Professional Documents
Culture Documents
Bloom
Bloom
TAKSONOMI BLOOM
-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang
biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan
objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,
kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
I Domain Kognitif
II Domain Afektif
III Domain Psikomotor
Domain Kognitif
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan
dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-
bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea
dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan,
teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan
pengujian masa kini.
Domain Afektif
- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah
kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set
emosi atau bias (bayangan perasaan).
Domain Psikomotor
- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang
dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.
- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Kesimpulan
- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi,
tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah
namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
- Contoh soalan :-
- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari.
A. dijemur
B. berjemur
C. berjemur
D. menjemur
Kefahaman
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas,
konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah
terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan
sebagai.
- Contoh soalan :-
- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”
A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?
Aplikasi
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip
dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan,
gunakan, huraikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
- “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”
Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan
pakaian itu?
i. Sejuk iii. mendung
ii. Berangin iv. Panas
A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja
Analisis
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan
faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis,
mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.
(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.
Sintesis
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan
idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi
atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat
kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan
sebagainya.
- Contoh soalan:-
Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
Penilaian
- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon
membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi
komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Contoh soalan :-
Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
TAKSONOMI KRATHWOHL
- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat
membentuk sikap positif.
ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
Perwatakan
Organisasi
Penilaian
Gerak balas
Penerimaan
Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan
dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku
semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu
suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan
kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih
satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .
Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap
sesuatu objek atau situasi.
Penilaian
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
Perwatakan
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu
cara hidup.
PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
PENTAFSIRAN
Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk
pendidikan.
Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki.
Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.
Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.
Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Konteks pendidikan
ü Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
ü Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran,
aktiviti dijalankan semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang
bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
PENGUJIAN
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach
(1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor,
atau satu sistem yang berkategori”.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang
menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat
yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan”. (Raminah1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah”
akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya
prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat
persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan
skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-
pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan
guru.
PENILAIAN
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia
akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan
itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian
dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah
rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau
keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau
perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses
delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam
mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.
Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian
ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya,
Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran
yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil
program pengajian berbanding matlamat asalnya.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian
khususnya dalam proses p&p
-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh
dipercayai
Tujuan JPU
-Ujian tidak dibina secara sembarangan
-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
-Panduan kepada penggubal soalan
-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang
Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi
setiap tajuk.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk
pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang
telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah.
Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester
dan ujian akhir tahun
PEMBINAAN UJIAN
Jenis Item Ujian
Ujian objektif
contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat
Jumaat?
i. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________
Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki
mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
(A) RM17.00
(B) RM19.00
(C) RM 21.00
(D) RM 23.00
(A) oksigen
(B) hidrogen
(C) nitrogen
(D) karbon dioksida
Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan
murid-murid ialah
Ujian Esei/Subjektif
Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis
Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan
Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei
penuh (lanjutan)
Penilaian
Con: Nilaikan idea
Mengikut …, apakah pendapat anda
kesimpulan
JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan
sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai
Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui
Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab
memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan
JENIS PENILAIAN BAHASA
UJIAN FORMATIF
merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.
TUJUAN
Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.
Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam
peperiksaan.
UJIAN SUMATIF
v Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).
v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal
persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.
Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR
TUJUAN
¡ Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalangan
pelajar.
¡ Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru
atau tidak.
2. Membina Soalan
ü Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang
telah ditetapkan
ü Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang
perlu dijawab
UJIAN BAKAT
Ø Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang
dimiliki oleh pelajar.
UJIAN PENCAPAIAN
ü Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai
tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
ü Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
ü Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji
Tujuan
ü Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan
seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
ü Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan,
permohonan biasiswa dan sebagainya.
ü Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya
¡ Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria
¡ Ujian Rujukan Norma – membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain
( UPSR).
¡ Ujian Rujukan Kriteria – membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria
tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan