Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS,

TELOK MAS, 75460 MELAKA.

MEA 2098 Tel. & Fax. : 06-2615292 Email : web2098@pd.jaring.my

Rujukan kami: SMKTM/KO-KU/ 02/06/ ( )


Tarikh: 18 FEBRUARI 2011

Kepada,

………………………………………………
(Nama Ibu bapa / Penjaga)

Tuan/Puan,

UNIFORM PASUKAN KADET KOREKSIONAL SMK TELOK MAS 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah terpilih sebagai anggota Kadet Koreksional
Melaka di sekolah kami. Sehubungan itu, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Jabatan Penjara
Malaysia bersedia untuk menjahit uniform lengkap anggota Kadet Koreksional (baju dan seluar) dengan
syarat pelajar menyediakan kos sebanyak RM 40.00 untuk kos kain yang berkaitan. Kos ini adalah kos
yang paling minimum yang tidak mungkin dapat diperoleh di luar.
3. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya anak
tuan/puan mempunyai uniform lengkap yang akan memudahkan mererka terlibat dalam pelbagai aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah dan Jabatan Penjara Malaysia. Sila berhubung dengan pegawai berikut
jika terdapat sebarang persoalan berkaitan perkara di atas:
3.1 Tuan Haji Zulkifli bin Salleh (GPK KoKurikulum) : 019 664 9962
3.2 Encik Mohd Nazri bin Mat Ali (Ketua Guru Penasihat): 019 982 2703
3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Saya yang menurut perintah,

You might also like