EDU3053 - Kepimpinan DLM PDDKN

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TAJUK TUGASAN BERKUMPULAN

EDU 3053 KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN

Komponen tugasan berkumpulan ini mempunyai wajaran sebanyak 30% daripada


penilaian keseluruhan untuk kursus. Berikut disenaraikan tajuk-tajuk pilihan untuk
pelajar. Setiap kumpulan diberi peluang memilih salah satu tajuk daripada senarai
berikut dan menyempurnakan tugasan berdasarkan panduan yang telah ditetapkan.
Dalam keadaan tertentu pelajar dibenar menyempurnakan tugasan ini secara individu
selepas mendapat persetujuan daripada pensyarah.

Tajuk-tajuk Tugasan

1. Kualiti kepemimpinan pengetua/guru besar ke arah mewujudkan sekolah


berkesan.

2. Pengetua/guru besar sebagai pemimpin pengajaran.

3. Pengurusan perubahan yang berkesan di sekolah.

4. Cabaran kepemimpinan di dalam institusi pendidikan.

5. Memimpin tanpa sebarang jawatan.

6. Kepentingan kepemimpinan moral di dalam institusi pendidikan.

7. Mengimbangi dimensi pengurusan dan kepemimpinan.

8. Kepentingan kepemimpinan transformasional dalam kalangan pengetua/guru


besar.

9. Pembuatan keputusan secara bersama di sekolah.

10. Kompetensi pengetua/guru besar Sekolah Berprestasi Tinggi.


Panduan kepada pelajar:

1. Projek ini perlu diusahakan secara berkumpulan.


2. Penggunaan sub-topik dalam penulisan amat digalakkan. Bahagian-
bahagian/sub-topik yang dibincang di dalam tugasan perlu menggambarkan
kesinambungan idea.
3. Pelajar dibenar memilih sama ada menggunakan pendekatan kajian
perpustakaan atau kajian lampangan.
4. Objektif penulisan perlu dinyatakan sejelas mungkin. Ia harus dibezakan
daripada kepentingan kajian.
5. Format memetik bahan dari literatur dan bahagian rujukan perlu mengikut
format APA.
6. Bahagian sorotan literatur perlu dibuat dengan merujuk literatur dari 2000 dan
ke atas. Bahan rujukan yang digalakkan ialah jurnal dan buku. Petikan
daripada majalah dan surat khabar amat tidak digalakkan.
7. Panjangnya penulisan ialah di antara 12 – 15 muka surat, langkau dua dan
bertaip dengan font 12.
10. Penulisan anda perlu berfokus dan tidak meleret.
11. Keaslian kerja anda amat dipentingkan. Segala jenis penipuan yang termasuk
pengubahsuaian projek pelajar lepas, memetik hasil penulisan orang lain tanpa
diberi penghargaan dan meminta orang lain menulis laporan kajian adalah
dilarang sama sekali.
12. Sila semak dari aspek ejaan, penggunaan bahasa dari segi penggunaan kosa kata
dan struktur ayat sebelum di hantar kepada pensyarah.
13. Pelajar diberi kebebasan menulis sama ada dalam bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu.
14. Tarikh akhir penyerahan tugasan ialah dua minggu sebelum peperiksaan akhir.

KEJUJURAN
FAKTOR TERPENTING
DALAM MENJALANKAN PENYELIDIKAN.

Disediakan oleh Dr. Foo Say Fooi


Bilik 110 Blok A, Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tel: 03 89468207
012 9178921
Email: foosf@putra.upm.edu.my

You might also like