Kisah Kematian Kamal Atatturk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kisah Kematian Kamal Atatturk

Khamis, Mac 03, 2011 MalaysiaSensasi.Net

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada


beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan
dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 

 Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa


gatal-gatal seluruh badan. 
 Sakit jantung 
 Penyakit darah tinggi 
 Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan


ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat
macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan
dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh
istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,
mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke
tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26
September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas
dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat
ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di
bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap
dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha


Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa
pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk


telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini
tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha
Mengetahui.

INILAH IDEOLOGI BELIAU

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai


skirt/ROK. 
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi
(sesuai dengan kehendak barat) 
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah
menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di
Ankara. 
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden" 
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki. 
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-
terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan 
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-
undang barat. 
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja. 
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin. 
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam 
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin. 
18.Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?".
Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan".
Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sumber: Kisah Kematian Kamal Atatturk | MalaysiaSensasi.Net 

You might also like