Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Terdapat 4 jenis sistem pertanian di Malaysia, iaitu;

i. Sistem pertanian pindah


ii. Sistem pertanian sara diri
iii. Sistem pertanian kebun kecil
iv. Sistem perladangan ekstensif

i. Sistem Pertanian Pindah


Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan
berkonsepkan pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap
kesuburan tanah. Ia biasanya diamalkan oleh masyarakat pribumi di Malaysia.

Ciri-ciri Sistem Pertanian Pindah

a) Jenis tanaman - tanaman jangka pendek seperti keledek, jagung, ubi kayu, padi huma
dan binatang ternakan.

b) Taburan dan lokasi - tertumpu di kawasan pedalaman Pahang, Perak , Kelantan, Sabah
dan Sarawak.

c) Skala operasi - melibatkan kawasan yang kecil, iaitu antara 1/2 hingga 1 hektar.

d) Orientasi pengeluaran - hasil keluaran adalah untuk kegunaan diri sendiri dan ahli
keluarga sahaja.

e) Pemilikan dan pengurusan - tiada hak milik individu ke atas kawasan pertanian.
Kawasan pertanian dibuka mengikut arahan ketua puak dan diusahakan secara
bergotong-royong. Semua anggota keluarga terlibat dan mempunyai tugas mengikut
kemampuan masing-masing.

f) Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi - penggunaan kaedah dan peralatan


tradisional seperti kapak, cangkul dan tenaga haiwan. Sistem pertanian ini juga
bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal seperti air hujan dan baja organik
hasil pembakaran sisa tumbuhan yang ditebang.

ii. Sistem Pertanian Sara Diri Intensif

Sistem pertanian ini dijalankan secara giat dengan mengkhusus kepada satu jenis
tanaman utama sahaja, iaitu padi sawah di samping beberapa jenis tanaman luar
musim seperti keledek, jagung dan sayur-sayuran. Hasil tanaman hanya untuk
keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan.

Ciri-ciri Sistem Pertanian Sara Diri Intensif


a) Jenis tanaman – terdapat dua sistem penanaman, iaitu monokultur (tanaman
sejenis) dan multikultur (tanaman pelbagai jenis)

b) Taburan dan lokasi – tertumpu di lembah sungai yang subur dan mempunyai
bekalan air yang mencukupi seperti Dataran Kedah, Delta Kelantan dan Dataran
Kerian.

c) Skala operasi – keluasan tanah pertanian antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja dan
diusahakan secara individu.

d) Orientasi pengeluaran – hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan
akan dijual sekiranya ada lebihan. Namun, di Malaysia semua hasil pertanian
dijual untuk mendapatkan subsidi harga padi.

e) Ciri buruh dan modal – sistem pertanian ini masih berintensifkan buruh walaupun
sudah ada penggunaan jentera. Petani masih dibelenggu kemiskinan
menyebabkan penggunaan modal juga kecil. Bantuan kerajaan diperlukan melalui
pemberian baja, racun serangga dan khidmat nasihat.

f) Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi – menggunakan kaedah tradisional


dan moden seperti penggunaan jentera, baja kimia dan racun serangga.
Kemudahan asas seperti sistem pengairan juga disediakan.

iii. Sistem Pertanian Kebun Kecil

Sistem pertanian ini melibatkan penanaman tanaman bukan bijirin dan bersifat
separuh komersial, iaitu campuran antara tanaman untuk jualan dan untuk kegunaan
sendiri.

Ciri-ciri Sistem Pertanian Kebun Kecil

a) Jenis tanaman – tanaman jualan seperti getah dan kelapa sawit serta buah-buahan.

b) Taburan dan lokasi – meliputi kawasan kaki bukit dan kampung tradisional.

c) Skala operasi – keluasan kebun kurang daripada 40 hektar (100 ekar) dan berubah-
ubah mengikut jenis perkebunan yang diusahakan.

d) Orientasi pengeluaran – matlamat pengeluaran adalah untuk jualan dan kegunaan


sendiri.

e) Pemilikan dan pengurusan – tanah pertanian dimiliki secara individu dan


diusahakan oleh ahli keluarga. Pengurusan kebun bergantung kepada jenis kebun,
iaitu kebun yang diuruskan secara individu diuruskan secara tradisional manakala
kebun jenis berkelompok diuruskan secara mini estet.
f) Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi – penggunaan teknologi dalam
sistem torehan, penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan yang
diuruskan secara mini estet. Kawasan kebun kecil individu masih menggunakan
kaedah tradisional kerana kekangan modal.

iv. Sistem Perladangan Ekstensif

Sistem ini berkonsepkan komersial sepenuhnya. Hasil tanaman adalah untuk jualan dan
mementingkan keuntungan.

Ciri-ciri Sistem Perladangan Ekstensif

a) Jenis tanaman – getah, kelapa sawit atau nanas.

b) Taburan dan lokasi – tertumpu di kawasan hutan yang diteroka dan kawasan
pembangunan wilayah seperti KESEDAR, KETENGAH dan DARA.

c) Skala operasi – melibatkan keluasan melebihi 40 hektar.

d) Orientasi pengeluaran – hasil pertanian untuk jualan sepenuhnya sama ada di


dalam atau luar negara.

e) Modal, pemilikan dan pengurusan – menggunakan modal yang besar kerana


melibatkan kos pengurusan yang tinggi. Biasanya ia melibatkan pelaburan
syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY dan DUNLOP serta agensi
kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji.

f) Kaedah pengeluaran, penggunaan teknologi dan buruh – penggunaan teknologi


moden dalam semua peringkat bagi meningkatkan pengeluaran dan memantapkan
pengurusan. Namun, pergantungan kepada tenaga buruh masih tinggi sehingga
terpaksa menggunakan tenaga kerja kontrak terutama bagi peringkat bawahan.
3. Pilih mana-mana Negara di rantau Asia Tenggara:
(a) Huraikan empat ciri utama sector pertanian perladangan di Negara itu. [13m]

Skema jawapan
(a)
Malaysia
·jenis tanaman dan orientasi pengeluaran. Jenis tanaman jangka panjang
yang berorientasikan eksport. Misalnya getah dan kelapa sawit, koko, lada hitam, nanas
dan lain-lain. Pertanian bersifat komersil/pertanian
perdagangan yang mana hasilnya dieksport ke luar Negara.
·skala pengeluaran dan pemilikan. Pertanian berskala besar yang
mempunyai keluasan lebih daripada 100 ekar. Kebanyakkannya dimiliki
oleh syarikat swasta seperti DUNLOP dan GUTHRIE atau agensi kerajaan
seperti FELDA dan FELCRA kerana ia memerlukan modal/kos yang besar
untuk membangunkannya
·teknologi dan input pengeluaran. Amat bergantung kepada penggunaan
jentera input pertanian moden seperti penggunaan baja kimia, racun
serangga, benih yang bermutu, jentera pengutip dan pengangkut dan lain-lain kerana
pengeluarannya secara besar-besaran. Justeru bidang R&D
amat dipentingkan dalam sector perladangan
·modal dan buruh. Memerlukan modal yang besar dan tenaga buruhyang
ramai terutamanya dalam perladangan getah dan kelapa sawit. Oleh sebab
itu, sektor ini hanya boleh dikembangkan oleh syarikat/agensi kerajaan
yang mempunyai kewangan yang kukuh. Pada masa kini, penggunaan
tenaga buruh import dari Indonesia terpaksa digunakan.
·pengurusan. Diuruskan secara sistematik sama ada pengurusan
perladangan mahupun pengurusan pekerjanya. Misalnya melalui system
peneroka oleh FELDA atau sistem pekerja ladang/estet oleh syarikatsyarikat swasta.
Sistem pengurusan yang cekap akan menentukan kejayaan sektor perladangan di
Malaysia.

You might also like