Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Perlembagaan malaysia

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183


perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang
bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sejarah
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari
hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada
Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri
Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya
Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

[sunting] Pindaan

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan
ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar
perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun
selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah
dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada
sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

[sunting] Susun atur


Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian
mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

 Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan


 Bahagian 2 - Kebebasan asasi
 Bahagian 3 - Kewarganegaraan
 Bahagian 4 - Persekutuan
 Bahagian 5 - Negeri-negeri
 Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
 Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
 Bahagian 8 - Pilihanraya
 Bahagian 9 - Kehakiman
 Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
 Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
 Bahagian 12 - Am dan pelbagai
 Bahagian 13 - Peruntukan sementara
 Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
 Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

[sunting] Jadual

 Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau
Penaturalisasian
 Jadual Kedua [Perkara 39]
o Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa
Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
o Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa
Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
o Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan
Kewarganegaraan
 Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong
 Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong
 Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
 Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk
Sumpah dan Ikrar
 Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
 Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Negeri
o Bahagian I - Peruntukan Tetap
o Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam
Bahagian I
 Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan
hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
 Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil
yang Diserahhakkan kepada Negeri
o Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
o Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
o Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
o Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
o Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
Sabah dan Sarawak
 Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal
Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi
Mentafsirkan Perlembagaan.
 Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
 Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan
Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
 Catatan - Teks asal perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.

[sunting] Artikel/Perkara
[sunting] Artikel/Perkara 11

Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama


rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya
sendiri.

[sunting] Artikel/Perkara 48

Rencana utama: Artikel 48 Perlembagaan Malaysia

Artikel/Perkara 48 menyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen.


Yang paling popular adalah pada klausa 1(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh
sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di
dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan
selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu
ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;

[sunting] Artikel/Perkara 152

Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia

Artikel/Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan


merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan
pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi.
Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri,
dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua
prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti
dilakukan di dalam bahasa Melayu.

Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau
tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

[sunting] Artikel/Perkara 153

Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong,
bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan
mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk
kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai
sebahagian daripada kontrak sosial.

[sunting] Artikel/Perkara 159

Rencana utama: Artikel 159 Perlembagaan Malaysia


Artikel/Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak bagaimana perlembagaan
Malaysia dipinda. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-
undang (ahli parlimen) membuat pindaan perlembagaan.

[sunting] Artikel/Perkara 160

Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia

Artikel/Perkara 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam


perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu
disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

[sunting] Lihat juga


 Sejarah Malaysia
 Politik Malaysia
 Pilihan Raya Umum Malaysia
 Status kebebasan agama di Malaysia

[sunting] Rujukan
 Ahmad, Zainon & Phang, Llew-Ann (Oct. 1, 2005). The all-powerful executive. The
Sun.

Piagam Madinah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan
tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama
umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat
bukan Islam iaitu Yahudi.

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah,
Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh
dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-
peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah)
yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Isi kandungan
[sorok]

 1 Perangkaan Piagam Madinah


o 1.1 Langkah pertama
o 1.2 Langkah kedua
o 1.3 Langkah ketiga
 2 Tujuan Piagam Madinah
 3 Prinsip Piagam Madinah
 4 Kandungan Piagam Madinah
 5 Pautan luar
 6 Rujukan

[sunting] Perangkaan Piagam Madinah


Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu
dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang
diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

[sunting] Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam
beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran
Rasulullah.

[sunting] Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan
persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan
pertolongan kaum Ansar.

[sunting] Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah


dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai
piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

 Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan
segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
 Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama
sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa
Madinah.
 Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-
masing.
 Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
 Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang
tercatat dalam piagam tersebut,

[sunting] Tujuan Piagam Madinah


 Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
 Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
 Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
 Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
 Mewujudkan keamanan di Madinah
 Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
 Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
 Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
 Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
 Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda
dan keluarga di Mekah.

[sunting] Prinsip Piagam Madinah


 Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
 Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
 Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
 Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
 Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
 Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
 Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah
dicatatkan
 Kebebasan beragama
 Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
 Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

[sunting] Kandungan Piagam Madinah


 Fasal 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis)
dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama
mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

 Fasal 2

Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
 Fasal 3

Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling
tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama
mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan
adil di kalangan orang-orang beriman.

 Fasal 4

Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-
sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap
taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri
dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 5

Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama
mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan
tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri
dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 6

Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan
dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 7

Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan
dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 8

Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan
dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 9

Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab
membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah
membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
 Fasal 10

Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan
dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 11

Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan
dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 12

Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara
mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan
berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.


o Fasal 12-b

Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang
di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan
terlebih dahulu.

 Fasal 13

Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat
kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau
kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama
menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

 Fasal 14

Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang
kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

 Fasal 15

Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari
perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama
sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

 Fasal 16

Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan
pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
 Fasal 17

Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh
dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang
lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan
di kalangan mereka.

 Fasal 18

Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu
hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

 Fasal 19

Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang
tumpah pada jalan Allah.

 Fasal 20

Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan
seteguh-teguhnya.


o Fasal 20-b

Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan
tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

 Fasal 21

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak


ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang
kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk
perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

 Fasal 22

Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam
ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul
ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah
dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang
tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

 Fasal 23

Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara
itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

 Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-
orang mukmin selama mana mereka itu berperang

 Fasal 25

Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin,
mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka
(Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri,
melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan
dirinya dan keluarganya sendiri

 Fasal 26

Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 27

Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 28

Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 29

Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 30

Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 31

Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang
zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan
keluarganya sendiri.

 Fasal 32

Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan)
sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)

 Fasal 33

Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik
hendaklah membendung segala kejahatan.

 Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama
dengan mereka itu.

 Fasal 35

Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang
Yahudi itu sendiri.

 Fasal 36

Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka
melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.


o Fasal 36-b

Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas
dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya
kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati
piagam ini.

 Fasal 37

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin
juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong
menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan
hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap
perbuatan dosa.


o Fasal 37-b

Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh
sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

 Fasal 38

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin


selama mana mereka berada dalam keadaan perang

 Fasal 39

Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-
mana pihak yang menganggotai piagam ini

 Fasal 40

Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan
terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
 Fasal 41

Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya
sendiri.

 Fasal 42

Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta
piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada
hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan
kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

 Fasal 43

Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga
tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

 Fasal 44

Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana


pihak yang mencerobohnya.

 Fasal 45

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian
maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan
bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah
merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).

 Fasal 46

Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan
mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang
menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota
piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana
barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah
menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

 Fasal 47

Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang
bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau
menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau
bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa
dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

[sunting] Pautan luar


 Nota ringkas Piagam Madinah (Bahasa Inggeris)
 Nota ringkas Piagam Madinah (Bahasa Melayu)

[sunting] Rujukan
 The First Written Constitution in the World, Sh. Muhammad Ashraf, Lahore, 1968.
Edaran pertama di England, 1941.
 The New Encyclopaedia Britannica, 15th Edition, 1991

You might also like