Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ALOI

1. Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan
komposisi tertentu.

2. Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing.
3. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama.
4. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen.
5. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata.
6. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor.
7. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang.
8. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen.

9. Tujuan pengaloian ialah:


(a) menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen.
Contohnya: magnalium(aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen.
(b) membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah.
Contohnya: piuter(aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen.
(c) mencegah kakisan logam.
Contohnya: keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding
dengan ferum(besi) tulen.

10. Contoh-contoh aloi dan komposisinya:


Aloi Komposisi Sifat Aloi Kegunaan Aloi
Duralumin 95.5% Aluminium, 4% Kuprum, Keras, tahan kakisan dan Membuat badan kapal terbang,
0.5% Magnesium indah serta ringan. basikal lumba dan kabel elektrik.
Gangsa 90% Kuprum, 10% Stanum Keras, tahan kakisan dan Membuat pingat, pedang dan
indah. barang perhiasan.
Loyang 70% Kuprum, 30% Zink Keras, tahan kakisan dan Membuat alat elektrik dan barang
indah. perhiasan.
Piuter 91% Stanum, 7% Antimoni, Tahan kakisan dan indah. Membuat cenderamata dan
2% Kuprum barang perhiasan.
Keluli 99% Ferum, 1% Karbon Keras dan tahan kakisan. Membuat badan kenderaan, kapal
dan jambatan.
Keluli nirkarat 73% Ferum, 18% Kromium, Keras, tahan kakisan dan Membuat alat-alat dapur.
8% Nikel + Karbon indah.
Kupronikel 75% Kuprum, 25% Nikel Keras, tahan kakisan dan Membuat duit syiling dan kipas
indah. turbin.
Pateri 50% Plumbum, 50% Stanum Tahan kakisan. Menyambung dawai elektrik dan
industri kimpalan.

11. Perbezaan antara logam tulen dan aloi ialah:


Logam Tulen Aloi
Atom-atom mempunyai saiz yang sama. Atom-atom mempunyai saiz yang berbeza.
Mengandungi satu jenis atom sahaja. Mengandungi lebih daripada satu jenis atom.
Susunan atom teratur dan sekata. Susunan atom kurang teratur dan kurang sekata.
Lapisan atom mudah menggelongsor. Lapisan atom sukar menggelongsor.
Mulur, tertempa dan mudah terkakis. Keras, indah dan tahan kakisan.

You might also like