Sejarah 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

29 NOVEMBER 2010

SEJARAH 2 – DASAR PENGILHAKAN

Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad
ke-19.

A. PENGENALAN

a. Pengilhakan merupakan suatu proses penguasaan Barat ke atas negara-negara luar


demi memenuhi keperluan politik dan ekonomi mereka.
b. Di India, British telah melaksanakan dasar pengilhakan dengan jayanya melalui tiga
zaman yang berbeza-beza. Zaman Lord William Bentinck berlaku pada tahun 1824-
1835, zaman Lord Ellenborough tahun 1836-1846 dan zaman Lord Dalhousie berlaku
pada tahun 1846-1856.
c. Manakala di Vietnam, Perancis juga telah melaksanakan dasar yang melibatkan
beberapa kawasan seperti Tourane dan Saigon, Tongking dan Annam. Melalui dasar
tersebut akhirnya British berjaya menguasai India manakala Perancis berjaya
menduduki Vietnam.

B. ISI

a. Pengilhakan British ke atas India.

1. Dasar pengilhakan Lord William Bentinck (1824-1835)

i. Semasa Lord William Bentinck menjadi Gabenor Jeneral India, beliau telah melakukan
ugutan ke atas pemerintah tempatan dan akhirnya telah berjaya mengilhakan beberapa
buah wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore.
ii. Lord William Bentick telah berjaya menguasai Cachar apabila rajanya meninggal
dunia tanpa meninggalkan waris. Keadaan menjadi lebih mudah kerana adanya
permintaan daripada penduduk tempatan agar negerinya diperintah oleh British.
iii. Di Coorg dan Mysore beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran tempatan untuk
menjalankan pentadbiran dengan adil dan saksama. Penduduk tempatan juga dikatakan
menyokong beliau untuk memerintah negeri tersebut.
iv. Manakala di Jaintia pula, pengilhakan berlaku apabila rajanya enggan menyerahkan
kembali penculik rakyat Inggeris kepada British.

2. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836-1846)

i. Sepanjang pemerintahan beliau beberapa wilayah telah berjaya diletakkan di bawah


penguasaan British, antaranya wilayah Sind dan Gwalior.
ii. Sejak tahun 1809, Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823
satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sind dan British. Hasil perjanjian ini,
pedagang dan saudagar British dibenarkan menggunakan sungai dan jalan raya tetapi
kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut.
iii. Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afgan, Lord Auckland telah
mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind.
iv. Ellenborough berhasrat merampas wilayah Sind, lalu membuat beberapa tindakan ke
atas pemerintah tempatan. Ekoran itu, Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat.
Satu perjanjian baru telah dibuat dengan Amir-Amir di Sind. Mereka telah dipaksa
supaya menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan
hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British diakui sah.
v. Tindakan tersebut telah menyebabkan Amir-Amir Sind marah dan bertindak
menyerang residen British. Namun Amir-Amir ini berjaya ditewaskan dalam peperangan
di Miani dan Dabo. Akhirnya Sind berjaya dirampas dan diletakkan di bawah jajahan
British di India.
vi. Ellenboroug juga telah berjaya mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar melalui
Kaedah Undang-Undang Lesap Waris apabila berlaku kematian ke atas Dhulat Kao
Sindhia yang amat digeruni.

3. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856)

i. Sepanjang penguasaan beliau, Lord Dalhousie telah berjaya mengilhakan beberapa


buah wilayah di India melalui tiga kaedah iaitu ‘Hak Menakluk Kuasa Agung’, ‘Undang-
Undang Lesap Waris’ dan ‘Kebaikan Untuk Diperintah’.
ii. Melalui ‘Hak Menakluk Kuasa Agung’, Dalhousie telah mengisytiharkan perang ke
atas kaum Sikh di Gujerat. Akhirnya wilayah Punjab berjaya diilhakkan.
iii. Lord Dalhousie juga dilihat paling berjaya dalam pemerintahannya apabila banyak
wilayah India berjaya diletakkan di bawah penguasaannya melalui kaedah ’Undang-
Undang Lesap Waris’ atau dikenali dengan ‘Doctrin of Lapes’. Menurut Doktrin ini,
mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya selepas mangkat,
negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya. Dalhousie
tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan
keturunannya. Di Jhansi misalnya, perlantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap
tidak sah oleh Dalhousie. Beberapa wilayah lain yang berjaya diilhakan melalui kaedah
ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, Samalpur dan lain-lain.
iv. Manakala melalui kaedah ’Kebaikan Untuk Diperintah’, ianya dilaksanakan atas
alasan penganiayaan, kezaliman, dan ketidakadilan politik tempatan. Misalnya Qudh
telah diletakkan di bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh asalnya dikuasai oleh
Nawab Khan yang sentiasa berada dalam keadaan huru-hara dan penuh dengan
amalan rasuah. Dalhousie bertindak dengan membuat perjanjian dengan Qudh yang
akhirnya meletakkan Qudh di bawah penguasaan SHTI, manakala pemerintahnya
Nawab dibenar mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan
menerima dan menandatangani perjanjian tersebut, Dalhousie telah bertindak
mengilhakan wilayah tersebut atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.

b. Pengilhakan Perancis ke atas Vietnam

1. Pengilhakan Tourane dan Saigon.

i. Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long di Vietnam, baginda telah mengadakan


hubungan yang baik dengan kuasa Barat khususnya Perancis. Malah, beliau telah
melantik Bishop Pigneau sebagai Menteri Besar kerajaannya. Baginda amat bertolak
ansur dengan penganut agama Kristian walaupun baginda sendiri merupakan pengamal
Kung Fu Tze yang setia.
ii. Selepas kemangkatan Maharaja Gia Long, pengganti-pengganti beliau tidak lagi
menjalinkan hubungan yang baik dengan Perancis. Sebaliknya mereka telah bertindak
melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap mubaligh Kristian. Kemasukan mubaligh
Kristian ke Vietnam telah disekat sama sekali terutama semasa pemerintahan Maharaja
Mihn Mang.
iii. Ekoran daripada tindakan pemerintah Vietnam itu telah menyebabkan wujudnya
permusuhan di antara Vietnam-Perancis. Permusuhan ini sampai ke kemuncak semasa
Vietnam berada di bawah pemerintahan Maharaja Tu Duc. Kemuncaknya pada tahun
1851 Paderi Augustin Schoeffler telah dibunuh dan diikuti pembunuhan Paderi Jeon-
Louis Bernard pada tahun 1852. Paderi Sepanyol Bishop Diaz juga turut dihukum bunuh
di Tongking atas alasan terlibat dalam pemberontakan tempatan menentang
pemerintahan Maharaja Tu Duc.
iv. Peristiwa pembunuhan tiga orang paderi Kristian tersebut telah memaksa Raja
Perancis Nepoleon III bertindak melakukan serangan ke atas Vietnam. Serangan
tersebut telah menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis.
v. Akhirnya Maharaja Tu Duc mengaku kalah dan menandatangani satu perjanjian
dengan Perancis pada bulan Jun 1862. Di antara syarat perjanjian tersebut ialah
Vietnam terpaksa menyerah tiga wilayah ke Cochin-China kepada Perancis. Beberapa
pelabuhan seperti Tourane, Balat dan Kaung Anh dibuka kepada perdagangan
Perancis. Dalam aspek keagamaan pula, mubaligh Kristian dibenarkan menyebar
agama Kristian di Vietnam. Manakala orang Perancis pula dibenarkan belayar di
sepanjang Sungai Merah hingga ke Yunnan

2. Pengilhakan Tongking

i. Kepentingan dan desakan ekonomi telah menyebabkan Perancis terpaksa menduduki


Tongking. Malah Perancis amat bimbang dengan persaingan kuasa-kuasa Barat lain
seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. Penindasan Maharaja Tu Duc yang
melampau telah memaksa Perancis menakluki Tongking. Proses tersebut dilakukan
oleh beberapa pemimpin Perancis seperti Francis Garnier, Jean Dupuis dan Admiral
Merie Jules Dupre.
ii. Pada tahun 1873 Jean Dupuis telah dilarang berniaga garam kerana telah menjadi
perdagangan monopoli Mandarin Vietnam. Perancis bertindak balas dengan menguasai
Hanoi. Gabenor Dupre kemudiannya menghantar tentera pimpinan Garnier ke Hanoi di
samping memperkukuhkan kedudukan Perancis di Tongking. Walaubagaimanapun
pengilhakan ke atas Tongking dibatalkan pada tahun 1874 setelah mendapat arahan
daripada Perdana Menteri Perancis.
iii. Pengilhakan kali kedua ke atas Tongking dan Annam kemudiannya disempurnakan
semasa pemerintahan Jules Ferry. Alasan utama yang digunakan oleh Ferry untuk
mengilhakan Tongking ialah kerana berlaku kekacauan sosial dan politik. Pada bulan
April 1882 angkatan laut Perancis tiba di Hanoi dan berjaya menakluki Tongking. Pada
25 Ogos 1883 Maharaja Hiep-Hoa terpaksa menandatangani persetiaan dengan
Perancis. Ekoran daripada itu, wilayah Tongking dan Annam telah menjadi naungan
Perancis yang sah.

C. KESIMPULAN

1. Jelas menggambarkan bahawa British dan Perancis telah berjaya mencapai matlamat
politiknya. British berjaya menguasai India dengan kaedah pengilhakan iaitu melalui
perang, doktrin dan alasan penyelewengan pentadbiran. Manakala Perancis pula
berjaya mengilhakan Vietnam dengan alasan melindungi keselamatan mubaligh-
mubaligh Kristian di Vietnam.
2. Campur tangan tersebut telah menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial tempatan yang akhirnya membawa kepada
kebangkitan dan penentangan masyarakat tempatan

You might also like