Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Penanaman Buah Naga di Malaysia : Potensi dan Cabaran nya

Zainudin Hj. Meon (Ph.D)


Stesen Ibu Pejabat MARDI Serdang
Pusat Pengurusan Stesen
Peti Surat 12301 MARDI
50774 Kuala Lumpur
Malaysia.
Emel:zmeon@mardi.gov.my
Pengenalan
Malaysia mempunyai cuaca yang sesuai lagi kondusif untuk
penanaman buah naga. Selain buah-buahan, banyak tanaman terdapat
di Negara ini seperti getah, kelapa sawit, padi dan koko. Salah satu
entri yang baru didalam senarai tanaman buah-buahan disini ialah
buah naga. Setelah kajian demi kajian dijalankan, penanaman buah
naga telah mengorak langkah didalam industri buah-buah di Negara ini.
Tidak seperti Vietnam dan Thailand yang mempunyai sejarah dan
pengalaman luas, Malaysia telah mengalami fasa pemeringkatan yang
menggalakkan dalam penanaman buah ini. Justeru itu, tidak kurang di
negara ini buah ini telah mencipta „niche‟ yang tersendiri di pasaran
tempatan.
Tanaman buah naga belum diterokai sepenuhnya di negara ini.
Tanaman ini terdiri dari famili „Cactaceae‟ ini mendapat nama mungkin
daripada bentuk buah nya yang kelihatan seakan-akan bebola api yang
terdapat pada mulut naga. Nama tempatan yang biasa ialah
pitaya/kaew mang korn (Thailand); than long (Vietnam); strawberry pear;
pitahaya (Latin America); queen of the night (North America); red dragon
fruit; fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); huo long guo/hong
long guo (Taiwan)
Di Malaysia, skala penanaman buah naga masih kecil, iaitu
disekitar 300 hektar berbanding dengan tanaman industri yang lain.
Walaubagaimanapun perkembangan penanamannya amat
memberangsangkan. Kawasan penanaman banyak terdapat di Johor,

1
Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak.
Asal usul buah naga ialah dari Amerika Latin dimana keadaan
cuaca agak berbeza dengan Malaysia. Walau begitu, tanaman ini telah
mengalami adaptasi dan amalan agro-pengurusan didalam
penanamannya disini. Kertas kerja ini ditulis untuk mengemukakan
potensi dan cabarannya di Negara ini.

Varieti

Buah naga terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih


(Hylocereus undatus), varieti merah (Hylocereus polyrhizus) dan varieti
kuning (Selenicereus megalanthus) (Gambar 1). Namun begitu, hanya
dua varieti yang sesuai dan popular ditanam di Malaysia iaitu dari jenis
varieti putih dan merah. Varieti merah adalah sangat di gemari oleh para
penanam kerana harga nya adalah tinggi.
Buah naga berbentuk bujur, berwarna merah dan mempunyai
sisik diluar permukaan kulitnya. Saiz buah yang cukup matang antara
10-15 cm dan beratnya antara 300-500 g sebiji. Rasanya manis dan
mempunyai biji-biji halus yang berwarna hitam seperti biji sawi. Bijinya
boleh dimakan begitu sahaja bersama isinya. Adapun buah naga kuning
(Selenicereus megalanthus) mempunyai saiz buah yang kecil purata
berat ialah 100 g sebiji dan rasa nya adalah lebih manis dari kedua dua
isi putih dan merah.
Buah naga kuning kurang kedapatan ditanam kerana kekurangan
bahan tanaman dan dikatakan lambat mengeluarkan hasil.
Walaubagaimana kemungkinan ia akan ditanam secara besar-besaran
sekiranya ia mempunyai permintaan yang tinggi.

2
Gambar 1. Jenis jenis buah naga. Putih, merah dan kuning

Sifat tanaman
Tanaman buah naga bersifat panjang-siang. Ia memerlukan
cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Selain itu, tanaman
adalah dari golongan “Crassulacean Acid Metabolic” (CAM) di mana ia
menjalankan proses pembuatan makanan nya pada waktu malam.
Pokok buah naga adalah sejenis tanaman epipitik dan memerlukan para
untuk menyokong batangnya yang lembut serta memanjat dan menjalar.
Akar udara akan keluar dari batang yang menjalar di atas para untuk
tujuan pengambilan air dan pemakanan.
Rasa buah naga sedikit sebanyak ditentukan oleh jenis atau varietinya.
Di antara dua jenis isi putih dan merah, yang paling disukai ialah isi
merah. Ada lapuran yang mengatakan bahawa buah naga isi merah
lebih berkhasiat dan mengandungi zat pemakanan dan vitamin nya
berbanding dengan berisi putih.
Berdasarkan lapuran buah naga merah kaya dengan vitamin,
serat, protein, zat mineral dan anthocyanin. Anthocyanin adalah
antioksidan yang sangat bermanafaat untuk kesihatan dimana ia
membantu dalam penyembuhan penyakit. Selain itu dapat membantu
dalam penglihatan yang baik, perkembangan tulang dan otot-otot.
Ada lapuran juga menyatakan bahawa buah naga memiliki fenol
dan vitamin E yang lebih rendah berbanding dengan buah-buahan yang

3
dijeruk. Tambahan pula, buah naga mempunyai kekuatan untuk
merangkap logam (chelating power) terutamanya ion ferrous (Fe) yang
menyebabkan banyak penyakit. Selain antioksidan, biji buah naga yang
halus didapati mempunyai fitoalbumin (phytoalbumin) yang mampu
untuk pencegahan kanser yang disebabkan radikal bebas. Di lapurkan
juga bahawa buah naga mempunyai antioksidan pelindung (protector
antioxidant) seperti (lycopene, anthocyanin) dan antioksidan penyerang
(fighter antioxidant) seperti fitoalbumin.
Dari segi diet, buah naga mempunyai cukup kaya dengan zat
vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan daya tahan
dan metabolisma badan. Kajian yang dijalankan menunjukkan ianya
amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Di
samping itu juga, ia dapat memberi tindak balas yang positif untuk
mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam badan.
Buah naga mempunyai kandungan karotin (carotene) yang tinggi
dimana ia boleh didapati pada isi dan kulitnya. Nilai perubatan adalah
tinggi ini lah yang menjadikan buah naga mempunyai kelebihan dari
buah-buahan yang lain. .

Penanaman
Tanaman buah naga mudah tumbuh di kawasan tropika yang
mempunyai sistem saliran yang baik. Tanaman ini tidak sesuai ditanam
di kawasan air yang bertakung. Walaupun begitu di Thailand, buah
naga ini ditanam di atas batas yang besar. Suhu 20-30°C dan taburan
hujan antara 500-1500 mm adalah sesuai untuk pertumbuhan tanaman
ini. Tanah berpasir dan tanah lom berpasir yang kaya dengan bahan
organan diperlukan untuk penanaman pokok ini.
Buah naga boleh boleh ditanam dengan dua kaedah iaitu melalui
biji dan keratan. Namun begitu, tanaman melalui biji adalah tidak
digalakkan kerana keseragamannya sekata. Cara yang mudah ialah
melalui keratan batang. Bukan semua peringkat batang boleh

4
digunakan sebagai benih. Hanya keratan yang sihat dan tua sesuai
untuk digunakan sebagai benih tanaman. Ukuran panjang keratan
batang ialah 10” (25.4 cm) hingga 20” (50.8 cm). sesuai digunakan
sebagai anak benih.
Pokok buah naga memerlukan tiang sebagai sokongan untuk
tumbesaran Ia tumbuh memanjang dan menegak. Tiang sokongan
digunakan biasanya diperbuat daripada simen atau konkrit yang
bersaiznya 4" x 4" x 7" (10 cm X 10cm X25.4 cm). Tiang sokongan
ditanam terlebih dahulu sebelum benih keratan ditanam dengan jarak
tanaman 6‟ X 9‟ ( 2m x 3m). Kepadatan tanaman bagi setiap hektar
ialah sebanyak 5,000 pokok dengan menggunakan 2,000 tiang.
Kepadatan tanaman boleh ditingkat lagi hingga 10,000 pokok dengan
menggunakan teknik penanaman kepadatan tinggi (high density
planting). Teknik ini sangat berpotensi dikembangkan untuk
meningkatkan hasil berlipat kali ganda.

Pembungaan
Pengeluaran bunga oleh pokok buah naga berlaku selepas satu
tahun penanaman. Sekiranya beneh yang diperolehi bagus dan
memuaskan, pokok akan berbuah dengan cepatnya. Ada diantara
penamanam mengalami pembuahan yang cepat sehingga enam bulan
setelah ditanam.
Proses pembungaan di dalam penanaman buah naga bergantung kepada
beberapa faktor seperti umur tanaman, kesuburan tanaman, keadaan
cuaca dan tanah. Keadaan tersebut membuatkan musim pembungaan
diantara satu tempat dengan tempat yang lain berbedza. Keadaan cuaca
seperti suhu, cahaya matahari dan hujan sangat mempengaruhi proses
pembungaan ini.
Buah naga akan mengeluarkan bunga setelah dahannya menjadi
matang iaitu 8 sehingga 12 bulan. Setelah bunga matang, proses
pendebungaan berlaku. Kelopak bunga yang matang akan terbuka pada

5
waktu malam diantara 10.00 hingga 12.00 malam. Perpindahan
debunga dari bunga jantan (stamen) ke bunga betina (stigma) di lakukan
melalui angin atau agen pendebungaan. Keratan rintang bunga
mendapati bahawa buah naga mempunyai sifat bunga „monoecius‟
dimana bahagian jantan dan betina berada didalam satu bunga
Peringkat antesis sangat penting kerana sekiranya reseptiviti stigma
tidak sama dengan pengeluaran debunga, maka pendebungaan tidak
berlaku.
Proses pendebungaan dapat di pertingkatkan melalui kaedah
pendebungaan berbantu (assisted pollination). Lapuran adalah
menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkat hasil sehingga 50%,
walaubagaimanapun kaedah ini hendaklah di ketahui secara lebih
mendalam.Contohnya petani petani dari Johor mempraktikkan kaedah
ini untuk meningkat hasil ladang. Kaedah-kaedah ini termasuk
mengutip dan menyimpan debunga pada suhu bilik, serta menjalankan
pendebungaan satu persatu pada waktu setiap malam. Teknik ini boleh
dibuat dengan mengambil debunga yang telah disediakan dan disapu
pada stigma (bunga betina ) dengan menggunakan berus lembut.
Seperti telah diketahui tabiat tanaman buah naga adalah bersifat
fotoperiod panjang-siang. Ia memerlukan cahaya matahari yang lebih
panjang untuk proses membuat fotosintesis. Cuaca dan jangkamasa
cahaya matahari dinegara kita tidak konsisten kerana selalu terjadi
hujan kecuali negeri negeri di bahagian utara seperti Perlis dan Kedah.
Justeru itu, satu kaedah untuk mendapat dan memanjang hari ialah
melalui pemasangan lampu di waktu malam. Keadaan telah terbukti di
Thailand dimana lampu dipasang selama 4 jam waktu malam untuk
merangsangkan pengeluaran bunga. Begitu juga di Johor, satu
percubaan dengan menggunakan kaedah in telah dapat meningkat
pembungaan sehingga 30%. Teknik ini membuat potensi yang sangat
tinggi dari pengeluaran hasil di negara ini.

6
Peringkat penghasilan buah naga (35-45 hari)

Gambar 2 .Proses pembungaan dan pembuahan buah naga

Penuaian hasil
Berbanding dengan buah-bauahan yang lain seperti nangka,
rambutan dan ciku, tanaman buah naga cepat memberi hasil. Purata
hasil sehektar pada tahun pertama ialah 1500-2000 biji. Keuntungan
yang didapati bergantung pada harga di pasaran iaitu di antara RM1-2
sebiji varieti putih manakala untuk vareiti merah pula adalah RM 7.00
sebiji. Hasil akan meningkat sekurang kurangnya dua kali ganda pada
tahun berikutnya dan berlipat ganda pada tahun-tahun mendatang.
Anggaran kos untuk mengendalikan tanaman buah naga pada
peringkat awal adalah tinggi iaitu RM 30,000 hingga RM35,000
sehektar. Faktor bahan tanaman dan tiang menyumbang kearah
kosnya yang agak tinggi. Walau bagaimanapun, kos pulangannya akan

7
dapat dicapai pada akhir tahun ketiga. Pemilihan varieti amatlah
mustahak untuk mendapat harga yang lumayan.
Kematangan buah adalah diantara 40 hingga 50 hari selepas
selesai proses pendebungaan berlaku. Kelopak bunga akan menjadi layu
dan kering di mana putik muda akan mula membesar. Petanda buah
hampir matang ialah buah dapat dilihat setelah sisik pada kulit buah
mula kelihatan setengah hijau pada keseluruhan buah. Saiz buah akan
bergantung kepada beberapa faktor iaitu pendebungaan yang baik,
kedapatan air yang cukup dan tahap penjagaan diladang saperti
pembajaan. Saiz buah dapat digred melalui berat buah dimana harga
adalah berbeza setiap gred. Gred saiz AA ialah berat diantara 500-800
gram, Gred A berat diantara 350 hingga 450 gram, dan gred B berat di
antara 250 hingga 350 gram dan gred C ialah di bawah 250 gram.Harga
bergantung kepada gred masing. Sekiranya buah yang matang lambat
dipetik, rekahan akan berlaku dan mudah rosak.

Buat masa ini harga hasil buah ini di pasaran masih di paras
tinggi dimana permintaan pelanggan tidak mencukupi. Malahan dengan
nilai perubatan yang ada terutamanya dapat menjaga kesihatan
menjadikan ia diterima baik dan sangat berpotensi.
Selain daripada makan segar, Isi buah naga yang merah boleh
juga dibuat cordial, jem, pati dan lain-lain (Gambar 3). Kulitnya boleh
proses untuk dijadikan penghias kuih kerana warna yang merah dan
cantik. Penggunaan isi dan kulit buah naga boleh dijadikan pewarna
makanan semulajadi (natural food colours) dan gincu bibir. Bahan
pewarna semula jadi adalah selamat di mana ianya tidak menyebabkan
kesan sampingan dan merbahaya atau mudarat dari segi kesihatan.
Selain itu kelopak bunga akan menjadi layu dan kering boleh dijadikan
teh minuman setelah diproses. Produk produk hiliran ini boleh
dimajukan dengan jayanya sekiranya disokong melalui penyelidikan dan
pembangunan produk oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

8
Gambar 3 . Produk produk hiliran dari buah naga. Teh,minuman, jem
dan kordial.
CABARAN

Seperti tanaman yang lain buah naga menghadapi beberapa masalah


dari serangan mahluk perosak dan penyakit.
Serangga perosak termasuk kumbang Xylopetrus yang perlu
diawasi, walaupun tahap serangan adalah rendah. Selain itu, lalat buah
(Dacus dorsalis) adalah sangat penting untuk dikawal untuk mengelak
dari buah menjadi busuk apabila dituai.
Haiwan perosak juga menyerang tanaman buah naga ini adalah
burung, tupai, tikus dan kelawar. Haiwan-haiwan ini akan makan buah

9
yang sudah masak. Oleh sebab itu, buah hendaklah dibungkus untuk
mengelakkannya dari dirosakkan oleh haiwan-haiwan berkenaan.
Selain daripada haiwan perosak, penyakit batang reput (stem rot)
yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris turut
menyerang tanaman ini. Kulat Phomopsis menyebabkan bintik berwarna
coklat pada buah. Semburan dengan racun kulat dapat mengawal
penyakit ini daripada merebak.

.
Gambar 4 : Penyakit antraknos dan bintik putih pada batang buah
naga

Penyakit kuning berpusar pada kulit disebabkan kulat Collectrotrichum


sp. dan penyakit reput bakteria mempunyai bau busuk pula di
sebabkan oleh Erwinia sp.. Penyakit-penyakit yang menyerang ini amat
bahaya dan boleh menyebabkan kerugian yang besar jika tidak diambil
langkah-langkah pengawalan yang secukupnya.
Salah satu kaedah mengatasi masalah penyakit ialah dengan
mengambil pencegahan di peringkat bahan tanaman dan di ladang.
Untuk bahan tanaman, penyediaan bahan tanaman hendaklah dari
sumber ladang induk yang bebas penyakit. Keratan tanaman perlu
dirawat rendam dalam racun sebelum menanam. Racun kulat
berasaskan kuprum (copper- based fungicide) seperti Mancozeb selama
10 minit.Keratan yang telah di rawat hendaklah di keringkan selama 3-
4 jam sebelum di tanam diladang.

10
Untuk penjagaan di ladang; kebersihan ladang hendaklah di jaga
terutamanya dari rumput rampai kerana ia boleh menjadi perumah bagi
vektor. Cantasan formatif pula hendaklah di buat dimana ada
keseimbangan pokok. Setiap dahan mengeluarkan tiga atau empat
dahan baru hendaklah dibiarkan. Sulor air atau pucuk-pucuk muda
yang keluar perlu dibuang. Keratan semasa cantasan pada dahan
hendaklah rapat kepada sisi dahan. Kanopi pada pokok jangan terlalu
rimbun, pangkasan mengikut bentuk tengah-terbuka (open centre).
Kanopi poko didedahkan dan galakkan bahagian atas dahan kepada
sinar matahari. Setelah membuat cantasan, pastikan semua dahan
dahan yang telah dikerat di kumpulkan dan di buang. Jangan biarkan
dahan dahan bertaburan di dalam ladang. Jalankan aktiviti merumput
secara manual. Sekiranya racun rumpai digunakan elakkan semburan
terkena pokok. Gunakan corong di pasang pada muncung pam untuk
mengurangkan rembesan racun. Pemantauan (surveillance) hendaklah
dibuat dari segi bilangan dahan yang berpenyakit seperti bintik putih
(white spots) setiap minggu untuk mengetahui status kesehatan
tanaman.

Penutup.
Potensi penanaman buah naga di Malaysia adalah sangat cerah.
Memandangkan terdapat varieti yang sesuai serta teknologi agro-
pengurusan yang baik. Selain, buah nagga di makan segar, produk
hiliran dapat dibangunkan seperti kordial, jem, sirap dan lain-lain
produk nilai tambah. Nilai perubatan yang ada pada buah naga seperti
mengandungi antioksidan dan fitoalbumin dapat dijadikan kekuatan
dan justifikasi untuk memperluaskan bidang famasutikal dan
perubatan. Walaubagaimana, ada beberapa faktor yang menghambat
pembangunan penanaman buah ini seperti penyakit dan mahluk

11
perosak. Ini boleh diatasi dengan penggunaan bahan keratan bebas
penyakit serta penjagaan ladang yang terkawal.
Walaupun, kos untuk mengendalikan tanaman buah naga pada
peringkat awal adalah tinggi bagi penanaman setiap sehektar namun
keuntungan yang dicapai adalah lumayan berbanding dengan tanaman
lain.

Rujukan

1.Martini M.Y, R.A Halim, L.Y. Ling and M. Zainudin (2004) Dragon
Fruit: Current Status and Potential in Agriculture Congress, 4-7th
October 2004, Kuala Lumpur

2.Zainudin, M. (2005). Penanaman buah naga di Malaysia: Potensi dan


Cabaran. Buletin Teknologi Tanaman .Jilid.1

3. Zainudin M. and Hamidah, S. (2007). Challenges in Dragon fruits


growing in Malaysia Malaysia Soc.Plant Physiology Conf. Kota Kinabalu

4.Hamidah.S and Zainudin.M (2007).Diseases of dragon fruit:Hylocereus


sp. National Horticulture Conf.,Johore Bahru

12

You might also like