Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

 Isipadu cecair bermaksud jumlah 

cecair di dalam sesuatu bekas.


 Isipadu ialah kuantiti untuk ruang yang diisi.
 Kapasiti bekas pula bermaksud muatan cecair yang boleh memenuhi bekas
tersebut.

 Kapasiti ialah keupayaan untuk menanggung sesuatu

 DBP, isipadu ialah jumlah ruang yang ditempati oleh sesuatu bahan, cecair atau
pepejal

 DBP,kapasiti ialah jumlah maksimum yang dapat ditampung oleh sesuatu

 DBP kapisiti ialah keupayaan menampung sesuatu.


Kesukaran dan salah faham

1. Konsep asal

2. Penukaran unit (hanya teori)

3. Penambahan dan penolakan

4. Pendaraban dan pembahagian

6.1 PENGENALAN
Pengukuran adalah satu tajuk yang paling banyak diajar dalam Matematik KBSR. Mengapa ia
dimasukkan ke dalam sukatan matapelajaran Matematik adalah disebabkan oleh faktor kepentingannya
yang mempunyai banyak aplikasi praktikal dalam situasi kehidupan harian kita.

Melalui pengajaran pengukuran, guru juga secara tidak langsung dapat mengajar operasi nombor. Ianya
kerana terdapat banyak konsep-konsep dan langkah-langkah matematik yang menjadi asas kepada
kedua-dua konsep pengukuran dan nombor tersebut. Sehubungan itu, idea-idea pengukuran mungkin
boleh dianggap sebagai pelengkap kepada pengajaran yang melibatkan konsep nombor. Pengukuran
sememangnya menyediakan satu cara yang bagus untuk menyampaikan pengalaman-pengalaman
penyelesaian masalah pada setiap tahap matematik KBSR.

6.2 PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI

Terdapat beberapa aspek mengenai pengukuran Isipadu Cecair yang perlu dikuasai oleh guru demi
mendapatkan pengajaran yang berkesan dan bermakna, iaitu :
6.2.1 Mengenalpasti Sifat Bagi Isipadu Cecair
Langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang kita sukat. Ia mungkin
merupakan punca kesukaran bagi kanak-kanak. Sewaktu kanak-kanak melakukan perbandingan-
perbandingan ini, mereka bukan setakat meningkatkan kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang
dikaitkan sahaja, malahan mereka juga mempelajari prosedur yang dapat membantu mereka
menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dikenali sebagai pra-pengukuran kerana ia tiada
nombor yang terlibat.
6.2.2 Salah Konsep Mengenai Kapasiti
Jika seseorang itu menganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh diperkenalkan
kepada kanak-kanak dengan menyoal, “Bekas yang manakah mempunyai isi yang lebih?”

Namun begitu, guru perlu mengetahui bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai konsep yang salah
mengenai kapasiti dalam pengukuran. Kebanyakan daripada mereka memang telah mempunyai
beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Namun, idea mereka
mengenai kapasiti agak sedikit dan terhad. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua
bekas, kanak-kanak lazimnya membuat perbandingan berdasarkan panjang (atau lebih tepat; tingginya)
berbanding kapasitinya. Apabila kanak-kanak ditanya kapasiti di antara dua bekas iaitu bekas yang lebih
tinggi atau bekas yang lebih pendek, lazimnya kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi itu
walaupun hakikatnya bekas yang pendek itu yang menpunyai lebih kapasiti. Oleh yang demikian, cara
terbaik untuk memberi pendedahan mahupun memperbetulkan salah konsep murid mengenai kapasiti
adalah bermula dengan membuat kajian mengenai kapasiti melalui perbandingan langsung.

Perbandingan langsung boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis bahan pengisi seperti air,
pasir, kekacang dan guli yang biasa kanak-kanak jumpa dalam kehidupan hariannya. Guru boleh
mengagihkan beberapa bekas kepada kanak-kanak, mereka boleh mencuba mengisi bekas dan
kemudian menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang mempunyai
kapasiti yang lebih.

6.3 SEBAB-SEBAB PENGUKURAN CECAIR PERLU DIPERKENALKAN MELALUI PENGGUNAAN UNIT-UNIT


BUKAN PIAWAI

6.3.1 Bahan-bahan untuk unit-unit bukan piawai adalah lebih mudah diperolehi.
Contohnya, klip kertas, pemadam, dan penyedut minuman.
6.3.2 Berdasarkan sejarah, manusia menggunakan unit-unit bukan piawai dalam pengukuran sebelum
unit-unit piawai ditetapkan.
6.3.3 Unit-unit bukan piawai lebih mudah digunakan.
6.3.4 Unit-unit bukan piawai menggunakan bahan-bahan yang kelihatan semulajadi yang berkaitan
dengan pengalaman harian kanak-kanak.

RUJUKAN

Murugiah S/O Velayutham & Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103: Teaching Mathematics In Year Two.
Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Ministry of Education Malaysia. (2003). Integrated Curriculum for Primary Schools Curriculum
Specifications Mathematics Year 2. Kuala Lumpur. Curriculum Development Centre.

Liew Su Tim & Cham Juat Eng. (2003). Mathematics Textbook Part 2, Year 2. Kuala Lumpur.
YPJ Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Liew Su Tim & Cham Juat Eng. (2003). Mathematics Activity Book Part 2, Year 2. Kuala Lumpur. YPJ
Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk kepada
ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas
dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap
pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak
dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).
Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan
pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan
apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan
persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar
pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran.

You might also like