Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT3103: TEACHING MATHEMATICS FOR YEAR FOUR


PRIMARY SCHOOL
SEMESTER: MEI 2010

NAMA : AZLIN BINTI A.RASHID


IC: 771127-01-5468
NO MATRIK: 771127015468002

TUTOR : DR SUHAIDAH BINTI TAHIR


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

1
Tugasan Matematik HBMT 3103

A)Pengenalan

Bagi semester Mei 2010, tugasan yang disediakan ialah berkaitan dengan tajuk pecahan
bagi murid tahun 4 di sekolah rendah.

Kami ditugaskan untuk mengumpul maklumat tentang “ bagaimana mengajar pecahan


dengan penyebut yang berbeza” atau “ teach fraction with different denominator” bagi
murid tahun 4.

Bagi murid tahun 4, pecahan adalah satu tajuk yang baru untuk diperkenalkan. Menurut
kajian empat daripada lima pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsep
matematik. Bukan sahaja murid menghadapi masalah dengan tajuk pecahan, tetapi guru
juga turut menghadapi masalah dalam menyampaikan dan memberi pemahaman tentang
pecahan dalam matematik.

Terdapat tiga artikel yang berbeza tentang bagaimana menyampaikan tajuk pecahan
dengan penyebut yang berbeza. Walaupun terdapat cara yang berbeza-beza tetapi satu
sahaja keutamaannya iaitu menukar semua penyebut menjadi sama. Saya telah memilih
tajuk “ Bagaimana menambah pecahan dengan penyebut yang berbeza” sebagai tugasan
kali ini untuk melihat tiga cara penyampaian yang berbeza dan mengkaji persamaan serta
perbezaan antara ketiga-tiga aktikel tersebut.

Dengan membuat tugasan kali ini, diharap dapat memberikan gambaran kepada guru-guru
tentang bagaimana atau apakah pilihan yang ada dan sesuai digunakan untuk
menyampaikan pengajaran pecahan dengan berkesan. Alternatif yang berbeza boleh
digunakan untuk menyampaikan tajuk pecahan mengikut tahap pencapaian murid yang
juga berbeza.

2
b) Artikel-artikel pilihan

Bi Tajuk artikel Huraian


l

1 How to teach fraction- a) Memperkenalkan tip yang berguna untuk menambah dan
useful tips menolak pecahan iaitu menggunakan imej dan contoh-
Adding and Subtraction contoh yang menarik serta menggunakan klu atau kata
Fraction Teaching kunci yang mudah untuk menghilangkan perasaan takut
Methods. dengan tajuk pecahan.
-Mar 24,2010 Martin Bell
b) Memperkenalkan istilah yang mudah dalam
memperkenalkan pecahan selain gambar yang menarik
seperti contoh, 3/8, memperkenalkan 3 ialah pengangka dan
8 ialah penyebut, menyebut dengan menggunkan istilah
yang mudah seperti “ 3 out of 8” atau “ 3 eighths”.

c) Guru perlu melukis gambarajah untuk menunjukkan


pecahan 3/8 dengan lebih jelas kepada murid.

d) Memperkenalkan langkah seterusnya iaitu tambah atau


tolak pecahan dengan penyebut yang sama setelah murid-
murid betul-betul telah jelas dan faham dengan apakah
pecahan.

e) Dalam pemperkenalkan konsep tambah atau tolak ini, guru


perlulah menekankan hanya yang sama nilai boleh ditambah
terus, contohnya 2 ringgit tambah 2 ringgit nilainya 4
ringgit, 2 eights plus 1 eighths equals 3 eighths, dan 2
ringgit tidak boleh ditambah dengan 2 eighth atau
sebaliknya.

3
f) Pelajar seharusnya akan menjadi lebih berhati-hati dengan
apa yang boleh ditambah terus atau tidak boleh.

g) Contohnya 2/8 + 5/16, apabila dilukis gambarajah didapati


pecahan perenambelas adalah dua kali ganda pecahan
perlapan iaitu 2/8 sama dengan 4 perenambelas, manakala
5/16 tidak perlu diubah, dan boleh ditambah terus
bersamaan 9 perenambelas.

2 How to add and subtract a) Memperkenalkan pecahan sebagai terdiri daripada


fraction having different pengangka dan penyebut atau numerator (pengangka) dan
denominators denominator(penyebut).
By Ron Auerbach, eHow
Member b) Menunjukkan kaedah menambah atau menolak pecahan
dengan mencari “common denominator”- mendarab dua
penyebut terlebih dahulu, contohnya 1/5 + 2/3, penyebutnya
5X3= 15.

c) Setelah memperolehi penyebut, baru menukarkan


pengangka yang lama ke baru dengan bertanyakan diri
sendiri, contohnya 1/5= ?/15, 15 bahagi 5 sama dengan
berapa? jawapan 3, oleh itu pengangka lama 1 X5=5, tukar
keseluruhan pecahan, 1/5=3/15 sama juga dengan 2/3=
2x5/15
Akhirnya semua pecahan ditukar menjadi 3/15+ 10/15 dan
ditambah seperti pecahan yang sama penyebut iaitu = 13/15

d) Melalui pembacaan, didapati artikel ini terlalu ringkas


penyampaian tentang bagaimana menambah atau menolak

4
pecahan dengan peyebut yang sama.

e) Gaya penulisan dengan menggunakan saiz tulisan yang


halus tidak dapat menarik minat untuk dibaca selain itu cara
menambah atau menolak juga tidak pelbagai.

f) Guru tidak dapat melihat pilihan-pilihan yang ada dalam


menyampaikan tajuk pecahan.
3 Help with fraction-
Detailed Help For Adding a) Sambungan daripada tajuk pecahan terdahulu bagaimana
Fractions with different menambah pecahan dengan penyebut yang sama dan
denominator didapati menambah pecahan dengan penyebut yang sama
amat mudah untuk diajar kepada murid berbeza dengan
menambah atau menolak pecahan dengan penyebut yang
berbeza.

b) Terdapat beberapa kaedah menyelesaikan operasi


penambahan atau penolakan pecahan dengan penyebut yang
berbeza

c) Terdapat beberapa asas dalam menyampaikan tajuk


pecahan yang berlainan penyebut antaranya
- The basics (asas) dengan mendarab sesama penyebut
- Mencari common denominator
- Mencari hasil darab bagi setiap penyebut

d) Cara asas iaitu menekankan empat langkah mudah untuk


menambah atau menolak pecahan dengan penyebut berbeza
iaitu:-
1. Untuk menambah penyebut mestilah sama, dengan kata
lain tukarkan setiap pecahan menjadi pecahan setara,

5
dengan penyebut yang sama contohnya

tambah 1/2 + 1/3


 
1/2  

+
1/3     

Darabkan penyebut setiap pecahan 2x3=6


Oleh itu ,
1/2  
 
1/2 adalah sama dengan 3/6
 
1/6 1/6 1/6 1/6 1/6 1/6
 
Dan
1/3     
 
1/3 adalah sama dengan 2/6

1/6 1/6        

2. Langkah kedua pula menulis semula pecahan dengan


menggunakan penyebut yang baru.
3/6 + 2/6 = ……..
3. Langkah ketiga jalankan operasi tambah
3/6 + 2/6 = (3+2)/6=5/6
4. Langkah terakhir , tulis semula jawapan dalam bentuk
termudah. Tetapi 5/6 sedia dalam bentuk termudah

e) Selain daripada contoh asas empat langkah mudah untuk


menambah pecahan, terdapat juga langkah yang lebih
mencabar murid iaitu penguasaan algebra. Menggunakan
formula yang mudah iaitu,

6
f) Formula ini didapati lebih mudah dan cepat, guru perlu
menekankan kepada murid, untuk mencari penyebut
yang sama adalah dengan mendarab setiap penyebutnya.
Contohnya
1/3 + 1/4=
Langkahnya :
1. Darabkan penyebut 3 dan 4 =12
2. Seterusnya darabkan pengangka 1/3 dengan 4 dan
pengangka ¼ dengan 1 X 3
3. 1/3 = 4/12 dan ¼ = 3/12
4. Tambahkan pecahan yang baru, 4/12+ 3/12 = 7/12
5. Tukarkan dalam bentuk termudah, 7/12 adalah dalam
bentuk termudah.

g) Menekankan kepentingan penyebut yang sama, istilah


Common denominator dan LCD (Least Common
Denominator) untuk membina pecahan dengan penyebut
yang sama.

h) Terdapat lagi beberapa cara menambah pada aras


pengetahuan yang tinggi untuk disampaikan kepada
murid tetapi didapati tidak sesuai untuk murid-murid
tahun empat.

i) Dari pembacaan artikel ini juga saya dapati dapat


membantu guru-guru untuk meluaskan lagi ilmu
pengetahuan tentang mengajar pecahan selain itu guru-guru

7
juga tidak akan menghadapi masalah untuk menyampaikan
tajuk pecahan apabila memahami langkah-langkah dari
yang asas ke aras yang tinggi bagaimana menambah
pecahan dengan penyebut yang berbeza.

j) Menyampaikan langkah-langkah menambah pecahan secara


teratur dapat membantu murid selain guru itu sendiri untuk
meningkatkan keyakinan diri dalam memahami tajuk
pecahan.

k) Panduan atau contoh-contoh yang berwarna warni juga


teratur dari yang mudah ke susah boleh member pilihan
kepada guru-guru untuk memilih langkah-langkah atau
cara-cara yang sesuai mengikut aras pencapaian murid
supaya murid mengikut kelasnya senang memahami kaedah
yang disampaikan oleh guru.

l) Penggunaan gambarajah yang sama pada setiap contoh


pecahan yang diberi supaya pelajar dapat melihat dengan
jelas perbezaan dari segi saiz atau bentuk antara setiap
pecahan seperti contoh pada gambarajah pecahan dibawah,

1/3    
 

1/6 1/6        

1/3 adalah sama dengan 2/6

C) Persamaan dan perbezaan setiap artikel yang terpilih

Persamaan Tajuk artikel Perbezaan


- Menunjukkan cara-cara - Artikel ini , menekankan kepada

8
yang dapat memudahkan How to teach fraction- guru-guru atau pembaca supaya
teknik mengajar pecahan useful tips menggunakan gambarajah, serta
pada murid yang baru Adding and Subtraction contoh-contoh yang menarik
hendak mengenali Fraction Teaching untuk meningkatkan kefahaman
pecahan. Methods. murid terhadap tajuk pecahan,
-Mar 24,2010 Martin tetapi artikel ini sendiri tidak
- Menggunakan kaedah Bell menunjukkan gambarajah atau
gambarajah untuk carta dalam menyampaikan tip-tip
menggambarkan pecahan. untuk mengajar pecahan kepada
pembaca,

- Menekankan konsep asas


- Artikel ini juga menggalakkan
pecahan dan ciri-ciri yang
pembaca untuk memasukkan
ada pada pecahan iaitu
contoh yang berkaitan dengan
pengangka (numerator)
kehidupan seharian murid
dan penyebut
contohnya duit kerana murid
(denominator).
lebih memahami duit daripada
pecahan.
- Menekankan pemahaman
murid mengikut level dari - Walaubagaimanapun, artikel ini
yang mudah ke susah menggunakan contoh-contoh
yang penyebutnya terlalu besar
- Menggunakan kaedah sehingga 16, sedangkan murid
menyamakan penyebut tahun baru hendak mempelajari
terlebih dahulu sebelum asas pecahan.
menambah pecahan yang
berbeza penyebut.

- Mencari penyebut yang sama


- Menjelaskan langkah demi
How to add and subtract dengan mendarabkan 2 penyebut
langkah untuk
fraction having different yang berbeza diikuti dengan
meningkatkan lagi
denominators mencari semula hasil bahagi

9
kefahaman murid tentang By Ron Auerbach, eHow setiap penyebut sebelum
pecahan Member mendarap semula dengan
pengangka yang terdahulu, ini
- Memberikan beberapa didapati memeningkan kepala
kaedah atau lebih dari satu saya sebagai pembaca
- Tidak semua contoh yang
cara untuk menambah atau
Help with fraction- ditunjukkan sesuai untuk diajar
menolak pecahan yang
Detailed Help For kepada murid tahun 4 kerana
berlainan penyebut.
Adding Fractions with menggunakan kaedah pada aras
different denominator. tinggi atau sesuai untuk murid
- Mementingkan penukaran
peringkat menengah. Guru perlu
penyebut kepada penyebut
menyesuaikan kaedah atau
yang sama sebelum
strategi mengajar mengikut
menambah atau menolak
kesesuaian.

- Menukar hasil jawapan


- Penggunaan gambarajah, yang
kepada bentuk pecahan
berwarna amat menarik sekali
termudah jika perlu.
dan senang untuk difahami.
- Mementingkan
penyelesaian masalah
- Terdapat berbagai pilihan
harian dalam
langkah yang boleh disesuaikan
menyampaikan tajuk
mengikut aras pencapaian murid
pecahan untuk
supaya pembelajaran dapat
meningkatkan kefahaman
disampaikan dengan lebih
murid terhadap tajuk
menarik.
pecahan.

d) Ulasan

Berdasarkan dapatan daripada ketiga-tiga artikel yang terpilih, saya mendapati kesemua teknik dan
kaedah yang digunakan amat sesuai untuk mengajar tajuk pecahan – menambah atau menolak

10
pecahan dengan penyebut berbeza. Walaubagaimana pun, terpulang kepada guru atau pembaca
untuk memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan aras pengetahuan murid.

Antara ketiga-tiga artikel ini, saya lebih senang untuk memahami artikel “Help with fraction-
Detailed Help For Adding Fractions with different denominator”,

Penggunaan gambar rajah serta contoh-contoh yang sesuai dan tepat memang dapat menarik minat
murid untuk mengikuti pembelajaran terutama tajuk pecahan, yang sebelum ini didapati begitu
membosankan, keupayaan murid untuk mengingat didapati lebih efektif dan berkekalan berbanding
kaedah “chalk and talk” yang sekian lama digunakan disekolah. Selain daripada gambar atau contoh
untuk mengajar pecahan, penggunaan bahan maujud juga dapat meningkatkan lagi kefahaman
murid. Penglibatan murid secara terus adalah lebih efektif selain dari mendengar atau melihat
sahaja.

Bagi murid tahun empat, penyampaian tajuk pecahan, perlulah dimulakan daripada yang mudah ke
susah dengan memecahkan langkah-langkah secara terperinci untuk memastikan murid betul-betul
faham, pengenalan konsep perlulah diperkenalkan pada peringkat awal untuk mengelakkan silap
faham tentang konsep asas pecahan. Selain itu penggunaan penyebut mestilah kurang daripada 10
supaya penyampaian ilmu tentang pecahan lebih berkesan.

Penggunaan kaedah langkah demi langkah amatlah bersesuaian untuk menyampaikan tajuk
pecahan. Langkah demi langkah menyelesaikan operasi tambah atau tolak pecahan ini, dapat juga
meningkatkan keyakinan pelajar untuk memahami konsep pecahan.

Guru-guru juga perlulah mengambil sedikit masa, jangan terburu-buru untuk memberikan
kefahaman berkaitan pecahan. Walau bagaimana pun penguasaan sifir adalah sangat penting dalam
menguasai konsep pecahan.

Selain dari itu, guru juga perlulah mengaitkan pecahan dengan kehidupan seharian murid, seperti
penggunaan kek pada sambutan harijadi, pecahan melibatkan wang RM 100 atau lain-lain.
Penggunaan masalah –masalah harian dapat meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap pecahan.

11
Kesimpulannya, untuk menyampaikan ilmu terutama tentang menyampaikan tajuk pecahan dengan
lebih berkesan guru-guru perlulah sentiasa membuat banyak pembacaan dan kajian samaada
melalui internet atau pembacaan buku-buku diperpustakaan. Dengan banyak membaca kita akan
dapat membuka minda dan ilmu akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada murid-
murid, dan kita juga perlu ingat, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” murid-murid perlu
didedahkan dengan pengetahuan yang jelas tentang pecahan kerana jika dari asas tahun 4, mereka
lemah, maka sampai ke tahun 6 pun mereka akan kabur tentang pecahan dan mungkin tidak dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.

References
Akers, Skip. (2003). Help with Fraction. Detailed help For Adding Fractions With Different Denominators ,
12.

Bell, M. (2010). How to teach Fraction-. Useful tips adding and subtracting fraction teaching methods , 2.

12
Chong Liep Kiong, M. V. (2009). Teaching Mathematics For Year Three Primary School. Open University
Malaysia.

Mohd Khairuddin Bin Yahya, A. R. (2004). Mathematics Year Four. Selangor Darul Ehsan.

Ron Auerbach, e. M. (2008). How to add and subtract fractions having different denominators. 3.

www.ehow.com › Education › K-12 › K-12 Basics

www.helpwithfractions.com/adding-fractions-different-denominators

www.math.com/school/subject1/lessons/S1U4L3GL.html

www.buzzle.com/.../adding-fractions-with-different-denominators.html

13

You might also like