Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Soalan 1

PENGENALAN

Doktrin pengasingan kuasa bermaksud tiap-tiap badan tidak boleh


mengandungi ahli yang sama dan bebas tanpa dikawal oleh badan lain. Setiap
badan hendaklah menjalankan fungsinya sendiri tanpa campur tangan badan lain.
Kebebasan tidak akan wujud jika seseorang atau sesuatu badan memiliki kesemua
kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. Pembahagian Kuasa atau dalam
bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam
pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga
cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny), di
mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan
mengekalkan kepimpinan,kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan
(despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak
dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut. Konsep Pembahagian
Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan Kuasa) bermula sejak
zaman Yunani lama.

SISTEM PERLEMBAGAAN DI AMERIKA SYARIKAT

Doktrin pengasingan kuasa merupakan asas kepada struktur perlembagaan


di Amerika Syarikat. Negara ini mengamalkan sistem berpresiden di mana Presiden
bertindak sebagai ketua negara dan ketua eksekutif Bagaimanapun, Presiden dan
ahli kabinetnya tidak menjadi ahli Kongres, iaitu badan perundangan. Di sini,
pengasingan kuasa di antara badan perundangan dan badan eksekutif jelas berlaku.
Sebagai ketua badan eksekutif, presiden boleh melantik dan melucutkan jawatan
pegawai eksekutif, serta mengawal dasar dan tindakan jabatan kerajaan. Beliau juga
melantik Setiausaha Negara yang bertindak sebagai penasihat kepada beliau,
walaupun beliau tidak terikat untuk menerima nasihat tersebut. Presiden tidak
bertanggungjawab kepada Kongres. Jawatan Presiden adalah untuk tempoh tertentu
dan beliau hanya boleh dilucutkan jawatan mengikut prosedur impeachment. Beliau

1| 192563
GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Kongres dan tidak bertanggungjawab


untuk menyediakan pemimpin kepada badan perundangan. Kongres juga tidak
terikat untuk menerima program atau polisi yang dicadangkan oleh pihak eksekutif.

SISTEM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Antara ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia ialah Malaysia adalah sebuah


persekutuan. Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negara
persekutuan. Ini jelas sekali terbayang di dalam Perkara 1 Perlembagaan
Persekutuan. Malaysia terbentuk melalui gabungan beberapa buah pemerintah
tertinggi dalam negara Malaysia. Kerajaan Pusat terdiri daripada Yang di-Pertuan
Agong, jemaah menteri yang dipimpin oleh Perdana Menteri dan seluruh anggota
perkhidmatan awam. Malaysia mengamalkan sistem Raja berpelembagaan iaitu
Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi dalam negara Malaysia.
Walaupun begitu, baginda tidak menjalankan pemerintahan secara bersendirian dan
secara langsung. Baginda dan raja-raja di peringkat negeri memerintah dengan
nasihat para eksekutif iaitu Perdana Menteri dan kabinetnya serta pihak yang
diberikan kuasa di peringkat Persekutuan, manakala Menteri Besar dan Ahli
Mesyuarat Negeri serta pihak yang diberi kuasa di peringkat negeri. Malaysia
mengamalkan bukan sahaja sistem demokrasi tetapi juga demokrasi berparlimen.
Sistem demokrasi bertunjangkan amalan pilihan raya untuk memilih perwakilan.
Perwakilan yang dipilih ke parlimen akan membentuk kerajaan yang akan
memerintah negara. Para perwakilan ke dewan perundangan ini juga mempunyai
kuasa menggubal undang-undang yang akan diguna pakai di dalam negara. Islam
telah ditetapkan menjadi Agama Persekutuan. Namun begitu kebebasan beragama
tetap dijamin. Perlembagaan Malaysia menonjolkan satu ciri khusus iaitu undang-
undang tertinggi dalam negara. Tiga cabang kuasa yang dibahagikan dikendalikan
oleh badan legislatif, badan eksekutif dan badan kehakiman.

2| 192563
GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN

Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari


semasa ke semasa. Pindaan perlembagaan dibuat kerana sikap, fahaman dan
kehendak rakyat telah berubah. Kadangkala keputusan mahkamah juga
menyebabkan perlembagaan dipinda. Sejak Perlembagaan Persekutuan tanah
Melayu digubal, ianya telah mengalami beberapa perubahan dan pindaan. Namun
begitu, pindaan dan perubahan yang dibuat itu, sehingga kini masih kekal dengan
sifat dalam lingkungan rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu.
Perubahan dan pindaan yang dilakukan dalam perlembagaan itu adalah didasarkan
kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara kita. Ini merupakan suatu
perkara yang biasa, lebih-lebih lagi apabila terdapat sesuatu perkara dalam
perlembagaan yang dirasakan tidak begitu sesuai lagi. Contohnya, apabila
Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dengan kemasukan Sabah
dan Sarawak, perlembagaan telah dipinda supaya dapat disesuaikan sesuatu
undang-undang itu dengan konsep Malaysia. Satu lagi peristiwa yang membawa
kepada pindaan perlembagaan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969. ianya berkaitan
dengan soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan.
Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
sewengang-wenangnya tanpa kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di
kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah dengan lantangnya mempersoalkan
kedudukan raja-raja, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan.
Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu, Parlimen pada
tahun 1967 telah meluluskan akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia
mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Terdapat empat
perkara yang dilarang bagi perbincangan umum, iaitu perkara-perkara yang
dianggap sensitif, seperti soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan
Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Perlembagaan Malaysia juga sentiasa dikaji dari semasa ke semasa. Jika perlu
ianya akan dipinda dan diubah mengikut kehendak pemimpin dan kerajaan yang
memerintah. Kali terakhir berlaku pindaan Perlembagaan ialah semasa Dewan
Rakyat bersidang pada bulan Ogos 1983 yang lalu. Dalam persidangan Dewan

3| 192563
GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Rakyat pada bulan Julai 1983, Dewan telah meluluskan beberapa rang undang-
undang yang kemudian diluluskan oleh Dewan Negara

4| 192563

You might also like