Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Mukadimah

Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) secara amnya telah lama dilaksanakan di Daerah Nabawan.
Namun disebabkan kadar peningkatan celik Al-Quran dan Fardhu Ain dikalangan umat Islam di daerah
ini masih terlalu rendah, lantaran itulah terdapat cadangan baru penubuhan KAFA di masjid Daerah
Nabawan. Keadaan ini akan dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi ilmu kerohanian tentang
Islam disamping mengimarahkan masjid.

Jarak Masjid ini dengan pekan adalah 1 km. Keadaan ini akan memudahkan pelajar yang berhampiran
untuk datang mengikuti kelas yang akan dijalankan. Ini kerana pekan Nabawan mempunyai ramai
penduduk Islam disekitarnya.

Objektif:

1. Membantu pelajar mendalami ilmu dan asas dalam Islam.

2. Meningkatkan kadar celik Al-Quran dan Fardhu Ain dikalangan umat Islam di Daerah
Nabawan,seterusnya dapat dijadikan amalan dalam kehidupan harian.

3. Melahirkan umat Islam yang cemerlang dari aspek kerohanian seterusnya menzahirkan sahsiah
yang terpuji.

Sasaran

1. Pelajar yang berusia 4 hingga 12 tahun iaitu yan masih menuntut di sekolah rendah.

2. Pelajar muallaf yang amat memerlukan bimbingan dalam mendalami ilmu Islam.
AJK Kelas Kafa
Kelas Kafa telah disahkan oleh pengerusi masjid iaitu Ust. Shamsul Haris Md. Diah pada minit
mesyuarat yang telah dijalankan. Berikut merupakan AJK KAFA Masjid yang telah dilantik.

Pengerusi : Ust. Shamsul Haris Md. Diah


Setiausaha: Pn. Arbaiah bt. Daklan
Bendahari : Pn. Dessy bt. Tommy

Ahli : En. Mohammad B. Daklan


Pn. Libiah Haslida Duliman
En. Abd. Ghani
En. Abdul Wahid
En. Jeki b. Tommy

*semua yang hadir mesyuarat berkenaan

Kemudahan Kelas
Guru dan pelajar
Terdapat seorang guru yang telah dilantik oleh Jakim iaitu Pn. Arbaiah bt. Daklan ,no rujukan
JAKIM(8.00)/KAFA/489/1. Manakala pelajar seramai 15 orang yang terdiri dari pra sekolah sekolah
hingga 12 tahun.

-Terdapat sebuah papan tulis dan rehal untuk memudahkan kelas mengaji dijalankan.
-Suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang dapat dilaksanakan.
-kemudahan kelas akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.

Jadual Kelas
Kelas Kafa akan dijalankan 2 kali seminggu setiap bulan. Berikut ialah jadual berkenaan:

Hari Masa
1.Khamis 2.00-5.00 petang (3 jam)
2.Sabtu 8.00-11.00 pagi (3 jam)

Masa yang diambil bagi setiap kelas ialah 3 jam. Pada setiap bulan kelas ini mengumpul masa
sebanyak 24 jam.
Aktiviti-Aktiviti Dirancang
Pelbagai aktiviti juga dirancang untuk dilaksanakan bagi menambah keseronokan pembelajaran kelas
KAFA. Antara aktiviti tersebut ialah seperti:
I). Pertandingan Keagamaan seperti mengaji Al-Quran,bercerita kisah2 nabi, azan dan sebagainya.
II). Pertandingan Sukaneka (pakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan)
III).Kehadiran dan pencapaian terbaik sepanjang kelas KAFA dijalankan juga akan diberi
penghargaan sebagai suntikan semangat para pelajar untuk saling bersaing secara sihat dalam
menimba ilmu.

PENUTUP
Dengan adanya penubuhan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain ini diharapkan akan dapat memberikan
lebih kefahaman terhadap Islam bagi pelajar Islam di Daerah Nabawan. Justeru itu, sokongan dan
kerjasama dari pelbagai pihak yang ada dan berterusan akan dapat merealisasikannya.

You might also like