis Kemalangan Keseriusan kecederaan Jumlah Jumlah (%)

Maut Hospital Kecederaan Tidak


(%) (%) ringan (%) diketahui (%)

Tergelincir 31.8 35.5 23.4 1.8 404 18.7

Tergelincir/tersadung
31.8 22.9 9.6 1.3 201 9.3
(elevated)

Tergelincir/tersadung
8.7 11.9 0.4 168 7.8
(not elevated)

Terjatuh daripada bahagian


3.9 1.9 35 1.6
belakang trak atau peralatan

Peralatan besar atau


45.5 38.3 27.8 13.5 544 25.2
pengakutan pekerja

Tergamam dengan benda


yang bergerak atau jatuh
4.5 21.7 17.0 0.3 269 12.4
(Struck by Moving/Falling
Load)

Tergamam atau pin dengan


jentera yang besar
36.4 14.8 9.7 5.5 205 9.5
(Struck/Pinned by Large
Equipment)

Kerosakan kren 4.5 1.5 1.1 4.5 48 2.2

Lain-lain 0 0.3 0.0 3.1 22 1.0

Perkakas/peralatan
0.0 16.6 29.1 0.6 391 18.1
kecil/bahan

Cedera/Tersangkut dalam
0 11.7 20.1 0.1 269 12.4
jentera
Jenis Kemalangan Keseriusan kecederaan Jumlah Jumlah (%)

Maut Hospital Kecederaan Tidak


(%) (%) ringan (%) diketahui (%)

Lain-lain 0 4.8 9.0 0.4 122 5.6

Kontrak utiliti 18.2 2.1 1.4 71.5 504 23.3

Kontrak utility dengan


18.2 2.1 1.3 70.9 499 23.1
elektrik/gas

Tiada bekalan elektrik,tiada


hubungan (Near-Miss 0.1 0.6 5 0.2
Electrical, No Contact)

Pengangkutan pekerja 0 1.5 1.1 9.1 78 3.6

Kebakaran/letupan 0 1.5 1.1 2.5 35 1.6

Kemalagan di parit 0 0.6 0.4 0.1 8 0.4

Lain-lain (Miscellaneous) 4.5 3.9 15.6 0.7 197 9.1

Kemalangan runtuhan 4.5 0.3 0.1 0.1 4 0.2

Lain-lain 3.6 15.5 0.6 193 8.9

Jumlah 100 100 100 100 2161 100

Sumber: Laporan Ringkas Keselamatan Pembinaan XYZ

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan kemalangan di tapak bina iaitu jumlah terbesar


ialah kategori kemalangan peralatan besar/pengangkutan pekerja iaitu 45.5% daripada jumlah
orang yang maut, kecederaan sampai ke tahap hospital adalah sebanyak 38.3% dan
kecederaan ringan mengumpul sebanyak 27.8%. Kemalangan seperti ini biasa
menggambarkan sebanyak 25.2% (544 kemalangan) daripada semua kemalangan di tapak
pembinaan. Kontrak utiliti adalah jenis kemalangan kedua terbanyak dilaporkan iaitu
sebanyak 23.3%. Daripada jumlah ini, sebanyak 18.2% adalah kejadian maut, 2.1%
kecederaan sampai ke tahap hospital dan 71.5% daripada kecederaan yang tidak diketahui.

Selain itu, kategori kemalangan yang seterusnya ialah daripada kategori tergelincir
iaitu sebanyak 31.8% daripada kejadian maut, sebanyak 35.5% daripada kecederaan sampai
ke tahap hospital dan 23.4% daripada kecederaan ringan. Secara keseluruhannya, kejadian
tergelincir adalah sebanyak 18.7% daripada jumlah kemalangan.
Satu lagi jenis kemalangan yang melibatkan pekerja di tapak pembinaan ialah
kemalangan jenis perkakas atau peralatan kecil atau bahan. Sebanyak 18.1% daripada
keseluruhan jumlah kemalangan adalah melibatkan kemalangan jenis ini. Dalam kategori ini,
kecederaan pekerja atau pekerja sangkut dalam peralatan pembinaan adalah jenis kemalangan
yang utama iaitu sebanyak 12.4% daripada jumlah keseluruhan kemalangan, sebanyak 11.7%
adalah kecederaan sampai ke tahap hospital dan 20.1% adalah kecederaan ringan.

Punca Kemalangan

Tapak pembinaan boleh menjadi amat berbahaya apabila subkontraktor gagal mengamalkan
langkah-langkah keselamatan. Dalam kilang bahan kimia, kilang besi, kilang penapis,
pemasangan paip, pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain tapak pembinaan, kemalangan
boleh mengakibatkan kecederaan yang kritikal dan kemalangan yang meyayatkan hati.
Kemalangan scaffolding serta punca lain yang boleh mengakibatkan kemalangan dan
kematian biasanya disebabkan oleh kecuaian dalam menggunakan peralatan dan
penyelenggaraan. Sebanyak 10,000 kemalangan selalu dilaporkan adalah berkaitan dengan
scaffolding. Kebanyakan kecederaan yang disebabkan oleh scaffolding adalah berpunca
daripada kegagalan untuk menampung atau pekerja tergelincir atau terhantuk dengan
peralatan yang jatuh dari atas.

Kimpalan, memotong dan membuat sokongan adalah aktiviti yang mempunyai


gabungan hazard kepada keselamatan dan kesihatan dan lebih 500,000 pekerja dalam banyak
industri terdedah kepada risiko sebegini. Peraturan mewajibkan penggunaan alatan
perlindungan individu untuk menggurangkan pekerja terdedah kepada hazard semasa
membuat kerja kimpalan. Majikan diminta menyenaraikan hazard-hazard yang terdapat di
tempat kerja dan mengkaji bahawa perlulkah pekerja menggunakan alatan perlindungan diri
untuk melindungi pekerja mereka. Antara hazard yang berkaitan dengan kerja kimpalan ialah
sinaran UV(ultraviolet radiation) yang dihasilkan dengan menggunakan electric arc dalam
proses kimpalan. Kulit yang terdedah dengan sinaran UV akan terbakar dengan teruk dalam
kebanyakan kes tanpa sebarang amaran awal. UV juga boleh merosakkan kanta mata dan
menjadikan kulit menjadi sensitif kepada beberapa penggunaan bahan kimia (Robert et. al
1985).

Sinaran IR(infrated radiation) yang dihasilkan dengan penggunaan electric arc dan
nyala mesin pemotong boleh melecurkan permukaan kulit dan tisu di bahagian bawah dengan
serta-merta. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kebakaran termal dalam sesetengah
situasi. Pekerja dalam sektor pembinaan terdedah kepada berbagai jenis bahaya dan berdepan
dengan risiko yang tinggi yang berkait dengan kecederaan dan kematian adalah tinggi
berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Statistik menunjukkan seramai 9605 orang mati
untuk 10 tahun yang yang lepas dalam kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan.

Pada tahun 1992, sebanyak 919 kematian direkodkan tetapi pada tahun 2005,
bilangan ini meningkatkan kepada 1150 kematian. Hampir setengah daripada kemalangan ini
melibatkan kaum lelaki yang berusia di antara 20 hingga 24 tahun. Pada yang tahun yang
sama, lebih daripada setengah kematian dalam sektor pembinaan (544) berlaku di antara
lingkungan usia ini. Syarikat kecil tidak menyediakan program keselamatan yang formal
seperti syarikat besar kerana program seperti ini memerlukan kebenaran OSHA. Syarikat
kecil juga tidak dapat untuk menyediakan pekerja mereka dengan peralatan yang selamat
seperti harnesses, tie-offs dan lanyards (Robert et. al 1985).
Setiap tahun, kejadian tergelincir merekodkan bahagian yang besar dalam jumlah
mangsa di tapak pembinaan. Kemalangan jenis ini lazimnya melibatkan punca yang pelbagai
iaitu tempat kerja yang tidak stabil, penggunaan alatan perlindungan yang tidak betul dan
kecuiaan manusia. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan jaring keselamatan(safety nets),
sistem kawalan kegelinciran(fall arrest system), penutup(covers) dan sistem kawalan
pengangkutan(travel restriction system) boleh mencegah daripada kecederaan akibat terjatuh
dan kematian.

Antara faktor tergelincir dan kecederaan di tapak pembinaan di Malaysia ialah:

• lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah


• kecuaian dalam penggunaan tangga
• pembinaan scaffolding yang tidak sempurna
• kekurangan latihan penggunaan jentera berat
• kemalangan jentera pembinaan
• keadaan di mana membenarkan objek jatuh dan menghempap pekerja
• kegagalan menggunakan jaring(nets) atau kanopi untuk menangkap objek yang jatuh
• kekurangan penyeliaan keselamatan
• pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh Occupational Safety and Health
Administration(OSHA)
• kecuaian pekerja tapak yang lain
• kelakuan pekerja tapak yang tidak memuaskan
• kerosakan peralatan di tapak bina
• kecuaian dan kesilapan pekerja lain mengambil dadah atau meminum arak

Dalam kebanyakkan kes, kemalangan di tapak disebabkan oleh mangsa kecederaan


bagaimanapun, dalam banyak kes kemalangan tapak bukan merupakan kesalahan mangsa
yang tercedera. Keadaan ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi untuk kegunaan
rawatan, kerugian pendapatan, kesakitan, penderitaan dan kecederaan untuk jangka masa yang
panjang yang disebabkan oleh kemalangan.

Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina:

• kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul


• kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab
• kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna atau
kecuiaan
• tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak
• kejatuhan struktur
• kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan, perkakas
elektrik) yang tidak betul atau kecuiaan

Pihak yang bertanggungjawab di atas kemalangan bergantung kepada kemalangan itu


sendiri. Pihak tersebut mungkin merupakan majikan, pekerja lain di tapak, kontraktor atau
pengilang bergantung kepada punca kemalangan.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bersumberkan data sekunder dan data primer. Data primer melibatkan kajian
literatur yang menggariskan elemen-elemen penting yang diperlukan dalam bidang
pengurusan keselamatan di tapak bina. Hasil daripada kajian literatur ini, pengumpulan data
daripada sumber sekunder diperolehi bagi melengkap dan memperkukuhkan lagi kajian ini.
Sumber data primer pula diperolehi melalui kajian kaji selidik yang telah dijalankan
ke atas syarikat pembinaan di Batu Pahat Johor, yang dilabelkan dengan nama Syarikat
Pembinaan XYZ. Kaedah kaji selidik dilakukan menerusi pengedaran borang kaji selidik ke
atas pekerja binaan (buruh) dan temubual (interview) kepada pihak pengurusan (majikan).
Jumlah sampel yang digunakan adalah 25 orang pekerja di tapak bina yang terdiri daripada
site enginer, site ejen dan pekerja buruh.
Semua borang kaji selidik yang telah diterima telah dikoding bagi memudahkan proses
“key in data”. Setelah kerja-kerja ‘kod’ selesai dilaksanakan, maklumat-maklumat yang
diperlukan telah dimasukkan ke perisian SPSS (Statitical Package for Social Science versi
14.0). Dalam kajian ini, data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif bagi
melihat peratusan dan perbezaan.

ANALISIS DATA DAN HASIL KAJIAN


Latar Belakang Responden
Kajian soal selidik ini melibatkan 25 orang pekerja di tapak bina yang terdiri daripada
seorang site enginer, seorang site ejen dan 21 pekerja buruh. Pekerja ini adalah terdiri
daripada kaum lelaki sahaja. Lingkungan umur responden adalah berumur di antara 20-46
tahun. Jadual 3 menunjukkan bilangan responden mengikut umur.
Jadual 3: Bilangan Responden Mengikut Umur
Umur <25 tahun 26-30 tahun 31-35 tahun 36-40 tahun >40 tahun

Bilangan 5 orang 10 orang 5 orang 3 orang 2 orang

Merujuk pada jadual 3, didapati bilangan responden mengikut umur yang paling tinggi
adalah antara umur 26 hingga 30 dengan 40 peratusan daripada jumlah pekerja. Seterusnya
adalah kumpulan umur <25 dan kumpulan umur 31 hingga 35 dengan mempunyai masing-
masing 20%. Diikuti dengan kumpulan umur 36 hingga 40 dengan 12 peratusan dan akhirnya
adalah kumpulan umur >40 dengan 8 peratus. Daripada jadual tersebut, jelas menunjukkan
bahawa pekerja di tapak pembinaan kebanyakan terdiri daripada kalangan orang muda. Ini
berdasarkan umurnya kurang <30 lebih produktiviti jika dibandingan dengan kumpulan umur
>36 tahun.
Daripada Jadual 4, didapati 19 orang pekerja (76 peratusan) daripada pekerja adalah
bujang dan 6 orang pekerja (24 peratusan) telah berkahwin. Kebanyakan pekerja adalah
pekerja asing dari Indonesia.
Jadual 4: Status Pekerja Di Tapak Pembinaan.
Status Bujang Berkahwin

Bilangan 19 6

Kajian mendapati 56 peratus pekerja tidak mempunyai pendidikan diikuti dengan 24


peratus yang mempunyai tahap pendidikan Sekolah Menengah. Terdapat 12 peratus
responden yang mendapat pendidikan sehingga universiti/ kolej dan 8 peratus daripada
pekerja mendapat pendidikan sehingga sekolah Rendah. Kebanyakan pekerja buruh adalah
datang dari Indonesia dan mungkin keluarga mereka miskin menyebabkan mereka tidak
mampu ke sekolah.
Daripada Rajah 1, kajian mendapati pengalaman pekerja dalam industri pembinaan
kebanyakan terdiri daripada kumpulan <1 tahun dengan mencapai 48 peratus. Diikuti dengan
kumpulan mempunyai pengalaman pekerjaan 3 hingga 6 tahun dengan 32 peratus dan yang
lebihnya terdiri daripada 1 hingga 3 tahun dengan mencapai 20 peratus. Tiada pekerja yang
mempunyai pengalaman pekerjaan pembinaan ini yang >6 tahun.
Kebanyakan pekerja adalah baru dan hanya mempunyai pengalaman pekerjaan kurang
daripada setahun, ini adalah kerana Syarikat XYZ construction Sdn Bhn adalah sub-syarikat
yang baru dan dilantik dalam pembinaan Metropolis Johor dan mereka membawa masuk
banyak pekerja yang baru dari Indonesia. Selain daripada itu, mereka juga mencampurkan
pekerja yang mempunyai pengalaman 3 hingga 6 tahun supaya mereka dapat memberi tunjuk
ajar dan mengetuai mereka yang kurang pengalaman.

Rajah 1: Tempoh Pengalaman Bekerjaan Dalam Sektor Pembinaan

Peratusan Pengalaman Pekerjaan Dalam Pembinaan

>6 tahun
0%
3-6 tahun
32%
<1 tahun
48%

1-3 tahun
20%
Pengurusan Keselamatan Yang Dijalankan Di Tapak Bina

Kemalangan dan Keselamatan di Tapak Bina

Daripada Rajah 2, kajian mendidapati bahawa sebanyak 92 peratus daripada jumlah pekerja
tidak pernah mengalami kemalangan dan yang lain-lain iaitu 8 peratus pernah mengalami
kemalangan. Keputusan menunjukkan angka yang agak selesa, walaupun tidak mencapai
100%. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh kebanyakan pekerja adalah baru bekerja dan
tidak pernah berlaku kemalangan. Ini juga mungkin hasil daripada keberkesanan pengurusan
keselamatan di tapak pembinaan.

Rajah 2: Peratusan Pekerja yang Mengalami Kemalangan

Peratusan Pekerja Yang mengalami Kemalangan

ya
8%

tidak
92%

Daripada Rajah 3, kajian mendidapati sebanyak 88 peratusan pekerja menyatakan


bahawa kemalangan adalah tidak sering berlaku di tapak pembinaan, dan 12 peratus
menyatakan ia adalah sering berlaku kemalangan. Jelas di sini bahawa kemalangan adalah di
bawah kawalan syarikat dan menunjukkan indeks yang memuaskan.

Rajah 3: Peratusan Indeks Kemalangan Di Kalangan Pekerja

Peratusan Terhadap Indeks Sering Berlaku Kemalangan

ya
12%

tidak
88%
Daripada Rajah 4, kajian mendapati sebanyak 44 peratusan pekerja menyatakan
bahawa tahap kesedaran tentang keselamatan di tapak bina adalah tinggi diikuti dengan 40
peratus yang mengatakan tahap kesedaran adalah sederhana dan yang lebihnya 16 peratus
menyatakan tahap kesedaran adalah rendah. Kesedaran tentang keselamatan di tapak adalah
penting kerana risiko kemalangan dapat di kurangkan dengan mempunyai kesedaran yang
tinggi dan pekerja sentiasa berwaspada ketika bekerja. Boleh dikatakan tahap kesedaran
tentang keselamatan di tapak bina adalah sederhana tinggi kerana tidak melebihi 50 peratus
yang menyatakan tahap tinggi.
Rajah 4: Peratusan Tahap Kesedaran Pekerja di Tapak Bina

Peratusan Tahap Kesedaran Di Tapak Bina

rendah
16%

tinggi
44%

sederhana
40%

Rajah 5 menunjukkan sebanyak 76 peratus pekerja menyatakan bahawa kemudahan


keselamatan adalah lengkap di tapak bina dan yang lain-lain iaitu 24 peratus menyatakan
tidak lengkap. Pekerja menyatakan kelengkapan adalah tidak lengkap mungkin disebabkan
syarikat tidak memberikan topi keselamatan kepada mereka kerana pekerjaan mereka adalah
bebas daripada benda jatuh iaitu mereka hanya memecahkan ‘framework’ sahaja.

Rajah 5: Peratusan Kelengkapan Kemudahan Di Tapak Bina


Peratusan Kelengkapan Kemudahan Di Tapak

tidak
24%

ya
76%
Tahap Keberkesanan Pengurusan Yang Dijalankan Di Tapak Bina Oleh Majikan

Daripada Rajah 6, didapati 64 peratus pekerja yang mengatakan bahawa mereka pernah
mengikuti latihan atau kursus keselamatan dan 36 peratus menyatakan tidak. Semasa
mengadakan lawatan ke tapak, pengaji telah menemubual beberapa responden berkenaan
adalah syarikat XYZ menanjurkan program keselamatan atau tidak. Pengkaji mendapati
kesemua pekerja menyatakan ada. Walau bagaimanapun, apabila analisis dijalankan terhadap
borang kaji selidik, kajian mendapati bahawa terdapat 36 peratus pekerja yang menyatakan
tidak pernah mengikuti kursus. Pengkaji menyimpulkan bahawa mereka yang tercicir ini
kemungkinan telah ponteng menghadiri program yang dianjurkan oleh syarikat.

Rajah 6: Peratusan Pekerja Yang Mengikuti Latihan/Kursus Keselamatan


Peratusan Pekerja Yang Mengikuti Latihan Atau Kursus
Keselamatan

tidak
36%

ya
64%

Rajah 7, didapati 92 peratus pekerja bersetuju bahawa syarikat XYZ mengambil berat
tentang keselamatan pekerja. Manakala 8 peratus lagi tidak menunjukkan persetujuan. Walau
bagaimanapun, daripada maklumat pekerja, sitesupervisor dan site ejen menyatakan mereka
akan meronda dan mengawasi pekerja setiap hari. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
syarikat ini mengambil berat tentang keselamatan pekerja di tapak bina.

Rajah 7: Peratusan Syarikat Mengambil Berat tentang Keselamatan Pekerja


Peratusan Terhadap Syarikat Mengambil Berat Tentang Pekerja

tidak
8%

ya
92%
Merujuk pada Rajah 8, kajian mendidapati 80 peratusan daripada pekerja adalah
berpuas hati dengan tahap pekerja keselamatan di tapak bina. Manakala hanya terdapat 20
peratus sahaja yang tidak puas hati terhadap keselamatan di tapak bina. Justeru, boleh
dikatakan di sini langkah keselamatan syarikat adalah memuaskan.

Rajah 8: Peratusan Pekerja Berpuas Hati Terhadap Keselamatan di Tapak Bina

Peratusan Bilangan Pekerja Yang Berpuas Hati Terhadap


Keselamatan di Tapak

tidak
20%

ya
80%

Daripada carta pai pada rajah 9 menunjukkan bahawa 96 peratus pekerja yang mengaku
bahawa syarikat ada mengambil insurans nyawa untuk setiap pekerja tetapi terdapat juga 4
peratus yang tidak menyertujuinya. Terdapat seorang pekerja sahaja yang mengatakan
syarikat tidak mengambil insurans nyawa setiap pekerja mungkin disebabkan dia sendiri tidak
mentahuinya. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa memang benar
syarikat XYZ membeli insurans nyawa kepada setiap pekerja mereka semasa mengeluarkan
permit pekerja.

Rajah 9: Peratusan Pekerja yang Mengambil Insuran Nyawa

Peratusan Bilangan Pekerja Terhadap Pekerja yang Mengambil


Insurans Nyawa

tidak
4%

ya
96%

Daripada carta pada Rajah 10, didapati 92 peratus pekerja yang menyatakan bahawa
mereka sentiasa mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh syarikat manakala 8
peratus yang mengatakan tidak. Pekerja pada tapak bina ini memberikan semangat kerjasama
yang memuaskan kepada syarikat dan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Rajah 10: Peratusan Pekerja yang Mematuhi Peraturan Keselamatan

Peratusan Bilangan Pekerja yang Mematuhi Peraturan


Keselamatan

tidak
8%

ya
92%

Rajah 11 menunjukkan terdapat 12 peratus pekerja yang pernah menerima denda atau
amaran apabila tidak mematuhi peraturan keselamatan syarikat. Manakala sebanyak 88
peratus pekerja yang tidak pernah menerima denda. Indeks ini menyatakan pekerja adalah
mematuhi peraturan dan pihak syarikat adalah tegas memberikan amaran dan denda kepada
sesiapa yang tidak mematuhi peraturan supaya pekerja bebas daripada kemalangan dan
seterusnya mengurangkan kes kemalangan di tapak bina.
Rajah 11: Peratusan Pekerja yang Menerima Denda/Amaran
Peratusan Bilangan Pekerja Yang Menerima Denda atau Amaran

ya
12%

tidak
88%

Daripada Rajah 12, kajian mendapati bahawa sebanyak 68 peratus pekerja yang
mengatakan bahawa syarikat mempunyai klinik panel dan 32 peratus pekerja pula yang
mengatakan tidak. Walau bagaimanapun daripada temu bual yang telah dijalankan ke atas
pihak pengurusan, mendapati bahawa syarikat memang mempunyai klinik panel. Masalah
yang timbul di sini adalah kemungkinan komunikasi yang tidak berkesan, ataupun terdapat
sesetangah pekerja yang tidak mendapati imformasi yang tepat. Justeru, pentingnya
komunikasi yang berkesan di antara pihak pengurusan dengan pekerja supaya segala aspek
berkaitan dengan kebajikan pekerja, keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.
Rajah 12: Peratusan Pekerja yang Mengetahui Syarikat Mempunyai Klinik Panel

Peratusan Bilangan Pekerja yang Mengetahui Syarikat


Mempunyai Klinik Panel

tidak
32%

ya
68%

Walaupun syarikat mempunyai klinik panel, kajian mendapati bahawa tidak 100 peratus
pekerja yang mengethui adanya klinik panel pergi mendapatkan rawatan. Daripada Rajah 13
kajian mendapati sebanyak 40 peratus pekerja sahaja menyatakan bahawa mereka pernah
pergi ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan. Manakala selebihnya 60 peratus
mengatakan tidak. Angka ini masih menunjukkan agak tinggi. Sesetengah pekerja yang
pernah mendapatkan rawatan di klinik panel hanya untuk memeriksa badan dan bukan kerana
kecederaan.
Rajah 13: Peratusan Pekerja yang Pernah Ke Klinik Panel

Peratusan Bilangan Pekerja yang Pernah Ke Klinik Panel

ya
40%

tidak
60%

Daripada carta pai pada Rajah 14, kajian mendapati bahawa sebanyak 84 peratus
pekerja yang diambil kerja disebabkan kepakaran mereka dan hanya 16 peratus pekerja yang
diambil kerja dengan kelayakan pendidikan. Kebanyakan pekerja yang mempunyai tahap
pendidikan rendah diambil bekerja disebabkan kepakaran manakala pekerja yang diambil
berdasarkan pendidikan adalah bekerja sebagai site ejen dan site supervisor.
Rajah 14: Peratusan Pekerja Berdasarkan Pendidikan/Kepakaran

Peratusan Bilangan Pekerja Terhadap Kelayakan Diambil Kerja

pendidikan
16%

kepakaran
84%

Hasil Kajian Temu Bual Terhadap Pihak Pengurusan


Selain daripada kajian soal selidik menggunakan borang kaji selidik, kajian ini juga
melakukan temu bual ke atas pihak pengurusan bagi mengenalpasti sejauh mana komitment
pihak pengurusan dalam memastikan pekerja di bawah mereka berada dalam keadaan “Free
Accident” semasa bekerja di tapak bina. Di samping itu uga bertujuan mendapatkan maklumat
tambahan berkenaan pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak pembinaan. Dengan
adanya temu bual ini, kajian boleh mendapatkan maklumat tambahan berkaitan aktiviti
pengurusan keselamatan yang sebenarnya dijalankan di tapak pembinaan pada masa kini.
Pegawai di temu bual adalah merupakan ‘site agent’ bagi projek tersebut.
Temu ramah yang dijalankan oleh terbahagi kepada dua, iaitu secara lisan dan soal
selidik. Temu ramah secara lisan hanya dijalankan kepada ‘site agent’ tersebut manakala soal
selidik dijalankan kepada ‘site agent’ dan pekerja yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Daripada temu bual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa pihak pengurusan akan
memastikan pekerja mereka memakai peralatan keselamatan semasa bekerja di tapak
pembinaan. Sekiranya pekerja tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak
pengurusan menetapkan amaran sebanyak tiga kali bagi setiap kesalahan. Kali pertama,
pekerja akan diberi amaran secara lisan. Kali kedua, gaji akan dipotong. Seterusnya pada kali
ketiga, pengurusan akan mengambil tindakan berdasarkan kepada situasi. Setiap bulan, pihak
pengurusan akan memeriksa jentera yang digunakan dan memastikan mana-mana aksesori
yang perlu ditukar. Ia bertujuan bagi mengurangkan peluang berlaku kemalangan.
Jumlah kos yang digunakan oleh majikan untuk Program Pengurusan Keselamatan
adalah bergantung kepada insuran kerana saiz setiap projek adalah berbeza. Majikan membeli
insuran berdasarkan kepada keseluruhan projek. Sekiranya terdapat kes kematian pekerja
berlaku, projek yang dijalankan oleh mereka mungkin akan diberhentikan.
Justeru, kajian menyimpulkan Syarikat XYZ, adalah sebuah syarikat yang
mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja di premis mereka. Ini berdasarkan hasil
kajian yang jelas menunjukkan bahawa hasil daripada komitment yang tinggi daripada pihak
pengurusan dalam menyediakan kelengkapan, latihan, klinik panel dan beberapa keutamaan
lain telah menyediakan satu persekitaran tempat kerja yang selamat kepada pekerja mereka.
Walaupun sukar untuk mendapatkan 100% “Free Accident” bagi kerja-kerja dalam sektor
pembinaan, sekurangnya-kurangnnya majikan dapat mengurangkan kemalangan maut dan
kemalangan nyaris. Malang memang tidak berbau, tetapi kemalangan boleh dihindari kerana
manusia mampu mengubahnya. Oleh yang demikian, pentingnnya Program Pengurusan
Keselamatan dikuatkuasa dan dijalankan dengan berkesan oleh majikan kerana ia mampu
mengurangkan risiko kemalangan kepada pekerja.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Walau bagaimanapun, industri pembinaan merupakan antara industri yang
paling berbahaya kerana persekitarannya yang mendedahkan pekerja kepada risiko
kemalangan. Pekerja sebagai set penting dalam pembinaan memerlukan persekitaran kerja
dan tempat bekerja yang selamat dan terhindar daripada sebarang bahaya. Bagi memastikan
keadaan persekitaran di tempat kerja selamat dan sihat, peraturan yang terkandung dalam
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) hendaklah dipatuhi. Kerjasama antara
pihak pengurusan dan pekerja bawahan amat penting bagi memastikan Akta, Peraturan,
Undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya.
Pihak pengurusan perlu mengambil penyertaan daripada pekerja bawahan dalam
menggubal polisi/peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja supaya prosedur keselamatan
premis mencakupi pekerja dalam pelbagai skop. Maknanya di sini ialah, pekerja daripada
pelbagai peringkat/kelas pekerjaan perlu dilibatkan dalam membuat polisi keselamatan dan
kesihatan pekerja. Ini kerana hanya pekerja sahaja yang mengetahui sejauh mana tingkat
bahaya yang dihadipi oleh mereka kerana mereka sentiasa berada dalam persekitaran tersebut.
Justeru, perundingan, kerjasama serta penglibatan pekerja dan majikan hendaklah digalakkan
demi meningkatkan/ menjayakan usaha menambahbaik tahap keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.
Pada keseluhannya, majikan atau kontaktor mempunyai tanggungjawab yang
sewajarnya untuk menyediakan persekitaran kerja yang bebas daripada ancaman bahaya yang
boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. Pada amnya, keselamatan dan kesihatan
majikan dan pekerja di Malaysia adalah dilindungi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan. Jadi, syarikat dan industri yang berada di Malaysia hendaklah mematuhi
penguatkuasaan yang telah ditetapkan. Antara contoh-contoh tanggungjawab yang sepatutnya
sebagai seorang majikan/kontraktor termasuklah menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa bekerja, menyenggara
tempat kerja supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan serta menyediakan tatacara
bagi memastikan keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, pengendalian, penyimpanan,
pengangkutan jentera dan bahan.
Selain itu, pekerja sendiri juga hendaklah mematuhi semua arahan dan perintah yang
termaktub di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tidak menyatakan atau menerangkan kedudukan dan
tanggungjawab yang sewajarnya sebagai seorang pekerja di tempat binaan. Tetapi, pekerja
hendaklah menitikberatkan keselamatan dan kesihatan diri serta orang lain semasa bekerja. Di
samping itu, sebagai seorang pekerja di tapak binaan, mereka perlulah memberikan kerjasama
kepada majikan, kontrakor, dan pekerja lain dalam memenuhi segala tanggungjawab
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta atau peraturan-peraturan yang berkaitan dan
sentiasa memakai pakaian keselamatan dan menggunakan kelengkapan perlindungan diri
yang disediakan semasa di tempat pembinaan.
Selain daripada pihak-pihak utama yang disebutkan di atas, pihak kerajaan juga
memainkan peranan yang sangat penting dalam menjagakan dan memastikan keselamatan dan
kesihatan di tempat binaan. Undang-undang dan peraturan perlu bagi memastikan setiap
perkara berhubung keselamatan dan kesihatan dilakukan dan dipatuhi. Ini bermakna kerajaan
haruslah menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
di tapak binaan, seperti memberi dendaan atau hukuman kepada pihak yang tidak mematuhi
undang-undang yang disediakan sama ada pihak majikan atau pekerja.
Kerajaan Malaysia seharusnya menubuhkan beberapa badan-badan atau agensi-agensi
kerajaan bagi memantau keselamatan dan kesihatan pekerja dalam industri pembinaan
negara. Badan-badan dan agensi-agensi yang ditubuhkan ini haruslah mempunyai undang-
undang dan peraturannya sendiri secara jelas supaya semua pihak yang terlibat dalam industri
pembinaan bekerjasama antara satu sama lain demi keselamatan masing-masing. Selain itu,
aktiviti yang bermakna ini haruslah disebarkan oleh pihak kerajaan supaya kadar kemalangan
yang berlaku di tempat binaan dapat dikurangkan dari tahun ke tahun.
Oleh yang demikian, kajian ini memilih Syarkat XYZ Construction Sdn. Bhd sebagai
kajian kes bagi melihat sistem pengurusan keselamatan, tahap kesedaran para pekerja
terhadap kemalangan dan risiko yang ada di tapak, dan keberkesanan pengurusan yang
dijalankan oleh majikan di tapak bina.
Berdasarkan kaji selidik ke atas Syarikat XYZ kajian merumuskan bahawa kemalangan boleh
dielakkan di tapak binaan berdasarkan beberapa faktor, antaranya penglibatan pekerja dalam
menghadiri kursus/latihan, komunikasi, tahap pendidikan dan sebagainya. Faktor penyertaan
pekerja kepada kursus dan latihan yang disediakan juga faktor yang sangat penting bagi
memberi kesedaran kepada pekerja dan seterusnya mengurangkan kes kemalangan. Faktor
komunikasi yang berkesan juga penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada
para pekerja. Kehadiran buruh asing dari pelbagai negara juga perlu diberi perhatian terutama
bagi meningkatkan masalah komunikasi. Faktor yang seterusnya adalah tahap pendidikan
pekerja itu juga akan mempengaruhi kadar kemalangan yang berlaku di tapak binaan. Oleh
sebab itu, semakin tinggi tahap pendidikan pada seseorang pekerja, jadi semakin tinggi tahap
kesedaran tentang keselamatan di tapak binaan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam setktor pembinaan semua pihak harus melibatkan diri dalam
mengurangkan kes kemalangan. Program keselamatan dan kesihatan pekerja tidak akan
berjaya sekiranya tanpa komitmen daripada semua pihak. Semua pihak juga perlu sentiasa
meningkakan tahap sistem pengurusan keselamatan di tapak binaan untuk mengurangkan kes-
kes kecederaan atau kematian. Ini bagi memastikan industri pembinaan adalah industri yang
selamat untuk diceburi oleh golgongan belia demi kepentingannya industri ini yang banyak
menyumbangkan kepada pendapatan perkapita negara.
RUJUKAN

Abdul Aziz Hussin. 2001. Keselamatan Pekerja Di Tapak Bina Tanggungjawab Bersama.
Universiti Sains Malaysia.

Dimond, B. 2002. Risk Assessment And Management To Ensure Health And Safety At Work.
British Journal of Nursing, 11 (12). 1372-1374.

Goetsch, D. 1999. Occupational Safety And Health For Technologists, Engineers, And
Managers. New jersey. Prentice Hall.

Jimmie W. Hinze. 1997. Construction Safety. 1st .ed. Upper Saddle River, New Jersey:
Prentice Hall.

Mohd Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah & Ab. Aziz yusof. 2005. Keselamatan
dan Kesihatan Pekerja dalam Organisasi. Pearson Prentice Hall.

Kogi, K. & Kawakami, T. 1997. Organization And Sevices In Occupational And


Environmental Health. Journal Environmental Management and Health 8,5. 154-157.

Robert L. Peurifoy and William B. Ledbetter. 1985. Construction Planning, Equipment &
Methods. 4th.ed. McGraw-Hill International Editions. 1-6.

You might also like