Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

4.3 KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN.

- Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar dan kehilangan


nyawa di bangunan-bangunan seperti pejabat, hotel, pusat
membeli belah, hospital, sekolah dan rumah. Bencana
sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa
kebakaran yang baik dilaksanakan.

- Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya


kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah
bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untuk menghapuskannya dari berlaku
dirumah atau tempat kerja anda.

- Sekiranya anda mendapati ada kebakaran, anda boleh melaporkannya kepada Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia atau Bomba dan Penyelamat Malaysia.

- Api hanya akan bermula jika terdapat


ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan
bahan bakar. Punca-punca haba
termasuk percikan api, api yang
menyala, kuasa elektrik dan besi panas.
Bahan mudah bakar seperti suratkhabar,
langsir,
pakaian, dan perabot adalah tergolong
dalam bahan bakar selain minyak tanah
atau petrol.

Haba

Oksigen Bahan bakar


Segitiga Api

24
4.3.1 MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH.

-
-
-

- Padamkan api mancis


dan puntung rokok sepenuhnya
- Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa
memasak.
- Jangan menggunakan soket elektrik berlebihan.
- Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada
kanak-kanak.
- Letakkan bahan mudah terbakar di tempat yang
sepatutnya.
- Jangan membuang bara api ke dalam tong
sampah.
- Kalau boleh pasangkan alat Pengesan asap.

4.3.2 MENCEGAH KEBAKARAN DI TEMPAT-TEMPAT AWAM

- Jangan berada dalam bangunan yang mempunyai muatan


berlebihan.
- Letakkan alat pemadam api di tempat
yang senang diambil apabila berlaku
kebakaran.
- Pastikan alat pemadam api dalam
keadaan baik dan elok.
- Jangan meletakkan barang-barang
Yang boleh menghalang pintu
kecemasan.
- Jangan mengunci pintu kecemasan.

25
4.3.3 CARA MENGHADAPI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN.

Apabila berlaku kebakaran, jangan cemas lakukan langkah-langkah tersebut:-

- Sekiranya berlaku kebakaran pastikan setiap orang keluar dari kawasan


itu.
- Tutup pintu, untuk mengelakkan api merebak.
- Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya dan hubungi
pasukan penyelamat seperti Jabatan Pertahanan Awam atau BOMBA
dan Penyelamat.
- Sekiranya di rumah anda mempunyai alat pemadam api gunakannya
untuk kebakaran kecil.
- Masuk ke dalam bilik yang selamat, jauh dari kawasan kebakaran sebaik
baiknya menghadap jalanraya.
- Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai
seelok-eloknya gunakan kain basah untuk menghalang asap dari masuk.

26
4.3.4 CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API.

- Goncangkan alat pemadam api sebelum menggunakannya.


- Cabutkan pin keselamatan alat pemadam api.
- Acukan muncung alat pemadam api ke arah kebakaran.
- Tekan muncung alat pemadam api.
- Semburkan ke arah api dengan cara menyapu.
- Jangan sembur lawan arah angin. Sebaliknya ikut arah angin.
- Semburkan tepat kearah sumber api.

4.3.5 MELEPASKAN DIRI DARI BANGUNAN TERBAKAR.

- Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain,
seelok-eloknya kain basah bertujuan menahan asap, debu-debu dan
habuk masuk.
- Apabila bergerak dalam bangunan berasap
gunakan cara meraba-raba dengan tapak tangan
mengarah kepada kita untuk menyentuh
halangan dan juga bagi mengelakkan kejutan
elektrik.
- Seorang terperangkap dalam sebuah bilik
hendaklah menuju ke dinding dan merayap
sekeliling sehaluan hingga berjumpa pintu.
- Memasuki bangunan terbakar secara merangkak
kerana udara bersih dan sejuk ada di permukaan
bawah lantai dan kita dapat mengesan sekiranya masih ada lagi
cahaya kebakaran.

27
• Dari Tingkat Pertama.

- Perhatian harus diberi kepada tangga ianya


punca bahaya. Kemungkinan boleh hangus
kerana kepanasan.
- Sekiranya menggunakan tangga rapatkan diri ke
bahagian dinding.
- Menyusur ke bawah cara membelakang, rasa
dengan kaki sebelum pijak.
- Untuk tangga besi pastikan kepanasannya.
- Ada masanya kita gunakan tingkap/bumbung
dapur terus ke bawah dan terjun kebawah.

• Dari Tingkat Dua.

- Jangan panik, gunakan kain-kain selimut, cadar untuk membuat


tali dan ikat pada perabot berat atau tiang.
- Hulur tali serendah-rendah yang boleh hingga ke bawah,
tentukan keselamatan semasa menuruni cara ini.

• Dari Tingkat Tiga Keatas.

- Sediakan tali belati untuk menuruni, jika boleh.


- Tutup pintu, buka jendela dan menjerit untuk menarik perhatian
orang dibawah.
- Tunggu sehingga bantuan tiba.
- Jangan gunakan lif semasa kebakaran.

28

You might also like