Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

NAMA : MUHAMMAD AJWAD BIN HASHIM

NO. KAD PENGENALAN : 970423-14-6739

TINGKATAN : 2 (2011)

TARIKH PENYERAHAN : 3 JANUARI 2011

TANDATANGAN IBU/BAPA :

.....................................................................

( )

ISI KANDUNGAN

No. Perkara M/s


1 Sinopsis 1
2 Tema 2
3 Persoalan 2
4 Plot 3-7
5 Watak dan perwatakan 8-12
6 Gaya Bahasa 13-15
7 Latar 16-17
8 Nilai murni 18
9 Pengajaran 19

Sinopsis

Pasukan Zamrud II yang diwakili Anas, Adeen, Anas, Aina Zuriani dan
Pauline menuju ke bilik persalinan mereka bagi membuat persediaan untuk
pertandingan akhir pertandingan Avatari. Walaubagaimanapun, terdapat dua
orang penceroboh di bilik tersebut. Seorang daripada mereka berjaya ditangkap
manakala seorang lagi meloloskan diri setelah menembak Aina.

Zuriani memberitahu Aina mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaan


Kesepuluh yang diumumkan. Semasa abangnya, Anas kembali ke rumah,
mereka berbincang mengenai pertandingan tersebut. Mereka berjaya
mendapatkan bantuan Pak Cik Ho, rakan bapa Aina dan Anas. Aina dan Anas
membentuk kumpulan Zamrud II bersama Pauline dan Kumar bagi menyertai
pertandingan tersebut. Mereka melantik Adeen sebagai pengatur cara komputer.
Namun, Kumar menarik diri kerana ego. Mujurlah, Anas berjaya memujuk
Anjali menyertai mereka. Aina mengajak Zuriani menyertai mereka setelah
Zuriani merajuk kerana tidak rapat dengannya lagi.

Pada hari pertandingan, mereka menempuh pelbagai halangan sebelum


dinobatkan sebagai juara. Salah satu halangan yang penting ialah sabotaj yang
dilakukan pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng
yang hendak membeli pusat permainan Game Star daripada pak Cik Ho.
Antaranya halangan mereka dalah salah satu cip mesin Avatari Zamrud II hilang
ketika peringkat kedua bermula. Di samping itu, salah seorang ahli Zamrud II
kena tembak sebelum peringkat akhir Avatari.

Namun, dengan kebijaksanaan, ketabahan dan kerjasama Zamrud II, mereka


menepis segala halangan dan cabaran yang tiba. Akhirnya, mereka muncul
sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan Kesepuluh dan menjadi jutawan
muda.

Tema

Menerapkan semangat bekerjasama dan patriotisme melalui penguasaan


teknologi maklumat dalam kalangan remaja. Aina, baru sahaja mencecah 12
tahun, tetapi dengan kebolehannya dalam bidang teknologi maklumat dan
kerjasama daripada daripada rakan-rakannya, mereka berjaya menaikkan imej
negara di persada dunia setelah menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan
Kesepuluh.

Persoalan

1. Teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu keperluan di zaman


moden. Contohnya, Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada
internet. Encik Ho Shao Long menjalankan perniagaan dengan membuka kafe
siber.

2. Persekitaran membentuk sahsiah seseorang. Contohnya, Anjali bersifat


kelakian kerana dibesarkan oleh abangnya yang merupakan seorang ketua
samseng. Kumar pula bersikap sombong dan angkuh kerana dibesarkan dalam
suasana yang mewah.

3. Unsur perpaduan merupakan salah satu faktor penting untuk membangunkan


negara yang berbilang kaum. Contohnya,
ahli pasukan Zamrud yang berbilang
kaum tetap berkawan sejak sekian lama.
Atas dasar ini jugalah Aina, Anas,
Adeen Anjali, Pauline dan Zuriani dapat
memenangi pertandingan Avatari.

Plot

Binaan plot

Pada bahagian permulaan, pengarang menceritakan tentang keadaan di pantai


pada hujung minggu serta memberitahu tentang keadaan di pusat membeli-belah
Anggun. Pembaca diperkenalkan dengan enam orang remaja, iaitu Aina, Anas,
Anjali, Adeen, dan Zuriani yang menuju ke bilik persalinan mereka setelah
berjaya memasuki pertandingan akhir pertandingan Avatari. Mereka terkejut
kerana terdapat dua orang penceroboh yang menggeledah bilik mereka.
Walaubagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya ditangkap manakala
seorang lagi meloloskan diri setelah menembak Aina.

Penceritaan dikembangkan. Secara imbas kembali, Aina yang sedang


membuat kerja sekolahnya manakala pelajar yang lain keluar kelas untuk
berehat. Zuriani datang dan memberitahu Aina bahawa pertandingan Avatari
Kesepuluh telah diumumkan. Aina berbincang di rumah dengan abangnya,
Anas bagi mendapatkan maklumat lanjut melalui internet. Mereka mendapati
keperluan untuk menyertai sangat mahal. Alhamdulillah, mereka diberi
keizinan untuk menggunakan mesin Avatari serta wang kemenangan pasukan
Zamrud.

Konflik mula berlaku apabila Kumar, salah seorang ahli pasukan Zamrud II
menarik diri kerana ego. Mujurlah, Anas berjaya memujuk Anjali menyertai
pasukan tersebut. Namun, kehadiran Anjali dicemburui Pauline kerana Anjali
sangat rapat dengan Anas. Zuriani yang merajuk kerana Aina tidak lagi rapat
dengannya diajak Aina untuk menyertai Zamrud II. Jalan cerita menjadi
semakin menarik apabila pertandingan bermula. Pasukan Zamrud II berjaya
mendapat pasu emas seperti yang dikehendaki penganjur, namun mereka
diserang dan pasu tersebut dirampas oleh pasukan Aura Suci. Pasukan Zamrud
II layak ke pusingan kedua kerana perbuatan Aura Suci dianggap tidak bermoral
dan disingkirkan. Semasa pusingan kedua hendak bermula, salah satu cip
mikroelektrik mesin Avatari hilang Nasib menyebelahi mereka, Adeen
membawa cip mikroelektrik gantian dan mereka akhirnya berjaya meneruskan
cabaran ke pusingan ketiga. Setelah pusingan ketiga tamat, Malaysia yang
diwakili Zamrud II telah seri dengan Thailand dan Republik Rakyat China.
Namun, Malaysia bernasib baik kerana memenangi persaingan pemecah seri dan
layak ke pusingan akhir.
Pada bahagian klimaks, plot kembali ke peristiwa semasa, Aina dibawa ke
hospital kerana ditembak. Ho Sao Long menghalang niat mereka menarik diri
dan meminta mereka meneruskan cabaran. Zuriani menggantikan tempat Aina.
Dalam pusingan terakhir, mereka dikehendaki mengubah sejarah dengan
menggunakan mesin masa. Pasukan Rusia merupakan pasukan terakhir
memasuki mesin masa. Mereka memilih untuk membunuh Nabi Muhammad.
Tiba-tiba Anas berfikir, mereka akan mendapat
kemenangan moral pihak bukan Islam. Untuk
menghalang niat mereka, mesin masa perlu
ditamatkan. Sementara mereka berusaha
mematikan mesin masa tersebut, avatar yang lain
menyerang. Akhirnya mereka berjaya dan lampu
terpadam menandakan pertandingan Avatari
tamat. Zamrud II dipilih sebagai pemenang.

Pada pengakhiran cerita, pendeta tua


menerangkan sebab-sebab kemenangan Zamrud
II dari Malaysia diberi kemenangan. Kumar yang menarik diri daripada
menyertai pertandingan Avatari menyesal setelah dimarahi bapanya. Dia
bertambah menyesal apabila melihat kemenangan pasukan Zamrud II. Anjali
termasuk ke dalam perangkap Pak Cik Tan. Rupa-rupanya, dialah yang mencuri
cip Avatari pasukan Zamrud II.

Teknik Plot

Teknik pemerian

Pengarang memerihalkan persona Badang yang digunakan oleh pasukan Zamrud


II dalam pertandingan Avatari. Contohnya:
Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka
dalam saringan pertama. Badang, watak wira dalam Sejarah Melayu, difikirkan
watak paling sesuai untuk melambangkan aspirasi pasukan mereka. Empat
buah avatar yang sama rupa itu sah berjaya memasuki ruang siber. Hanya
nombor satu hingga empat di baju mereka yang membezakan mereka. (hal.
111)

Teknik dialog

Terdapat banyak dialog antara watak-wataknya. Contohnya:


“Hah, bagaimana, nak datang petang ni?” gesa Aina apabila melihat
kawannya masih diam.
“Baiklah, Zu datang. Di mana kita nak jumpa?”
“Zu datanglah ke rumah Aina. Kita pergi bersama-sama dengan Abang
Anas.”
“Setuju?”
“Tentu sekali, setuju!” (hal.86)

Teknik imbas kembali

Ada beberapa peristiwa yang disorot kembali oleh pengarang.Antaranya


termasuklah Aina membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia
menyertai Avatari.Contohnya:

Aina yang masih di pangku ibunya tidak dapat berkata apa-apa. Matanya
berpinar-pinar dan keadaan sekeliling semakin gelap dirasakan. Antara
separuh sedar itu, fikirannya melayang-layang memikirkan kenapa dia sanggup
menentang ibunya dan memasuki pertandingan itu? Mindanya yang semakin
lemah itu cuna juga mencari jawapan. (hal.19)

Teknik imbas muka

a) Ketika peringkat akhir Avatari, pasukan Rusia memilih untuk mengubah


sejarah menggunakan mesin masa dengan membunuh Rasulullah. Anas
berfikir sekiranya pasukan Rusia menang Avatari, mereka dapat memenangi
kemenangan moral terhadap panganut Islam.
b) Aina mengajak Zuriani mengajak menyertai Zamrud II sebagai ahli simpanan.
Dia mengatakan kepada Zuriani bahawa ahli yang bertanding akan dipilih
kemudian. Zuriani akhirnya menggantikan tempat Aina yang ditembak pada
peringkat terakhir Avatari.

Teknik suspens/saspens

a) Pembaca ingin tahu mengapa Zamrud II yang memenangi Avatari walaupun


mereka tidak memenuhi kehendak arahan.
b) Pembaca ternanti-nanti akan keadaan Aina setelah terjatuh ke dalam sebuah
lubang ketika peringkat kedua Avatari.

Teknik kejutan

a) Ketika peringkat kedua Avatari hendak bermula, Adeen tidak menyangka


bahawa salah satu cip mesin Avatari kumpulannya hilang. Mujurlah, Pak Cik
Tan membawa papan litar gentian dan cip yang sama ada pada papan litar
tersebut.
b) Semasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen, dia telah mengatakan
bahawa Anas sudah mencupnya. Anas dan Pauline terkejut tidak menyangka
Aina akan berkata sedemikian.

Teknik monolog

a) Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina.Contohnya:


“Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,”
kata Anas sendirian. (hal. 37)

Teknik monolog dalaman

a) Semasa Aina membuat kerja sekolahnya, dia dipanggil oleh Zuriani.


Contohnya:
“Aina!”
Itu suara Zuriani, detik hati Aina. (hal.9)
b) Pauline memikirkan akan kata-kata Anas untuk mengajak Anjali menjadi ahli
pasukan kelima Zamrud II. Contohnya:
Ahli kelima? bisik hati kecilnya. (hal. 81)
Watak dan Perwatakan

a) Watak-watak utama

Aina
 Aina berusia 12 tahun dan sedang belajar dalam tahun enam.
 Aina anak kepada Profesor Fitri dan Puan Maizan, adik kepada Anas serta
kawan baik Zuriani.
 Aina berbadan kecil dan pintar. Dia digelar cili padi oleh rakan-rakannya.
 Aina merupakan salah seorang ahli pasukan Zamrud II.
 Aina mempunyai pelbagai
kemahiran seperti bersilat,
menulis sajak dan bermain
congkak. Dia menggunakan
kemahirannya bermain congkak
ketika peringkat ketiga Avatari.
 Aina mengambil berat dan mengamalkan aspek keagamaan. Dia
memakai tudung dan berpuasa sunat.

Anas
 Anas remaja berusia 17 tahun dan
sedang belajar dalam tingkatan
lima di sebuah sekolah dengan
Pauline tetapi berlainan kelas.
 Anas anak kepada Profesor Fitri
dan Puan Maizan serta abang
Aina.
 Anas mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. Semasa Pertandingan Avatari,
Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran
dan kecekapannya bertindak, Zamrud II berjaya menjadi juara.
 Anas merupakan salah seorang pemain hoki pasukan sekolahnya.
 Anas mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. Semasa Pertandingan Avatari,
Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran
dan kecekapannya bertindak, Zamrud II berjaya menjadi juara.
 Anas bijak bermain catur dan dam haji. Kemahirannya membantunya
semasa mengambil bahagian dalam Avatari.

b) Watak-watak sampingan

Adeen
 Adeen remaja berusia 18 tahun.
Orangnya tinggi dan berambut
pendek.
 Adeen anak kepada Profesor Zakri ,seorang pakar komputer di UTM.
 Adeen pernah tinggal berjiran dengan Aina dan Anas.
 Adeen mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang komputer. Hal ini
kerana dia digalakkan menggunakan komputer sejak kecil oleh bapanya.
Oleh yang demikian, dia dilantik menjadi pengatur cara komputer
Zamrud II.
 Adeen bersikap tenang, sabar, dan tidak mudah marah. Adeen masih
bersikap tenang walaupun Kumar telah berlaku biadap terhadapnya.

Anjali
 Anjali gadis remaja India yang lincah. Nama sebenarnya Laksimini.
 Anjali membesar tanpa didikan ibu dan bapanya. Ibunya telah meninggal
dunia. Bapanya pula telah menghilangkan diri tanpa berita. Abang
keduanya, Muthu merupakan ketua samseng dan membesarkannya.
Semasa membesar, Anjali membesar sebagai remaja yang bermasalah.
 Anjali rapat dengan Anas. Akibatnya, dia dicemburui Pauline.
 Anjali pakar permainan video. Dia berjaya mengalahkan remaja lelaki
yang lain dalam permainan video Robot War.
 Anjali pada dasarnya adalah seorang yang baik, tetapi keadaan telah
memaksa dia melakukan perkara negatif. Dia dipaksa mencuri cip Avatari
kerana diarah abangnya walaupun tidak bersetuju.

Pauline
 Pauline anak tunggal Encik Ho Shao Long dan Puan Angie. Dia berusia
17 tahun.
 Pauline seorang yang kritis dan sedia berhujah kerana dia ingin menjadi
peguam. Dia mencabar Kumar menarik diri apabila Kumar memperkecil-
kecilkan ahli-ahli Zamrud II yang lain untuk menyertai Avatari.
 Pauline berkawan rapat dengan Anas sejak kecil kerana berjiran. Oleh
sebab itulah, Pauline menyimpan perasaan kasih terhadap Anas.
 Pauline mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia mempelajari wushu
dengan Pak Cik Tan.
 Pauline seorang pendendam. Dia ingin mencederakan Anjali ketika
latihan tempur kerana mencemburui Anjali
yang rapat dengan Anas.

Kumar
 Kumar remaja lelaki berusia 15 tahun. Anak
bongsu kepada Encik Kuppusamy, seorang
jutawan rangkaian emas ternama di Malaysia.
 Kumar panas baran dan tidak sabar. Semasa menunggu Adeen di Game
Star yang lambat tiba, dia sengaja meninggikan suara bagi menunjukkan
amarahnya.
 Kumar bersikap sinis dan memperkecilkan orang lain. Kumar menyindir
ahli-ahli Zamrud II yang lain.
 Kumar menyesali perbuatannya yang lepas apabila dimarahi bapanya dan
melihat kemenangan Zamrud II.

Pak Cik Ho (Ho Shao Long)


 Beliau adalah bapa Pauline dan suami Mak Cik Angie.
 Beliau bekas pengatur cara Pasukan Zamrud, bersama dengan Profesor
Fitri, dan tiga orang lain pernah memenangi pertandingan Avatari sepuluh
tahun lalu.
 Beliau baik hati. Beliau membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan
mesin Avatari miliknya.
 Walaupun berumur, dia masih berminat dalan mengatur cara komputer.
Dia membantu Adeen untuk memperbaiki mesin Avatari.

Pak Cik Tan (Tan Beng Kiat)


 Pak Cik Tan lelaki Cina yang berusia lewat enam puluhan.
 Dia menjadi pengurus Game Star milik Pak Cik Ho.
 Dia kelihatan sihat dan tegap kerana
mengamalkan tai chi dan minum teh
ginseng
 Berpegang kepada janji kerana berjanji
akan melepaskan Anjali sekiranya dia
memberitahu perkara sebenar dan dia
mengotakan janjinya.
Watak-watak sampingan yang lain ialah Zuriani, Cikgu Nisah, Maizan, Ah
Kong dan Samy.

c) Watak pipih yakni watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan dalam

karya terdiri daripada Profesor Muhammad Fitri Izzati, Profesor Zakri, Encik

Kuppusamy, Muthu, Chan Kok Meng, Mak Cik Nora, Vicky, Mak Cik Angie.
Gaya Bahasa

Diksi

Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita
yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeran serta teknologi
maklumat dan komunikasi. Contoh kata-kata tersebut seperti modul litar, cip
mikroelektrik, ruang siber, realiti maya, dan sebagainya.

Ayat

a) Ayat pendek. Contohnya:


 “Masuk?” (hal. 11)
 Anas terdiam. (hal.40)

b) Ayat panjang. Contohnya:


 Kelas silat yang dihadirinya di sekolah setiap petang Selasa dan Khamis
banyak memberi gadis itu keyakinan diri dan kemahiran hidup
berdikari. (hal.13)
 Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di
kawasan hiburan Tokyo, seorang gadis bernama Aya Morita mendengar
jawapan Hang Tuah dengan teliti melalui skrin komputer
multimedianya. (hal. 33)

Simile

Banyak unsur simile digunakan pengarang. Antaranya:


a) Mereka nampak pergerakannya seperti satu tarian yang lancar dan penuh
seni, tetapi masih pasti amat berbisa. (hal. 64)
b) Kalau ikatan untk bersama dalam satu pasukan itu kuat, maka ribut yang
berlaku tak ubah seperti ribut dalam cawan. (hal.74)

Personafikasi

Unsur personafikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara
tertentu dimasukkan oleh pengarang. Contohnya:
a) Adeen, Anas, Aina, dan Pauline diam kerana minda mereka masih
menghadam apa yang baru disampaikan oleh Cikgu Nisah. (hal. 65)
b) Petang semakin tua. (hal. 17)

Sinkope

Pengarang menggunakan sinkope atau singakatan kata. Contohnya:


a) “Papa ni... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat
ganda daripada pelaburan papa tu,” usik Pauline pula. (hal. 59)
b) “Ala, Abang Anas ni. Aina bergurau sikit pun tak boleh.” (hal.55)

Metafora

Unsur gaya metafora juga digunakan. Contohnya:


a) Memang ayah pelita hidup ibu. (hal.23)
b) Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah bisa
kata-kata Kumar. (hal.59)

Peribahasa
Terdapat peribahasa yang digunakan pengarang. Antaranya:
a) Hendak seribu daya, tidak hendak seribu seribu dalih. (hal.28)
b) Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga. (hal.28)

Falsafah/Kata-kata hikmat

Falafah hidup atau kata-kata hikmat digunakan oleh pengarang. Antaranya:


a) Tiada guna api melawan api. Dia lebih suka menjadi air yang sejuk dan
tenang. (hal. 55)
b) Jodoh, pertemuan, ajaldan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum
ajal. Selagi ada nyawa selagi itu ada saya. (hal. 23)

Penggunaan Bahasa Inggeris

a) Penyemak lewa atau browser Internet yang sudah dilancarkan. (hal. 25)
b) “Macam rapper saja. Habislah kita. Tahukah dia guna komputer? (hal. 53)
Latar

Latar tempat

 Bilik persalinan Zamrud II


- Pak Cik Tan berjaya menjumpai salah satu cip Avatari yang hilang.
- Seorang penceroboh menembak Aina lalu melarikan diri. Seorang lagi
berjaya ditangkap oleh Adeen dan rakan-rakannya.
 Rumah Aina
- Tempat tinggal Puan Maizan, Aina dan Anas
- Aina dan Anas berbincang bagi mendapatkan peruntukan untuk membiayai
mereka memasuki pertandingan Avatari
 Rumah Pak Cik Ho
- Tempat tinggal Pak Cik Ho, Pauline, dan Mak Cik Angie
- Aina dan Anas meminta bantuan Pak Cik Ho memberikan peruntukan
untuk membiayai mereka memasuki pertandingan Avatari

Latar masa

 Pagi
- Aina membuat kerja sekolahnya
manakala pelajar yang lain ke kantin
untuk rehat
- Zamrud II menjalani latihan kembara di
Batu Layar setiap pagi Sabtu
 Petang
- Aina menghadiri kelas silat pada setiap petang Selasa dan Khamis
- Zamrud II berlatih pada setiap
petang Rabu dan Sabtu selepas Asar
 Malam
- Aina dan Anas melawat tapak web Avatari
- Aina dan Anas berbincang bagi mendapatkan peruntukan untuk membiayai
mereka memasuki pertandingan Avatari

Latar masyarakat

 Masyarakat pelajar atau mahasiswa


- Aina dan Zuriani belajar di sekolah rendah manakala Anas dan Pauline
belajar di sekolah menengah.
- Adeen menuntut di universiti.
 Masyarakat yang menjalankan perniagaan
- Ho Shao Long menjalankan perniagaan kedai permainan video iaitu Game
Star.
- Encik Kuppusamy pula merupakan jutawan yang memiliki rangkaian kedai
barang kemas ternama di Malaysia.
 Masyarakat yang celik komputer dan teknologi maklumat
- Aina dan Anas mencari maklumat mengenai pertandingan Avatri
Kesepuluh melalui laman sesawang.
- Adeen sangat mahir mengendalikan program dan perkakasan komputer.
Nilai murni

1. Baik hati
Pasukan Zamrud sanggup memberikan mesin Avatari mereka serta wang
kemengan kepada pasukan Zamrud II bagi membiayai perbelanjaan mereka.
Pak Cik Ho membenarkan ahli Zamrud II menjalani latihan di pusat
permainan video miliknya.

2. Keberanian
Anas, Adeen , Aina , dan ahli Zamrud II yang lain dengan berani menyerang
penceroboh yang menceroboh bilik persalinan mereka. Anas sanggup
memasukkan bicu ke dalam soket mesin masa dan menekan butang merah di
atas mesin masa walaupun berbahaya.

3. Patriotisme
Pasukan Zamrud II hampir-hampir menarik diri apabila Aina cedera setelah
ditembak. Oleh kerana, mereka memikirkan harapan negara terletak di bahu
mereka, mereka meneruskan perjuangan. Selain itu, Pauline sanggup
membantu Anas mematikan mesin masa di peringkat akhir kerana
menghargai kebebasan beragama di Malaysia.
Unsur-unsur pengajaran

1. Kita mestilah belajar daripada kesilapan. Contohnya, Aina menerima teguran


Zuriani dengan positif lalu mengajaknya menyertai pasukan Zamrud II.
Kumar yang menarik diri daripada memasuki pertandingan Avatari menyesal
setelah dimarahi ayahnya dan melihat kemenangan pasukan Zamrud II.

2. Kita harus mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Contohnya,


Profesor Fitri, Ho Shao Long dan ahli Zamrud lain tetap berkawan walaupun
setelah memenangi pertandingan avatari sepuluh tahun lalu. Atas dasar
setiakawan jugalah Zamrud II dapat bersatu dan memenangi Pertandingan
Avatari Kebangsaan Kesepuluh .

3. Kemudahan teknologi membawa kebaikan dan keburukan. Contohnya, Anas


leka menggunakan kemudahan kamar bicara di tapak web Avatari sehingga
sedar sudah pukul 1.00 pagi. Walaubagaimanapun, Zamrud II memenangi
Avatari oleh kerana pengendalian teknologi yang cekap oleh Adeen.

You might also like