Langkah Keselamatan Makmal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH 

Perkara-perkara am 

A).         Petunjuk 

Satu petunjuk  JAGALAH KESELAMATAN ANDA  berukuran lebih kurang 2 meter


kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu
tempat uang senang diperhati disetiap makmal;. 

B)         Peti pertolongan cemas 

peti pertolongan  cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai
dalam tiap-tiap bilik makmal. 

C)          Peraturan

pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan.


Murid-murid perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila
menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau
asid . Bagi mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut
mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

            Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam


tiap tahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains
hendaklah mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk
membincangkan dan menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan
dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains.

            Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa


kebakaran di sekolah. 

D.         Pergerakan pelajar

            Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh
untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan
bahaya.

            Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa


berada dalam makmal sains. 
E.         Peredaran udara

            Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak
daripada lemas atau menyedut asap yang beracun. 

F.         Lantai

            Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang


penghalang daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada
tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku
kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan
segera. 

G.         Bekalan Elektrik

            Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk


menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh
juru elektrik yang berkelayakkan.

            Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali
sepenggal .

            Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan
sebarang wayar elektrik berjuntai.

            Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja
hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah
hendaklah diganti  baru.

            Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan
yang basah. 

H.         Kaca

            Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca,


membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran
kaca kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi
tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran   kaca. 

I.         Kemalangan
            Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah
mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa,
rawatan yang diberi dan catatan guru.

1.2         KEMALANGAN 

Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut: 

            i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai
gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian
terkena api. 

            ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.

            ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis  busa. Biasanya pemadam api
jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api. 

Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan


denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali
setahun.

Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan
api. Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal
pada awal pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi
mendapatkan nasihat dan tunjukcara. 

1.3  LETUPAN 

            a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan
percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang
keselamatan hendaklah digunakan. 

            b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder gas.
Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik persediaan,
makmal atau atau berhampiran dengan cecair mudah terbakar. Silinder ini
hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta mempunyai peredaran udara
yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk
mengangkut selinder ini.
            Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen
hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor.
Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji
dengan air sabun.

            Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah
berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran.

            Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk
mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan. 

            c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan.  

1.4          PERCUBAAN YANG MERBAHAYA  

a.            Menyalakan hidrogen 

sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya
ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas.  Ujian ini
mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna. 

b.          Campuran yang mempunyai klorat

jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti
fosfur atau sulfur.

c.            Pemanasan Ammonium Nitrat 

sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan


hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai. 

d).            Natrium dan kalium 

Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala
langkah pengawasana baginya dijalankan.  Kalium yang tersimpan  lama dan bertukar 
menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi
garam. 

e).        Asid 
jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid
pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI
dituang air ke dalam asid pekat. 

f).        Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar 

jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah
panas. Kerana pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh menyebabkan
berlakunya letupan. 

g)     Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan


penggunaan peralatan sains voltan tinggi. 

h).         Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah

salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan
berada dalam keadaan yang baik. 

I).       Tunjukcara 

Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi,
bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar
berada di tempat yang cukup jauh.  Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada
dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar
hendaklah diberitakan tentang bahayanya. 

j).    Semaian Hidupan Seni 

Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama dengan


semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada
bahagian salur yang curam)  untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri
yang hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita selofan.  

Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang


bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh bahan pembunuhan kuman yang
kuat ke dalam semaian itu sebelum membuangnya.  

1.5      BAHAN KIMIA  


Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam
makmal sains sekolah pada masa ini.  Antaranya ada yang mudah terbakar,
mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan
bahaya tersebut di atas.  

Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan


penggunaan bahan kimia.  

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet
hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan.  Jangan sedut dengan
mulut.  

Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel
RACUN.  

a)         Pepejal Yang Mudah Terbakar  

            Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam
minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.
Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam  air dan jangan  dibiarkan
menjadi  kering.

Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan 


bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan
penggunaanya di sekolah.)  

Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat


peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang
mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal.  

Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan
merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing.  

Bahan Kimia Kesan-Kesan Penyimpanan dan Catatan


Merbahaya Pembuangan
Litium, bertindak balas dan Disimpan dalam Api Litium,Natrium
meletup dengan air parafin (kerosin) dan kalium mesti
Natriun, dipadam dengan
    pemadam jenis
serbuk
Kalium Bertindak balas Bertindak balas
dengan cergas dengan etanol  
  dengan sebelum dibuang
tetraklorometana  
   
   
   
   
  Mesti dijauhkan
Mudah terbakar dan daripada agen  
  terbakar denga pengoksida seperti
cergas nitrat,klorat,  
Serbuk
perklorat dan
Magnesium,    
peroksida
Aluminium,
Zink dan    
 
Ferum
   
Mesti dijauhkan
  daripada agen
   
peroksida
Sulfur
Menghasilkan gas  
 
  Sulfur yang beracun
 
apabila dipanaskan  
 
 
Membentuk  
  campuran letupan  
dengan serbuk logam  
 
atau agen pengoksida  
seperti klorat  
 
 
  Mesti disimpan di
 
dalam air  
  Membakar serta-
merta apabila    
Fosfurus terdedah kepada
udara   Mesti dipotong di
Kuning
dalam air
 
       

      Mesti digunakan
dalam kuantiti kecil
    Fosfurus triklorida
ialah cecair yang  
    sangat beracun
Ujikaji mesti
  Bertindak balas dan   dilakukan di dalam
meletup dengan air almari wasap
Fosfurus  
triklorida,  
Silikon  
tetraklorida
, Aluminium  

klorida  

b)         Cecair Mudah Terbakar

            Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol
Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini
harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang
pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan
sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.  

Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam
makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan
tangan. Gunakan alat yang sesuai.  

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila  api
digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.  
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat
kilat masing-masing.  

Bahan kimia Takat Kilat /0C


Propana -104

Dietil eter -  45

Dimetil eter -  41

Karbon disulfida -  30

Aseton -  18

Sprit Petroleum -  17

Metanol     10

Etanol     12

c)         Bahan Kimia Yang Mengkakis  

            Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid
nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat,
hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan
argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan  menyentuh mana-mana
permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam
almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tangan.  

Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut


hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan
kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.  

D)        Bahan Kimia Beracun  

            Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan
yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.  

             Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk
mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal.
            Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang
beracun.  

            Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai


perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh
dengan segara.  

            Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang  boleh


memudaratkan:  

            i) ANILIN  mudah menyerap ke dalam mulut

            ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama,
boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah
digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele.

            iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga
merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.

            iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat
beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah.

            V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke


dalam kulit.

            Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.  

            Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia
bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.  

            Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik
lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.  

            ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.  

Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:  

i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah
diperiksa dari semasa kesemasa.
ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan
didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan
ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.

iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah  di simpan dalam
stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-
mana  cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.

iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan
racun hendaklah direkodkan.  

vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan  cecair yang lebih daripada 500
cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber
yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut
cara yang betul.  

1.6.            BAHAN RADIOAKTIF  

            a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal
sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.  

            b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif  

            Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan


kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.  

            Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang


nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan
di atas talam atau dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh
dengan  sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.  

            Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan


jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau
sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam
penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber
radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.  

            Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan
radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang
bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka
sarung tanga getah hendaklah digunakan.  

Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan


baginya ( lihat pelupusan).    

C) Penyimpanan

Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka


dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan
sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber
terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti
Radium yang membebaskan zarah alfa.  

Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau
alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu
tentang adanya bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor
atau almari tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki
secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat 
serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu
mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh
lebih daripada 50 mr.  

Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan
Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta
merta.  

Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak
digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci.  

D)        Kemalangan dalam Makmal  

            Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk
memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah
dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan pembasuh.  

            Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal


hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang
tercemar hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang
tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan
secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.  

E)     Pelupusan  

            i)          Sumber tertutup  

                        Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada


pembekal  atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau
bocor,  pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.  

            ii)         Sumber terbuka  

                        Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan 
dicurahkan denga air yang banyak atau dengan  membuangkannya ke dalam tong
sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih
daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya
mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi  mengisinya mestilah diuji
supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak  berlaku.  

1.7  PELUPUSAN BAHAN SISA

a)   Gas

Gunakan almari wasap untuk membuangnya.  

B)   Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang
ke dalam sink.  

Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong  dan
dibakar di luar makmal.  JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.  

C)    Pepajel

Bagi pepejal  yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak
bekas sisa.  

Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam


(misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit).  AMARAN :
Perlindung mata hendaklah digunakan.  
Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah
dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya  secara sedikit demi
sedikit.  

D)   Kaca

Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.

E)     Haiwan yang dibelah

ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan
renga,

f)     Semaian hidupan seni  

semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.  

1.8    PAMERAN SAINS SEKOLAH  

a.            Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.

B.            Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio,


memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta
kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.  

C.        Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan .
Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah  diadakan bagi para peserta dan
pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa.  

D.        Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.

E.            Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal .


mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan.

F.        Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar
yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala
langkah keselamatan makmal.
G.        Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang
bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat
khabar boleh mengakibatkan letupan.

H.        Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong
pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.

I)         Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains,


pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam
pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal,
Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah
dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas

You might also like