Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sejarah kewujudan pekan cina

Pekan Cina
Kedai-kedai tradisional yang terdapat di sepanjang Jalan Pekan Melayu dan Pekan Cina
merupakan bangunan-bangunan terawal yang dibina di bandar Alor Setar. Bangunan ini
merupakan bangunan perniagaan yang menjalankan aktiviti borongan dan sebagainya.
Kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di kawasan ini telah dibina pada abad ke-18, yang
mana bangunan tersebut terdiri daripada 2 tingkat. Pada keseluruhannya reka bentuk
bangunan-bangunan di sini lebih bercirikan seni bina Roman. Ini dilihat dari kewujudan pelbagai
jenis tiang yang terdapat di sesetengah kedai yang telah menonjolkan ukiran-ukiran yang
menarik.Pekan cina juga adalah majorirti penduduknya berbangsa Cina.

Deretan kedai-kedai yang terdapat di Pekan Cina yang merupakan bangunan awal dibina di
Alor Setar. Telah mula dibina pada abad ke-18. kini suasana Pekan Cina telah berubah dengan
suasana jalan raya yang semakin sibuk oleh kenderaan-kenderaan moden.
Pekan cina pada masa kini.

Pekan cina pada masa kini.


matlamat

Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mengamalkan polisi terbuka untuk semua rakyat tanpa
mengira kaum, agama dan bangsa sejajar dengan cogan kata “Kedah Sejahtera”.
  
Pekan Cina suatu masa dahulu merupakan tempat yang unik bagi masyarakat Alor Setar
khususnya. Pekan Cina yang terletak sebelah-menyebelah dengan Pekan Melayu menjadi
simbolik keharmonian kaum sejak dahulu lagi.

Menurutnya, Pekan Cina yang terletak di persisiran Tanjung Chali mempunyai potensi untuk
dipertingkatkan menjadi satu tapak pelancongan  yang menarik di Kedah, suasana yang
meriah seperti malam ini patut dijadikan titik permulaan untuk mengembalikan 
kegemilangan Pekan Cina dan yang suram ketika ini.

“Segala aktiviti yang bercirikan kebudayaan, kesenian dan warisan akan dilangsungkan di
kawasan ini demi mengimbau nostalgia serta membolehkan generasi muda terus
menghayati sejarah Pekan Cina dan Pekan Melayu yang menjadi titik permulaan
perkembangan Bandar Alor Setar,” katanya.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri Kedah akan berusaha untuk menghidupkan semula
kawasan ini. Selain itu, kerajaan negeri akan menerima segala cadangan dan kerjasama
untuk meningkatkan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong.

Menurutnya, beliau mahu lihat rakyat yang berada di bawah pimpinannya hidup aman
damai dan saling menghormati antara satu sama lain kerana perkara ini adalah penting
untuk semua rakyat mencapai nikmat yang dapat dimiliki hasil daripada semangat harmoni
dan kerjasama yang ditunjukkan.

Selain itu juga, pihak kerajaan peka dengan kehendak masyarakat Cina melalui pelbagai
saluran khususnya melalui Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang merupakan NGO terbesar
yang mewakili kaum Cina di negeri ini.

kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukkan wang dan memberi kerjasama kepada
pihak Dewan Perhimpunan Cina Kedah untuk penganjuran acara-acara besar yang dapat
memberi kebaikan kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Objektif
Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu
mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya Kuala
Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan
penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini
bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan
generasi akan datang.

pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan
kebangsaan yang perlu dipelihara. malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran
bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. kerajaan turut
bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia.

kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan
kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan
tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan
budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya
menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak
yang terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal
padu dan berpanjangan.

You might also like