Pelan Integriti Nasional

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PELAN INTEGRITI NASIONAL

KOMITMEN KERAJAAN MALAYSIA


Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini
dipandu oleh semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan
Persekutuan Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perlembagaan
Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman
kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan
ideologi negara yang diisytiharkan pada 1970 untuk membentuk
konsensus baru, menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta
mambangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, leberal dan
progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991
mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju
menurut acuan sendiri serta cabaran-cabaran yang perlu ditanganinya
dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat
Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020
menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di
Malaysia sehingga ke hari ini.
 Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan
pentadbiran, Kerajaan telah membentuk
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan
Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan
meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan
Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pada masa ini
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana
Menteri.
Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli
dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan
Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri
dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan
bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas,
tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat
sehingga ke peringkat akar umbi.
 Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan
JKP, iaitu Perundangan, Sistem dan Prosedur Kerja,
Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan,
Kawalan Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif,
serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu
mekanisme keutuhan sistem pengurusan pentadbiran
Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh,
sistematik dan berterusan.
 Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus
korporat yang dikenali sebagai Malaysian Code on Corporate
Governance (MCCG) telah diterbitkan pada Mac tahun 2000.
Walaupun pada mulanya MCCG tidak diberikan perhatian
sewajarnya oleh pihak swasta, keadaan berubah sejak Januari
2001 apabila Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB)
menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan
menerima pakai kod ini. Dalam syarat penyenaraian bagi
syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan
amalan terbaik dalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau
bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan
disclosures seperti yang dituntut dalam syarat penyenaraian atau
Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat laporan
mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat
penyenaraian.
 Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah
usaha peningkatan etika dan integriti masih
merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak
menyeluruh, dan bergerak secara bersendirian
tanpa sinergi semua sektor untuk
melaksanakannya. Oleh yang demikian, suatu
mekanisme menyeluruh yang merangkumi
semua sektor perlu dibentuk dan agenda
integritinya dilaksanakan secara berkoordinasi .
 Untuk tujuan itu, suatu perancangan menyeluruh
yang dikenali sebagai Pelan Integriti Nasional (PIN)
dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat
pemantapan etika dan integriti serta membudayakan
integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua
pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi
agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia,
pelajar dan golongan lain dalam masyarakat dari setiap
pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu
meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka
terhadap integriti.
FAKTOR YANG
MENJEJASKAN INTEGRITI
INDIVIDU

 Kelemahan individu merupakan salah satu


faktor yang amat penting. Individu yang lemah
didikan agama dan penghayatan nilai-nilai
murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta
tamak dan mementingkan diri akan
menyebabkan merosotnya integriti.
KEPIMPINAN
 Kepimpinan sangat penting dalam
mencorakkan budaya organisasi dan
masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan
pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan
iltizam yang teguh untuk memberikan
pedoman dan petunjuk serta melakukan
perubahan untuk kebaikan.
SISTEM DAN PROSEDUR
 Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan
awam, misalnya dalam urusan tender;
 Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi

menjalankan tugas.
 Penguatkuasaan yang tidak berkesan.

 Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan

sesuatu strategi atau program;


 Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia

ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan


penguatkuasaan;
 Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini, lapuk dan

kurang jelas.
STRUKTUR DAN INSTITUSI

 Struktur dan institusi ialah komponen penting


dalam menjamin kelancaran pentadbiran
Kerajaan, swasta dan masyarakat umum.
Struktur sesebuah organisasi perlu kemas,
terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas
dan munasabah.
BUDAYA
 Persekitaran amat penting dalam
mempengaruhi individu dari segi
pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah
satu komponen persekitaran ialah budaya.
Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan
perkembangan semasa. Justeru, ia berubah dan
boleh diubah.
PELAN INTEGRITI NASIONAL
(PIN)
KONSEP

 PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan


memberikan hala tuju serta bimbingan kepada
semua komponen atau sektor masyarakat dan
negara.
OBJEKTIF UMUM
 Objektif umum PIN ialah untuk
merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu
menjadi sebuah negara maju menurut acuan
sendiri dengan “membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,
dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.”
OBJEKTIF KHUSUS
 Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka
dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang
bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor
dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya
masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
 Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota
masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan
negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha
menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan
lebih berkesan.
STRATEGI PELAKSANAAN
PELAN TINDAKAN INTEGRITI
STRATEGI 1:PELAKSANAAN
AGENDA INTEGRITI UNTUK
INSTITUSI KELUARGA
 Pembangunan keluarga dan insan berintegriti
melalui pembinaan keluarga bahagia;
 Peningkatan integriti dalam pengurusan

kesihatan jasmani dan rohani; dan


 Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas

pembentukan identiti.
STRATEGI 2: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK KOMUNITI

 Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan


komuniti;
 Pemantapan pertubuhan dan institusi asas

dalam komuniti; dan


 Pengukuhan semangat patriotisme dan

perpaduan antara kaum serta kesedaran


mengenai pemuliharaan
alam sekitar.
STRATEGI 3: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVIL

 Peningkatan integriti masyarakat sivil – badan


bukan kerajaan (NGO);
 Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha

pemantapan integriti; dan


 Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan

dan swasta untuk pemantapan integriti.


STRATEGI 4: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
SOSIOBUDAYA
 Pembinaan insan yang berintegriti dalam
persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;
 Peningkatan integriti dalam pengurusan

kesihatan, jasmani dan rohani; dan


 Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan
pembentukan identiti
warga negara.
STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
AGAMA
 Peningkatan kerjasama, persefahaman dan

saling menghormati antara penganut pelbagai


agama;
 Penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni

ajaran agama; dan


 Peningkatan penghayatan dan pengamalan

ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.


STRATEGI 6: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMI
 Pemantapan integriti sektor korporat;
 Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap

pertanggungjawaban
sosial;
 Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang

beretika;
 Pengukuhan perpaduan antara perpaduan antara

kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti


ekonomi.
STRATEGI 7: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
POLITIK
 Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem
politik negara;
 Pengekalan kedeaulatan dan peningkatan keutuhan
institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-
undang yang luhur;
 Pengalaman politik yang berintegriti serta
pengembangan budaya politik yang sihat, beretika,
matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan
 Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban
dan tadbir
urus terbaik.

You might also like