Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/02/sistem-peredaran-darah-manusia_24.

html

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA


(‘CIRCULATORY SYSTEM IN HUMAN’). Bahagian 3

Rajah menunjukkan laluan arteri dan vena dalam sistem peredaran darah manusia.
(‘Diagram shows the arteries and veins in the circulatory system.’)

Darah merupakan sistem pengangkutan paling penting dalam badan untuk membekalkan kesemua
bahan-bahan yang diperlukan kepada semua bahagian sel badan.
(‘Blood is the body’s most important means of transport in order to supply substances needed to all
parts or cells of the body.’)

Sistem peredaran ini berfungsi baik dengan adanya jantung yang sebagai pam bertindak menyedut
dan mempunyai tekanan, memaksa darah bergerak ke dalam arteri yang lebih besar iaitu ke dalam
sistem peredaran sistemik, pada masa yang sama darah mengalir dari vena besar ke dalam atrium.
(‘The circulatory system achieves the task with the help of a pressure/suction pump, the heart,
forcing the blood into the large arteries of the systemic circulation, while drawing the blood from the
large veins into the atria.’)

Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung. Arteri akan bercabang
menjadi arteriol dan membahagi kepada kapilari. Salur darah yang kecil ini ditemui di semua tisu.
(‘Arteries are the blood vessels transporting blood away from the heart. The arteries split up into
arterioles and continue to divide and branch out into capillaries. These smallest blood vessels are
found everywhere in the tissue.’)

Berlaku pertukaran bahan – bahan dengan sel-sel. Bahan-bahan nutrien dibekalkan kepada sel-sel
dan hasil-hasil akhir metabolik akan disingkirkan ke dalam kapilari.
(‘Substance exchange with the cells takes place within them. Nutrient substances are supplied while
metabolic end-products are removed.’)
Salur darah ini akan meningkat dari segi saiz menjadi venul, yang akan bercantum dan menjadi vena
yang lebih besar. Vena yang besar akan mengangkut darah kembali ke dalam jantung.
(‘The blood vessels increase in size turn into venules, which first unite to become small and then
larger veins. The larger veins transport the blood back to the heart.’)

Dalam peredaran ini, darah yang mengandungi banyak oksigen berwarna merah cerah,
manakala darah yang mengandungi sedikit oksigen (mengandungi bahan-bahan yang tidak
diperlukan oleh tisu dan karbon dioksida) berwarna merah kebiruan yang gelap.
[‘In the circulation, the colour of the blood containing oxygen-rich is bright red, and the colour of
the blood containing oxygen-poor (oxygen deficient), with additional unwanted tissue products and
carbon dioxide is dark bluish red.’]

Rajah menunjukkan hubungan di antara arteriol, kapilari dan


venul.
(‘Diagram shows the connection between arteriole, capillary and
Venule’)

Sistem peredaran darah dibahagikan kepada dua sistem


peredaran, memandangkan jantung mempunyai bahagian
‘kanan’ dan ‘kiri’; peredaran minor atau peredaran pulmonari
dan peredaran major atau peredaran sistemik.
(‘The circulatory system is divided into two circulatory systems,
due to the separation of the heart into a ‘right’ and a ‘left’ heart;
the minor or the pulmonary circulation and the major systemic
circulation.’)

Peredaran sistemik bermula di dalam atrium kiri. Kemudian


darah akan dipamkan oleh ventrikel kiri ke dalam aorta untuk
diagihkan darah yang mengandungi banyak oksigen kepada
semua bahagian badan.
('The systemic circulation starts in the left atrium. Then the blood
is pumped by the left ventricle into the aorta and then distributes
the oxygen-rich blood throughout the body.’)

Peredaran Pulmonary (‘Pulmonary Circulation’)

Paru – paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat


dalam peredaran pulmonari. Darah yang mengandungi kurang
oksigen tetapi banyak gas karbon dioksida mengalir ke dalam
arteri pulmonari ke dalam paru – paru, kemudian darah yang
mengandungi banyak oksigen mengalir semula ke dalam jantung
melalui vena pulmonari.
('The lung is the only organ involved in pulmonary circulation. Oxygen deficient blood flows through
the pulmonary arteries into the lungs, while oxygen-rich blood flows through the pulmonary veins to
the heart.’)
Peredaran pulmonari bermula dari dalam artrium kanan. Kemudian mengalir ke dalam
ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalam arteri pulmonari dan kemudian ke dalam kapilari
pulmonari (di dalam paru – paru). Ini merupakan bahagian di mana berlaku pertukaran gas
respirasi. Darah akan menyingkirkan karbon dioksida dan dibekalkan dengan oksigen. Darah ini
kemudian kembali semula ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari. Di sini, peredaran
sistemik bermula.
('Pulmonary circulation commences in the right atrium. The blood reaches the right ventricle. The blood then
is pumped by the right ventricle into the pulmonary arteries and on into the pulmonary capillaries (in the
lungs). This is the site of respiratory exchange. Blood releases the carbon dioxide and then it is supplied with
oxygen. The arterial blood returns to the left atrium via the pulmonary veins. The systemic circulation
commences from this point.’)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tekanan_darah

Tekanan darah

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah
ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat
dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas
(120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan
sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia
dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa
anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu
dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya
mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.

http://drkhairilazhar.webs.com/sistemperedarandarah.htm

SISTEM PEREDARAN DARAH


(Kardiovaskular)

Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan .Sistem ini
mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem
peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di
dalam salur darah yang tertutup.
Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat – zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di
dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem
darah manusia mempunyai dua jenis peredaran yang terdiri daripada:
1. Peredaran Pulmonari
2. Peredaran Sistemik
Peredaran pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru
dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.
Peredaran sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan
balik ke jantung.
Struktur anatomi sistem ini terdiri daripda:
  1.  Jantung
  2.  Saluran darah
  3.  Darah

Jantung
Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan
tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.
Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan.  Ia dibahagikan oleh dinding
yang dipanggil Septum.  Lapisan jantung pula terdiri daripada tiga lapisan iaitu:
  P  =  Pericardium (luar)
  M  =  Myocardium (tengah)
  E  =  Endocardium (dalam)
Jantung mempunyai 4 ruangan iaitu:
2 ruangan di atas dikenali sebagai atrium.
2 ruangan di bawah dikenali sebagai ventrikel.
Diantara atrium dan ventrikel terdapat injap yang
mengawal pengaliran darah di dalam jantung.

Aliran darah di dalam jantung


1.Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. 
2.Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3
kelopak).
3.Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan
seterusnya ke paru-paru. 
4.Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di paru-paru. 
5.Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. 
6.Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke
ventrikel kiri
7.Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta   ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh
badan.
Denyutan Jantung
Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah
mengikut keadaan, seperti bersenam.

Struktur dan fungsi salur darah


Terdapat tiga jenis salur darah yang utama:
Arteri
•Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.
•Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan
oleh denyutan jantung. •Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. •Semua arteri membawa darah
beroksigen kecuali arteri pulmonari.
Vena
•Vena ialah salur darah yang membawa darah kembali ke jantung dari bahagian – bahagian lain
badan. •Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dinbandingkan dengan
arteri.  •Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang
tebal tidak diperlukan.  Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
•Vena dilengkapi dengan injap – injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah
sahaja, iaitu arah ke jantung.  Injap – injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam
alirannya. •Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. •Semua vena membawa darah tidak
beroksigen kecuali vena pulmonari.

Kapilari Darah
1.Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.
2.Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.
3.Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
4.Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan di antara darah dan
tisu-tisu berlaku dengan cepat.
http://wannuraanatomi.wordpress.com/2010/07/20/perbezaan-di-antara-arteri-
vena-dan-kapilari-darah/
http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/22/memahami-kontrak-sosial-dan-kedudukannya-menurut-
perlembagaan-malaysia/

MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL DAN KEDUDUKANNYA MENURUT


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Oleh: MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIM

PENGENALAN

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik
kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika
berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian
keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan.
Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama
rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada
di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi
tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan
jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]

APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke
ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu
bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya
untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua
pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang
undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh
ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang
(perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial
bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum
merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina
dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka
wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957
tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang
dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu
memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh
sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam
masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa
pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai
kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti
dengan British untuk menerima penasihat British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan
tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan
kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan
kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia
perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi
kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.
[16]

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan
tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang
diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan
persekutuan iaitu parlimen.[19]

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja
untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi
seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada
pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan
hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah
tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran
mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.[21]

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam.
Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa
pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan
berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan
memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam
mana-mana mahkamah.[22]

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara
161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i)
menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara
160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di
sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir
sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah
anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan
istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153
menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan
bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain
kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153
adalah seperti berikut;

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat
kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang
Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara
8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.[25]

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan
perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf
kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan
keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum
yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[26]

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain
yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan
kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk
menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti
juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam
Perlembagaan.[28]

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat
dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan
untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan
Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang
Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.[31]

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160
Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa
Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam
adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang
masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa
masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha.
Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan
pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

4.  BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa
kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan
rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.
http://www.scribd.com/doc/22393069/KEPENTINGAN-PERLEMBAGAAN

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan diwujudkan atas beberapa tujuan. Pertama taraf, maksudnya ialah untuk mencapai
taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai cita-cita mestilah mempunyai cara-cara yang
diperlukan. Perlembagaan ini dapatlah disifatkan sebagai satu undang-undang yang diperlukan bagi
menjayakan keutuhan sesebuah negara.

Kedua, menyelesaikan masalah. Dengan adanya perlembagaan pihak-pihak yang sering


bertentangan agak sukar untuk wujud. Keadaan tidak akan menjdi terlalu tegang atau huru-hara
kerana rakyat di negara itu diwajibkan menurut apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah
ketidakfahaman boleh dibicarakan dengan tenang. Berlandaskan undang-undang yang telah
tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang tidak begitu bersefahaman dapat
membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tentulah
tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu dengan adanya perlembagaan kita dapat menyelesaikan
konflik-konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.

Ketiga, menjamin riwayat sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara
tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam menghasilkan sebuah negara yang
makmur dan utuh. Semangat nasionalisme juga tidak wujud di kalangan rakyat yang tidak
memikirkan tentang negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seorang
rakyat, mereka tidak akan cuba untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara, maka
dengan ini negara akan menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang
utuh dan pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk
pemerintahannya. Jadi, dengan adanya perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu
undang-undang yang pasti dan mereka akan menyatupadukan tenaga bagi mewujudkan sebuah
negara yang kuat dan berpanjangan.

Keempat, mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaan. Pindaan yang dilakukan di


dalam sesebuah negara mestilah berdasarkan kepada perlembagaan. Ini bermaksud pindaan dalam
negara tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Jika pindaan dilakukan dengan mudah
dan mengikut kehendak pemimpin, ia menghasilkan satu keadaan yang kucar kacir di mana
pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas
betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.

Kelima, perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya perlembagaan, segala


tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak tanduk mereka
mestilah berdasarkan pada perlembagaan yang telah dicatatkan. Oleh itu, pihak pemerintah tidak
dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti
perlembagaan dapat menjamin agak pihak pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa.

Keenam, mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar. Pertukaran pemimpin juga


tidak akan mengakibatkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana
setiap pemimpin mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan
negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana
pemimpin-pemimpin yang terdahulu memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin,
tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar dari maksud rakyat.

Ketujuh, perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara. Ini memanglah tidak dapat
dinafikan kerana bukti-bukti atau sebab-sebab yang nyata. Dengan adanya perlembagaan rakyat
dapat berpegang kepada satu matlamat dalam mengutuhkan negara kerana dengan adanya
perlembagaan jugalah segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Ia juga
menjamin sesebuah negara agar mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar, perjalanan
kerajaan dapat dipastikan dan dapat menghasilkan standard yang dikehendaki rakyat. Oleh itu,
adalah wajar untuk menyatakan bahawa salah satu tujuan perlembagaan adalh untuk menstabilkan
negara.

You might also like