Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Mahsuri

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi.
Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun
ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri
Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya
terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang
kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini
dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita
kanak-kanak.

Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah


pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin
Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah
(1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama
ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan
sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan
terlibat dengan perniagaan sarang Burung layang-layang padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya


bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang
dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan
bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu
yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau
bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan
kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus,
salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran
Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan
Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri
hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber
menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan
beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut,
Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga)
singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan
ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan
dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan
menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau
Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan
Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa
mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus
pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu,
untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan
tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh
Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan
tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang
terdapat di alang rumahnya.

Batu penanda tentang kematian Mahsuri.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-
mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak
menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau
Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama
tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri
dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah
berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke
bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri
dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan
untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan
1235 Hijrah.
Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal
menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu
membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam
menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam.
Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan
diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan
disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau
Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai
pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana
kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang
kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih
menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu
di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui
sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai
Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan


kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan
kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan
kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan
ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah
Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali
dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai
lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang
keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan
menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau
dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18
Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri
dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya
terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang
kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini
dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita
kanak-kanak.

Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah


pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin
Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah
(1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama
ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan
sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan
terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya


bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang
dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan
bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu
yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau
bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan
kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus,
salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran
Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan
Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri
hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber
menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan
beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut,
Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga)
singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan
ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan
dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan
menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau
Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan
Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa
mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus
pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu,
untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan
tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh
Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan
tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang
terdapat di alang rumahnya.
Batu penanda tentang kematian Mahsuri.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-
mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak
menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau
Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama
tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri
dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah
berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke
bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri
dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan
untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan
1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal
menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu
membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang
pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam.
Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan
diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan
disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau
Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai
pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana
kegiatan lanun dan jenayah yang teruk

Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang
kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih
menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu
di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui
sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai
Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan


kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan
kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan
kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan
ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah
binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai
lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang
keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan
menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
Angkara Fitnah, Mahsuri Dianiaya

Firman Allah bermaksud;

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat,
ayat 6)

Islam mengajar kita agar tidak terlibat dalam fitnah dan umpat. Fitnah dalam erti kata
mudah faham ialah mengadakan atau mereka-reka cerita untuk sesuatu tujuan yang
mendatangkan angkara. Umpat pula ialah membuka aib atau rahsia seseorang kepada
orang lain.

Janganlah sehingga orang berkata bahawa umpat atau fitnah sinonim dengan Melayu!
Kita marah apabila ada yang berkata demikian. Perasaan tidak senang melihat kejayaan
saudara sebangsa dan seagama mendorong berlakunya iri hati, hasad dengki sehingga
berlakunya umpat dan fitnah.

Bahaya fitnah amatlah besar. Dalam surah al-Baqarah, ada menyebutkan;

“..fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya”.

Malah..
“tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah” (hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).

Umpat dan fitnah sukar dibendung jikalau sudah sebati di dalam diri bangsa Melayu.
Tanpa disedari, kita boleh bercerita atau menyebut keburukan dan kekurangan seseorang
kepada orang lain. Perbuatan mengumpat  juga termasuk apabila menyebut atau
menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh
orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud;

“mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara
yang dibencinya”(Hadis Riwayat Muslim).

Sejak dahulu lagi perkara sebegini kerap berlaku di dalam masyarakat Melayu. Akibat
dari hasad dengki dan iri hati terhadap kecantikan Mahsuri, ia telah difitnah dan dibunuh.
Lakaran gambar Mahsuri

Versi Cerita Mahsuri

Kecantikan Mahsuri tersebar luas di Pulau Langkawi. Khabarannya sampai juga kepada
Wan Yahya yang ketika itu menjadi Penghulu Langkawi dengan gelaran Dato Pekerma
Jaya.

Maka Wan Yahya amat tertarik dengan perkhabaran yang sampai ke telinganya lalu
berhajat untuk menyunting Mahsuri untuk dijadikan isteri kepada adiknya Wan Derus.
Merekapun menghantarlah rombongan dengan penuh kebesaran untuk meminang
Mahsuri. Amat gembiralah Pandak Mayah dan Cik Alang kerana Mahsuri bakal menjadi
isteri kepada adik penghulu Langkawi.

Lamaran itu diterima dengan sepenuh hati. Apabila tiba hari yang ditetapkan, maka
berlangsunglah majlis perkahwinan tersebut dengan penuh adat istiadat dan kebesaran
negeri selama beberapa hari. Bersukarialah penduduk Langkawi meraikan perkahwinan
itu.

Setelah berkahwin dengan Wan Derus, Mahsuri berpindah dari Kampung Mawat dalam
mukim Ulu Melaka ke Pengkalan ataupun Padang Mat Sirat sekarang iaitu tempat tinggal
Wan Yahya dan isterinya Wan Mahora. Disinilah Mahsuri dan Wan Derus memulakan
penghidupan baru dan juga bermulanya Mahsuri dikhianati.

Kecantikan Mahsuri tidak disenangi oleh birasnya, Wan Mahora. Selama berada di
Pengkalan, Mahsuri pandai menarik hati penduduk kampung dengan tingkah lakunya
yang sopan, budi pekerti yang tinggi serta bijak berpantun. Ini menambahkan lagi iri hati
Wan Mahora kepada Mahsuri dan mencari jalan agar Mahsuri disingkirkan.
Ketika Wan Derus keluar berperang dengan Siam, Mahsuri dikunjungi oleh seorang
penyair bernama Deramang. Kesempatan tersebut diambil sepenuhnya oleh Wan Mahora
dan Mahsuri difitnah bersekedudukan dengan Deramang. Tanpa usul periksa, Mahsuri
akhirnya dihukum bunuh.

Cerita tersebut adalah salah satu cerita yang mashyur dan diketahui ramai orang.
Peristiwa Mahsuri difitnah, dibunuh dan Langkawi disumpah sememangnya menarik
untuk diambil iktibar dan pengajaran. Umumnya orang yang difitnah termasuk di dalam
golongan orang yang makbul doanya disisi tuhan.
Aishah Nawawi yang dikatakan asal keturunan dari Mahsuri. Sumber gambar dari
tutor.com.my

Cerita tersebut telah berlaku lama, tetapi sering berulang di dalam masyarakat Melayu
kita.  Tanpa disedari, fitnah menjadi makanan harian dan sifat tidak senang dengan
kelebihan orang lain menjadi menu utama. Natijahnya, bangsa akan rosak dan
masyarakat akan hancur. Di dalam al-Quran ada menyebutkan bahawa pada akhir zaman
akan berleluasanya fitnah. Terpulang kepada kita sama ada mahu termasuk  di dalam
golongan fitnah atau  sebaliknya! Tepuk dada tanya selera..

You might also like