Ctu (Pengenalan-1990an)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

1.0 Pengenalan

Perkataan bank berasal daripada perkataan Itali iaitu “banca” yang bermaksud kepingan
papan tempat meletak buku atau sejenis bangku. Bank juga didefinisikan sebagai institusi yang
menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang dan
pemberian pinjaman kewangan.

Manakala takrifan perbankan Islam pula ialah bank yang menjalankan perkhidmatan
berlandaskan sistem Islam. Dengan kata lain, bank ini diwujudkan untuk umat Islam khususnya
dan semua umat manusia umumnya yang inginkan pentadbiran kewangan bersumberkan Al-
Qur’an dan As-Sunnah. Ini juga merupakan institusi kewangan yang ingin mengaplikasikan
sistem Syariah dalam urusan perbankan.

Sistem perbankan Islam pula didefinasikan sebagai satu rangka kerja institusi
perbankan dan kewangan yang prinsip perjalanan dan amalannya berdasarkan kepada Syariah
untuk merealisasikan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan. Secara lebih
terperinci boleh dikatakan sebagai suatu sistem perbankan yang urusan pentadbiran dan
pengurusannya dijalankan berlandaskan Syariah secara menyeluruh.

Islam merupakan satu agama yang bersifat syumul ataupun menyeluruh. Dengan ini,
Islam telah menggariskan perbatasan dan adab dalam semua perkara. Begitu juga dengan
berniaga dan berurusan, Islam telah menetapkan peraturan-peraturan agar kehidupan umatnya
berjalan sejajar dengan kehendak Allah S.W.T. Antara prinsip dalam berniaga ataupun dalam
urusan perbankan sekalipun, Allah S.W.T telah mengharamkan amalan riba’. Amalan ini
merupakan amalan yang melanggar etika kemanusiaan atas dasar menindas. Justeru,
perbankan yang berlandaskan Syariah tidak akan sesekali mengamalkan amalan terkutuk ini
yang digunakan secara berleluasa oleh perbankan konvensional untuk mengaut keuntungan.

Perbankan Islam mengamalkan konsep yang tersendiri bagi menjamin keuntungan


kepada pelanggan di samping menerapkan sistem Islam dalam urusan perbankan. Antara
konsep yang dipraktikkan ialah al-Mudharabah (perkongsian untung). Al-Mudharabah
merupakan suatu pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dengan pengusaha
projek di mana pengusaha projek menggunakan dana untuk menjalankan aktiviti perniagaan
beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dikongsi di antara pemberi modal dan
pengusaha projek mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian pula ditanggung

Hubungan Etnik Page 1


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

sepenuhnya oleh pemberi modal. Prinsip ini boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam
melalui dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank
(sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik
modal. Konsep ini juga amat bagus untuk dipraktikkan oleh mana-mana syarikat mahupun
individu sekalipun kerana konsep ini dapat membantu sesama insan. Hal ini kerana, mereka
yang berharta tapi tidak berupaya untuk menguruskannya akan dibantu oleh mereka yang
berkemampuan untuk mengembangkan harta tetapi tidak mempunyai harta untuk
merealisasikannnya.

Konsep al-Wadi’ah (simpanan) juga merupakan konsep asas dalam perbankan Islam.
Konsep ini bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di
dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan
di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya.
Pelanggan dibenarkan mengeluarkan wang pada bila-bila masa yang dikehendaki. Bank
mungkin akan mengenakan fee atau caj kerana menjaga deposit pelanggan dan pihak bank
boleh memberi hadiah atau hibah jika dikehendaki.

Selain itu, konsep al-Murabahah (kos tokok) turut diamalkan oleh perbankan Islam.
Konsep ini bermaksud penjualan barangan adalah pada harga yang dipersetujui oleh kedua-
dua pihak termasuk keuntungan. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta keuntungan
hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan. Dalam konsep al-
Murabahah ini turut terselit konsep Islam yang dikenali sebagai Bai’ Bithaman Ajil (pembayaran
jualan tertangguh). Konsep ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar
kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu keuntungan yang
dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran. Konsep ini seringkali dilihat
dalam urusan pembelian tanah. Pembeli akan mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank
untuk membeli tanah pada harga yang dipersetujui. Bank akan membeli tanah tersebut secara
tunai daripada pemilik. Tanah tersebut akan menjadi milik bank dan pihak bank akan menjual
tanah tersebut kepada pembeli. Pembeli akan membayar kepada pihak bank secara ansuran
dalam tempoh yang dipersetujui.

Konsep al-Musyarakah (usaha sama) pula merujuk kepada perkongsian atau usaha
sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi
oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya
dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami
Hubungan Etnik Page 2
Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi. Konsep ini juga
turut diguna pakai oleh syarikat perkongsiaan atau perniagaan bersama.

Sistem perbankan Islam turut mempraktikkan konsep Ijarah Thumma Al Bai’ (sewa beli).
Konsep ini kerap digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan
kenderaan. Konsep ini terbahagi kepada dua perjanjian yang berasingan iaitu perjanjian Ijarah
(pajakan) dan perjanjian Bai’ (jual beli). Sebagai contoh, pembeli kenderaan akan memohon
perjanjian Ijarah untuk kenderaan tersebut, pembeli akan membayar deposit kenderaan
berkenaan dan berjanji akan memajak kenderaan tersebut daripada bank setelah bank membeli
kenderaan tersebut. Setelah bank menjelaskan bayaran kepada pihak penjual kenderaan
tersebut, hak milik kenderaan tersebut akan berpindah milik kepada pihak bank. Bank akan
memajakkan kenderaan tersebut kepada pembeli terbabit. Pembeli akan membayar sewa
pajakan kepada pihak bank dalam tempoh waktu yang dipersetujui. Pada akhir tempoh pajakan
tersebut, perjanjian kedua atau perjanjian Bai' akan dikuatkuasakan untuk membolehkan
pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang telah dipersetujui.

Selain itu, konsep al-Wakalah (agensi) turut diaplikasikan dalam sistem perbankan
Islam. Konsep ini merupakan satu kontrak di mana seseorang melantik pihak lain bagi bertindak
mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak yang menerima
tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fee atas perkhidmatannya. Sebagai contoh,
seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-
syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan
transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fee atas khidmat tersebut.

Kesimpulannya, penggantian sistem urusan bank dan kewangan konvensional yang


berasaskan kepada riba kepada sistem berasaskan perkongsian untung rugi bukan sahaja
menggantikannya daripada sudut teknikal tetapi ia juga menggunakan mekanisme pembiayaan
yang sesuai dengan keperluan Syariah dan masyarakat Islam. Ini kerana penubuhan bank
konvensional hanyalah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan konsep
dan objektif penubuhan perbankan Islam berdasarkan dua faktor utama iaitu faktor agama dan
faktor keuntungan.

Oleh itu, sistem perbankan Islam yang komprehensif bukan sahaja menumpukan
kepada aspek larangan riba tetapi ia juga perlu meliputi aspek perundangan, prosedur dan
pengurusan yang akan menjadi asas untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan. Dengan kata

Hubungan Etnik Page 3


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

lain, sistem perbankan Islam akan menjadi satu sistem yang lengkap hanya apabila ia memiliki
undang-undang Syariahnya yang tersendiri meliputi seluruh sistem dalam perbankan.

2.0 Pemulaan perbankan islam di Malaysia (1980an)

Sejarah awal kelahirannya, perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-
faktor eksternal dan internal. Faktor-faktor eksternal yang mempengaruhi perkembangan bank
Islam di Malaysia adalah berdirinya Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic Bank
di Dubai Uni Emirat Arab dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975.
Pada tahun 1976 hingga akhir 1985, terdapat banyak penubuhan bank Islam secara pesat di

Hubungan Etnik Page 4


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

seluruh dunia. Langkah-langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan
dan Iran dengan menggantikan sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam. Sedangkan
faktor internal yang memberikan peranan yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan
Islam adalah desakan masyarakat malaysia untuk melakukan pembentukan bank syariah yang
diilhami perkembangan perbankan syariah secara pesat di timur tengah.

Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep transaksi Islam ialah Lembaga
Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal
Haji. Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orang-orang Islam
menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji
dan melibatkan diri dalam bidang penanaman modal dalam lapangan perusahaan,
perdagangan, perladangan dan hartanah melalui cara yang halal di sisi Islam. Langkah ke arah
memperkenalkan bank berasakan Islam di Malaysia dimulakan oleh sektor swasta. Langkah
pertama telah dilakukan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1980. Kongres ini
mengeluarkan resolusi agar kerajaan membenarkan Lembaga Tabung Haji memperkenalkan
sistem perbankan Islam. Pada 1981, satu seminar telah diadakan di Universiti Malaya, para
peserta telah meminta kerajaan agar menguatkuasakan undang-undang khas yang
membenarkan perbankan Islam diperkenalkan di negara ini. Kesan daripada itu, kerajaan telah
menubuhkan sebuah jawatankuasa khas di bawah Lembaga Tabung Haji. Jawatankuasa
tersebut ditugaskan untuk mengkaji operasi Bank Islam Faisal di Mesir dan di Sudan. Di bawah
merupakan antara cadangan-cadangan yang diketengahkan oleh lembaga tersebut di dalam
laporan yang dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia pada 5 Julai 1984 :

1. Kerajaan perlu memperkenalkan bank Islam yang berlandaskan prinsip-prinsip


Syariah.
2. Bank yang dicadangkan akan didaftarkan sebagai syarikat di bawah Akta Syarikat
1965.
3. Akta Perbankan Islam mesti diperkenalkan untuk memberi lesen dan memantau
aktiviti bank Islam. Pemantauan dan pengurusan diletakkan di bawah
tanggungjawab Bank Negara Malaysia.
4. Bank Islam hendaklah memperkenalkan Lembaga Pengawasan Syariah yang
bertanggungjawab dalam memastikan operasi bank Islam berlandaskan Syariah.

Hubungan Etnik Page 5


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

Akta Perbankan Islam 1983 telah digazetkan pada 10 Mac 1083 dan berkuatkuasa pada 7 April
1983. Ini telah membuka jalan kepada penubuhan Perbankan Islam di Malaysia. Akta ini
memberi kuasa kepada Bank Negara untuk memantau bank-bank Islam di Malaysia.

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1983 dan mula
beroperasi pada 1 Julai pada tahun yang sama. Pada masa ini, Bank Islam mempunyai lebih 50
cawangan di seluruh negara. BIMB bukan sahaja mempromosikan perbankan Islam melalui
operasinya tetapi juga aktif dalam memperkenalkan institusi-institusi kewangan berlandaskan
syariah. Kini, BIMB mempunyai anak syarikat yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk
insurans, unit amanah dan saham.

Penubuhan BIMB menunjukkan permulaan kepada keseriusan kerajaan Malaysia dalam


memperkenalakn sistem perbankan Islam di negara ini. Langkah ini adalah untuk mencapai
objektif jangka panjang iaitu untuk menyelarikan sistem perbankan Islam dengan sistem
perbankan konvensional. Bank Negara percaya objektif ini mampu dicapai antaranya melalui
jumlah ahli yang ramai.

Selain itu perbankan syariah dianggap sebagai tindak lanjut dari pelaksanaan tabungan
haji yang sudah terbukti keberhasilannya dalam mengurus dana masyarakat muslim. Faktor
internal lainnya adalah adanya inisiatif yang aktif dari kerajaan Malaysia dalam memfasilitasikan
pengaturan perbankan syariah di negara ini. Faktor-faktor tersebut menjadi faktor penting
dalam perkembangan perbankan syariah di negara Malaysia, iaitu dengan menggubal
peraturan Akta Bank Islam 1983, serta mengeluarkan Akta Pelaburan Kerajaan 1983, dimana
kemudiannya kedua undang-undang tersebut menjadi batu loncatan pertumbuhan perbankan
syariah Malaysia.

Undang-Undang tentang bank Islam di Malaysia (Akta Bank Islam 1983) yang disahkan
pada 7 April 1983 telah memberikan kesenangan kepada Bank Negara Malaysia untuk

Hubungan Etnik Page 6


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

memberikan kebenaran pembentukan bank syariah dan melakukan pengawasan atas kegiatan
operasi bank syariah. Secara spesifik kebenaran yang diberikan adalah sistem perbankan Islam
yang tidak bertentangan dengan aturan syariah Islam, dalam hal ini Bank Negara Malaysia
sering melakukan pemeriksaan on-site secara berlanjutan iaitu dengan melakukan audit
syariah terhadap segala kegiatan operasi yang dilakukan bank syariah. Dalam hal ini BNM
sentiasa membuat evaluasi dan sertifikasi pemenuhan aspek kesyariahaan pada setiap tahun,
termasuk dalam pemberian izin untuk pembukaan cabang-cabang baru dari bank syariah.Di
samping itu Akta Bank Islam juga tetap menekankan standard perbankan supaya memenuhi
aspek kesihatan perbankan bagi bank syariah, seperti: CAR, SRR dan LRR, dengan yang
demikian bank syariah tidak hanya wajib memenuhi aspek ekonomi perbankan sahaja tetapi
tetap memegang prinsip pemenuhan aspek syariah.

Komitmen Kerajaan Malaysia terhadap pembentukan perbankan syariah dibuktikan


dengan keluarnya Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK), undang-undang ini memberikan
peluang dan fasilitasi khusus kepada bank syariah untuk mendapatkan dana pinjaman secara
syariah dari kerajaan untuk membantu kewangan bank syariah tersebut. Tujuan dari
pembentukan undang-undang ini adalah untuk memberikan bantuan likuiditasi kepada bank
syariah agar dapat memenuhi kewajiban pembayarannya kepada nasabah maupun kepada
pihak ketiga. Salah satu bentuk pinjaman likuiditasi dari kerajaan Malaysia disebut dengan Sijil
Pelaburan Kerajaan (SPK) yang dikeluarkan sejak 1983, pembiayaan tersebut dilaksanakan
berdasarkan konsep Qardhul Hasan.
Penubuhan Bank Islam Malaysian Berhad (BIMB) pada 1 Julai 1983 sebagai Bank Islam
pertama merupakan langkah awal perkembangan perbankan syariah di Malaysia. Kegiatan
operasi awal Bank Islam Malaysian Berhad dari tahun 1983 hingga 1992 dianggap sebagai
tahun-tahun monopoli BIMB kerana keputusan kerajaan untuk memberi tempoh waktu selama
10 tahun kepada BIMB untuk berkembang, dalam hal ini kerajaan memberikan kesenangan
BIMB untuk beroperasi tanpa saingan sehingga diharapkan pertumbuhannya akan berlangsung
secara maksima dan yang terakhir memberikan peluang kepada Bank Islam untuk sebanyak
mungkin membuat produk perbankan Islam.

Hubungan Etnik Page 7


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

3.0 Sejarah Perbankan Islam Tahun 1990an

Penubuhan BIMB menunjukkan permulaan kepada keseriusan kerajaan Malaysia dalam


memperkenalkan sistem perbankan Islam di negara ini. Langkah ini adalah untuk mencapai
objektif jangka panjang iaitu untuk menyelarikan sistem perbankan Islam dengan sistem
perbankan konvensional (dual system). Bank Negara percaya objektif ini mampu dicapai
antaranya melalui jumlah ahli yang ramai.

Pada tahun 1990, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan suatu keputusan untuk
melaksanakan satu sistem perbankan syariah yang komperehensif dan beroperasi secara
seiringan dengan sistem perbankan konvensional (sistem ganda). Perkembangan BIMB
sebegitu cepat, setelah 10 tahun tempoh perkembangan eksklusif yang diberikan oleh
Kerajaan Malaysia, BIMB telah memiliki 80 cabang dan 1,200 orang pekerja, dalam

Hubungan Etnik Page 8


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

perkembangannya BIMB juga tercatat dalam Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchange
pada 17 Januari 1992.

Perkembangan sistem perbankan ganda di Malaysia berlangsung dalam dua tahap


besar. Tahap pertama berlangsung pada tahun 1990, pada tahap ini perbankan konvensional
dan perbankan syariah berjalan secara seiringan dengan mekanisme pasaran yang lebih
terbuka. Tahap kedua berlangsung sejak tahun 2001, dimana perbankan syariah menjadi bahan
utama dari bangunan kewangan nasional Malaysia. Perbankan syariah di Malaysia berkembang
maju dan komperehensif sehingga dapat menyumbang kemasukan nasional secara kualitatif
dan kuantitatif guna dan memenuhi keperluan ekonomi negara.

Pembentukan sistem perbankan ganda merupakan satu strategi dalam rangka


meningkatkan kepelbagaian jenis produk dan layanan dari perbankan, dimana umat Islam
sebagai komponen terbesar masyarakat Malaysia akan dapat memilih dan menggunakan
produk perbankan yang sesuai dengan ajaran agama. Di samping itu, sistem ini dapat
menyediakan suatu alternatif produk perbankan yang baru dan lebih luas kepada masyarakat,
sehingga pelanggan akan dapat memilih samada perbankan syariah atau konvensional.

3.1 Skim Perbankan Tanpa Faedah

Sejajar prinsip dan matlamat BNM untuk merealisasikan sistem perbankan Islam
di seluruh Malaysia, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) telah diperkenalkan pada
Mac 1993. Melalui skim ini, institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan
produk dan perkhidmatan perbankan Islam dengan menggunakan prasarana yang sedia
ada termasuk kakitangan dan cawangan. Buat permulaan, skim ini dianggap satu
perintis yang melibatkan tiga buah bank. Bank Negara juga aktif dalam memperkenalkan
bank yang beroperasi berlandaskan syariah. Bank-bank tersebut menyediakan
perkhidmatan yang disediakan oleh bank-bank konvensional tetapi yang
membezakannya adalah mereka mematuhi peraturan yang digariskan oleh syariah.

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3

Hubungan Etnik Page 9


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

4 Mac 1993 bermula pada 21 Ogos 1993 Penghujung Disember 1993


-melibatkan tiga bank -disertai oleh lebih 10 syarikat-21 syarikat institusi kewangan
komersial terbesar di kewangan. telah mendapat kelulusan
Malaysia Bank Negara untuk menyertai
skim tersebut.

Rajah 1 : Pelaksanaan Skim Perbankan Tanpa Faedah

3.2 Penggunaan istilah “Skim Perbankan Islam”

Pada tahun 1998, BNM telah menjalankan satu kajian semula terhadap
perbankan Islam dan mendapati penggunaan istilah “SPTF” tidak mencerminkan
penampilan sebenar operasi perbankan Islam yang dilaksanakan oleh institusi
perbankan. Oleh itu BNM telah menggantikan istilah “SPTF” dengan “Skim Perbankan
Islam (SPI)” berkuatkuasa 1 Disember 1998.Salah satu dari strategi yang digunakan
untuk membangunkan sistem perbankan Islam adalah dengan menambah jumlah
pelanggan yang bergabung dalam Skim Perbankan Islam. Pelembagaan SPI bertujuan
untuk mensosialisasikan tahap perbankan syariah kepada masyarakat luas dalam waktu
yang singkat serta dengan pembiaya yang rendah. Dengan mengikuti keanggotaan
Skim Perbankan Syariah, bank konvensional yang diperkenalkan memberikan
pelayanan produk dalam bentuk syariah dengan menggunakan prasarana dan
instrumen yang sudah ditetapkan. Bank Negara Malaysia secara khusus telah
memberikan ‘guide line’ mengenai bank konvensional yang memberikan layanan produk
syariah, antara lain aturan pada BAFIA (fasal 32) yang tidak membenarkan bank
melakukan pelaburan pada sektor yang berkaitan dengan produk haram seperti arak

Hubungan Etnik Page 10


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

dan judi. Fasal 124 BAFIA juga mensyaratkan kepada bank konvensional yang
memberikan layanan produk syariah, haruslah membuat unit atau bahagian perbankan
syariah.

SPI ini adalah merupakan skim yang terbuka dan sukarela, BNM tidak memaksa
semua bank untuk mengikuti skim tersebut. Apabila bank konvensional mengikuti
program SPI, maka bank tersebut haruslah mengikuti semua petunjuk dan syarat
standard yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Salah satu syarat yang
diberikan oleh BNM kepada bank konvensional yang hendak mengikuti SPI adalah
pembentukan “Bahagian Perbankan Islam” (Islamic Banking Division), lembaga ini harus
diketuai oleh seorang yang memiliki kompetensi dan lesen dalam bidang perbankan
syariah. Sementara itu, bank yang melaksanakan SPI diwajibkan mencari dan
mengelola dana perbankan syariah secara berasingan dari anggaran untuk perbankan
konvensional. Bank-bank SPI diwajibkan memberikan proposal pembentukan layanan
syariah beserta jaminan kesyariahan produk dan melaporannya kepada BNM.
Perkembangan jaringan SPI di Malaysia berkembang dengan sedemikian pesat,
pada saat ini jaringan SPI di Malaysia meliputi:

N0 Jenis Bank Jumlah Bank

1 Kumpulan Perbankan Tempatan 9

2 Bank perdagangan 9

3 Syarikat Kewangan 8

4 Bank Saudagar 5

5 Bank Asing 4

6 Syarikat Diskaun 7

7 dan jumlah Counter SPI adalah sebanyak 2.200

Jadual 1: Perkembangan Sistem perbankan Islam di Malaysia

Hubungan Etnik Page 11


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

Produk yang diberikan oleh SPI sangat variasi, terdapat 30 jenis produk layanan yang
diberikan diantaranya adalah deposit, simpanan berjangka, pembiayaan individu,
pembiayaan koperasi dan pembiayaan perdagangan. Jenis SPI pada dasarnya merupakan
bentuk pengembangan dari layanan perbankan konvensional yang diserap ke dalam skim
syariah.

3.3 Penubuhan Bank Islam Kedua di Malaysia

Langkah strategis Malaysia dalam usaha mempercepatkan pengembangan


perbankan syariah adalah dengan mendirikan Bank Islam pada tahap kedua yang mulai
beroperasi sejak 1 Oktober 1999. Penubuhan Bank Islam pada tahap kedua ini
dilakukan dengan menggabungkan Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of
Commerce (M) Berhad dan kewangan BBMB kewangan. Seluruh Asset Bank Syariah
BOCB, BBMBK di salurkan ke BBM termasuk asset konvensional yang dimiliki oleh
BBMB dan BBMBK.
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengembalikan lesen yang
diberikan oleh BAFIA dan kemudian mengajukan permohonan lesen perbankan syariah
di bawah pengaturan Akta Perbankan Islam. Seluruh pekerja BBMB, BOCB dan BBMBK
sejumlah 1,000 orang dipindah tugaskan ke BMMB, dengan modal dasar RM 300 juta
dan 4 cawangan yang tersebar di seluruh Malaysia.

Senarai Institusi Perbankan Berlesen di Malaysia (Bank-bank Islam):

No Nama Pemilikan
1 Affin Islamic Bank Berhad L
2 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad F
3 Alliance Islamic Bank Berhad L
4 AmIslamic Bank Berhad L
5 Asian Finance Bank Berhad F
6 Asian Finance Bank Berhad L
7 Bank Muamalat Malaysia Berhad L
8 CIMB Islamic Bank Berhad L
9 EONCAP Islamic Bank Berhad L
10 Hong Leong Islamic Bank Berhad L
11 HSBC Amanah Malaysia Berhad F
12 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad F
13 Maybank Islamic Berhad L

Hubungan Etnik Page 12


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

14 OCBC Al-Amin Bank Berhad F


15 Public Islamic Bank Berhad L
16 RHB Islamic Bank Berhad L
17 Standard Chartered Saadiq Berhad F

4.0 Sejarah Perbankan Islam tahun 2000 – Sekarang

Industri kewangan Islam di Malaysia telah mengalami transformasi yang pesat dalam
dekad kebelakangan ini. Ia telah berkembang menjadi salah satu komponen yang kompetitif
dalam sistem kewangan di Malaysia dan menjadi salah satu pemacu pertumbuhan dan
kemajuan ekonomi negara. Dengan sistem kewangan Islam dan konvensional beroperasi
seiring, Malaysia terus menggalakkan peluasan sektor ini di dalam dan di luar negara. Malaysia
telah muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai sektor kewangan Islam yang paling
komprehensif di dunia, disokong oleh semua komponen yang diperlukan oleh sesebuah sistem
kewangan iaitu perbankan Islam, takaful, serta pasaran wang dan ekuiti Islam, berlandaskan
sistem perundangan yang tersendiri dan menyeluruh.

Pada akhir tahun 2000, sektor kewangan Islam merangkumi dua bank Islam, 47 institusi
perbankan konvensional (17 bank perdagangan domestik, empat bank asing, 14 syarikat
kewangan, lima bank saudagar dan tujuh syarikat diskaun) yang menyertai Skim Perbankan
Islam (SPI), pasaran wang secara Islam, dua syarikat takaful dan pelbagai produk kewangan.
Berikutan proses penggabungan institusi-institusi perbankan domestik, bilangan institusi
perbankan konvensional yang menyertai SPI akan menurun kepada 33 buah, terdiri daripada
sembilan bank perdagangan domestik, empat bank asing, lapan syarikat kewangan, lima bank
saudagar dan tujuh syarikat diskaun.

Pada tahun 2000, sektor perbankan Islam terus mencatatkan pertumbuhan aset yang
kukuh sebanyak 30% kepada RM47.1 bilion manakala deposit dan pembiayaan masing-masing
meningkat kepada RM35.9 bilion dan RM20.9 bilion. Dari segi prestasi secara relatif berbanding

Hubungan Etnik Page 13


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

dengan sistem perbankan, pada akhir tahun 2000, peratusan aset perbankan Islam telah
meningkat kepada 6.9%, manakala deposit dan pembiayaan masing-masing meningkat kepada
7.4% dan 5.3%. Rangkaian perkhidmatan juga telah berkembang dengan pesat yang mana
terdapat lebih daripada 2,200 cawangan bank-bank Islam dan bank-bank SPI yang
menawarkan perkhidmatan dan produk perbankan Islam. Perbankan Islam juga telah memberi
kesan limpahan kepada pengantara kewangan bukan bank yang lain seperti institusi kewangan
pembangunan, institusi simpanan dan institusi kredit perumahan yang turut memperkenalkan
skim dan instrumen kewangan Islam bagi memenuhi permintaan pelanggan. Di samping itu,
pertumbuhan pesat pasaran sekuriti hutang dan ekuiti secara Islam turut merancakkan aktiviti
pasaran modal. Bagi melengkapi usahausaha ini, Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa
Labuan juga telah memulakan usaha yang serius untuk menubuhkan Pasaran Kewangan Islam
Antarabangsa bagi merangsang penggemblengan mudah tunai dan instrumen kewangan di
samping meningkatkan peluang pelaburan supaya dana-dana Islam digerakkan dengan lebih
berkesan.

Sepanjang lima tahun yang lalu, sektor perbankan Islam di Malaysia telah mencatat
pertumbuhan dua angka dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 20% dari segi
aset. Pada suku kedua tahun 2009, bahagian aset perbankan Islam daripada jumlah aset sektor
perbankan keseluruhan telah berkembang hingga mencapai 18.9% berbanding hanya 10.5%
pada tahun 2004. Industri takaful juga mencatat prestasi yang memberangsangkan dengan
kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 25.1% dari segi caruman dalam tempoh yang
sama. Jumlah caruman industri takaful juga mencatatkan penguasaan yang lebih besar dalam
keseluruhan sektor insurans hingga mencapai 9.25% pada suku tahun kedua 2009. Malaysia
juga kekal sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia dengan mencakupi lebih 45% daripada
terbitan sukuk global perbankan islam.

Krisis kewangan yang melanda dunia baru-baru ini telah membuka peluang yang besar
kepada sektor kewangan Islam sebagai salah satu alternatif penting kepada krisis kewangan
global ini. Ini jelas, di mana sewaktu krisis kewangan global mengakibatkan beberapa institusi
kewangan merudum dalam sistem kewangan konvensional, sektor kewangan Islam masih
mampu mencatatkan pertumbuhan positif. Dengan aset kewangan Islam global yang dijangka
meningkat kepada USD1.6 trillion pada 2012, sektor ini dijangka mampu menjadi lebih maju di

Hubungan Etnik Page 14


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

pasaran kewangan antarabangsa dengan cirinya yang tersendiri berbanding sistem kewangan
konvensional. Peningkatan perkembangan sektor kewangan Islam turut dapat dilihat menerusi
minat dan komitmen yang ditonjolkan oleh pusat-pusat kewangan antarabangsa yang
didominasi oleh masyarakat bukan Islam seperti London, Paris, Hong Kong, Singapura dan
Jepun untuk membangunkan sektor kewangan Islam di negara mereka. Justeru, inilah masa
dan peluang terbaik bagi negara-negara Islam seperti Malaysia untuk memperkukuhkan struktur
dan produk kewangan Islam mereka serta mengenengahkannya kepada dunia sebagai pilihan
utama kaedah pemulihan ekonomi global.

Perkembangan positif industri kewangan Islam di Malaysia selama ini merupakan hasil
langkah-langkah strategik Kerajaan, berserta sokongan pelbagai pihak  dalam mengembangkan
kewangan Islam. Sejak penubuhan Tabung Haji dan bank Islam yang pertama, negara terus
mengemudi pelbagai usaha seperti memperkenalkan syarikat takaful pertama dan
membolehkan bank-bank konvensional turut membuka kaunter yang menawarkan
perkhidmatan perbankan dan kewangan Islam. Inisiatif ini disokong dengan usaha berterusan
dalam memantapkan rangka kerja perundangan, pengawalan, penyeliaan dan Syariah bagi
memastikan sektor kewangan Islam dapat berkembang secara teratur dan, pada masa yang
sama, kestabilan kewangan dikekalkan. Komitmen kerajaan untuk memastikan negara menjadi
Pusat Kewangan Islam Antarabangsa turut direalisasikan melalui pembentangan Bajet 2007.
Pelbagai insentif diperkenalkan termasuklah pengecualian cukai dan duti setem terhadap
pelbagai bentuk operasi perniagaan perbankan Islam.

Perkembangan ini telah mendorong negara untuk melaksanakan proses liberalisasi


dalam industri perkhidmatan kewangan Islam dalam tahun 2002. Langkah ini telah
meningkatkan kehadiran dan penyertaan asing dalam sistem kewangan Islam Malaysia,
seterusnya mewujudkan peserta industri yang pelbagai. Pasaran bon Malaysia juga telah
menyaksikan entiti asing menerbitkan dana dalam denominasi ringgit dan mata wang asing
dalam pasaran domestik. Berikutan perkembangan ini, Malaysia kini memasuki fasa baru dalam
pembangunan sistem kewangan Islam, dengan inisiatif untuk mempromosikan Malaysia
sebagai sebuah Pusat Kewangan Islam Antarabangsa. Ini bertujuan mengukuhkan
Hubungan Etnik Page 15
Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

kesalinghubungan ekonomi dan kewangan Islam Malaysia dan seterusnya menggalakkan


perdagangan dan pelaburan merentas sempadan.

Antara perkembangan positif yang dapat dilihat kesan daripada langkah liberalisasi ini
ialah peningkatan dan peluasan penggunaan pelbagai konsep Syariah dalam produk-produk
kewangan Islam. Jika sebelum ini banyak produk perbankan Islam menggunakan konsep
Syariah yang terhad seperti Wadi’ah, Murabahah, Bai Bithaman Ajil, dan Bay al-Dayn, kini lebih
banyak konsep Syariah yang lain telah diguna pakai seperti Ijarah, Mudarabah, Musyarakah,
dan Tawarruq. Kepelbagaian aplikasi konsep Syariah ini meningkatkan inovasi dan variasi
dalam penawaran produk-produk kewangan Islam. Perkembangan ini menunjukkan bahawa
peningkatan persaingan di antara peserta industri telah menjadikan mereka lebih inovatif dalam
meneroka pelbagai produk baru bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Hubungan Etnik Page 16


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

Kesimpulan

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia


adalah berdasarkan dua bentuk utama iaitu institusi perbankan Islam secara total seperti BIMB
dan BMMB dan yang kedua ialah institusi perbankan konvensional yang menyertai SPI yang
diperkenalkan kerajaan. Apa yang jelas, sistem perbankan Islam di Malaysia semakin
berkembang daripada masa ke semasa. Ini juga selaraskan dengan aspirasi kerajaan bagi
menjadikan Malaysia sebagai hub perbankan dan kewangan Islam yang terulung di dunia.

Hubungan Etnik Page 17


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

Rujukan

1. BNB (1999), Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan di Malaysia Perubahan
Sedekad 1989-1999, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, , hal. 5

2. Sudin Haron, Bala Shanmugam, 1997. Islamic Banking System – Concepts &
Applications - , Pelanduk Publications.

3. Money and Banking in Malaysia, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, hal. 191 ;
Zainal Amin Ayub, Mohammad Azam Hussain, Nurretina Ahmad Shariff & Hassan Ali,
op. cit., hal. x

4. Dr. M. Muslehuddin, 2007. Banking & Islamic Law, Adam Publishers.

5. Dr Sobri Salamon, 1984. Perbankan Islam.

6. moh rozaq's Site. Sejarah Perkembangan Perbankan Malaysia.


<http://rozaqasyhari.multiply.com/journal/item/3/Sejarah_Perkembangan_Perbankan_M
alaysia> [Diakses pada 1 Februari 2011]

7. Syariah and Law in Malaysia – version 2. Sejarah Ringkas Perkembangan Perbankan


Islam di Malaysia.<http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/26/sejarah-ringkas-
perkembangan-sistem-perbankan-islam-di-malaysia/> [Diakses pada 8 februari 2011]

8. Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim, 2008. Memahami Konsep Sistem Perbankan Islam
Secara Ringkas. Syafiqe.wordpress.com, [wordpress] 4 June, Terdapat di : <
http://syafiqe.wordpress.com/2008/06/04/artikel-terkini-memahami-konsep-sistem-
perbankan-islam-secara-ringkas/> [Diakses pada 26 Februari 2011].

9. DAKIAN, M. (2005). SISTEM KEWANGAN ISLAM, Instrumen, Mekanisme dan


Perlaksanaannya di Malaysia. (1st ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
SDN BHD

Hubungan Etnik Page 18


Sejarah Perkembangan Perbankan Islam Selama 3 Dekad

10. Ibrahim, D. (2009, October 13). “Kedudukan Sistem Kewangan Islam di Malaysia – Satu

Tinjauan”. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Retrieved February 20, 2011, from

http://www.islam.gov.my/kedudukan-sistem-kewangan-islam-di-malaysia-satu-tinjauan

11. www.bankinginfo.com.my

Hubungan Etnik Page 19

You might also like