Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

KONSEP
Pada asasnya aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
sekolah dan setiap orang pelajar harus melibatkan diri. Aktiviti-aktiviti ini boleh
dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti
itu.
Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman
tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan
dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani,rohani
dan pembentukan nilai-nilai etika serta social yang positif.

2. MATLAMAT
Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah
matlamat utama aktiviti-aktiviti kokurikulum. Matlamat aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang hendak dicapai adalah :-
2.1 Menseimbangkan antara perkembangan mental (akademik) dengan
perkembangan social, jasmani, rohani, dan emosi pelajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
2.2 Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar-pelajar dalam sekolah
dan di antara sekolah.
2.3 Membina dan meingkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang diceburi.
2.4 Menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
2.5 Mengisikan masa lapang pelajar dengan gerakerja yang berfaedah, memberi
kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.6 Membina dan meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan
Pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

1
2.7 Menwujudkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan
pelajar.
2.8 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

3. OBJEKTIF
3.1 Setiap pelajar (dari tahun 4 hingga tahun 6) diberi peluang mengambil
bahagian dalam satu aktiviti sukan dan satu aktiviti badan beruniform atau
persatuan dan kelab.
3.2 Melibatkan semua guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum sekolah.
3.3 Menubuhkan badan beruniform, persatuan akademik dan kelab seperti
berikut:-

A. Badan beruniform B. Persatuan akademik C. Kelab


i. Pengakap i. B. Melayu i Tarian
ii. BSMM ii. B. Cina ii SPBT
iii. TKRS iii. B. Inggeris iii Pencegahan Jenayah
Iv. Pandu Puteri Tunas Iv Ping Pong
v. St. John Ambulans v B. Keranjang
vi Badminton
vii B. Tampar
viii Olahraga

3.4 Setiap pelajar diberi peluang mendapat pengalaman dalam badan beruniform
3.5 Mengadakan perkhemahan dan lawatan.
3.6 Memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat bila diperlukan.
3.7 Mengukuh dan mengayakan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta
memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
3.8 Mengambil bahagia dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang tertentu di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.

2
3.9 Membantu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke tahap optimum.
3.10 Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai satu-
satu permainan yang ditawarkan oleh sekolah dan Pendidikan Jasmani
Kesihatan .
3.11 Menggalakkan pelajar memilih mana-mana jenis sukan dan aktiviti kecergasan
yang diminati sebagai pengisi masa lapang dan kesejahteraan diri.
3.12 Kenal pasti pelajar yang berpotensi untuk cemerlangan melalui pertandingan
antara kelas.
3.13 Pelajar yang berpotensi diikhtiarkan untuk mendapat latihan lanjutan.

4. STRATEGI
Bagi mencapai objektif dan matlamat tersebut, berikut adalah bebebrapa strategi
pelaksanaannya:-

4.1 Memberi wajaran yang sesuai bagi aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan
aktiviti kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di
sekolah.
4.2 Menyusun jadual pelaksanaan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti kokurikulum
dapat dijalankan dengan teratur dan terkawal.
4.3 Mengadakan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan pasukan
sukan serta memperbagaikan aktiviti tersebut,dengan tujuan memberi
peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara
individual, kumpulan dan beramai-ramai.
4.4 Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum, di mana yang sesuai,
untuk tujuan pemupukan perpaduan.
4.5 Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.
4.6 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan
Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), Persatuan Murid-Murid Tua (PMT), Lembaga
Pengurus Sekolah (LPS), guru-guru dan pelajar-pelajar dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

3
4.7 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi menepatkan objektif dan
matlamat yang dikehendaki.
4.8 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
4.9 Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar.
4.10 Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
4.11 Memberi penghargaan kepada pelajar, guru-guru dan lain-lain pihak dari
masa ke masa.

You might also like