Susun Perenggan Rencana

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Susun perenggan Rencana “Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Melaka” dan

seterusnya salin untuk menjadikan Rencana ini betul dan lengkap.

Melaka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan taman tema air iaitu Melaka
Wonderland. Pelancong dari seluruh Malaysia dapat berseronok seisi keluarga semasa cuti
sekolah. Melaka Wonderland menyediakan pelbagai jenis aktivti yang menarik seperti
gelongsor air, sungai, laut dan juga kolam renang. Taman tema ini mempunyai kawasan yang
luas dan mempunyai pelbagai jenis kemudahan bagi menjamin keselesaan pengunjung.

Salah satu tempat yang menarik yang boleh di lawati di Melaka adalah Zoo Melaka. Zoo
Melaka mempunyai pelbagai jenis haiwan yang terdapat di seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti
yang di adakan bagi menarik minat pelancong. Antara aktiviti yang di jalankan adalah
pertunjukan buaya dan juga binatang liar seperti gajah dan ular.

Kesimpulannya Melaka telah mejadi sebuah negeri yang maju dan berdaya saing dengan
negeri-negeri lain di Malaysia. Melaka merupakan negeri yang sesuai untuk di lawati oleh
semua jenis pelancog yang terdiri daripada pelbagai jenis umur dan bangsa. Melaka telah
menjadi daya tarikan pelancong luar Negara untuk melancong dan seterusnya meningkatkan
ekonomi negara Malaysia.

Di Melaka juga terdapat taman-taman yang menarik untuk di kunjungi. Taman-taman ini
menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik dan tersendiri. Antaranya ialah Taman Botanikal
yang terletak di Ayer Keroh. Taman ini menyediakan pelbagai jenis bunga dan tumbuh-
tumbuhan yang terdapat di seluruh Asia.Pelancong boleh mengenali dan mempelajari dengan
lebih mendalam tentang tumbuhan unik yang terdapat di sana.

Selain Taman Botanikal, Taman Rama-Rama juga mempamerkan pelbagai jenis rama-
rama dari seluruh Dunia. Pelancong dapat mengambil gambar dan menjadikan replika rama-
rama sebagi cenderahati dari Melaka unuk di bawa ke negera masing-masing.

You might also like