Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ETNISITI DI MALAYSIA

15/3/2010 6:16:35 PM
Pengirim: KHAIRUL AZHAR

Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada
negara yang sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah negara
maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam wawasan 2020. Pergerakan
daripada negara mundur kepada satu negara yang mampu berdiri kukuh setaraf
dengan negara maju yang lain ini berlaku dalam tempoh selama 50 tahun (1957-2008)
iaitu satu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah. Rentetan dan
kronologi peristiwa yang berlaku dalam negara ini secara tidak langsung telah
mendewasakan negara dan mematangkan masyarakatnya dalam menjalani kehidupan
sebagai satu bentuk masyakat yang berbilang kaum atau dalam erti kata lain wujudnya
Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia. Daripada pengalaman yang lepas, kerajaan
khasnya dan rakyat amnya telah sedar bahawa kemajuan dalam setiap lapangan sosial
yang sedia ada sebenarnya tidak akan lengkap selagi mana Etnisiti tidak diorganisasi
dengan betul berlandaskan peraturan dan norma-norma yang telah disepakati umum.
Walaubagaimanapun, satu persoalan yang harus dijawab secara bersama melalui
kerjasama dan perbincangan pelbagai kaum ialah sejauhmanakah pengaruh Etnisiti
dapat dilihat dalam sistem sosial di Malaysia. Ianya, secara konseptual ilmiah mangajak
kita semua untuk menilai akan keadilan, kebenaran serta keberkesanan pengaplikasian
Etnisiti dalan sistem sosial tersebut. Sememangnya , banyak yang boleh diperjelaskan
dalam merungkai setiap peranan dan tanggungjawab pelbagai kaum dengan
berlandaskan batas-batas tertentu untuk dinilai kerelevenannya dalam sistem sosial di
Malaysia. Maka dengan itu, segala isi kandungan perbincangan yang terkandung dalam
esei ini, secara keseluruhannya akan menyentuh tentang sejauhmana pengaruh Etnisiti
dapat dilihat dan dijelaskan dalam sistem sosial di Malaysia.

Perkataan Etnisiti adalah berasal daripada kata akar Etnik yang bermaksud sekelompok
manusia yang mengamalkan budaya. Oleh yang demikian, konsep Etnisiti boleh
didefinisikan sebagai rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya
kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya melalui
nilai,sejarah, sikap, paradigma dan tingkahlaku yang sama. Dan jika konsep Etnisiti ini
diaplikasikan ke dalam sistem sosial, maka secara praktikalnya kita dapat melihat wujud
satu kelompok manusia berasaskan kaum yang berkerja dalam pelbagai lapangan
pekerjaan di malaysia. Dalam kehidupan tersebut pula, jelas manampakkan semangat
kekitaan setiap kaum.
Sebenarnya, terlalu banyak pengertian tentang Sistem Sosial ,hasil daripada santapan
ilmu para cendiakawan itu sendiri dalam mendefinisikan makna dan konsep tulin akan
sistem sosial. Namun, apa yang pasti pengertian konsep Sistem sosial tersebut adalah
disandarkan serta dilandaskan kepada ciri dan nilai sesebuah budaya, sejarah serta
pemikiran sesebuah masyarakat.

Satu aspek penting dan utama yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia
ialah elemen keagamaan. Kepelbagaian agama dalam kalangan penduduk malaysia
merencamkan lagi pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa, warna kulit,
adat resam dan lain-lain lagi. Hakikaktnya, agama merupakan penanda jati diri yang
kuat dalam menentukan aras pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Namum
demikian, apakah pengaruh Etnisiti terhadap agama yang boleh diperhati dan difahami
kita semua?. bagaimanakah Etnisiti tersebut berlaku dalam keadaan masyarakat yang
pelbagai latar belakangnya?. Persolan seterusnya yang perlu dirungkaikan ialah
mengapa dan apakan justifikasi kepada pengaplikasian Etnisiti tersebut terhadap
masyarakat Malaysia?. Terlalu banyak tanda tanya berkaitan hal Etnisiti dalam agama
yang sudah pastinya memerlukan jawapan rasional, logik dan adil. Maka dalam
memahami hal ini, satu yang boleh dikongsikan secara ilmiah dan bersama ialah setiap
agama di negara ini, mahupun di negara lain sebenarnya mempunyai keperluan untuk
berkorban terhadap kepentingan agama masing-masing. Mereka akan sentiasa
berpegang kepada perjuangan berasaskan ajaran agama tersendiri. Justeru, situasi
tersebut secara tidak langsung menampakkan rupa bentuk dan mekanisma Etnisiti
dalam agama. Setiap masyakat bebas untuk mengamalkan ajaran yang terkandung
dalam agama masing-masing. Ini termasuklah aspek Ibadah, Sambutan perayaan dan
Ketuhanan. Jika sekiranya kepercayaan yang dianuti itu cuba diganggu oleh pihak
tertentu, maka sudah pastilah ianya akan mewujudkan satu suasana negatif dalam
masyarakat tersebut. Penganut agama tersebut akan cuba mempertahankan sistem
kepercayaan mereka dengan sanggup melakukan apa sahaja sama ada melalui
undang-undang mahupun kekerasan. Jika semua ini berlaku, maka jelas dapat dilihat
oleh kita semua akan pengaruh Etnisiti dalam sesebuah. Walaubagaimanapun,
pengaruh Etnisiti juga boleh mendatangkan kebaikan sekiranya masyarakat
mengawalnya secara adil dan saksama.

Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi
pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju
kurung dan baju melayu terutamanya pada hari jumaat dan fenomena ini sesuatu yang
biasa bagi masyarakat bukan melayu. Justeru, apakah penilaian yang patut diberikan
terhadap pengaruh Etinisti dalam aspek adat dan budaya?. Di sini, sesuatu yang boleh
diperhati dan ditanggapi kita semua ialah wujudnya satu bentuk kebudayan campuran
yang menjanjikan banyak manfaat serta faedah terhadap masyarakat Malaysia.
Masyarakat luar akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, harmoni dan
aman disebabkan wujud persefahaman dalam mengamalkan adat dan budaya masing-
masing tanpa menyentuh kesensitiviti kaum lain. Masing-masing mempamerkan
keunikan adat dan budaya tersendiri seperti cara hidup, cara berpakaian, makanan dan
sebagainya. Misalnya, kaum Melayu sentiasa berbangga dengan cara hidup mereka
yang sering dilabel umum sebagai sopan santun dan peramah. Mereka juga sentiasa
menonjolkan pelbagai jenis adat sebagai ukuran kepada nilai-nilai ketinggian budaya
yang dimiliki mereka. Kaum Cina dan India juga semestinya turut mengagung-
agungkan adat serta budaya masing-masing. Keadaan ini pastinya akan menggalakkan
lagi keharmonian amalan hubungan etnik di Malaysia.

Peri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan


etnik yang harmonis di Malaysia ialah satu fakta yang telah diterima umum oleh semua
lapisan rakyat Malaysia. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahwa
hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci sebenar kepada kemakmuran
dan kesejahteraan negara kita termasuklah pengaruhnya terhadap Sistem sosial di
Malaysia. Namun demikian, kita perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan sebarang
bentuk masalah etnik seperti pengaruh Etnisiti yang tidak terkawal tanpa
mempertikaikan hak-hak kaum lain. Masyarakat kita mestilah mempunyai tahap
kematangan yang tinggi dan rasional sebagai persediaan kepada pembentukan
masyarakat malaysia yang lebih bersatu padu, kukuh dan sejahtera dimasa yang akan
datang. Berkenaan dengan pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia, saya
secara peribadinya beranggapan bahawa perkara tersebut merupakan sesuatu yang
normal dalam situasi masyarakat yang berbilang kaum. Sebenarnya, kita tidak
mempunyai kekuatan untuk menghalang ianya daripada berlaku, malah besar
kemungkinan ianya akan bertransformasi mengikut keadaan semasa. Tetapi kita
mempunyai alternatif lain bagi membendung pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial
tersebut daripada menjadi negatif. Nah! apa yang boleh kita lakukan? bagaimanakah
proses tersebut? berkesankan ia?. Pertamanya, setiap kaum mestilah mencapai kata
sepakat dan persetujuan terhadap hak-hak kaum Melayu seperti yang termaktub dalam
perlembagaan persekutuan yang bersumberkan daripada Kontrak sosial. Hasil
pemahaman itu, kemudiannya dipraktikkan ke dalam setiap aspek kehidupan dalam
Sistem sosial untuk membolehkan kita mengawalnya dan mentadbir Etnisiti secar adil
dan saksama berdasarkan pertimbangan yang wajar. Selain itu, proses penerangan
terhadap masyarakat dipelbagai peringkat mestilah juga diteruskan melalui langkah-
langkah tertentu seperti dialog, seminar, mahupun kempen-kempen yang berkaitan.

You might also like