Resepi Puding

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 69

KEK COKLAT KUKUS LIZA

Bahan-bahan
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cream Coklat:
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk
bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam
loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik
keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat:
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan
sendiri.

PUDING MARBLE

Bahan-bahan
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]
Cara Memasak
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan
masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat
tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik..

PUDING ROTI

Bahan-bahan
Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara Memasak
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana
sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan
sebagainya..
ataupun cream coklat.

TALAM KELADI BERLAUK


Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung beras
2 s/b tepung ubi
2 s/b tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 s/b udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 s/b bawang goreng

Bahan C [hiasan]
cili merah [cincang]
bawang goreng
daun sup dan daun bawang [racik]
Cara Memasak
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam
kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.

PUDING WARNA-WARNI

Bahan-bahan
Bahan A
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula

Bahan B
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad

Bahan C
1 s/b serbuk koko bancuh
1 s/t nescafe
1 s/b air suam

Bahan D
pewarna merah
Cara Memasak
1. Masakkan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan bahan B dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan adunan pada 3 bahagian .
6. Masukkan bancuhan bahan C dlam 1 bahagian tadi dan masakkan
sehingga agak pekat.
7. Masukkan beberapa titik pewarna merah dalam 1 bahagian dan kacau
rata.
8. Biarkan 1 bahagian pada warna asal [kuning kastad]
9. Lapiskan dengan perlahan2 adunan coklat kedalam acuan berselang seli
dengan adunan kastad dan juga adunan merah.
10. Biarkan adunan keras sebentar.
11. Seukkan dalam petisejuk dan boleh potong.
12. Hidangkan.

PUDING ROTI CARAMEL

Bahan-bahan
Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach
Cara Memasak
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert

PUDING LAPIS

Bahan-bahan
1 paket agar-agar [30 gram]
6 cawan air
250 gm gula
1 tin susu cair
pewarna merah,kuning dan hijau
Cara Memasak
1. Rebuskan agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
2. Masukkan gula dan masak sehingga mendideh.
3. Tapiskan dan masukkan susu cair.
4. Bahagikan agar-agar pada 3 mangkuk yg sama banyak.
5. Masukkan warna yg berlainan pada 3 mangkuk.
6. Tuangkan 1 bahagian [mangkuk] dalam acuan dan sejukkan.
7. Bila agar2 hampir beku tuangkan lagi 1 bahagian yg lain dengan perlahan
[supaya warna tidak bercampur dengan warna yg lain] .
8. Lakukan sama dngan bahagian yg akhir.
9. Sejukkan dan hidangkan.

NOTA
sementara agar-agar beku, mangkuk agar2 yg lain diletakkan dalam loyang
yg berisi air panas supaya agar2 dalam mangkuk itu tidak beku.

PUDING LAICI

Bahan-bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]
Cara Memasak
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena
tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk
kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika
gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil
untuk mmemakannya.

UDING COKLAT

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 s/b serbuk koko + 1/2 cawan air [dibancuh dan tapiskan]
1 liter susu coklat DUTCH LADY
1 tin fruit koktel
Cara Memasak
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendideh sekejap. Tutup api.
4. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan dalam acuan dan sejukkan dalam petisejuk.
6. Bila menghidang taburkan fruit koktel.

PUDING AISKRIM KELADI

Bahan-bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan
Cara Memasak
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan
mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiekrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga
aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan
sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg
berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

JELLI KELAPA MUDA

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 mug air biasa
1 cawan gula
2 mug air kelapa
isi kelapa muda
Cara Memasak
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh
3. Tapiskan dan masukkan air dan isi kelapa muda. Kacau rata.
4. Masukkan agar-agar dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan sejuk [chilled] untuk minum petang.
ADIH STRAWBERRY

Bahan-bahan
1 liter susu kotak strawberry dutch lady
1 cawan air
4 s/b gula
1 s/b serbuk agar-agar
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady
Cara Memasak
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam petisejuk.
6. Hidangkan sejuk.

PUDING CENDUL
Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah
Cara Memasak
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan
ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan
sejukkan.
9. Hidangkan.

PUDING JAGUNG RASBERI


Bahan-bahan
Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
5 cawan air

Bahan Agar
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
buah2 koktel dalam tin
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diaats api
sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas
puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.

NASI BERIANI
Bahan-bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah [potong 2]
3 biji cili hijau [potong 2]
100 gm daun pudina ]
100 gm daun sup ] potong kasar]
100 gm daun ketumbar ]
1 liter air
1 cawan susu cair
2 s/b minyak
4 s/b minyak sapi
kismis
garam
1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
2 cm halia ]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot. Tumiskan
bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuh dan akcau. Masakkans ehingga naik
minyak.
3. Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
5. Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.
6. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
7. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.
8. Hidangkan dengan daging prunes dan acar.

NASI TOMATO

Bahan-bahan
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
Cara Memasak
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan
minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan
biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam
tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau
kerabu timun..

NASI MINYAK WARNA WARNI

Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]
Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik
wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras.
Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan
supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun
bawang.

NASI DAGING
Bahan-bahan
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]
Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan
mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

NASI JAGUNG

Bahan-bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw jagung parut/jagung frozen
1 caw susu cair
8 caw air
2 s/b rempah kurma
2 biji buah tomato.....mesinkan
3 s/b minyak sapi
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan
tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi
biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan dengan lauk daging atau ayam serta
acar.

NASI PAPRIK AYAM

Bahan-bahan
500 gm isi ayam [boleh juga gunakan ayam..potong kecil
6 biji cili api [diketuk]
3 ulas bawang merah [dimayang halus ]
2 ulas bawang putih[dimayang ]
1 btg serai [diketuk]
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang [dipotong pendek]
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
daun limau purut [ koyakkan]
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila kekuningan, masukkan cili api.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
4. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
5. Biarkan ayam lembut.
6. Hidangkan ngan nasi putih.

NASI ARAB

Bahan-bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis
sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan
mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng,
kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca
sayur, sambal merah dan ayam tandoori

NASI GORENG TOMYAM


Bahan-bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]


10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.

AYAM PERCIK LADA HITAM

Bahan-bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai
Cara Memasak
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.

ROASTED CHICKEN

Bahan-bahan
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi
2 s/b BBQ

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus


2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit
Cara Memasak
1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan
selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam
dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan
dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

RENDANG AYAM

Bahan-bahan
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dimesin:


3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api
Cara Memasak
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga
sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya
sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan

Kerutub Ayam

Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih
Cara Memasak
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga
mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

CHICKEN CHOP SOS REMPAH

Bahan-bahan
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]
Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak

SOS REMPAH:
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

SOS LADA HITAM :


1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

SOS CENDAWAN:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara Memasak
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos
berempah.
SOS REMPAH:
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh
dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.

SOS LADA HITAM:


1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki.
5. Perisakan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan bersama ayam atau ayam

SOS CENDAWAN:
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada
hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

Ayam Paprik
Bahan-bahan
Bahan potong kecil
300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan sos
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga
wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan
mendideh.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.

GULAI AYAM JUS TOMATO

Bahan-bahan
500 ayam
2 s/b rempah kari ayam [bancuh dgn sikit air]
3 biji buah tomato ]
1 cawan air ] mesinkan
2 biji kentang [potong kecil]
sedikit carrot [ potong kecil]
3 s/b minyak
garam
gula

Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Bahan Tumis
1 pelepah daun kari
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga
wangi dan garing.
3, Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Bila sudah naik minyak amsukkan tomato yg dimesinkan. Kacau rata dan
biarkan mendideh dan pekat.
5. Masukkan garam dan gula sikit. Perlahankan api dan bairkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

AYAM TANDOORI GORENG

Bahan-bahan
Bahan
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

SAMBAL MERAH:
200 gm cili kering ]
200 gm bawang merah ] mesin
3 ulas bawang putih ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garam
gula
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

SAMBAL MERAH:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik
minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

SUP AYAM ala-ala MAMAK


Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 baang serai [ketukkan]
garam
bawang goreng

Bahan tumbuk :
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis :


1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga
Cara Memasak
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan
daun sup & daun bawang.

DAGING PRUNES

Bahan-bahan
600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam

Bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia
Cara Memasak
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili
mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik
minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.

DAGING KERUTUP

Bahan-bahan
1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]
3 s/b rempah kerutub
2 s/b gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan air asam jawa
garam

Bahan Mesin
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
Cara Memasak
1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga
naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.

SAMBAL DAGING

Bahan-bahan
500 g daging [hiriskan nipis dan kecil]
1 labu bawang besar [potong gelang]
3 s/b sos tomato
2 batang serai [ketuk]
minyak
garam
gula
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai & bahan mesin sehingga wangi dan
naik minyak,
2. Masukkan daging yg telah dibasuh & toskan.
3. Masakkan sehingga daging lembut .
4. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
5. Masukkan bawang besar dan akcau rata.
6. Rasakan garam dan boleh hidangkan.

SERUNDING DAGING

Bahan-bahan
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]
Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)
Cara Memasak
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan.
Perah santan lebih kurang tiga cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas
api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau
sehingga ia kering.
5. Sejukkan dan simpan.

RENDANG TOK

Bahan-bahan
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak
suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping
dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau
rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya
keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.

RENDANG DAGING
Bahan-bahan
1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam

Bahan-Bahan dimesinkan:
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan
rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

PARU GORENG BERLADA

Bahan-bahan
300 gm paru [rebus dan hiris nipis]
1 labu bawang besar [potong gelang]
2 biji cili merah [hiriskan]
3 keping asam keping
minyakl
garam

Bahan tumbuk/mesin
5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Cara Memasak
1. Gorengkan paru yg dihiris sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan asam keping, garam dan paru yg telah digoreng. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan.
OPOR DAGING

Bahan-bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan
1 s/k jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga
mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan
naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning.

GULAI DAGING TERENGGANU

Bahan-bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula
merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

DAGING MASAM MANIS


Bahan-bahan
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

Daging Masak Merah


Bahan-bahan
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris dan kaca. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

DAGING GULAI KAWAH


Bahan-bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula
merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

BERIANI DAGING

Bahan-bahan
1 kg daging ]
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak
Cara Memasak
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn
air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato
puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik
minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan
juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani
atau roti.

DAGING LADA HITAM


Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan tumis [mayangkan/hiriskan]


5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

TALAM JAGUNG

Bahan-bahan
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

Bahan Lapisan Atas


1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan
perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

KUEH TALAM PANDAN

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau

Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam
Cara Memasak
Lapisan Bawah
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas
api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].

Lapisan Atas
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak [20 minit].
6. Sejukkan betul-betul baru dipotong.

TALAM SUJI

Bahan-bahan
Lapis Bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis Atas
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api
perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

KUEH PAU AYAM

Bahan-bahan
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Inti Ayam:
300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil]
2 s/b serbuk kari ayam
1 cawan air
garam
gula
daun sup [racik kasar]

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]
Cara Memasak
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang
merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan
pau.
12. Siap untuk dimakan

Inti Ayam
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan
kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk.

Pizza Daging
Bahan-bahan
Bahan A
500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air

INTI PIZZA
400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam
Cara Memasak
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran
10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven
yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.

INTI PIZZA
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano,
tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas
ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...

ROTI NAAN
Bahan-bahan
300 gm tepung gandum ]
300 gm tepung atta ]
1 paket yeast..mauripan ]
2 s/b gula kastor/halus ] Gaul rata
Secubit garam ]
1 biji telur
250 ml air suam
2 s/b yogurt asli
3 s/b majerin
Cara Memasak
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dalam Bread Machine dan uli
dengan setting 'basic dough'.
2. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
3. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
4. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
5. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick
pan]...jangan gunakan minyak.
6. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
7. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
8. Angkat dan hidangkan dengan ayam tandoori atau kari ayam.

BUN DAGING
Bahan-bahan
Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
50 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Bahan Inti Daging


200 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
3 s/b tomato sos
garam
minyak
Cara Memasak
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta tomato sos dan cili
sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Maukkan inti dalam pinggan dan biarkan sejuk.

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati
[ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Perapkan
sebentar.
5. Ambil doh dan leperkan. Masukkan inti daging dan tutup semula.
6. Perapkan dalam lyang yg telah disapukan minyak sehingga saiz roti naik
sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur.
8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning
keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.

ACAR BUAH

Bahan-bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga
jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus


500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing
dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi
sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

SAMBAL IKAN TONGKOL [AYE]


Bahan-bahan
Bahan A
1 ekor ikan tongkol
4 keping asam keping
1 s/b asam jawa
2 cawan air
1 labu bawang besar [mayang kasar..optional]
minyak
garam
gula sedikit

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
sedikit belacan [optional]
Cara Memasak
1. Ikan tongkol diptong 4 dan basuh bersih. Toskan
2. Masukkan ikan tongkol, asam keping, air dan garam dalam periuk dan
rebus sehingga mendideh. Biarkan semalaman.
3. Angkat ikan tongkol rebus dan goreng dalam minyak.
4. Tinggalkan minyak anggaran menumis sambal dalam kuali.
5. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.
5. Masukkan gula dan air asam jawa [ramas asam jawa dengan air rebusan
ikan dan tapiskan].
6. Masukkan ikan dan biarkan mendideh.
7. Masukkan bawang besar dan perlahan api.
8. Masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.
9. Hidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih dan sayur lemak putih..

SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara Memasak
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan
juga lauk lain.

IKAN 3 RASA

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula
Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4
Cara Memasak
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning
keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos
sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

You might also like