Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PROGRAM PANITIA BAHASA MELAYU DAERAH KINTA UTARA 2009

Skrip Karangan Contoh : SPM

TAJUK : Pada cuti persekolahan yang lalu, anda telah mengikuti sahabat karib anda
Pulang ke kampung halamannya yang terletak di pedalaman.

Gambarkan suasana dan pengalaman anda ketika berada di sana.

Pada cuti persekolahan penggal kedua yang lalu, saya telah mengikuti sahabat
karib saya di kampung halamannya yang terletak jauh di pedalaman. Sepanjang masa
berada di sana, banyak pengalaman dan suasana baru yang diperoleh. Namun, banyak
nyamuk terdapat di sana. Kemudahan yang ada pula kurang mencukupi dan tidak
banuyak seperti yang ada di bandar.

Saya dan kawan saya pergi ke sana dengan menaiki bas awam. Bertolak dari
Stesen Bas Medan Gopeng, perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Kami turun di Stesen Bas Alor Setar. Dari situ, kami menaiki teksi sapu, iaitu teksi yang
tidak mempunuai permit yang sah. Teksi sapu tersebut hanya boleh menghantar kami
hingga ke jeti sahaja. Kemudian, kami menaiki sebuah bot yang agak usang pula.
Sebaik sahaja turun dari bot, saya mendapati bahawa di hadapan saya hanyalah pokok
– pokok dan semak – samun. Dari situ pula kami terpaksa berjalan kaki untuk ke
kampung sahabat saya itu.

Sambil berjalan, bermacam – macam perkara yang saya fikirkan. Ular, harimau,
gajah, dan semua haiwan yang merbahaya berada dalam fikiran saya. Apabila masuk
sahaja di kawasan hutan, kedengaran bunyi burung berkicauan dan monyet jenis lotong
yang bersahut – sahutan. Bunyi unggas yang lain juga ada kedengaran. Suasana di
dalam hutan itu menyeramkan juga kerana laluan denai yang sempit, tambahan pula
hutannya agak tebal. Denai yang kami lalu juga berselut memandangkan hujan telah
turun dengan lebat malam semalam. Sang pacat pun mengambil kesempatan untuk
menghisap darah manusia yang lalu di situ.

Sebaik sahaja keluar dari kawasan hutan, mata saya dengan jelas dapat melihat
kampung sahabat saya. Tiada sebatang tiang elektrik pun yang terpacak di kampung
ini. Bunyi generator juga tidak kedengaran. Boleh dikatakan bahawa kesemua
penduduk di sini masih menggunakan pelita minyak tanah untuk menerangi rumah
mereka.

Sampai sahaja di rumah, kami disambut oleh ibu bapa sahabat saya. Rumahnya
begitu kecil, hanya terdapat dua buah bilik. Tiada televisyen keana tiada bekalan
elektrik. Tetapi ada sebuah radio lama yang terdapat di bilik sahabat saya itu. Radio itu
pun sudah rosak. Rumah sahabat saya ini diperbuat daripada kayu hutan dan sangat
tahan lasak. Tangga yang terdapat di rumah kawannya itu berbentuk bulat yang
diperbuat daripada kayu cengal. Atap rumahnya pula diperbuat daripada pokok rumbia.

Selepas berehat beberapa minit, saya mengambil keputusan untuk membersihkan


diri. Sahabat saya menyatakan bahawa tiada bilik mandi di rumahnya sebaliknya dia
terpaksa ke perigi atau telaga untuk mandi. Pada mulanya, saya kekok menggunakan
timba yang dibuat daripada upih pinang. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba,
saya berjaya menggunakannya. Tandas curah juga tiada kelihatan di sini. Seseorang itu
terpaksa mengorek lubang yang letaknya jauh dari rumah. Sahabat saya memberitahu,
orang di sini biasanya buang air besar pada waktu malam.

Pada sebelah petangnya pula, saya berpeluang berkenalan dengan bapa sahabat
saya yang baru pulang dari bekerja. Bapanya bekerja sendiri, mempunyai kebun sayur
– sayuran yang sederhana saiznya. Hasil tanaman yang dikutip pada setiap hari akan
dijual sendiri oleh bapanya, iaitu bergerak dari sebuah rumah kepada rumah yang lain.
Pada hari pertama saya datang ke kampung ini, saya tidak bercadang untuk bersiar –
siar sebaliknya hanya ingin berehat di rumah.

Pada sebelah malam pula, tidak seperti di bandar, yang riuh rendah dengan bunyi
televisyen, radio dan alunan muzik yang dipasang. Di sini, sunyi sepi dan hanya
terdengar bunyi cengkerik yang seolah – olah bekerja pada waktu malam. Sebelum
tidur, saya sempat bersembang dengan sahabat saya tu.

Keesokan paginya, kedengaran bunyi ayam hutan berkokok. Bunyinya agak


pendek dari yang biasa. Setahu saya hanya ayam betina sahaja yang boleh terbang,
tetapi tidak ayam hutan kerana ayam hutan jantan juga boleh terbang. Selepas itu,
kedengaran juga bunyi ungka yang bersahut – sahutan mengejutkan penduduk
kampung yang lena tidur. Apabila hari mulai cerah, kami bercadang untuk mengail ikan
di sungai. Kami juga bercadang bermandi – manda di sungai itu. Sempat juga saya
berkenalan dengan beberapa remaja yang secara kebetulan turut mandi di situ. Saya
juga sempat berkenalan dengan pelbagai jenis tumbuh – tumbuhan yang terdapat di
situ. Sesampai sahaja di sungai tersebut, saya mencari tempat yang sesuai untuk
memancing. Kami dapat mengail ikan tengas, sebarau dan tilapia merah. Nasib saya
pada kali ini tidak berapa baik kerana hanya dapat seekor ikan keli. Akhirnya kami
membuat keputusan untuk mandi sahaja.

Sebelum pulang, ibu bapa sahabat saya memberi sedikit buah tangan iaitu madu
lebah asli dan buah – buahan seperti manggis dan langsat. Pada cuti persekolahan
yang akan datang, saya bercadang mengajak sahabat saya pula bertandang ke rumah
saya. Suasana sedih menyelubungi perasaan kami pada saat kaki saya melangkah
meninggalkan seribu kenangan kepada ibu dan bapa sahabat saya itu.

Betullah kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman. Saya amat menghargai
pengalaman yang saya peroleh selama berada di kampung sahabat saya itu. Saya amat
bersyukur keadaan kehidupan saya sekeluarga cukup selesa.

Nama Pelajar : NURMALEENA BT KAMARUDIN …………………………

……………………………. Cop sekolah :


TN HJ ALI BIN ALWI
( Pembaca Pruf )

You might also like