Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

HAK ASASI WARGANEGARA

· setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:

(a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-
undang
(b) tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan
seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.

(c) Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan
dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat mungkin

(d) Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan kerahan
(kerja paksa) yang mengikut undang-undang

(e) Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah
dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan
yang sama
(f) Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g) Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari
segi agama, keturunan dan budaya

(h) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian
Persekutuan

(i) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

(j) Kebebasan beragama


(k) Kebebasan pemilikan harta  
SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI
No. Jenis undang-undang Ringkasan
1 Undang-undang Subversif - kerajaan berkuasa untuk menahan dan
menghukum mereka yang mengancam
keselamatan negara  

2 Undang-undang Darurat - kerajaan berkuasa untuk mengenakan


perintah berkurung dan menembak serta
membunuh seseorang yang mengingkari
undang-undang darurat tanpa perbicaraan

3 Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2
tahun tanpa perbicaraan jika pada
pandangan kerajaan, orang itu
mengancam negara  

4 Akta Universiti dan Kolej Universiti - para pelajar dilarang bergerak aktif
dalam politik.  

5 Akta Rahsia Rasmi - tidak boleh membocorkan rahsia


kerajaan  

6 Akta Mesin Cetak - badan-badan penerbitan dan media


elektronik tiada kebebasan untuk
mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh
mengancam keselamatan negara.  

7 Akta Hasutan - rakyat dilarang menabur fitnah dan


mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-
hak istimewa orang Melayu, bahasa,
kuasa raja dan kewarganegaraan.  

8 Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak - berkuasa untuk mengawal kemasukan


rakyat dari Semenanjung Malaysia ke
Sabah dan Sarawak.

You might also like