Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam


bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor
fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan
faktor teknikal (Mak Soon Sang,2008).

Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang


terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas
iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk
guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan
bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan
dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya
memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran
berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama
mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9
meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan
tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan,
kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD
dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya
terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk
berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,
wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu
bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.(Haji Samsudin bin
Md Noor, http://www.google.com.my). 

Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara


murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah
bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.
Terdapat juaga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka
bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang
dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan
sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008).
Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru
kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan
murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan
murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai
komunikasi pelbagai hala. Selain itu faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur
semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah dimana guru perlu menetapkan
perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan
sistematik, seperti; Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar
ke tandas. cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti
berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak
merayau-rayau dalam kelas. cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan
pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran kertas kerja dari
guru. 

Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru


mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di
tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi
bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-
sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan
tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak
memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008). Faktor emosi juga dapat di lihat melalui
kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis
kepimpinan guru ialah; Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu mengawal murid melalui
ganjaran dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak
menarik serta tidak kondusif. Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi
tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan
desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan menyeronokan. Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan
sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah
tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak
akrab dan mesra.. Selain itu guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan
kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan
kognitif di kalangan murid-murid (Dr Ragbir Kaur, 2008). Dengan kata lain tugasan
yang di berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta
membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan
kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan
budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka
dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu
penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid (Haji Samsudin bin Md Noor). 

Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang


digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini
merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar
mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti
pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar murid agar
mereka berusaha dengan lebih giat lagi (Mok Soon Sang, 2008). Di samping itu
persediaan guru merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan
murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Ada
kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai
murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat
kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan,
perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap (Haji Samsudin Bin Md
Noor). Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru bergantung kepada
kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga
membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk
membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan
masa yang berkesan (Haji Samsudin bin Md Noor).

KESIMPULAN 
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai
daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,
malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid.
Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak
memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan
bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi,
dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru
yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid,
dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang
sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan
tekun’. (Riwayat Baihaqi). 

You might also like