Pengenalan Suhakam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengenalan

Penubuhan SUHAKAM pada tahun 1999 telah banyak membantu rakyat tanpa mengira kaum,
agama dan bangsa mereka. Pertubuhan ini telah memudahkan prosedur pengaduan yang
melibatkan kerajaan. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ini ditubuhkan
oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Akta
tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulungnya pula diadakan pada 24
April 2000. Penyertaan Malaysia yang aktif di dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Commission for Human Rights-UNCHR)
telah menyebabkan Malaysia juga berusaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada
peringkat nasional pada tahun 1993 hingga 1995. Pada waktu itu, Malaysia dilantik sebagai ahli
Suruhanjaya oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Untuk
memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia. Tujuan
SUHAKAM ditubuhkan adalah untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan
perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu
diambil. Selain itu mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau
penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi
manusia. SUHAKAM amat perlu dalam sesebuah negara kerana bagi mewujudkan sebuah
negara yang aman.

Fungsi SUHAKAM

Bagi membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia, fungsi Suruhanjaya
adalah untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak
asasi manusia. Selain itu menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan
dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah
diambil. Mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan
dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia dan untuk
menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang disebut dalam seksyen
12. Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana atau
kesemua kuasa yang berikut untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk
mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel.
Menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu untuk menasihati Kerajaan atau pihak
berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa itu dan mengesyorkan kepada
Kerajaan. Pihak berkuasa juga hendaklah mengambil langkah-langkah sesuai yang hendaklah
diambil untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut
peruntukan Akta ini untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh
undang-undang. Akta ini adalah berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat
syor yang perlu untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu
dan untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang
bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

PERANAN SUHAKAM

Peranan SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:


a) Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia.
b) Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan
tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil.

c) Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan


dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia.

d) Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi
perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 selagi
pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua
hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti
dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada
syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa
memulakan penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi, di samping bertindak
berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Justeru itu, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan
yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah
undang-undang atau yang sudah di putuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan
mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.

BIDANG KUASA SUHAKAM

Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan


fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:

a) Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengakujanji mengadakan
penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan
mengedarkan hasil penyelidikan itu.

b) Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan
terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu
langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil.

c) Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut
peruntukan Akta ini.

d) Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang
berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu.

e) Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu.
f) Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis
yang berkuakuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.1

Rakyat Malaysia yang ditindas atau tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai individu di
Malaysia boleh mengadu kepada SUHAKAM untuk campurtangan dan seterusnya membantu
mereka meyelesaikan masalah yang dialami oleh pengadu.

Pihak SUHAKAM bersedia membantu tanpa adanya sikap pilih kasih. Penyiasatan akan
dibuat berdasarkan aduan yang diterima. Sekiranya kes yang dilaporkan benar, pihak
SUHAKAM dengan sedaya upaya akan cuba untuk membantu menyelesaikannya dengan pihak
yang bertanggungjawab. SUHAKAM juga telah menyedarkan masyarakat bahawa mereka
mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri dan selagi sesuatu perkara yang berlaku tidak
melanggar hak kebebasan asasi individu mereka boleh hidup dengan aman dan damai. Andai
kata terjadi sesuatu perkara yang melanggar hak kebebasan asasi mereka, setiap individu boleh
melaporkan perkara itu kepada SUHAKAM untuk mendapatkan pengadilan yang sewajarnya.

Bagi memudahkan urusan pengaduan, SUHAKAM telah membahagikan kumpulan kerja


mengikut bidang tertentu iaitu Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi Hak Asasi Manusia,
Kumpulan kerja Pembaharuan Perundangan dan Triti Antarabangsa, Kumpulan Kerja Aduan dan
Siasatan dan Kumpulan kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. Sikap proaktif SUHAKAM
telah memberi keyakinan kepada umum bahawa Suruhanjaya ini mampu membantu
menyelesaikan masalah yang diadukan kerana mereka sanggup turun padang tidak kira di mana
sekalipun ia berlaku. Maka tidak hairanlah banyak kes yang diadukan dapat diselesaikan oleh
SUHAKAM dan hingga kini aduan yang diterima telah bertambah. Ini menunjukkan masyarakat
telah mengiktiraf SUHAKAM dan peranannya dalam masyarakat.2

1
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/561_batugajah.pdf
2
http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?p_l_id=22118&folderId=39678&name=DLFE-3513.pdf

You might also like