Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FAKULTI KEJURUTERAAN

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK


SEMESTER I-2009/2010
COURSE PLAN
Course Code SSX 0022
Course Title Hubungan Etnik
Course Credit 2 jam kredit
Course Status Generik
Prerequisite None
Course Aim (i) Mendedahkan pelajar terhadap pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan
etnik

(ii) Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-


asas keharmonian hubungan etnik

(iii) Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya


dan hubungan etnik di Malaysia

(iv)Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep Islam Hadhari dan


hubungan etnik

(v) Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran budaya


masyarakat Malaysia
Learning Di akhir kursus ini:
Outcomes
(i) Pelajar mampu mendefinisikan konsep-konsep asas hubungan etnik

(ii) Pelajar mampu menerangkan plurality masyarakat alam Melayu dalm


sejarah

(iii) Pelajar mampu menghurai dan menghargai peranan hubungan etnik dan
pengaruhnya dalam perlembagaan Malaysia

(iv) Pelajar sedar akan cabaran hubungan etnik di Malaysia dan global serta
menghargai kehidupan harmoni masyarakat pelbagai kaum dan agama di
Malaysia.

Week Topics Remarks


1 A. Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
Konsep Hubungan Etnik: Konsep pluraliti budaya,
masyarakat pluraliti baru, etnik, budaya, masyarakat
dan Islam Hadhari.
2 B. Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam
Sejarah
Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah,
bentuk dan struktur masyarakat:
a. Melaka sebagai Kerajaan Melayu Islam (Baba,
Mamak, Bukit Cina, Tanjung Kling, dsb. Asimilasi
dalam ruang lingkup Islam)
b. Peranan Perlak, Pasai, Aceh, Johor Riau, dan lain-
lain. (Perhubungan dagangan, perkahwinan,
pendatang, dsb)
c. Asimilasi golongan pendatang

3 B. Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam


Sejarah
d. Kuliah akan membincangkan beberapa konsep
utama yang akan menjadi alat analisis terhadap
realiti budaya dan hubungan etnik di Malaysia.
Konsep utama adalah konsep sistem sosial, yang
mengandungi tiga komponen utama iaitu
masyarakat, budaya dan individu.
e. Sebelum bertapaknya penjajahan Eropah di rantau
Nusantara, tidak wujud bangsa-bangsa seperti
Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand
yang mempunyai sempadan geo-fizikal masing-
masing. Ketika itu sistem sosial rantau Nusantara
bercirikan unsur polity dan plurality. Kuliah ini
membincangkan bentuk-bentuk masyarakat,
budaya dan individu dalam konteks sistem sosial
pra-penjajahan ini.
f. Kuliah ini membincangkan kepelbagaian bentuk
masyarakat, budaya, dan individu dalam konteks
sistem sosial pasca-penjajahan ini.
4 C. Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Kumpulan dibentuk
Hubungan Etnik di Malaysia dan Tajuk Kerja
Perlembagaan Malaysia telah dianggap bukan sahaja Khusus diberikan
sebagai institusi tunjang bahkan sebagai suatu ‘kontrak kepada para pelajar
sosial’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia.
Proses penggubalan dan penerimaannya penuh dengan
perundingan, perdebatan dan tolak-ansur antara
kelompok etnik di Malaysia. Sebahagian daripada
pelaksanaannya masih diperkatakan dari segi
legitimasi politiknya. Kuliah ini membincangkan
sejarah penggubalan, perundingan dan pelaksanaan
perlembagaan Malaysia serta beberapa masalah yang
berkaitan dengan hubungan etnik dan penyelesaian
yang dicapai.

5 C. Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks


Hubungan Etnik di Malaysia
(sambungan kuliah)

6 D. Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks


Hubungan Etnik di Malaysia
Modenisasi, umumnya, mengandungi dua aspek utama
iaitu pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-
bangsa. Sasaran pelaksanaan dan pencapaian dalam
kedua aspek ini berbeza tetapi saling melengkapi
mengidamkan sebuah masyarakat industri dan
pembinaan negara-bangsa mengidamkan suatu bangsa
yang bersatu padu. Kuliah ini membincangkan sejarah
pembangunan ekonomi Malaysia daripada zaman
penjajahan hingga sekarang, yang memperlihatkan
bagaimana isu hubungan etnik tersulam di dalam isu
dan dasar pembangunan ekonomi seperti pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru.
7 E. Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di
Malaysia dan Global
a. Acuan untuk membina rakyat Malaysia yang
mempunyai towering personality (personality
unggul); agama, bahasa, nilai murni
b. Cabaran Inter-Intra Hubungan Etnik
c. Implikasi apabila hubungan etnik kurang
sempurna, contoh: Peristiwa 13 Mei 1969,
Peristiwa Kampung Medan
d. Kaedah penghayatan: Islam sebagai
penyelesaian: Piagam Madinah, Ibnu Qaldun,
Ali Syiarati, Ramadan Al-Buti.

MID – SEMESTER BREAK


8 Ujian 1 (30%)
 

9 F. Pembangunan Politik Dalam Konteks


Hubungan Etnik di Malaysia
Modenisasi, umumnya mengandungi dua aspek utama
iaitu pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-
bangsa. Sasaran pelaksanaan dan pencapaian dalam
kedua aspek ini berbeza tetapi saling melengkapi
kerana pembangunan ekonomi mengidamkan sebuah
masyarakat industri dan pembinaan negara-bangsa
mengidamkan suatu bangsa yang bersatu padu. Kuliah
ini membincangkan secara khusus pembinaan negara-
negara di Malaysia yang berputik pada zaman
penjajahan dan mekar hingga sekarang yang
memperlihatkan bagaimana isu hubungan etnik
senantiasa menjadi topik perbincangan. Kuliah ini
turut membincangkan beberapa usaha konkrit ke arah
mencapai cita-cita perpaduan nasional seperti Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Wawasan 2020. Setiap
dasar ini menghadapi beberapa cabaran dalam
pelaksanaannya dan hal ini akan turut dikupas dalam
kuliah.

10 F. Pembangunan Politik Dalam Konteks


Hubungan Etnik di Malaysia
(sambungan kuliah)
(s
11 G. Islam Hadhari dan Hubungan Etnik
Islam yang bertapak sejak sekian lama di alam Melayu
telah menjadi sumber rujukan utama dalam aspek
sosial, ekonomi, budaya dan politik. Hal tersebut
terbukti dengan termaktubnya Islam sebagai agama
rasmi dan sumber kepada perundangan, seperti tercatat
dalam Hukum Knun Melaka dan Hukum Kanun
Phang. Kini, Islam mendapat tempat di dalam
Perlembagaan Malaysia dan masih menjadi isu dalam
konteks kehidupan sosial, budaya dan politik
Malaysia. Kuliah ini akan membincangkan kedudukan
Islam Hadhari dalam realiti budaya dan kehidupan
etnik di Malaysia, dalam konteks rentas waktu yang
berbeza, iaitu zaman pra-penjajahan, penjajahan, dan
pasca penjajahan.

12 H. Hubungan Etnik ke Arah Masyarakat


Berintegrasi
Pengalaman penjajahan telah memperkenalkan suatu
bentuk ilmu, iaitu “ilmu kolonial” yang telah mencipta
himpunan maklumat dan analisis mengenai etnisiti,
kelas dan wilayah di Malaysia untuk kegunaan
pentadbiran berkesan pemerintahan British. Kategori
seperti etnisiti, kelas dan wilayah telah dijadikan asas
kepada pembentukan pelbagai dasar seperti dasar
ekonomi, politik dan pendidikan. Pelaksanaannya telah
menimbulkan pelbagai masalah yang masih dirasakan
kesannya hingga sekarang kerana sebahagian besarnya
telah dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kuliah ini membincangkan pembentukan kelompok
etnik dan hubungan antara kelompok serta masalah
yang timbul daripada interaksi antara etnik. Kuliah ini
juga memperkatakan tentang pengaruh kelas sosial
dalam dinamika sistem sosial di Malysia, seperti
pembentukan kelas menengah. Dari segi ruang fizikal,
dengan wujudnya konsep seperti “Pantai Timur” dan
“Pantai Barat” atau “Malaysia Timur” dan “Malaysia
Barat” telah mempengaruhi agihan ekonomi, proses
politik dan hubungan antara kelompok etnik. Terma
ini juga dibincangkan.

13 Pembentangan Kumpulan Setiap Kumpulan


mengandungi 5 pelajar
(10 minit setiap
kumpulan)
14 Pembentangan Kumpulan Setiap Kumpulan
mengandungi 5 pelajar
(10 minit setiap
kumpulan)
Note:
1. Quizzes could be done at anytime during the lecture hour.
2. Final exam are not included in the lecture hour schedule.
Credits distribution Teaching - Learning Approach Hours per semester
(Credits)
Lectures 24 jam
Pembentangan Kumpulan 4 jam

Evaluation Assessment Percentage (%)


Ujian 1 30%
Kertas Kerja Berkumpulan 20%
Pembentangan Kumpulan 10%
Ujian Akhir 40%

100
Total
References Dr. Zaid Ahmad. (2008), Hubungan Etnik Di Malaysia,Oxford Fajar Sdn
Bhd.

Syed Mohamad Naquib Al-Attas. (1971), Islam dan Sejarah


Kebudayaan Melayu, Bangi, UKM

D.Y.U. Wu, H. MacQueen & Yamamoto Y. (Ed), Emerging Pluralism in


Asia and Tthe Pasific, Hong Kong, The Chinese University of Hong
Kong. Pp 67-83.

Azhar Hj Mad Aros et. al. (2004). Tamadun Islam dan Asia (TITAS)
Kertas 1 dan 2, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Bari (2000), Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan


Masalah, Kuala Lumpur, dewan Bahasa dan Pustaka

Azmi Aziz & Shamsul A.B. (2004), The Religious, The Plural, The
Secular, and The Modern: A Brief Critical Survey on Islam in Malaysia,
Inter-Asia Cultural Studies, Volume 5, Number 3, Decmber

Jomo S (1998) Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di


Smemenanjung Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud (2001) Pembangunan di Malaysia, Kuala
Lumpur, ISTAC

Prepared by: Checked and certified by: Approved by:

.................................… ................................................................. .....................................................


Mahshuri Yusof Dr Al-Khalid Othman Prof Dr Wan Hashim b Wan
(Coordinator of Generic Deputy Dean (Undergraduate and Ibrahim
Course) Student Development) (Dean of Faculty of Engineering)

Date:......................... Date:....................................... Date:.........................................

You might also like