Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mohd Khairul Farhan Bin Bukhari

AJK Siaraya dan Publisiti Amali Pengurusan Sukaneka PISMP SEM 5 PJ 2011 ,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Jalan Behor Pulai,
01000, Kangar,
Perlis.

Cik Ahnizah bt Arshad,


Ketua Unit Kolej Kediaman,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Jalan Behor Pulai,
01000, Kangar,
Perlis. 22 MAC 2011

Puan,

Meminjam Alat Pembesar Suara

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Amali Pengurusan Sukaneka PISMP
SEM 5 PJ akan diadakan. Sehubungan dengan itu, saya memohon untuk meminjam alat pembesar
suara dari Unit Kolej Kediaman. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan dengan alatan yang
dimohon.

Tarikh : 1 April – 3 April 2011


Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang IPG Kampus Perlis
Alatan yang dikendaki : 1. Alat Pembesar Suara ( 1 Set)

2. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dari pihak puan untuk membenarkan
penggunaan alat yang dipohon tadi untuk melancarkan lagi aktiviti yang akan kami laksanakan.

3. Segala kerjasama dari pihak puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

“ MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

(MOHD KHAIRUL FARHAN BIN BUKHARI)


AJK SIARAYA DAN PUBLISITI AMALI PENGURUSAN SUKANEKA PISMP SEM 5 PJ 2011
IPG KAMPUS PERLIS.

You might also like