Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERJA KURSUS

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI


KUMPULAN PISMP JULAI 2008

1. Secara individu, anda dikehendaki menyediakan satu portfolio Kompetensi Kecerdasan Emosi yang
mengandungi maklumat berikut:

a. Terdapat lebih daripada 2000 patah perkataan untuk menerangkan emosi sendiri dan emosi orang
lain. Perkataan-perkataan berkaitan dengan emosi ini boleh dikelaskan kepada jenis positif dan
negatif seperti contoh berikut:

i. Emosi positif : Diikhtiraf, Dihargai, Optimistik


ii. Emosi Negatif : Diperkecil, Terbiar, Pesimistik

Lihat pada perkataan-perkataan berperasaan (feeling words) di bawah ini dan kelaskannya kepada
jenis positif atau negatif. Untuk setiap perkataan tersebut, nyatakan sebab anda menyatakan
demikian.

Ignorant idolized imaginative immune impatient


Imperfect important impressed imprisoned impulsive
Impure incomplete inattentive incredible indecent
Indebted industrious ineffective informe d inferior
Inflated inhibited innocent innovative insane
Insecure insensitive insincere isolated insulted
Interest interrupted intimate irrational invisible
Intolerant irritated involved
Ignored indolent

b. Nyatakan semua komponen yang terlibat dalam kecerdasan emosi ( dalam bentuk pengurusan
grafik ) yang sesuai dan menarik.

c. Pilih satu situasi mencabar dan ceritakan situasi tersebut secara naratif (3-5 muka surat).
Kemudian jelaskan bagaimana anda mengurus emosi dalam situasi mencabar tersebut. Buat
refleksi tahap kompetensi kecerdasan emosi watak-watak dalam situasi tersebut.

2. Semua bahan / sumber rujukan perlu disenaraikan di bahagian rujukan. Minimum 5 rujukan. ( Sila rujuk
panduan penulisan tugasan / KKBI yang telah ditetapkan )

3. Sebarang plagiarisme adalah dilarang.

4. Tugasan perlu diserahkan kepada Pn. Alice di JIP pada 16 Oktober 2009 (Jumaat) sebelum jam 1130
pagi.

Harap maklum.

Disediakan oleh

PN. ALICE PU TING KOSIN


Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Rajang
Bintangor.
a. Pilih satu situasi mencabar dan jelaskan bagaimana anda mengurus emosi dalam situasi
mencabar tersebut.

3 Komponen KKE yang membantu dalam membina kesediaan dan pengurusan emosi

- pemikiran / penilaian kognitif


- perubahan psikologikal / tingkah laku merangsang
- Tingkah laku / kecenderungan tingkah laku

Apa yang perlu anda lakukan???

- Fahami bahawa emosi terjadi hasil interaksi ketiga2 perkara di atas


- Ingat bahawa pemikiran, perubahan fizikal dan kelakuan anda yang mendorong tindak balas emosi
anda, bukannya tingkah laku orang lain atau perkara lain
- Urus emosi anda, jangan biar mencengkam. Fahami emosi anda dan gunakannya untuk menjadikan
situasi lebih bermanfaatkan anda.

b. Refleksi tahap kompetensi kecerdasan emosi watak-watak dalam situasi tersebut.

Contoh

Guru : Apa khabar Ali? Anda kelihatan sedih hari ini.

Ali : Saya kecewa kerana saya dapat ‘D’ dalam ujian walaupun saya memang belajar sebelum itu.

Guru : Saya faham kenapa anda kelihatan sedih, nampaknya anda memang berazam untuk lulus

dengan baik dalam ujian itu.

Ali : Memang betul cikgu.

Guru : Apa yang boleh anda lakukan untuk anda rasa lebih tenteram?

Ali : Saya rasa jika saya boleh faham mengapa saya tidak dapat menjawab dengan baik dalam ujian

itu, ia akan membantu saya untuk membaiki prestasi saya pada masa depan.

Guru : Apakah yang boleh anda lakukan untuk membaiki prestasi anda?.

Ali : Saya berazam akan mendapatkan bantuan dalam pelajaran atau belajar lebih lama lagi.
GURU

KKE Refleksi / Justifikasi

Empati Guru telah berupaya membaca komunikasi gerak geri Ali

(kompetensi Guru memberi pertimbangan, menerima dan berempati dengan perasaan Ali.
sosial-kesedaran
sosial) ” Saya faham kenapa anda kelihatan sedih, nampaknya anda memang
berazam untuk lulus dengan baik dalam ujian ini.”

Guru tidak mengkritik atau mencemuh dengan mengatakan,

” Adakah anda benar-benar belajar?”

“ Janganlah bersedih, anda tentu akan dapat markah yang lebih baik dalam
ujian akan datang! ”

Guru membantu Ali meneroka sendiri apa yang boleh dibuat untuk
Membangunkan penambahbaikan dirinya.
orang lain
“ Apakah yang boleh anda lakukan untuk membaiki prestasi anda?”
(kompetensi
sosial-kesedaran
sosial)
ALI

KKE Refleksi / Justifikasi

Kesedaran emosi Ali telah berjaya mengenalpasti dan melabelkan perasaannya.


kendiri
“ Saya kecewa kerana saya dapat ‘D’ dalam ujian walaupun saya memang
(kompetensi belajar sebelum itu.
personal –
kesedaran
kendiri)

Kesedaran Dengan mencuba menjangkakan bagaimana harus bertindak untuk lebih


ketepatan kendiri berjaya dalam ujian akan datang, Ali sebenarnya belajar menyelesaikan
masalah dan mengambil tanggung jawab atas perasaan dan tindakannya.
(kompetensi
personal-
kesedaran “ Saya berazam akan mendapatkan bantuan dalam pelajaran atau belajar
kendiri) lebih lama lagi.”

Optimism Ali belajar menukarkan perasaan negatifnya dengan yang lebih positif.

(kompetensi “ Saya rasa jika saya boleh faham mengapa saya tidak dapat menjawab
personal- dengan baik dalam ujian itu, saya akan membantu saya untuk membaiki
pengurusan prestasi saya pada masa depan.
kendiri)

You might also like