Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK,
KILOMETER 11, CHENG, 75250 MELAKA.

KEHADIRAN :

1) PN NORAINI BT AHMAD – PENASIHAT


2) MEJ. MUNAJAT B. MOKTAR (B) – YANG DIPERTUA
3) PN NASRAH BT MIHAT – SETIAUSAHA
4) EN MUHD YAMINIZAN B YAACOB – NAIB SETIAUSAHA
5) EN SANADI B ALI – BENDAHARI
6) PN ZURINAWATI EDAYU BT ABD RAHMAN – NAIB BENDAHARI
7) KOL. (DR) MOHD BADLI B MAHMUD – AJK
8) EN ABD RAZAK B LONG – AJK
9) EN ABD YAZID B SAAD – AJK
10) EN NORSHAM B MULOP – AJK
11) TN HJ ABD RAHMAN B P MOHAMAD – AJK
12) EN NASIR B MOHD ASRU – AJK

HADIR BERSAMA :

1. EN MOHD SHAROM B. MOHD SHARIF – PENOLONG PPD, PEJABAT PELAJARAN


DAERAH, MELAKA TENGAH.
2. EN NORAZMAN B M. YAACOB – GPK 1
3. PN ROHAYA BT A. HAMID – GPK HEM
4. PN SITI ROM BT HJ TAHIR – GPK KO-KU

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. PN RAFEAH BT JUNI PJK – CUTI SAKIT

TIDAK HADIR

1) TN HJ SHAHARUDIN B YUSUF – NYDP


2) PN ROHAIDAH BT MD SOED – AJK

1. UCAPAN PENASIHAT – PN NORAINI BT AHMAD

1.1 Puan Penasihat mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Tahir b. Hj Hassan ke Mesyuarat


Agung kali ke 7 dan merakamkan terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi merasmikan
majlis.
1.2 Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada barisan jawatankuasa PIBG yang hadir
bagi melaksanakan tugas pada hari ini. Beliau juga turut melahirkan rasa terima kasih dan

1
menghargai kehadiran guru-guru serta ibubapa bagi sama-sama menjayakan mesyuarat
pada kali ini.
1.3 Puan penasihat turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa kerja
yang memastikan pelaksanaan mesyuarat pada kali ini berjalan lancar.
1.4 Beliau turut berharap dan berdoa supaya SKTM akan terus mengorak langkah
kecemerlangan pada UPSR 2011 dan berharap agar gandingan guru-guru yang menerajui
SKTM akan merealisasikan harapan SKTM ke arah kecemerlangan yang lebih mantap.
1.5 Beliau turut mengingatkan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bukan hanya terletak
pada pancapaian UPSR sahaja malahan kecemerlangan itu perlu merangkumi semua aspek
dan melibatkan semua pihak.
1.6 Puan penasihat memberikan maklumat sepintas lalu tentang warga guru SKTM yang
berjumlah 88 orang termasuk 2 orang guru praktikum dari IPPM, 36 buah kelas dan
sebuah Pusat Sumber. Selain itu, sebuah kelas pendidikan Khas yang menempatkan 36
orang murid bermasalah pembelajaran di dalam 4 sub-kelas. Menjelang tahun 2010 SKTM
mungkin akan mendapat sebuah lagi Pra-sekolah. Jumlah murid terkini seramai 1449
orang. SKTM juga dibarisi oleh 10 orang kakitangan sokongan yang terdiri dari seorang
ketua kerani, 5 orang pembantu tadbir, 2 orang pembantu pejabat dan 3 orang pembantu
pengurusan murid.
1.7 Beliau turut memaklumkan bahawa program KSSR yang sedang dijalankan bermula 1
Januari 2011 kepada murid-murid tahun 1 seluruh negara. Program tersebut
menggunapakai 3 modul utama yang terdiri daripada Modul Teras, modul Dunia Sains dan
Teknologi dan Modul Elektif. Fokus Program KSSR adalah ( 4M ) – Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul.
1.8 Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan pencapaian UPSR 2010 yang mencatat peratus
pencapaian 73.95 dengan 25 orang murid mencatat 5A dalam keputusan masing-masing.
Beliau meletakkan harapan yang tinggi agar pencapaian UPSR 2011 akan mencatatkan
peningkatan yang lebih memberangsangkan.
1.9 SKTM mencatat beberapa pancapaian yang memberangsangkan dalam ko-kurikulum dan
ko-akademik:
1.9.1 Naib Johan Negeri dalam perlawanan Kriket, 3 orang murid SKTM mewakili negeri
Melaka.
1.9.2 Johan Perbarisan dan tempat ketiga pertandingan sepanduk semasa sambutan
Maulidur Rasul.
1.9.3 6 orang murid SKTM mencatat pencapaian yang membanggakan dalam MTQ dimana
SKTM menggondol Johan hafazan kategori, Lelaki dan Perempuan, Johan bercerita
Lelaki, Saguhati bercerita Perempuan, naib Johan Tilawah kategori Lelaki dan
Tempat Ketiga Tilawah kategori Perempuan.
1.9.4 Sebagai mengakhiri ucapan, beliau mengharapkan agar gandingan kerjasama di antara
ibubapa dan guru akan membuahkan hasil yang dapat dibanggakan.

2. UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG – MEJ. MUNAJAT B MOKTAR (B)

2.1 YDP merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian YB Datuk meluangkan masa
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SKTM kali ke 7. Beliau juga mengambil kesempatan

2
mengucapkan terima kasih kepada barisan jawatankuasa kerja yang telah melaksanakan
tugas-tugas perjalanan mesyuarat pada kali ini.
2.2 Beliau turut melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih berpeluang
bersama-sama menghadiri mesyuarat dan meneruskan mandat yang diberi ahli-ahli
persatuan.
2.3 YDP turut melahirkan kekecewasan dan rasa terkilan beliau terhadap kehadiran ibubapa
yang masih berada pada tahap yang mengecewakan. Beliau menegaskan, program-program
sekolah yang dijalankan memerlukan sokongan ibubapa dan majlis Mesyuarat Agung
seperti inilah yang menjadi medan pertemuan dan tautan kerjasama dua hala antara pihak
sekolah dan ibubapa.
2.4 Walau bagaimanapun, beliau berkongsi rasa bangga dengan kehadiran ibubapa pada
program Jaya Waris yang dijalankan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tg
Minyak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
2.5 Beliau seterusnya berharap agar ibubapa dapat terus menyumbangkan kerjasama kepada
pihak sekolah melalui ahli-ahli jawatankuasa yang akan dilantik selepas ini.
2.6 Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program mesyuarat agung
ini.

3. UCAPAN PERASMIAN – YANG BERHORMAT, DATUK TAHIR B. HJ HASSAN, ADUN


KAWASAN PAYA RUMPUT,

3.1 YB Datuk memulakan ucapan dengan ucapan tahniah dan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana majlis mesyuarat ini berlangsung dengan lancar dan sempurna. YB Datuk turut
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perjalanan mesyuarat
ini. YB Datuk juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan
jawatankuasa serta ibubapa yang telah sudi hadir untuk bersama-sama menyumbang idea
dan menyatakan sokongan terhadap persatuan yang banyak memberikan sumbangan
kepada pihak sekolah.
3.2 YB Datuk mengucapkan terima kasih di atas jemputan yang diterima, dan memaklumkan
penangguhan pelancaran Kelab TAHA yang dijadualkan pada hari ini di Dewan Dahlia
SKTM ke 29 Mac 2011 di SK Bertam Hulu.
3.3 YB Datuk menegaskan bahawa ibubapa yang mengimpikan anak-anak mereka berjaya akan
cuba sedaya upaya untuk menghadiri setiap program yang dianjurkan oleh sekolah dan
PIBG. Inilah kumpulan ibubapa yang lazimnya akan menyumbang kerjasama jitu terhadap
sekolah dan tidak hairanlah jika anak-anak mereka inilah yang lazimnya mencatat
keputusan yang cemerlang.
3.4 YB Datuk turut menyorot perhatian hadirin dengan kisah Tsunami yang baru-baru ini
melanda Negara Jepun serta Acheh pda suatu masa dulu. Kisah-kisah malapetaka ini
perlu dijadikan ikhtibar dan pengajaran kepada kita sebagai makhluk Allah. Isu-isu
tersebut berkait rapat dengan kehidupan dan kesediaan kita menerima ujian dari Allah
SWT. Justeru itu, YB Datuk menyeru ibubapa supaya dapat memberikan kerjasama yang
padu dan mantap terhadap PIBG dan sekolah dalam usaha melahirkan anak-anak yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
3.5 YB Datuk juga mengingatkan pelajar-pelajar yang beroleh kejayaan yang cemerlang agar
tidak sombong dan sentiasa ingat untuk berpijak di bumi yang nyata. Kejayaan,

3
kesenangan dan milikan kita terhadap apa jua perkara adalah anugerah Allah yang
bersifat sementara. Justeru itu. YB Datuk berharap agar pelajar-pelajar khasnya dan
hadirin amnya sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
3.6 YB Datuk turut menyentuh isu-isu pembangunan sekolah-sekolah dimana SMK Paya
Rumput sedang dalam proses pembinaan. Sebagai ADUN Kawasan Paya Rumput, sudah
pastinya beliau tidak akan berdiam diri dengan isu-isu yang dibangkitkan ibubapa. YB
Datuk memaklumkan bahawa akan membawa usul-usul berkaitan kesesakan di
persimpangan jalan masuk ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak dan isu-isu yang lain
kepada pihak yang berwajib.
3.7 YB datuk memohon keizinan untuk berlalu lebih awal dan meminta maaf daripada hadirin
kerana beliau tidak dapat menunggu sehingga selesai mesyuarat kerana perlu menghadiri
beberapa majlis penting selepas ini. Walau bagaimanapun, beliau berjanji akan membawa
usul-usul yang diutarakan ibubapa ke pihak yang berkenaan. Beliau memaklumkan bahawa
bahawa jamuan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 7 ini ditaja sepenuhnya oleh beliau. YB
Datuk juga menyatakan akan memberikan sumbangan seperti tahun-tahun yang lalu.

3.8 YB Datuk, dengan lafaz bismillah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG, SK Tg Minyak kali
Ke 7.

4. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 7.

4.1 Ucapan Yang Di Pertua .

4.1.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir pada mesyuarat agung
PIBG kali ke 7 pada hari ini.
4.1.2 Beliau berharap agar ibu bapa dapat bersama-sama berkongsi idea dan pemikiran
untuk kemajuan anak-anak dan sekolah kerana kecemerlangan sekolah terletak pada
semua warga guru, ibubapa dan pihak PIBG sendiri.

4.2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke 6.

4.2.1 YDP meminta ahli mesyuarat merujuk pada catatan Mesyuarat Agung kali ke 6 yang
disertakan di dalam buku program mesyuarat.
4.2.2 Beliau memaklumkan pembetulan pada mukasurat 20 iaitu para ucapan penangguhan
adalah 4.6. Pembetulan juga pada mukasurat 30 pada senarai murid 5A. Nama Ahmad
Zaki Zamani b Moamail sepatutnya adalah nama Amirah Iffah Hannani bt Amran.
4.2.3 Ahli mesyuarat bersetuju minit Mesyuarat Agung Kali ke 6 disahkan.

Cadangan : En Azmi b. Hashim

Sokongan : En Muhd Rafee b. Abd Latiff

4
4.3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan Persatuan.

4.3.1 YDP meminta ahli mesyuarat meneliti Laporan Tahunan Persatuan yang telah
dilampirkan di dalam buku program.
4.3.2 Pembetulan pada mukasurat 23, laporan tahunan tersebut adalah mulai 29 Mei 2010
sehingga 26 Mac 2011.
4.3.3 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima laporan tersebut.

Cadangan : En Nekmat b. Muhamad

Sokongan : En Suffian b. Rahman Syah.

4.4 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan

4.4.1 Bendahari membentangkan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.
Bendahari juga memberikan penerangan terperinci pada nota akaun bilangan 5
( Sumbangan pembangunan Sekolah )
a) Pembaikan susur gajah adalah berdekatan dengan kantin di mana kerosakan
tersebut boleh membahayakan sesiapa yang melalui kawasan tersebut.
b) Tempat wudhu’ murid dibina bersebelahan koperasi sekolah di bangunan akademik
untuk kemudahan murid mengambil wudhu’ semasa sesi P&P dijalankan. Murid
tidak perlu lagi ke surau untuk mengambil wudhu’.
c) Penambahbaikan surau termasuk kerja-kerja membaiki kebocoran, mengecat
surau dan membeli penghadang rotan bagi measingkan jemaah lelaki dan
perempuan.
d) Penambahbaikan bangunan sekolah termasuk kerja-kerja mengecat bangunan
sekolah dan menaiktaraf keceriaan sudut-sudut yang terdapat di sekitar sekolah.

4.4.2 En Izam Iskandar b Ismail memohon penjelasan tentang :


a) Perbelanjaan Aerobikthon yang berjumlah RM4096.50.
b) Harta Tetap PIBG yang dicatatkan susutnilainya 5% sedangkan harta tersebut
boleh digunakan semula.
c) 2 unit penapis air yang tidak kelihatan dipasang di mana-mana.

Respon Bendahari :

a) Perbelanjaan bagi Program Aerobikthon telahpun dipersetujui di dalam


mesyuarat AJK dan Majlis Penutupan Program tersebut telahpun dsempurnakan
pada 25 September tahun 2010 yang lalu.
b) Harta tetap PIBG ada % susutnilai dengan kadar 10% setahun.
c) Penapis air yang dibeli oleh PIBG masih belum dapat di pasang lagi di atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan.

5
4.4.3 En Nasir b. Mohd Asru memohon penjelasan terperinci mengapa penapis air tersebut
masih belum boleh dipasang kerana beliau berpendapat tempoh masa pembelian 2 unit
penapis air tersebut sudah terlalu lama.

Respon YDP : Sebutharga yang diterima pihak Sekolah dan PIBG adalah terlalu tinggi
yang menyebabkan pihak SKTM dan PIBG menangguhkan dahulu pemasangan penapis
air tersebut. Pada bulan Disember 2010 yang lalu PIBG telah memanggil kontraktor
untuk membuat penyambungan. Walaubagaimanapun, di atas sebab-sebab
keselamatan dan keselesaan murid-murid, maka PIBG mendahulukan kerja-kerja
memasang penutup longkang dan pemasangan pintu besi pada bilik-bilik khas. Penapis
air tersebut akan dipasang pada bulan April ini.

4.4.4 En Zaidi b Omar mempertikaikan dan memohon penjelasan lebih lanjut tentang
kelewatan pemasangan penapis air tersebut kerana kebiasaannya syarikat penjual
yang akan membuat pemasangan tersebut. Beliau mempersoalkan kenapa PIBG perlu
mengeluarkan bajet tambahan untuk memasang penapis air tersebut.

Respon Setiausaha : Pemasangan penapis air yang dibuat di rumah-rumah kediaman


tiada masalah pemasangan kerana sambungan hanya dibuat terus kepada paip di sinki
dapur. Walau bagaimanapun, sekiranya rumah tersebut tidak mempunyai kepala paip
yang sesuai, tuan rumah perlu memasang kepala paip yang sesuai.

AJK dalam mesyuarat AJK yang lalu telah bersetuju untuk memasang penapis air
tersebut di tempat yang sesuai supaya murid boleh menggunakan sumber air tersebut
sepenuh masa. Oleh kerana itu, maka tempat meletak dan rak besi berkunci untuk
meletakkan penapis perlu dibuat atas dasar-dasar keselamatan.

4.4.5 En Saiful Redzuan b Hamid mohon penjelasan tentang;


a) Dividen
b) Tiada dinyatakan di dalam laporan kewangan tentang penaja-penaja bagi
perbelanjaan yang dilakukan. Adakah pihak PIBG tidak ada usaha untuk
mendapatkan penaja-penaja bagi mengurangkan perbelanjaan.

Respon Bendahari : Dividen memang tidak ada, yang ada hanyalah caj bank.
Sumbangan-sumbangan yang diterima oleh pihak PIBG termasuk dari orang-orang
perseorangan dan pihak sekolah. Sumbangan-sumbangan ini telah dimasukkan ke
penyata-penyata tahunan yang lalu.

4.4.6 En Ramli b Ismail bertanya tentang jumlah tunai di bank dan di tangan yang tidak
diasingkan jumlahnya.

Respon Bendahari : Imbangan akaun yang tertera di lampiran kewangan tersebut


telah dijelaskan pada nota akaun yang dilampirkan bersama.

4.4.7 En Norhisyam b A. Karim berkongsikan pengetahuan beliau dan menyatakan bahawa


nota akaun adalah butir-butir terperinci perbelanjaan yang dilakukan oleh persatuan.

6
Respon Bendahari : Beliau mengucapkan terima kasih di atas teguran dan perkongsian
ilmu tersebut dan menyatakan imbangan akauan akan dibuat dengan lebih berhati-
hati pada masa akan datang.

4.4.8 En Khairul Anuar memohon penjelasan tentang % susutnilai yang tidak sama dengan
baki harta tetap.

Respon Bendahari : % susutnilai tersebut dinilai dengan kadar kesusutan sebanyak


10% setahun. Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat AJK yang akan datang untuk
memutuskan samada boleh dilupuskan atau tidak.

4.4.9 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya laporan kewangan tersebut diluluskan.

Cadangan : En Khairul Anuar b Mohammad

Sokongan : En Suffian b Rahman Syah

4.5 Menerima dan membahaskan usul

4.5.1 Pn Normariyani bt Hassan mencadangkan hari Ko-Kurikulum untuk murid tahun 3


ditukar dari hari Rabu kepada hari Khamis

Respon GB : Usul tersebut akan dibuat satu kajiselidik semua ibubapa murid-murid
tahun 3. Keputusan kajiselidik tersebut akan disusuli dengan surat pemberitahuan
kepada ibubapa.

4.5.2 Pn Salinah bt Gasat meminta supaya laluan murid di susur gajah di pintu pagar B
menghala ke perpustakaan ditutup kepada semua kenderaan bermotor.

Respon YDP : Isu keselamatan murid perlukan kepekaan dan kerjasama dari semua
pihak termasuk ibubapa. Adakah dengan menutup laluan tersebut akan menjamin
keselamatan murid sedangkan laluan utama tersebut digunakan semua pihak. Murid-
murid juga perlu berhati-hati apabila melewati laluan berkenaan.

4.5.3 Pn Haliza Rose bt Rani membangkitkan isu susur gajah yang tiada berlampu,
merbahaya kepada murid-murid kerana pada waktu awal pagi keadaan di susur gajah
sangat gelap.

Respon GB : Pihak sekolah akan secepat mungkin mengatasi masalah tersebut.

4.5.4 Isu bekalan elektrik tingkat 1

 Usul dari Pn Azra bt Abd, Pn Anita bt Mohamed Nordin, Pn Mariam bt Wahab.

Respon GB : Isu bekalan elektrik di tingkat satu memang telah berlarutan agak lama,
namun pihak sekolah perlu menggunakan saluran dan prosedur yang betul untuk
mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah telahpun mengambil tindakan yang

7
sewajarnya. Walau bagaimanapun, ibubapa perlu faham bahawa bangunan kerajaan
mempunyai prosedur tertentu dan melibatkan banyak pihak.

4.5.5 En Abd Yazid b. Saad membawa usul tentang bumbung menurunkan murid di pintu B.
Sudah menjadi satu kebiasaan ibubapa sangat gemar meletakkan kenderaan di
hadapan pintu B kemudian menghantar anak mereka sehingga ke dalam kelas.
Kesulitan timbul apabila hari hujan, kenderaan terutama bas-bas sekolah tidak dapat
menurunkan murid di bumbung tersebut menyebabkan murid-murid yang menaiki bas
sekolah basah. Beliau mencadangkan pembinaan bumbung lengkung di sepanjang pagar
sekolah untuk kemudahan ibubapa menurunkan anak-anak mereka terutamanya
semasa hujan.

Respon YDP : Beliau berpendapat sepatutnya tidak timbul masalah tersebut kerana
ibubapa hanya menurunkan anak di teduhan tersebut dan bukannya meletakkan
kereta di situ. Masalah timbul apabila ada ibubapa yang mementingkan diri sendiri.
Justeru, ibubapa perlu saling bertolak ansur, jika perlu menghantar anak sehingga ke
kelas, letakkan kenderaan di kawasan meletak kereta yang telah disediakan. Usul
pembinaan bumbung lengkung tersebut akan di bawa ke dalam mesyuarat
jawatankuasa.

4.5.6 En Rosli b karim mempertikaikan guru-guru yang didapati balik lebih awal dari murid.

Respon GB : Pn Noraini menegaskan guru yang balik lebih awal dari murid adalah di
atas kebenaran dan pengetahuan Guru Besar. Setiap guru yang ada urusan ke Jabatan
Pelajaran mahupun urusan kecemasan perlu mengisi buku kebenaran keluar yang akan
disahkan dahulu oleh Guru besar. Walau bagaimanapun, sekiranya ada di kalangan
ibubapa yang merasa ragu-ragu, mereka boleh berjumpa dengan Guru Besar utuk
kepastian.

4.5.7 En Azlan b Abd Hamid mengucapkan terima kasih kepada PIBG kerana menyumbang
sebanyak RM500 semasa anak beliau menjalani rawatan untuk leukemia pada tahun
2008. Beliau mencadangkan selain daripada sumbangan tersebut, kutipan sumbangan
dibuat dari setiap keluarga untuk setiap kes penyakit kritikal yang menimpa anak-
anak ahli.

Respon YDP : PIBG melalui mesyuarat agung kali ke 5 yang lalu telah bersetuju untuk
menyumbang RM500 kepada kes-kes penyakit kritikal yang dialami anak-anak ahli
persatuan. Cadangan En Azlan akan dipanjangkan kepada semua ahhli persatuan.

4.5.8 En Rafee b Abd Latiff mengutarakan isu keselamatan anak-anak yang seharusnya
menjadi agenda utama sekolah dan PIBG. Beliau juga menegaskan bahawa ahli-
persatuan perlu beri perhatian terhadap perlantikan AJK baru yang akan di
laksanakan sebentar lagi. Beliau mencadangkan agar PIBG SK Tg Minyak membuat
lawatan ke sekolah-sekolah yang mendapat anugerah Pengurusan PIBG cemerlang dari
Jabatan Pelajaran. Beliau juga menyarankan sekolah dan PIBG perlu ada portal dan
Facebook sendiri untuk penyampaian maklumat yang lebih menyeluruh ke arah
penggunaan media ICTL.

8
Respon GB : Isu keselamatan murid-murid sememangnya menjadi agenda utama
sekolah, namun begitu kerjasama ibubapa sangat diperlukan. Contohnya, sekiranya
ibubapa bertegas kepada anak-anak supaya tidak membeli makanan ringan yang dijual
di luar sekolah, sudah tentu anak-anak tidak akan membelinya. Beliau juga
menyatakan Blog sekolah dan FB PIBG sudah pun diwujudkan.

Respon YDP : Ibubapa perlu juga peka kepada perkembangan sekolah., blog sekolah
sudah lama ada. Facebook PIBG sudah ada mulai April 2010 tetapi jumlah
ibubapa yang menjadi ahli FB tersebut tidak sampai 40 orang. Cadangan-cadangan
yang diberikan akan diperhalusi dan diambil tindakan segera sekiranya
bersesuaian.

4.6 Pembubaran AJK sesi 2009 – 2011

4.6.1 YDP PIBG Mej. Munajat b. Moktar (B) membubarkan AJK PIBG sesi 2009 – 2011.

4.7 Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara.

4.7.1 Pn Nasrah mencadangkan supaya Tn Hj Abd Rahman b P Mohamad dilantik sebagai


Pengerusi Sementara mesyuarat.

En Ramli b Ismail menyokong cadangan tersebut.

4.8 Perlantikan AJK 2011 – 2013

4.8.1 En Nekmat b. Muhamad mencadangkan AJK 2009 – 2011 yang hadir dilantik semula
dan lantikan baru kepada yang tidak hadir.

En Saiful Redzuan b Hamid menyokong cadangan tersebut.

4.8.2 Pn Nasrah bt Mihat mencadangkan supaya Kol. (Dr.) Mohd Badli b Mahmud di lantik
sebagai Naib Yang Di Pertua PIBG.

Pn Azlina bt Abd Aziz menyokong cadangan tersebut.

4.8.3 En Muhd Rafee mencadangkan En Nekmat b Muhamad dilantik sebagai AJK.

En Alias b. Arshad menyokong cadangan tersebut.

4.8.4 En Nekmat b Muhamad mencadangkan En Saiful Redzuan b Hamid dilantik sebagai


AJK

En Norhisyam b A. Karim menyokong cadangan tersebut.

4.8.5 En Saiful Redzuan mencadangkan En Muhd Rafee b. Abd Latiff dilantik sebagai AJK.

9
En Alias b. Arshad menokong cadangan tersebut.

4.9 Perlantikan pemeriksa kira-kira

4.9.1 En Norhisyam b A. Karim mencadangkan En Alias b Arshad dilantik sebagai pemeriksa


kira-kira.

Kol. (Dr) Mohd Badli b. Mahmud menyokong cadangan tersebut.

5. Ucapan penangguhan

5.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada ahli persatuan yang memberi kepercayaan
terhadap barisan AJK 2011 – 2013 untuk menerajui PIBG.
5.2 Beliau turut mengucapkan selamat datang kepada AJK yang baru dilantik dan berharap
agar gandingan baru ini akan mampu membawa nama SK Tg Minyak ke arah yang lebih
cemerlang.
5.3 YDP menangguhkan mesyuarat pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

............................................................... ...................................................................
( PN NASRAH BT MIHAT ) MEJ. MUNAJAT B. MOKTAR ( B )
Setiausaha PIBG KAT PCK PJK PJM PNBB NATO
SK Tg Minyak. YDP PIBG.
SK Tg Minyak.

Disahkan oleh :

...................................................................
( PN NORAINI BT AHMAD )

10
Guru Besar / Penasihat PIBG
SK Tg. Minyak.

11

You might also like