Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TEKNOLOGI

PENANAMAN
SAYURAN DAN
HIASAN
-KEPERLUAN PERTUMBUHAN
POKOK HIASAN-

MASMIZANA BINTI MOHD ZAIN


830515-04-5164
PGSR RBT
(AMBILAN NOV 2009 – DIS 2013)
KEPERLUAN
PERTUMBUHAN
POKOK HIASAN
Apa itu tanaman/
pokok hiasan?
Tumbuhan yang ditanam untuk
menghiasi sesuatu tempat seperti sekitar
bangunan, pejabat, pusat perniagaan,
sekolah dan rumah.

Ditanam di dalam bekas atau di atas


tanah.
JENIS-JENIS TANAMAN
HIASAN
Boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan:
Pokok naungan

Pokok renek

Pokok memanjat / menjalar


Pokok palma

Pokok kaktus

Rumput

Pokok bunga semusim


Pengenalan
 Setiap
pokok memerlukan pelbagai
keperluan asasnya seperti medium tanaman
yang sesuai, siraman dan semburan air,
dedahan kepada cahaya matahari,
pembajaan dan sebagainya yang
mencukupi. Tanpa semua ini, pokok yang
ditanam tidak mungkin akan
menampakkan hasil yang memuaskan.
Antara Jenis Keperluan
Pokok Hiasan
i. medium tanaman
ii. kekerapan siraman air
iii. dedahan kepada cahaya matahari
iv. jenis baja
v. kekerapan pembajaan
Amalan Yang Baik Semasa
Memulakan Tanaman
Dengan
1. Mulakan apa-apa kerja penanaman
pokok dengan bacaan Bismillah...
2. Berikan segala keperluan pada setiap
pokok yang ditanam itu untuknya hidup
subur.
3. Bertawakkal kepada ALLAH dan Insya-
ALLAH pokok kita akan hidup subur.
Medium Tanaman Pokok Hiasan
Campuran medium tanaman yang sesuai untuk
setiap pokok yang ditanam adalah perlu bagi
tujuan berikut:-
1. memudahkan pertumbuhan akar bagi
pembesaran pokok.
2. membekalkan nutrien secukupnya dan seimbang
bagi keperluan pokok.
3. mengekalkan air atau kelembapan secukupnya
untuk pertumbuhan pokok.
4. memastikan pokok tumbuh menegak dan subur
sentiasa.
Jenis Medium
 Tanah peroi

 Tanah gambut

 Pasir sungai

 Bahan organik
Nisbah bancuhan bagi
medium yang berasaskan
tanah
Untuk Pokok Berpasu
Campuran tanah yang terbaik
ialah campuran John Innes
dengan nisbah 7:3:2 atau 3:2:1
Tips :
Untuk Semaian Biji Benih Halus
Gunakan campuran nisbah 2:1:1

Kaedah Tut
Campuran yang terbaik ialah dengan nisbah 2:1
Tips: Campuran hendaklah melekit supaya senang
diletakkan di sekeliling bahagian dahan atau
batang yang kulitnya dipotong untuk ditutkan.

Anak Pokok
Campuran nisbah yang disyorkan ialah 7:3:2
Tips :
 Aktiviti mencangkul dan menggembur medium
tanaman berasaskan tanah adalah cara bagi
memudahkan pertumbuhan akar untuk pokok
yang sihat

 Merumput, menambah bahan organik dalam


medium tanaman dan membuat sungkupan
pula mampu menyuburkan dan menyejukkan
medium tanaman
Keperluan air
pada pokok hiasan
bergantung kepada:
 Saiz pasu dan saiz tanaman:
 Jenis pasu
 Kelembapan udara mengikut musim:
Keperluan air di antara satu pokok dengan
yang lain adalah berbeza dan boleh
dikategorikan seperti berikut:
1. Pokok berdaun besar memerlukan
kelembapan sentiasa.
2. Pokok di mana medium tanamannya perlu
dibiarkan kering dahulu sebelum disiram
semula.
3. Pokok yang perlu dijarakkan tempoh
siramannya.
Tips:
 Air hujan adalah contoh terbaik air siraman
kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukan
oleh pokok, lebih sejuk dan dihasilkan secara
semula jadi. Namun begitu, air paip juga boleh
digunakan secara terus atau dibiarkan
semalaman dalam bekas sebelum ia digunakan.
Kaedah ini dilakukan bagi mengurangkan
kandungan klorin dalam air tersebut bagi
mendapatkan kesan terbaik seperti air hujan
kepada pertumbuhan pokok.
Kaedah siraman pokok
Kaedah 1:
- Siraman

Kaedah 2:
- Rendamkan pasu

Kaedah 3:
- Menyemburkan air ke daun
Tips:
 Elakkan daripada terlalu lebihkan siraman air
pada pokok tertentu yang boleh mengakibatkan
akarnya terendam, reput dan mematikan pokok
berkenaan.
 Kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada
pokok memerlukan air siraman atau tidak ialah
dengan menggunakan jari telunjuk atau pensel
dan dicucuk ke dalam medium tanaman sedalam
kira-kira 1 inci. Jika didapati hujung jari atau
pensel berkenaan kering, maka itu menandakan
pokok berkenaan perlu disiram
3 jenis dedahan cahaya
matahari kepada pokok
 Dedahan kepada 100%
cahaya matahari atau panas terik.

 Dedahan kepada 50% cahaya matahari

 Dedahan kepada keadaan yang redup atau


teduh seperti di dalam rumah atau pejabat.
Tanda pokok yang terdedah
kepada
cahaya berlebihan ialah:
1. Daunnya menjadi layu bermula dari hujung
dan seterusnya kelihatan melecur.
2. Semua daunnya menjadi bergulung dan
melengkung.
3. Warna daun dan bunganya menjadi pudar,
tidak bermaya serta menjadi layu.
Tanda pokok yang kurang
dedahan kepada cahaya pula
ialah:
1. Pertumbuhan bunganya tidak mekar atau kudup kering
dan layu sebelum kembang.
2. Daunnya akan menjadi kekuningan.
3. Batang pokoknya menjadi kurus dan panjang,
kelihatan kurang sihat, tidak bermaya dan senang
dijangkiti penyakit.
4. Bagi pokok jenis variegated yang biasanya terdapat
corak keputihan di permukaan daunnya, ia akan
bertukar menjadi hijau pada keseluruhannya.
Tips:
1. Pilih pokok yang hanya memerlukan sedikit
dedahan cahaya untuk ditanam di dalam rumah
atau pejabat
2. Jangan biarkan pokok berpasu tumbuh lama
pada tempat yang kurang bercahaya. Eloklah
ianya diubah ke tempat bercahaya bagi
mengekalkan kesuburannya sentiasa
3. Jangan ubah pokok ketika ia sedang berbunga
kerana ini akan membantutkan pertumbuhan
bunganya atau bunganya akan menjadi layu
tiba-tiba dan terus gugur

You might also like