Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Topik 3 Huruf dan

Sistem Bunyi
dalam Bahasa
Arab

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. menjelaskan asal-usul huruf dan tulisan Arab;
2. menerangkan sistem bunyi huruf Arab;
PENGENALAN
3. membincangkan cara menulis yang tepat bagi perkataan Arab; dan
4. menghuraikan makhraj huruf dengan betul.

PENGENALAN
Dalam topik ini, akan dibincangkan tentang huruf dan sistem bunyi dalam
Bahasa Arab. Perbincangan dimulakan dengan kajian terhadap asal usul huruf
dan tulisan. Kemudian perbincangan dalam topik ini memfokuskan kepada
sistem bunyi huruf Arab dan penulisan huruf Arab. Bagi memantapkan lagi
penguasaan dan kefahaman terhadap huruf dan sistem bunyi Arab ini,
perbahasan ditumpukan kepada makhraj huruf, huruf-huruf Qamariah dan
Shamsiah, serta tanda baris.
50 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

3.1 ASAL USUL HURUF DAN TULISAN ARAB


Terdapat pelbagai pendapat mengenai asal-usul dan perkembangan tulisan Arab.
Antara pendapat tersebut ialah:

(i) Pendapat Pertama


Kemunculan tulisan Arab adalah 'Tawqifi', iaitu ia datang terus daripada
Allah. Justeru, ada yang menyatakan bahawa Nabi Adam a.s merupakan
pelopor kepada tulisan secara keseluruhannya. Baginda mempelajari
tulisan daripada Allah, lantas dapat menulisnya dalam pelbagai tulisan.
Ada pula riwayat yang menamakan Nabi Idris atau Nabi Nuh sebagai
pelopor kepada tulisan. Menurut Dr Ahmad Fuad ÂAlyan (2000),
pandangan yang paling sahih dalam perkara ini ialah Nabi Idris a.s.
Kenyataan Ini adalah bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar
al-Ghiffari bahawa Nabi saw bersabda:

451 230" – !"#$ %&'()* +, -. /01


Maksudnya: ÂOrang pertama menggaris/menulis dengan pena ialah Idris
a.sÊ.

Dikatakan bahawa Nabi Ismail merupakan orang pertama yang menulis


dalam bahasa Arab di samping bertutur dengan bahasa tersebut. Menurut
Ibnu Khallikan, orang pertama yang menulis dengan bahasa Arab ialah
Nabi Ismail a.s. Dikatakan juga bahawa Nabi Ismail telah belajar menulis
dan bertutur bahasa Arab daripada kabilah Jurhum yang mendiami
Makkah selepas terpancarnya mata air zam zam. Nabi Ismail dan ibunya
Hajar yang tinggal bersama kabilah tersebut, telah mempelajari pertuturan
dan penulisan daripada mereka.

Ibnu Salam dalam kitab (Tabaqat SyuÊaraÊ) menyatakan bahawa ÂOrang


pertama bertutur dalam bahasa Arab dan melupai lisan bapanya ialah
Ismail a.s.Ê. Pandangan ini diperkuatkan pula oleh hadis nabi saw:

8*)B -@ C'D?E(30 %F)G3 HB8,1 – ).)6$ 789(3 :);&(3 3<= >?@)A$ %61
Maksudnya: ÂDiilhamkan bahasa Arab kepada Ismail a.s.Ê

Dikatakan bahawa orang Quraish pertama yang menulis dalam tulisan


Arab ialah 'Harb Bin Umayyah Bin Abd Shams', yang mana beliau telah
memperoleh tulisan ini dari seorang lelaki di Hirah yang bernama 'Aslam
Bin Sudrah'. Lelaki ini pula memperoleh tulisan ini daripada seorang lelaki
Anbar.
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB ! 51

(ii) Pendapat Kedua


Tulisan Arab berasal daripada tulisan Himyar yang dikenali sebagai (al-
Musnad). Ia juga dikenali sebagai 'Tulisan Arab Selatan' atau 'Tulisan
Himyar'. Tulisan ini ibarat huruf yang bersambung. Tulisan ini berkembang
melalui perdagangan sehingga ke Hijaz.

(iii) Pendapat Ketiga


Tulisan Arab berkembang daripada tulisan al-Nabatiy (Nabatean) yang
dipunyai oleh golongan al-Anbat yang mendiami kawasan peninggalan
sejarah yang dikenali pada hari ini sebagai Petra di Jordan. Mereka
mendiami di kawasan itu sejak kurun kedua sebelum Masihi. Pada awal
kurun ke 18 Masihi iaitu pada tahun 1724 M, G.J Klehr mendakwa bahawa
terdapat hubungan yang kuat di antara tulisan Arab dan tulisan al-Nabatiy.
Kemudian, pandangan ini diperkuatkan oleh Th. Noldeke pada tahun 1865
M, yang juga menyatakan bahawa tulisan Arab berkembang daripada
tulisan al-Nabatiy.

Para pengkaji yang mengkaji bentuk-bentuk huruf serta tulisan Arab yang
diukir di atas batu sejak zaman sebelum Islam, mendapati bahawa tulisan
Arab kuno diderivasikan daripada tulisan al-Nabatiy. Tulisan al-Nabatiy
pula telah diderivasikan daripada dialek al-Aramiy (Aramaic). Asal usul
Aramaic pula ialah daripada Phoenician.

Tulisan Arab telah digunakan sejak kurun ke 4 Masihi. Teks pertama yang
diketahui menggunakan abjad Arab ialah inskripsi yang dijumpai pada
penghujung kurun ke 4 Masihi di Jabal Ram (50 km ke timur Aqaba, Jordan).
Namun dokumen terawal dalam tiga bahasa yang dijumpai ialah inskripsi Arab,
Syriac dan Greek yang dijumpai di Zabad, Syria pada tahun 512 Masihi.
52 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

Antara contoh tulisan Arab pada peringkat awal:

3.2 SISTEM BUNYI HURUF ARAB


Sistem bunyi huruf Arab adalah sebahagian daripada perkara asas dalam
pengajaran bahasa. Objektifnya antara lain ialah:
Menyebut huruf-huruf dengan betul dan mampu membezakannya.
Membaca perkataan dengan menjaga intonasi yang betul.
Bertutur menggunakan ayat mudah dengan intonasi yang betul.

Apabila dilihat kepada aspek sejarah, sistem bunyi huruf diberi penekanan oleh
orang Arab sejak zaman awal Islam. Penekanan ini diberikan sebagai membantu
dalam pembacan al-Quran. Menurut Dr Abdul Qadir Abu Sharifah (1989), Al-
Khalil Bin Ahmad al-Farahidiy (meninggal dunia tahun 175 Hijrah/791 Masihi)
merupakan orang pertama yang menyusun sistem bunyi huruf Arab.

Perkara penting yang wajar difokuskan dalam pengajaran sistem bunyi huruf
Arab ini ialah bagaimana untuk mengatasi kesukaran dalam menyebut huruf
Arab, apatah lagi ia bukanlah merupakan bahasa ibunda kepada murid. Untuk
mengatasi masalah ini, hendaklah diketahui perbezaan sistem bunyi di antara
bahasa Arab dan bahasa ibunda, di samping mengetahui titik pertemuan di
antara kedua-dua bahasa ini.

Antara cadangan yang diberikan oleh Dr Muhammad Ali al-Khuli (1982) untuk
mengatasi masalah ini ialah:
(i) Guru hendaklah mengetahui huruf-huruf yang mempunyai sistem bunyi
yang sama di antara bahasa Arab dan bahasa ibunda.
(ii) Guru hendaklah mengetahui sistem bunyi yang ada pada bahasa ibunda,
yang tidak terdapat pada bahasa Arab.
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB ! 53

(iii) Guru juga hendaklah mengetahui sistem bunyi yang terdapat dalam bahasa
Arab, yang tidak terdapat dalam bahasa ibunda.
(iv) Melalui perbezaan sistem bunyi di antara bahasa Arab dan bahasa ibunda,
guru dapat mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam
menyebut huruf-huruf tersebut.

Antara masalah menyebut huruf Arab yang mungkin dihadapi oleh murid
adalah seperti yang berikut:
(i) Murid berkemungkinan menghadapi masalah dalam menyebut huruf Arab
yang tidak mempunyai persamaan sebutannya dalam bahasa ibunda
(Bahasa Melayu).
(ii) Murid berkemungkinan tersilap menyebut huruf berasaskan apa yang
mereka dengar, apatah lagi apabila mereka tidak dapat ÂmenangkapÊ
dengan baik apa yang didengar.
(iii) Murid berkemungkinan tersilap dalam membezakan huruf-huruf Arab
kerana menyangka perbezaan tersebut tidak begitu penting. Contohnya
ialah perbezaan antara huruf Sin dan Zay ( !" ), antara huruf tha dan zho
(# !$ ), dan antara huruf ta dan tho (% !& ).
(iv) Murid juga berkemungkinan memasukkan sistem bunyi huruf bahasa
ibunda semasa menyebut huruf Arab, sedangkan ia tidak terdapat dalam
bahasa Arab. Contohnya ialah seperti menyebut bunyi (p) atau (v) kerana
terpengaruh dengan sebutannya dalam bahasa ibunda.

(v) Sukar dalam menyebut huruf-huruf tertentu seperti huruf tha dan zal ('!$ )
dengan tepat.

(vi) Antara huruf yang sukar disebut ialah sod, dhod, to dan zo (# !% !( !) ).
Murid juga berkemungkinan sukar untuk membezakan di antara huruf-
huruf berikut: to dan ta (& !% ), dhod dan dal (*!( ), sod dan sin (" !) ),
zal dan zho (# !' ).
(vii) Antara huruf yang agak sukar disebut kha dan ghayn (+ ! , ). Kanak-kanak
Arab juga menghadapi kesukaran dalam menyebut huruf-huruf ini dengan
betul.
(viii) Begitu juga, murid mungkin menghadapi kesukaran dalam membezakan
bunyi di antara huruf (-.) dan (/), antara huruf (0 ) dan (1 ), dan antara huruf
(2) dan (3).
54 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

(ix) Kesukaran juga akan dihadapi apabila menyebut perkataan yang


mempunyai huruf mad yang perlu dipanjangkan sebutannya. Contohnya
ialah perkataan (4567), (89:;), dan (4<= ).

Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Dr Muhammad Ali al-


Khuli (1982) untuk para guru bagi meringankan kesukaran yang dihadapi oleh
murid dalam menyebut huruf-huruf Arab ini. Antara cadangan tersebut adalah
seperti yang berikut:
(i) Murid hendaklah diperdengarkan cara menyebut huruf berulang-kali
sebelum mereka diminta untuk mengulangi sebutannya.
(ii) Guru hendaklah membuat persiapan rapi sebelum memasuki kelas iaitu
dengan mempastikan bahawa ia boleh menyebut huruf-huruf tersebut
dengan fasih dan tepat sebelum diperdengarkan kepada murid. Sekiranya
guru melakukan kesilapan, sudah pasti murid juga akan melakukan
kesilapan, bahkan mungkin kesilapan yang lebih teruk daripada guru.
(iii) Guru juga disarankan memberi perhatian kepada huruf yang ditulis tetapi
tidak disebut seperti huruf lam (> ) yang diikuti selepasnya dengan huruf
Shamsiah. Contohnya ialah perkataan (/6?@AB) disebut sebagai ÂattuffahÊ
bukannya ÂaltuffahÊ.
(iv) Guru hendaklah mengenal pasti huruf-huruf yang sukar disebut oleh
murid, dan memberikan perhatian dan latihan yang lebih dalam usaha
memantapkan sebutan huruf-huruf tersebut.
(v) Guru hendaklah mampu dan bersedia membuat latihan-latihan sebutan
huruf demi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh murid.

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan
berikut. Selamat Mencuba!

LATIHAN 3.1

Apakah huruf Arab yang tidak terdapat sebutannya dalam bahasa Melayu?
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB ! 55

3.3 MAKHRAJ HURUF ARAB


Makhraj huruf ialah tempat keluar huruf. Makhraj juga boleh ditakrifkan sebagai
tempat menahan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Selain itu,
makhraj atau dikenali juga dengan daerah artikulasi ialah tempat terbentuknya
sebutan sesuatu huruf di organ pertuturan. Ia terjadi apabila berlaku pertemuan
di antara dua organ pertuturan semasa udara melintas. Guru hendaklah memberi
penekanan kepada makhraj huruf Arab agar dapat dituturkan secara fasih dan
tepat. Sekiranya makhraj huruf tidak dipelihara dengan baik, ia akan
memberikan implikasi kepada makna perkataan yang dituturkan.

Contohnya ialah huruf qaf (3) pada perkataan (CD;) yang bermaksud hati,
sekiranya disebut (3) dengan huruf (2), maka ia akan menjadi (CDE) yang
membawa maksud anjing. Justeru, kesilapan dalam menuturkan huruf
berdasarkan makhraj yang betul akan mengakibatkan kesilapan pada memahami
makna perkataan yang disebut.

Menurut pendapat Imam Al-Khalil Bin Ahmad dan pendapat kebanyakan para
ilmuwan nahu dan qiraÊat, jumlah bilangan makhraj secara umum dapat
dibahagikan kepada 5 bahagian.
(i) Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong (al-Jawf).
(ii) Bahagian kerongkong (al-Halq).
(iii) Bahagian lidah (al-Lisan).
(iv) Bahagian bibir mulut (asy-Shafatan).
(v) Bahagian hidung (al-Khaishum).

Rajah 3.1 menunjukkan 5 bahagian makhraj.

!"#$ %&'(

IJK?L3 :)MNK(3 :);&(3 O&G3 PJQ3

Rajah 3.1: Lima bahagian makhraj


56 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

Daripada 5 bahagian makhraj umum di atas, dapat dibahagikan pula makhraj


huruf ini secara lebih khusus kepada 17 bahagian, iaitu seperti dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Bahagian-bahagian makhraj yang lebih khusus

Dari rongga kerongkong hingga rongga mulut keluar daripadanya huruf


1.
Mad. (R S0 S3 )
2. Pangkal kerongkong, keluar daripadanya huruf Hamzah dan Ha'. (ST U=)
3. Tengah kerongkong, keluar daripadanya huruf ÂAin dan Ha. (V SW )
4. Hujung kerongkong, keluar daripadanya huruf Ghayn dan Kho'. (X SY )
Pangkal lidah, iaitu apabila pangkal lidah diangkat ke langit- langit lembut
5.
dan ditekan pada anak tekak, keluar huruf Qof. (Z )

Pangkal lidah, terkeluar sedikit daripada makhraj Qof, keluar daripadanya


6.
huruf Kaf. ( [ )

7. Pertengahan lidah, keluar daripadanya huruf Jim , Shin dan Ya'. (R S\ S] )


Sepanjang tepi lidah yang ditekankan pada geraham atas, keluar daripadanya
8.
huruf Dod. ( ^ )

Tepi hujung lidah, diangkat ke langit-langit keras, menekan pada gusi gigi
9.
depan di sebelah atas, keluar huruf Lam. (/ )

Tepi hujung lidah, berdekatan dengan makhraj Lam, keluar daripadanya huruf
10.
Nun. ( : )

Tepi hujung lidah, berdekatan dengan makhraj Nun serta melencong ke


11.
belakang tepi hujung lidah, keluar huruf Ro'. (" )

Hujung lidah yang diangkat dan ditekan pada gusi gigi atas, keluar
12.
daripadanya huruf Tho', Dal dan Ta'. ( _ S# S` )

Hujung lidah yang ditekan pada belakang gigi bawah antara depan lidah dan
13.
langit-langit keras, keluar huruf Sod, Sin, dan Zay. (a Sb Sc )

Hujung lidah yang dikeluarkan terletak di antara hujung gigi atas dan bawah,
14.
keluar huruf Zho', Zal dan Tha'. (d Se Sf )
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB ! 57

Bibir mulut dalam di sebelah bawah diangkat mengenai hujung gigi atas,
15.
keluar huruf Fa' (P )

Dua bibir mulut apabila dibulatkan muncung ke hadapan secara terbuka,


16.
keluar huruf Wau, Ba' dan Mim. (I Sg S0 )

Pangkal hidung, dan mengeluarkan bunyi berdengung, keluar daripadanya


17.
huruf Mim dan Nun (Bertasydid). (h: SiI )

Untuk lebih memahami makhraj huruf ini, sila lihat Rajah 3.2 di bawah.

Rajah 3.2: Pemahaman makhraj

Ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa bahasa Arab mempunyai huruf-huruf


yang makhrajnya terletak di semua lokasi organ pertuturan, bermula dari
tenggorok sehinggalah ke bibir mulut. Neraca yang paling utuh dalam
penyebutan huruf bahasa Arab ialah al-Quran al-Karim.

SEMAK KENDIRI 3.1

Kita sering membaca al-Quran. Akan tetapi, tahukah kita sama ada huruf
yang disebut ketika membaca al-Quran itu bertepatan dengan makhraj atau
pun tidak?
58 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

3.4 PENULISAN HURUF ARAB


Hampir keseluruhan ahli bahasa Arab sepakat tentang bilangan huruf dalam
bahasa Arab iaitu sebanyak 29 huruf. Diriwayatkan bahawa Abu al-Abbas al-
Mubarrid (meninggal 285H/898M) menyatakan bahawa huruf Arab hanya 28
sahaja dengan tidak memasukkan huruf Alif dengan alasan Alif tidak
mempunyai bentuk yang tetap. Kamal Bisyr dalam bukunya 'al-Aswaat' pula
berpendapat Alif tidak dikira dalam abjad Arab kerana ia hanya digunakan
sebagai lambang vokal panjang.

Pada peringkat awal, murid akan diperkenalkan kepada huruf-huruf hijaÊiah


iaitu huruf Alif sehingga Ya. Guru hendaklah mempastikan bahwa murid dapat
menuturkan huruf-huruf itu dengan baik, fasih dan bertepatan dengan makhraj
huruf.

Jadual 3.2 menunjukkan cara menyebut huruf Arab.

Jadual 3.2: Cara-cara menyebut huruf Arab

Bunyi ) "* ,+ Bunyi ) "* ,+ Bunyi ) "* ,+


TaÊ - BaÊ . Alif
HaÊ / Jim aÊ !
al " Dal # !aÊ $
Sin % Zay & RaÊ '
DaÊ ( Sad ) !in *
Âayn + ZaÊ , TaÊ -
Qaf . FaÊ / "ayn 0
Mim 1 Lam 2 Kaf 3
HaÊ 45 Waw 6 Nun 7
YaÊ 8 Hamzah 9
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB 59

Jadual 3.3 menunjukkan simbol fonetik bagi huruf-huruf Arab.

Jadual 3.3: Sibol fonetik bagi huruf Arab

?@A=:;< /6=>< /6=>< 9BCD E@FBGHI JK'


Huruf-huruf Arab Nama-nama Huruf Simbol Fonetik

!" Alif a

# $%& BaÊ b

' $%( TaÊ t

) $%* ThaÊ th

+ ,-. Jim j

/ $%0 HaÊ h

1 $%2 KhaÊ kh

3 43 Dal d

5 45 Dhal dh

6 $6 RaÊ r

7 87 Zai z

9 :; Sin s

< := Shin sh

> 3%? "ad #

@ 3%A Dad d

B $%C $aÊ %

D $%E ZaÊ z

F :G Âain Â

H :I Ghayn gh
60 ! TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

J $%K FaÊ f

L J%M Qaf q

N J%O Kaf k

4 PQ Lam l

P ,-R Mim m

S STU Nun n

V $%W HaÊ h

X XX Waw w

$ YZ[ Hamzah 'a

8 $%\ YaÊ y

SEMAK KENDIRI 3.2

Adakah huruf-huruf Arab sama dengan huruf-huruf dalam tulisan jawi.


Sekiranya tidak sama, apakah perbezaan tersebut?

Tulisan huruf Arab dibaca dan ditulis dari kanan ke kiri. Tidak ada konsep huruf
kecil dan huruf besar pada bahasa Arab. Guru hendaklah memberikan
penekanan terhadap cara penulisan bagi huruf tunggal dan huruf-huruf yang
bersambung, agar murid dapat menulis sesuatu perkataan itu dengan betul dan
tepat.

Berikut adalah contoh penggunaan huruf Arab dalam perkataan. Terdapat


pelbagai posisi bagi huruf Arab dalam sesuatu perkataan sama ada ketika berada
di hadapan, di tengah atau di belakang.
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB 61

(a) Huruf Arab Ketika Berada di Hadapan ( ba je kal^ " 4d Xc _^] `aK ba -c&dfe ge " J
h Xi fh 0h ):
Jadual 3.4: Huruf Arab ketika berada di hadapan

P2BQRKS L/=M ON P2BQRKS L/=M ON P2BQRKS L/=M ON


om -i(a n
m -i&e #
m _^
tin 4F bayt 4A ab <
buah tin rumah ayah/bapa
fm si0a fm ri .d pm kq *^
hibr 4O jisr 4U thalj 4T
dakwat jambatan salji
+*', .- &"')( !"#%$
dharrat ! dars khubz 4V
atom pelajaran roti
76 8(9:( 1* 2"43 5( &/0'(
samaÊ $% zamil # ra’s "
langit kawan kepala
?348(@ ="2>
( ;"9<(
damin $( ayf $' shams $&
penjamin musim panas matahari
F(GH3 C"DE- 1* A/ B3
inab $+ zarf $* tifl $)
anggur sampul surat bayi
Q-RS- M* N( O3 8-P I-JLK
qalam $. fakihah $- ghulam $,
pen buah budak
5"X4( Q"VW- TU:3 D" OK
mauz $1 lahm $0 kursiy /
pisang daging kerusi
[-J\3 +*)( '" Z( D"NY(
hilal $4 wardah 3 nahr $2
bulan sabit bunga sungai
_`a ]- %( 0
yad ^ 'akhodha 5
tangan ambil
62 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

(b) Huruf Arab Ketika Berada di Tengah (!%/0%1() 23- 45 !"#$%&'% () +


* -, &* .
* ):
Jadual 3.5: Huruf Arab ketika berada di tengah

<=>?@1A 6798 ;: <=>?@1A 6798 ;: <=>?@1A 6798 ;:


c8(dO3 D"2#bO- M* H( 8(:
kitab $D$ kabir $C$ saÊah B
buku besar jam

D"Vh( f8(g<$ D"2e3O-


bahr $F$ shujaÊ $E$ kathir $@$
laut berani banyak

+*]- P38(Y M* :( '( _" 4( 1* i


" Y( $G$
nafidhah ! madrasah nakhl
tingkap sekolah pokok tamar

'8(9m" 43 k* l(!2"43 M* j( Z( D" 43


mismar $H$ mizan # Mirwahah "
paku timbangan kipas

F(rL- p8(#q
" 43 n
" 93 o" 43
ghadab $K$ mi bah $J$ mishmish $I$
marah lampu aprikot

I8(vB- MtRu- 43 '8-s4(


taÊam $N$ mizallah $M$ matar $L$
makanan payung lapangan terbang

M* S-'( Z( p8(dA/ 43 78(w#"h(


waraqah $Q$ miftah $P$ babghaÊ $O$
kertas kunci kakaktua

D39Y( _/Ryb M(#d(x/ 4(


namir $R$ jild $0 maktabah /
harimau kulit perpustakaan

D"N<( I"XS- '8-zG"43


shahr $T$ qawm 3 minqar $S$
bulan kaum paruh
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB ! 63

=? X?$:% U
klX2j
hayawan $b$ ^
] \[ ZY $V
binatang
6a`8 _] W

(c) Huruf Arab Ketika Berada di Belakang ( !%/0%1() &67 45 !"#$%&'% () +


* -, &* .
* ):
Jadual 3.6: huruf Arab ketika berada di belakang

&'()*,+ !"#%$ &'()*,+ !"#%$ &'()*,+ !"#%$


+
% -,/. &
% (' *) !"#$ -
bint 0/ kalb ./ maÊ
anak perempuan anjing air
8% (' $3 675# 1
0 2,43 5# 1/
milh 3/ hajj 2/ hadith
masin haji cakap
>= -,$? 4% 2,43 <# 9% :,;# 4/
mundhu 6/ jadid 5/ shaykh
sejak baru orang tua
8"9:$ C% $, D# @% 2,A. B# #/
khams 8/ ramz 7/ wazir
lima simbol menteri
I
% 2,@. $# 6GH3 E
% :,F3 5# ;/
marid =/ li </ hashish
sakit pencuri rumput
N% O3 P#B L
) M3 5# J
0 ()K) >/
wasiÊ @/ hafiza ?/ ghalat
luas simpan salah
S=TU= R,2@. ;# Q0 :,(3/# A/
ufuq C/ sharif B/ baligh
ufuk mulia baligh
Y% ()Z# X0 <? D# V
% W# O# D/
‘alam F/ rajul E/ samak
bendera lelaki ikan
64 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

6^<# ]% <, B# [% \) B# G/
jaww I/ wajh H/ watan
udara muka tanahair
_O@* J/
kursiy
kerusi

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan
berikut. Selamat Mencuba!

LATIHAN 3.2

Nyatakan huruf-huruf Arab yang sukar disebut oleh murid-murid anda.

3.5 HURUF QAMARAIYYAH DAN


SHAMSIYYAH
3.5.1 Al-Huruf Al-Qamariyyah (KL#9/MN- !O#P-)
Terdapat sebanyak 14 huruf Qamariyyah (`2@WabHP cB@dP) iaitu B e f g c h i .
j k l P m an Apabila alif lam (oP) bertemu dengan huruf-huruf Qamariyyah ini,
maka huruf lam disebut dengan jelas. Contohnya adalah seperti dalam Jadual
3.7.
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB ! 65

Jadual 3.7: Huruf-huruf al-Qamariyyah

KL#9/MN- !O#P- KQ*,R- CSTN- U(VW-


Huruf al-Qamariyyah Contoh Sebutan Makna

P l
? pP Al-abu Ayah

l ?l"a#qHP Al-babu Pintu

k D? "aa)rP Al-jaru Jiran

j o= "aa)dP Al-halu Keadaan

s t
? "aa)uP Al-khasu Istimewa

i [? :,aa#vHP Al-Âainu Mata

h &
? a3H"aa#wHP Al-ghalibu Pemenang

c Y? a)MaHP Al-famu Mulut

g ?e4# a)baHP Al-qadamu Kaki

f V
? a,vx) HP Al-kaÊku Kek

e y= "aa)xz) P Al-makanu Tempat

B X= :,aa3*^# aHP Al-wakilu Agen/wakil

an {#4aa=|P Al-huda Petunjuk

m e? ^, aa#:HP Al-yaumu Hari

3.5.2 Al-Huruf Al-Shamsiyyah (KXY9ZN- !O#P-)


Terdapat sebanyak 14 huruf Shamsiyyah (`:}WFHP cB@dP) iaitu ~  A D €  ‚ ƒ
yo„…†t . Apabila alif lam (oP) bertemu dengan huruf-huruf Shamsiyyah
ini, maka huruf lam (o) ditulis tetapi tidak disebut. Contohnya adalah seperti
dalam Jadual 3.8.
66 TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

Jadual 3.8: Huruf-huruf al-Shamsiyyah

KXY9/ZN- !O#P- KQ*,R- CSTN- U(VW-


al-Huruf al-Shamsiyyah Contoh Sebutan Makna
ƒ 9? aa,2D. "a‡ˆHP Attarikhu Sejarah

‚ 1
= a3H"a‰ŠHP Athalithu Ketiga

 !‹ P#B4‡ aaHP AddawaÊu Ubat

€ X= a,2>‰ aHP Azzailu Ekor

D 
? U'@‡ aaHP ArraÊsu Kepala

A `= -#a,2CΠaHP Azzinatu Perhiasan

 !‹ "aa#W}
‡ HP AssamaÊu Langit

"! $# %%#&(
' )* Ashajarah Pokok

+ -, %./%'0)* Assahnu Pinggan

1 2! 3%'4)* Adholalu Kesesatan

5 6, %.7$8 %9:)* Atthoriku Jalan

; 2! 3%<=)* Azzilalu Bayang

2 >! %.?%9@)* Allailu Malam

A "BCDE)* Annafizatu Tingkap

AKTIVITI 3.1

Apakah kepentingan megetahui huruf-huruf Qamariah dan Shamsiah


dalam bahasa Arab?
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB 67

Untuk menguji kefahaman anda, jawab latihan berikut. Selamat Menjawab!

LATIHAN 3.3

Senaraikan huruf-huruf Qamariyyah, dan apakah fungsinya dalam sebutan


huruf Arab?

3.6 HURUF VOKAL ARAB (TANDA BARIS)


Huruf-huruf Arab pada zaman Jahiliah dan pada zaman permulaan Islam tidak
mempunyai baris. Orang Arab dengan sendirinya dapat menuturkan perkataan
dengan tepat tanpa berpandukan kepada titik dan baris sebagai tanda bacaan
kerana pengetahuan mereka terhadap bahasa mereka.

Namun, apabila wilayah Islam semakin luas, dibimbangi orang ÂAjam yang tidak
menguasai bahasa Arab akan melakukan kesilapan dalam membaca al-Quran, lalu
usaha meletakkan titik dan baris pada huruf-huruf Arab pun dilakukan,
terutamanya untuk memelihara daripada berlakunya kesilapan dalam membaca
al-Quran.

Ayat al-Quran daripada Surah al-SyuÊaraÊ ayat 193-201 yang ditulis dengan
khat kufi lama. Perhatikan peringkat awal perletakan titik dan baris pada ayat
68 ! TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

Diriwayatkan bahawa Muawiyah Bin Abi Sufian telah menempelak Ziyad Bin
Abihi yang merupakan gabenor Basrah ketika itu, ekoran anak Ziyad yang
bernama Ubaidullah melakukan kesalahan ketika bercakap (tidak fasih dan
menuturkan perkataan dengan secara tidak tepat). Sehubungan dengan itu,
Ziyad Bin Abihi telah memberikan tanggungjawab kepada Abu Aswad ad-DuÊali
( !"#!$ %&'($ &)*) untuk mencari jalan dengan meletakkan kaedah tertentu untuk
memperbaiki bacaan al-Quran.

Pada mulanya, Abu Aswad ad-DuÊali enggan dan takut untuk meletakkan
sebarang kaedah pada tulisan al-Quran kerana bimbang dengan perbuatan
menambah sesuatu kepada al-Quran. Ziyad telah cuba meyakinkan Abu Aswad
dengan hujah bahawa Saidina Uthman Bin Affan telah memerintahkan agar
ditulis mushaf, walaupun sebelumnya ia tidak tertulis. Abu Aswad tetap
menolak permintaan Ziyad itu kerana tidak berani melakukan sedemikian.

Namun, pendirian Abu Aswad berubah apabila mendengar seorang lelaki


membaca al-Quran dengan baris yang silap pada ayat ( 023/45!$ 01 -./) ,$ +*
6!&'78)- (Surah al-Taubah ayat 3). Huruf lam (9) pada perkataan (6!&'7)
sepatutnya dibaca dengan baris depan (:5;), tetapi lelaki tersebut telah
membacanya dengan baris bawah (</=3). Lantas, Abu Aswad mengasaskan
teknik meletakkan baris pada ayat al-Quran.

Teknik perletakan baris yang dilakukan oleh Abu Aswad tidak sama dengan
baris yang ada pada hari ini. Ini kerana baris yang dibuat oleh Abu Aswad
adalah dalam bentuk titik yang ditulis dengan dakwat merah. Bagi menunjukkan
baris atas (:>?@ ), diletakkan satu titik di atas huruf dan diletakkan titik di bawah
huruf bagi menunjukkan baris bawah (</=3 ).

Selepas itu, dua orang anak murid Abu Aswad iaitu Nasr Bin ÂAsim (CDEF 0) /AB)
dan Yahya Bin YaÊmar (/5HG 0) >G) telah mengasaskan titik bagi membezakan
huruf-huruf Arab yang sebelumnya tidak bertitik. Titik yang diasaskan ini ialah
untuk membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang serupa seperti ba, ta
dan tha (L IK IJ).

Seterusnya, pada zaman Kerajaan Abbasi, al-Khalil Bin Ahmad al-Farahidiy


(.#2Q$/R!$ #5P* 0) M2NO!$) telah menukar bentuk baris supaya tidak berlaku
kekeliruan di antara titik huruf dan titik baris. Teknik yang digunakan oleh al-
Khalil Bin Ahmad dalam meletakkan baris ialah diletakkan huruf alif kecil yang
condong bagi menunjukkan baris atas (:>?@ ), huruf Ya (. ) kecil di bawah huruf
bagi menunjukkan baris bawah (</=3 ), dan huruf Waw (8 ) kecil di atas huruf
TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB 69

bagi menunjukkan baris depan (:5; ). Teknik yang diperkenalkan oleh al-Khalil
ini tidaklah terlalu berbeza dengan sistem baris yang ada pada hari ini.

Dalam Bahasa Arab pada hari ini, tanda baris (:3/P) digunakan bagi mengenali
huruf vokal. Terdapat tiga jenis vokal pendek dalam Bahasa Arab:

(i) "
! $# &% '( FATHAH (a) F adalah satu stroke garis penjuru yang kecil di atas
konsonan. Ia dikenali dengan vokal "a" dalam perkataan Bahasa Inggeris
atau bahasa Melayu. Contohnya ialah ! Ta, " Ja, # Fa.

(ii) $ *) +
) '( DAMMAH (u) G iaitu % "waw" kecil di atas huruf konsonan. Ia
dikenali dengan vokal "u" dalam perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Contohnya &
$ Tu, "
$ Ju dan #
$ Fu.

(iii) H,!-.
# /% '( KASRAH (i) I ialah satu stroke garis kecil di bawah konsonan, ia
dikenali sebagai "i" dalam perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Contohnya ! ' ti, "
' ji, #
' fi, (' ri, )' li dan *' mi.

RUMUSAN
Membincangkan mengenai huruf dan sistem bunyi dalam Bahasa Arab.

meneliti mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan topik ini yang


merangkumi perbincangan tentang asal usul huruf dan tulisan, makhraj
huruf, huruf-huruf Qamariah dan Shamsiah, serta tanda baris.

Membincangkan masalah dan cadangan kepada guru dalam memastikan


kelangsungan pengajaran sistem bunyi kepada murid agar ia menjadi lebih
baik dan efisien.
70 ! TOPIK 3 HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

Tawqifi Khat Kufi


Jahiliah Fasih
ÂAjam

UJIAN 1
Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit

Senaraikan 5 cadangan bagi meringankan kesukaran yang dihadapi oleh murid


dalam menyebut huruf-huruf Arab.

UJIAN 2
Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit

1. Senaraikan tiga objektif pengajaran sistem bunyi huruf Arab.

2. Nyatakan lima bahagian makhraj huruf.

3. Kadang-kala terdapat murid yang agak tidak berminat dengan


pembelajaran Bahasa Arab. Cadangkan 3 cara untuk memperbaiki keadaan
ini.

You might also like