TENAGA NUKLEAR Assignment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TENAGA NUKLEAR

Tenaga nuklear atau juga sebagai disebut tenaga atom ialah sejenis tenaga yang
mengikat nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear
seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga
merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga
sekunder seperti tenaga elektrik.1 Istilah nuklear dalam bentuk huraian panjangnya ialah
merujuk kepada inti atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada
tindak balas dalam nukleus atom iaitu ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh
digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan
tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion). Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di
dunia adalah berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan
pelakuran nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka
tidak akan dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran
teknologinya.

Tenaga nuklear seringkali menjadi isu yang kontroversi sejak sepuluh tahun
kebelakangan ini. Pengunaan tenaga nuklear merupakan antara tenaga alternatif yang
diutarakan termasuk empangan hidro, angin, solar, biomas dan tenaga boleh diperbaharui.
Tenaga nuklear kini menjadi salah satu daripada pilihan untuk menjana tenaga elektrik tetapi
pelbagai reaksi dan persepsi tercetus daripada perkataan nuklear itu sendiri. Proses penjanaan
tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang dimulai
dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan tenaga
nuklear. Selepas itu, ia akan menjalani proses penukaran uranium, pengayaan uranium,
penukaran semua uranium, fabrikasi bahan api dan diikuti dengan penggunaan dalam loji
janakuasa nuklear.

Diikuti dengan penyimpanan sementara bahan api nuklear terpakai, sebelum diproses
menjadi bahan api nuklear terpakai dan akhir sekali rawatan dan pelupusan akhir sisa nuklear

1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear
aras tinggi. Uranium biasanya diperolehi daripada negara-negara seperti Australia,
Kazakhstan, Kanada dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut sumber Agensi Nuklear Malaysia (ANK), penjanaan elektrik melalui loji
janakuasa nuklear mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara.2 Selepas 2030,
loji-loji janakuasa nuklear generasi keempat yang masih lagi dibangunkan dijangka bukan
hanya mampu menghasilkan elektrik, tetapi juga hidrogen cecair yang boleh diedarkan
melalui sistem paip untuk dijadikan bahan api gantian petroleum bagi sektor pengangkutan,
industri, domestik, komersial dan juga sektor-sektor lain.

Pada asasnya, penggunaan tenaga nuklear dapat mengurangkan pergantungan negara


kepada tenaga fosil, terutama arang batu dan gas asli seperti yang digunakan sekarang oleh
negara.Penjimatan kos adalah dari segi kos penjanaan elektrik oleh loji kuasa nuklear yang
lebih rendah berbanding sumber tenaga lain.

Di samping aspek kos, penggunaan kuasa nuklear mampu mempertingkatkan


keselamatan perbekalan tenaga negara kerana jumlah tenaga yang boleh diperolehi daripada
setiap tan bahan api nuklear, iaitu uranium, adalah jauh lebih tinggi daripada sumber tenaga
lain.Sumber tenaga nuklear mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara kerana
semua jenis bahan api nuklear, sama ada uranium, thorium atau plutonium, mengandungi
tenaga spesifik yang tinggi, tenaga spesifik adalah jumlah tenaga yang boleh dihasilkan dari
setiap kilogram sesuatu jenis bahan api.

Menurut sumber ANK, kos yang diperlukan untuk membina loji nuklear adalah
berbeza-beza mengikut keperluan kapasiti penggunaan tenaga, dan ia melibatkan kos modal
dan kos operasi.Pada peringkat awal, pembinaan loji nuklear adalah mahal, namun penjanaan
tenaga elektrik daripada loji tersebut adalah murah berbanding loji arang batu.

Sumber tenaga nuklear juga mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara
akan lebih terjamin, terutama dalam keadaan pengurangan sumber tenaga yang lain di dalam
negara, terutama simpanan atau rizab minyak mentah dan gas asli negara. Daripada segi
perlindungan alam sekitar, kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon yang jauh lebih
rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang dijana, berbanding dengan sumber tenaga lain.
2
Agensi Nuklear Malaysia
Walau bagaimanapun, tenaga nuklear juga mempunyai risiko dan reaksi negatif
antaranya risiko kemalangan di loji janakuasa nuklear, namun jumlahnya masih lagi sedikit
dibandingkan dengan kemalangan di loji-loji lain. Masalah lain adalah penempatan loji
tersebut yang perlu dipilih dengan betul bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal
timbul kelak seperti masalah kebocoran radiasi serta kesan kepada penduduk.Pelupusan sisa
nuklear dan radioaktif perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah pencemaran yang akan
mengganggu gugat kesihatan penduduk negara, selain pengurusan pembuangan sisanya harus
mengikut prosedur yang ditentukan.

Peletusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran


gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan
atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui
gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh peningkatan tekanan secara
keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap. Melalui udara,
gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik. Tubuh manusia boleh di asak mati
oleh gelombang letupan sehingga ke tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang
disebabkan oleh gelombang letupan, sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan
biasa.

Walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia di sekitar tempat
letupan boleh mati akibat daripada kerosakan-kerosakan terhadap paru-paru, yang disebabkan
oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada  tenaga ledakan dibebaskan dalam bentuk kilat
terma. Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta
menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya. Suhu yang sangat
tinggi ini  mengkondensasikan segala yang berada disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang
lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu
mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi
ribut api. Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat
perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen
Sebanyak 5% tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan
neutron. Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama
membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih hebat.

    Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak
membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem
perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha penyelamatan
mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan radioaktif yang akan
menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh menyebabkan maut jika pendedahan
berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya jika berada dikawasan lapang. Satu
megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan radioaktif yang boleh menyebabkan maut
pada kawasan lingkungan 2000 km persegi.

Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang berlaku
secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki  yang masih hidup
saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari kerosakkan dan kesan-kesan jangka
panjang sinaran radioaktif yang terhasil. Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit,
keguguran rambut, lukemia dan penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.

    Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat
mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang
mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat pembiakan yang
cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan sinaran. Keadan ini akan
memudahkan penyebaran wabak penyakit. Mereka yang sakit tidak dapat dibantu dengan
berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan tidak teratur ataupun lumpuh. Sistem
perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek kata segala jenis perkhidmatan dan
perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh.

Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99%


cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu, matahari pada
tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap kesenjaan ini dijangka berlarutan
sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan berikutnya suasana ini akan berkurangan
sebanyak setengah kali ganda sahaja. Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis
oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga
membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar.
Mereka yang selamat akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.

    30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk
membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang
tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara yang tidak
terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi kerana sisa radioaktif yang
bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan pergerakkan atmosfera.. Dari segi ekonomi,
jika negara yang terlibat adalah negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan,
ternakkan dan pertanian maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan
mengalami krisis.   

Kesemua di atas adalah kesan jangkaan yang dibuat oleh pakar-pakar nuklear yang
sememangya telah dapat menjangkakan kesan berdasarkan eksperimen dan maklumat lepas
yang diperolehi. Peperangan nuklear berpotensi untuk menyebabkan kemudaratan dan
kemusnahan yang  menyeluruh dan mengancam penerusan kehidupan manusia.

Buat masa ini, Indonesia telah membuat keputusan dan sedang bercadang membina
empat loji janakuasa nuklear dengan keupayaan 1,000MW setiap satu yang dijangka akan
mula beroperasi pada tahun 2016.

Vietnam dan Thailand juga telah membuat keputusan dan bercadang membina loji
janakuasa nuklear pertama di negara masing-masing, iaitu dua buah loji yang berkeupayaan
1,000MW untuk mula beroperasi di Vietnam pada tahun 2018 dan dua buah loji
berkeupayaan 1,000MW untuk mula beroperasi di Thailand pada tahun 2021.Sekiranya
Malaysia memilih nuklear sebagai tenaga alternatif yang digunakan untuk menjana tenaga
elektrik, proses itu perlu dimulakan daripada sekarang kerana proses menyiapkan loji tersebut
memakan masa lima hingga 15 tahun.

Sekiranya Malaysia tidak mahu membangnkan tenaga nuklear, tumpuan perlulah


diberikan kepada tenaga alternatif lain seperti yang disebutkan tadi. Dari segi kos, masa,
keselamatan, dan geopolitik harus juga diambil kira. Seperti apa yang berlaku kepada Iran
yang menerima tekanan akibat pembangunan senjata ini.

Apa-apapun, terplang kepada pihak kerajaan dalam menangani hal ini. Segala baik dan buruk
enggunaan tenaga nuklear haruslah dikaji terlebih dahulu daripada akar umbi kerana banyak
lagi tenaga lain yang boleh kita gunakan.

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan
menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan
loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga
nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia
masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana
elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut
dan juga tekanan terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.

Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi


pilihan. Misalnya, negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah
penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Thailand dijangkakan mula
menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun 2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia
pada tahun 2016. Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga
nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian.

Selanjutnya, bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana


Menteri Malaysia telah menjemput masyarakat awam untuk sama-sama menyumbangkan
pandangan terhadap rancangan ini. Oleh itu sewajarnyalah masyarakat awam menyuarakan
pandangan mereka terhadap rancangan penggunaan tenaga nuklear ini. Namun, sebelum
memberikan pandangan, seeloknyalah mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan
tentang baik-buruk penggunaan tenaga nuklear.

Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk
menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam
jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga
elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana
penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih
banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh
menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu
atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana
bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan
menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear
tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa
beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu
mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan
kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan
tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita
baik kepada pengguna.

Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan
tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak
baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini
sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan.
Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik
menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.
Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa
yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung
kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non
renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber
uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga
akan habis pada satu masa nanti.

Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah
risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat
besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh,
kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan
reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah
membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar
Hiroshima.

Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan
Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping
itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga
memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka.
Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World
Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta.
Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu,
9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser.
Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi
tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak
baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan
ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.

Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira
jika tenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa
faedah, namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat
terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada
manusia mahupun alam secara keseluruhan.

Dengan itu, secara mudahnya, dapat kita sebutkan bahawa, berdasarkan prinsip yang
disebutkan di atas, setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita
telah benar-benar memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin dilakukan itu. Sebagai
contoh, jika kita ingin menjadi tukang jahit, maka sebelum menjadi tukang jahit, segala ilmu
berkaitan dengannya wajiblah diperoleh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini.
Ketetapan ini sememangnya amatlah wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan
tempahan baju yang dihantar pelanggan. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini.
Sebelum implementasi program ini hendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat
tentang baik-buruknya untuk negara dan masyarakat Malaysia wajiblah dikaji sedalam-
dalamnya.

Selain daripada prinsip yang disebutkan ini, di dalam al-Quran kita telah diingatkan bahawa,
"...janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah
perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya" (Surah al-Baqarah, 2:195). Dengan paparan ayat ini maka dapat
kita simpulkan, dalam kes si tukang jahit sebentar tadi, bahawa jika tidak tahu ilmu jahitan,
maka janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu. Ini kerana, kedegilan untuk
menceburi bidang itu akan menyebabkan si tukang jahit ditimpa malang kerana mungkin
dimarahi pelanggan kerana gagal menyiapkan tempahan atau merosakkan tempahan yang
dihantar. Bukankah ini hanya membinasakan diri si tukang jahit tersebut? Dalam isu tenaga
nuklear ini pula, jika kemudaratan program ini jelas maka seeloknyalah ia ditangguh atau
dicari alternatif yang lain.
Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain dalam
menghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai tenaga
gantian. Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan
pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk
tenaga gantian dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria, angin, geotermal, ombak
dan hidroelektrik. Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau iaitu melibatkan
manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik.

Bagi menggantikan tenaga nuklear, sebaik mungkin dijalankan kajian untuk melihat
kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai tenaga penjana elektrik negara. Jika ini berjaya
dilakukan maka barulah boleh diakui "Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau." Jika
usaha, tenaga dan wang ringgit boleh digunakan untuk mengkaji kebolehgunaan tenaga
nuklear maka usaha, tenaga dan wang ringgit yang sama juga seharusnya ditumpahkan untuk
menghasilkan tenaga hijau. Ini kerana, sebagaimana petroleum dan arang batu boleh
mencapai tahap sukar didapati (scarce) maka begitu jugalah uranium pada satu masa nanti.

LOJI TENAGA NUKLEAR


KESAN NEGATIF TENAGA NUKLEAR

You might also like