Bukti Kekufuran Dari Kitab Syiah: Imam-Imam Mempunyai Kedudukannya Sama Dengan Para Nabi Dan Tidak Sempurna Segala Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam & Imam-Imam Mempunyai Ciri-Ciri Khusus Termasuk Maksum

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Syi’ah Mendakwa: - Imam-Imam Mempunyai Kedudukannya Sama Dengan Para

Nabi Dan Tidak Sempurna Segala Amalan Tanpa Beriman


Kepada Imam-Imam.

- Imam-Imam Mempunyai Ciri-Ciri Khusus Termasuk Maksum

Dipetik dari www.darulkautsar.net


TERJEMAHAN

Syi’ah: Imam-Imam Mempunyai Kedudukannya Sama Dengan Para Nabi Dan Tidak Sempurna
Segala Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam.

Sesungguhnya imamah berada pada kedudukan para nabi, warisan para washi, kepimpinan daripada Allah dan
kepimpinan daripada Rasulullah s.a.w., seperti kedudukan Amir al-Mukminin a.s., pusaka Hasan dan Husain
a.s.. sesungguhnya imamah adalah teraju agama, peraturan kepada orang-orang Islam, kebaikan di dunia dan
kemulian kepada orang-orang beriman. Sesungguhnya imamah adalah asas Islam yang subur, dan cabangnya
yang tinggi. Kesempurnaan sembahyang, zakat, puasa, haji dan jihad adalah dengan (kepercayaan kepada)
imam. Dan juga (kesempurnaan dengan imam) menyempurnakan fai dan sedekah, melaksanakan hudud dan
hukum-hukum dan menghalang (mempertahankan) tempat sasaran musuh dan penjuru-penjuru (Negara).

Kesimpulan:

1. Kedudukan imam-imam maksum di sisi Syi’ah adalah setaraf dengan kedudukan para nabi
bahkan lebih daripada mereka.
2. Kepercayaan kepada imamah sebagaimana pegangan Syi’ah adalah merupakan asas
kesempurnaan segala amalan sama ada amalan di peringkat individu sehinggalah ke
keperingkat kenegaraan.

Syi’ah: Imam-Imam Mempunyai Ciri-Ciri Khusus Termasuk Maksum

Imam itu suci daripada dosa dan selamat daripada sebarang keaiban, dikhususkan dengan ilmu (diberikan ilmu
yang khusus), diberikan sifat penyantun, peraturan agama, kemulian orang-orang Islam, kebencian orang-
orang munafik dan kebinasaan kepada orang-orang kafir.

Kesimpulan:

1. Imam-imam adalah orang yang maksum daripada sebarang dosa dan kekurangan.
2. Imam-imam mempunyai ilmu khusus yang tidak diberikan kepada sesiapapun termasuk para
nabi.

3. Dengan imam-imam sahaja orang-orang Islam akan memperolehi kemuliaan serta


mengalahkan orang-orang kafir.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2169

You might also like