Professional Documents
Culture Documents
ABSTRAK
ABSTRAK
Teknologi mortar semulajadi merupakan salah satu cabang teknologi pembuatan bahan yang
telah wujud lebih sedekad yang lalu. Pelbagai usaha penyelidikan terus dijalankan oleh
penyelidik dengan penemuan dan suntikan idea baru yang menggalakkan teknologi ini untuk
terus bersaing dengan teknologi yang lain sejajar dengan kepesatan sektor pembinaan di dunia
khususnya di Malaysia. Mortar bergentian khususnya gentian semulajadi telah berjaya
menghasilkan pelbagai bahan alternatif kepada industri automobil, tekstil dan sektor
pembinaan.