Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

HBEM4403

Faculty of Education and Languages

MANAGEMENT OF CHANGE IN SCHOOLS

ORGANISASI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

NAMA: NORHIDAYAH BINTI SAPIEE

NO. MATRIK:

NO I/C:

E-MAIL:

NAMA TUTOR: EN. SYED HUSSIN BIN JAAFAR

H/P NO:

SEMESTER SEPTEMBER 2010

PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR BAHRU


ISI KANDUNGAN

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 0
Pengenalan 2

Definisi Organisasi Pembelajaran 2

Masalah kajian 3

Objektif kajian 4

Kaedah kajian 4

Dapatan kajian 5

a) Pemerhatian persekitaran ( Environmental Scanning ) 5

b) Visi dan matlamat ( Vision and Objectives ) 6

c) Usahasama ( Collaborative) 7

d) Pembangunan professional secara berterusan

( Continuous professional development ) 7

Cadangan Mengatasi Masalah 8

Kesimpulan 10

Bibliografi 11

Lampiran 12

Soalan Temubual 15

Pengenalan

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 1
Sekolah yang dipilih dalam kajian ini adalah dari sekolah gred C berkeluasan dua (2) ekar
yang mempunyai satu blok bangunan dengan sembilan (9) buah kelas termasuk bilik guru,
bilik mesyuarat, perpustakaan dan bilik tayang. Sekolah ini memulakan sesi persekolahan
pada sebelah petang bermula jam dua petang sehingga enam tiga puluh minit petang. Jumlah
pelajar lelaki seramai 162 orang, manakala pelajar perempuan seramai 165 orang
menunjukkan jumlah keseluruhan pelajar di sekolah berkenaan adalah seramai 327 orang.
Sekolah ini mempunyai 7 tenaga pengajar termasuk Guru Besar iaitu seorang guru lelaki dan
6 orang guru perempuan. Sejak ditubuhkan, sekolah ini telah diterajui oleh 13 orang Guru
Besar.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1990 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992. Sebelum
ini sekolah tersebut telah menumpang di bangunan sekolah kebangsaan berhampiran. Sekolah
ini terletak di tepi jalan besar Ayer Hitam-Johor Bahru dalam daerah Kulaijaya. Pada awal
2005, dengan kerjasama pihak Badan Kebajikan Sekolah maka terbinanya sebuah Balai
Islam. Kemudahan lain yang disediakan adalah kantin, padang permainan, dataran kejat,
laluan pejalan kaki, balai menunggu dan garaj. Selain itu terdapat landskap kolam dan
susunan pokok bunga bagi mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan cantik.

Definisi Organisasi Pembelajaran

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) menyatakan sekolah sebagai tempat untuk belajar dan
mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran, ilmu pengetahuan atau penuntutan ilmu
pada peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Manakala organisasi pula bermaksud kesatuan / susunan yang terdiri daripada bahagian-
bahagian dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan atau perbadanan bagi mencapai tujuan-
tujuan tertentu.

Menurut Wilson, Robeck dan Michael (1974), dalam bukunya bertajuk ‘’Psychological
Foundations of Learning and Teaching’’, seperti yang diulas oleh Mok Soon Sang dalam
buku Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2, mengemukakan
dua definisi tentang pembelajaran seperti berikut :

1. Pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu organisma untuk memenuhi


keperluan. Pembelajaran ini adalah terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 2
sistem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan
atau kesimpulan.

2. Pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma melakukan berbagai-


bagai tindakan dalam kehidupannya.

Oleh itu, definisi organisasi pembelajaran ialah sebagai sebuah organisasi dimana
individu dalam organisasi secara terus menerus memperluas kemampuan mereka untuk
menciptakan hasil yang benar-benar mereka inginkan dengan menggunakan pola pemikiran
baru, terbuka dan kebebasan dalam menentukan cita-cita.

Masalah kajian

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan negeri Johor dan Jabatan Pendidikan
Agama khasnya, bagi mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, tetapi
seperti yang disebutkan oleh Sharifah (2003), masih terdapat ramai lagi murid-murid yang
tercicir dan tidak boleh membaca, hasrat ini seolah-olah gagal dicapai. Adakah sumber-
sumber yang dibekalkan tidak mencukupi? Menurut Goodlad (1994, capaian internet), para
cendiakawan dan pengkaji luar bidang pendidikan jarang sekali mempunyai penghayatan
tentang budaya sekolah dan tidak sanggup, tidak berupaya meluangkan masa untuk
memahami pandangan guru-guru dan pentadbir sekolah, mengkaji masalah dan keperluan
yang mengaitkan dengan pembaharuan.

Disebabkan ini juga usaha yang cuba dilakukan oleh pihak berkenaan seperti memaksa
guru-guru sedaya upaya untuk merealisasikan hajat pihak atasan. Ini mewujudkan organisasi
pembelajaran yang kurang efektif dan tidak berkesan. Dalam pemerhatian yang dilakukan
pada sekolah tersebut, sistem pembelajaran masih lagi didominasikan guru. Dimana
pelajarnya yang pasif, hanya menerima maklumat sepenuhnya oleh guru mereka. Guru juga
kurang menglibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. Maka, suasana
pembelajaran menjadi suram dan membosankan. Matlamat guru-guru yang mengajar hanya
satu iaitu habiskan silibus dan memastikan pelajarnya lulus dalam peperiksaan.

Natijahnya, pelajar hanya belajar untuk lulus peperiksaan dan pembelajaran berasaskan
hafalan semata-mata tanpa memahami isi pelajaran. Budaya menghafal ini memberi
keburukan kepada pelajar kerana kemairan berfikir yang terbatas, tidak kreatif dan kritis.

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 3
Adakah ini salah guru yang mengajar? Atau sikap guru dan juga pentadbir sekolah? Kajian
ini dilanjutkan lagi dengan dapatan daripada temubual.

Objektif kajian

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana prestasi sekolah yang
dipilih sebagai satu organisasi pembelajaran. Ini berdasarkan empat elemen cadangan Silin,
Zarins dan Mulford (2002). Selain melihat berjaya atau tidak, visi dan matlamat sekolah yang
dirangka untuk diaplikasikan pada sekolah, pentadbir, guru, pelajar dan semua komuniti
sekolah.

Di samping dapat memberi cadangan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti


pelajar yang lebih berdikari dan membangun sekolah yang progresif.

Kaedah kajian

Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara
temubual antara dua orang guru berbeza gred dan seorang guru besar. Hasil kajian ini
disemak berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan dokumen-dokumen sekolah yang
berkenaan. Sampel kajian ini diambil dari sebuah sekolah agama yang dipilih untuk
mengetahui organisasi dan budaya pembelajaran mereka. Kajian ini dibuat berdasarkan
empat (4) elemen cadangan Silin, Zarins dan Mulford (2002) daripada modul HBEM4403:
Management of Change in Schools, dalam membentuk sekolah sebagai organisasi
pembelajaran. Elemen-elemen tersebut aialah :

a) Pemerhatian persekitaran ( Environmental Scanning )

b) Visi dan matlamat ( Vision and Objectives )

c) Usahasama ( Collaborative)

d) Pembangunan professional secara berterusan ( Continuous professional development )

Dapatan kajian

Tujuan kajian dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan sistem organisasi


pembelajaran yang dilaksanakan. Hasil pengumpulan data melalui temubual, pemerhatian

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 4
dan mengkaji dokumen-dokumen sewajarnya membuktikan budaya sebuah organisasi
pembelajaran yang cuba diwujudkan kurang memberi kesan terhadap organisasi sekolah
tersebut. Antara punca ia berlaku ialah :

e) Kurang perkongsian ilmu dan idea

f) Kurang mengikuti kursus pemantapan pnp guru-guru.

g) Peningkatan kemahiran yang kurang

h) Hubungan / ada sifat perkauman/berkelompok

i) Budaya yang diterapkan oleh guru

Temubual separa yang dibuat antara penyelidik dengan dua orang guru berbeza gred telah
menunjukkan bahawa kurang perkongsian idea, ilmu dan kemahiran dikalangan guru-guru.
Ini adalah kerana pemikiran yang konservatif. Apabila pemikiran konservatif mengawal diri
individu tersebut, maka sukar bagi mereka untuk menerima pembaharuan atau perubahan
yang drastik.

a) Pemerhatian persekitaran ( Environmental Scanning )

Melalui elemen pertama iaitu pemerhatian persekitaran sekolah memainkan peranan


penting dalam membentuk budaya dan suasana pembelajaran yang positif dan optimis.
Sekolah tersebut telah menyempurnakan keperluan yang minimum dalam menghasilkan
sebuah sekolah yang kondusif.

Sekolah ini tidak banyak landskap dan hiasan mural yang sebenarnya mampu
memberi semangat dan motivasi diri pada pelajar dan guru-guru. Meskipun hanya satu
bangunan sahaja tetapi tidak kelihatan menarik dan semangat persekolahan yang suram.
Baru-baru ini, sekolah tersebut mendapt peruntukkan membaikpulih termasuk mengecat
semula bangunan dan peralatan tandas.

Budaya yang dapat dilihat di sekolah tersebut ialah Guru Besar sentiasa memberi
maklumat terkini selepas menghadiri mesyuarat arahan pihak atasan. Ini memberi gambaran
bahawa pentadbir sekolah ini seorang yang liberal. Di samping guru-guru sentiasa
mengamalkan budaya “ingat-ingat”. Bertujuan agar tidak leka melanggar peraturan sekolah.

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 5
b) Visi dan matlamat ( Vision and Objectives )

Sekolah berorganisasi pembelajaran mempunyai visi dan matlamat yang satu dalam
melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ini dapat dilihat melalui
visi dan matlamat Sekolah berkenaan.

Visi : “ ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP ”

Matlamat : “ Menjadikan Sekolah Agama satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan
aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa
berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya bagi melahirkan sebuah masyarakat yang
berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, berdaya saing, bersatu-padu, berakhlak mulia dan
memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan Negara ”

Visi dan misi sekolah tersebut dapat dilihat melalui pakaian seragam sekolah sama
ada pelajar mahupun gurunya. Pakaian seragam sekolah bagi guru-guru adalah inisiatif
Jabatan Pendidikan Agama bertujuan untuk memastikan guru-guru sentiasa bersedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun ada antara guru-guru menganggap remeh hal
ini. Buktinya, ada guru-guru yang tidak mematuhi arahan pihak atasan, maka tidak salah
sekiranya pelajar juga bersiap demikian.

Penyelidik berpendapat bahawa sekolah ini kurang memberi penekanan terhadap visi
dan matlamatnya. Jika dilihat pada guru-guru, ada yang mengingati isi sebenar visi dan
matlamat itu. Jadi ia seperti hanya tertulis di atas kertas tanpa ada perlaksanaan.

c) Usahasama ( Collaborative)

Usahasama adalah budaya yang positif dalam membentuk sekolah sebagai organisasi
pembelajaran. Ini dapat dilihat daripada kata salah seorang guru hasil temubual ;

“…perubahan sukatan dan tambahan pelajaran baru-baru ini, menyukarkan, Bahasa Arab
ada beberapa perkataan yang tidak faham walaupun bergambar, dan adakalanya seperti

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 6
tidak sesuai tahapnya…tetapi kami atasi dengan banyak bertanya dengan guru mahir dan
berpengalaman…”

Walaupun terdapat segelintir guru-guru yang saling membantu, namun suasana


pembelajaran sebegini tidak menjadi budaya dikalangan guru-guru sekiranya ada antara guru-
guru tidak menglibatkan diri dalam hampir kesemua aktiviti. Apabila ditanya kepada guru
bergred rendah adakah kesemua guru menglibatkan diri dalam tugasan atau perbincangan,
menjawab;

“Kerja yang bersih-bersih buat sama-sama… Tapi kerja yang sepah-sepah duduk
sekelompok…”

Inilah realiti guru dengan guru yang menganggap gred bawahan hanya mampu
melakukan kerja-kerja mudah dan tidak berorganisasi. Guru-guru tidak sewajarnya berfikiran
‘lapuk’ yang terlalu mementingkan diri sendiri.

d) Pembangunan professional secara berterusan ( Continuous professional


development )

Hasil daripada temubual antara dua orang guru berlainan gred, didapati mereka kurang
diberi pendedahan dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran. Guru berkenaan ada
mengatakan seperti berikut ;

“… dalam setahun hanya sekali dua sahaja kursus yang diberi, itupun kalau nama
tersenarai.... kadang-kadang tidak pernah pun…”

Pemerhatian kajian menunjukkan bahawa sekolah ini jarang sekali atau tiada langsung
dilaksanakan latihan dalaman dalam setahun bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru. Buktinya, tiada rekod panitia yang menunjukkan usaha berterusan bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tambahan.

Guru-guru di sekolah ini sering dihantar bagi mengikuti kursus-kursus serta taklimat
yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Agama Daerah dan Negeri. Apa yang
diperhatikan, setelah guru yang berkenaan pulang dari berkursus, tidak menyebarkan ilmu
yang mereka perolehi kepada rakan-rakan guru yang lain. Maka, wujudlah budaya tidak
memperdulikan sesame sendiri dan timbul masalah apabila ada antara guru yang tidak mahir
dalam melakukan sesuatu tugasan. Contohnya, seorang guru A yang mengetahui ilmu

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 7
komputer tetapi tidak menyebarkan kepada guru yang lain, akhirnya memberi bebanan
kepadanya kerana guru B tidak tahu hendak mengakses komputer. Guru A bukan sahaja
terbeban dengan tugasan sendiri malah ditambah dengan tugasan guru lain.

Ini berlaku di sekolah tersebut. Tidakkah ini tindakan yang tidak rasional dan
sistematik? Didapati hasil pemerhatian, Guru Besar tidak mengambil berat hal guru-guru
berkursus. Sewajarnya Guru Besar bertanya info terkini yang diperolehi oleh guru-guru
berkursus.

Cadangan Mengatasi Masalah

Berdasarkan dapatan kajian ini, penyelidik suka mencadangkan beberapa langkah lagi
memperkasa sekolah agama di negeri ini. Antara cadangan yang boleh dibuat ialah dengan
meningkatkan usaha bagi membudayakan ilmu pengetahuan dikalangan guru-guru sekolah
dengan menjana ciri-ciri sebuah organisasi pembelajaran iaitu kemahiran individu (personal
mastery), gagasan pemikiran (mental model), wawasan yang dikongsi bersama (shared
vision), pembelajaran dalam pasukan (team learning), dan pemikiran dalam satu sistem
(system thinking).

Adalah menjadi satu fundamental yang mana berasaskan pada kemahiran konseptual
dan tahap tinggi melalui pewujudan organisasi pembelajaran seterusnya menerusi latihan
yang kompetitif dalam bidang ilmu ini sememangnya amat perlu diberikan kepada para ketua
sekolah-sekolah kebangsaan bagi memastikan mereka berkemampuan menjunjung wacana
yang dibentuk secara lebih efektif.

Pemahaman melalui konsep organisasi pembelajaran, para pentadbir sekolah perlulah


dipilih dari kalangan individu berfikiran cerdas dan berada dalam lingkungan aras daya
pemikiran tinggi (higher cognitive order thinking), kreatif dan kritis serta bukan semata-mata
mengikut umur dan pengalaman. Hal ini adalah kerana perubahan pesat dalam arena
pendidikan global yang mana pengalaman masa silam tidak kesemuanya relevan dan boleh
diterima pakai pada masa depan. Hal ini mungkin tidak begitu sesuai dalam konteks yang
berbeza.

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 8
Pemilihan pentadbir atau pemimpin sekolah haruslah menitikberatkan soal ciri-ciri
peribadi dan sahsiah terulung misalnya seperti empat ciri utama menurut kajian oleh Kouzes
dan Posner (2002) iaitu jujur (honest), cekap (competent), mampu menjulang semangat
(inspiring) dan berpandangan jauh (forward looking). Adalah menjadi suatu kemestian bagi
pemimpin sekolah memiliki sifat mencintai ilmu dan sentiasa memperbaiki diri. Dengan
penerapan ciri tersebut, maka dapatlah menjamin usaha berterusan dan menepati persekitaran
dan budaya serta masalah di dalam sesebuah sekolah.

Oleh itu, dalam arus modenisasi yang melanda revolusi persekitaran pendidikan
negara seiring dengan kepesatan pembangunannya, maka usaha memperkasakan sekolah
agama di negari ini amat bergantung pada pembudayaan organisasi pembelajaran dikalangan
guru-guru sekolah. Bagi mencapai matlamat itu, latihan kepada para pemimpin sekolah
dalam bidang ini perlu dipergiat lagi bagi memacu budaya organisasi pembelajaran
dikalangan guru. Pada masa yang sama, keperluan dalam daya ilmu pengetahun tinggi dan
pelbagai amatlah dituntut bagi para pemimpin sekolah yang bersifat cintakan ilmu disamping
memiliki ciri keperibadian terbaik dan terpilih.

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian yang dibuat membuktikan bahawa kurangnya berlaku


budaya organisasi pembelajaran serta perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran
dikalangan guru-guru memberi impak besar dalam organisasi sekolah. Wajar sekolah
berkenaan memantapkan pembangunan staf dan dibudayakan sebaik mungkin. Pemikiran
yang konversatif menutup pembangunan dan perkembangan budaya organisasi pembelajaran
yang efektif dan kompetitif.

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 9
Siapalah guru tanpa pelajar dan tanpa guru siapalah pelajar. Kedua-duanya
mempunyai peranan sama penting dalam merealisasikan visi dan matlamat yang
dibangunkan. Adalah menjadi tanggungjawab guru, malah pemimpin sekolah juga membawa
teladan dan sebagai model yang membawa ke arah kecemerlangan dan keunggulan sesebuah
organisasi sekolah.

Bibliografi

Dewan Bahasa dan Pustaka (2000). Kamus Dewan Edisi ke-3. Selangor: Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2.
Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3.
Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 10
Shasitharan Raman Kutty (2010). HBEM4403 Management of Change in Schools. Selangor:
Open University Malaysia (OUM).

Lampiran

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 11
Lakaran bangunan sekolah pilihan

Gambar 1

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 12
Gambar 2

Gambar 3

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 13
Gambar 4

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 14
Soalan Temubual

1. Apakah definisi organisasi pembelajaran pada pandangan anda sebagai guru di


sekolah?

2. Adakah organisasi pembelajaran di sekolah anda adalah berkesan atau tidak?


Perubahan?

3. Berapa kali aktiviti / bengkel / kursus diadakan dalam setahun? Anjuran siapa?

4. Pendapat tentang sikap guru-guru terhadap perubahan atau pertukaran silibus?

5. Sejauh manakah organisasi pembelajaran ini meninggalkan impak di sekolah anda?

HBEM4403_850319015548001_Organisasi Pembelajaran 15

You might also like