Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Maklumat untuk pesakit

Profilaksis antenatal dengan anti-D

Pensensitifan Rhesus
Manusia boleh termasuk dalam satu dari empat kumpulan darah, A, B, AB dan O
yang dibawa pada sel darah merah. Terdapat satu lagi perbezaan penting dalam darah
manusia yang dipanggil faktor rhesus, yang terdapat juga di dalam sel darah merah.
Orang yang rhesus positif mempunyai bahan yang dikenali sebagai antigen D di
permukaan sel darah merah mereka – mereka ini dikatakan RhD-positif. Orang yang
rhesus negatif tidak mempunyai antigen D pada sel darah mereka – mereka ini RhD-
negatif. Kumpulan darah dan faktor rhesus turun dari ibu atau bapa.

Kehamilan pertama
Semasa kehamilan dan kelahiran anak, faktor rhesus D boleh memainkan peranan
penting di mana seorang ibu RhD-negatif yang hamil mempunyai anak kandungan
RhD-positif. Ini hanya terjadi jika bapa bayi itu Rhd-positif – tapi tidak semua kanak-
kanak yang mempunyai bapa RhD-positif akan menjadi RhD-positif.

Semasa kehamilan, uri bertindak sebagai rintangan di antara sel-sel darah merah ibu
dan bayi. Walau bagaimanapun, kadang-kadang sedikit darah bayi boleh masuk ke
aliran darah ibu.

Pengeluaran
antibodi ke darah
RhD-positif

Kehamilan pertama

Jika sebarang dari sel-sel darah bayi RhD-positif masuk ke dalam wanita RhD-
negatif, dia akan bertindak terhadap antigen D di dalam darah bayi dan akan
mengeluarkan antibodi. Ini dipanggil ‘pensisitifan rhesus’. Biasanya ini tidak
menjadi masalah semasa kehamilan pertama, tapi boleh mendatangkan akibat yang
teruk bagi kehamilan yang berikut. Masa yang paling lazim bagi darah bayi masuk ke
dalam darah ibu adalah semasa kelahiran. Tapi ia juga boleh terjadi pada masa yang
lain, misalnya semasa keguguran atau penghentian kehamilan, atau jika sesuatu
berlaku semasa kehamilan, saperti ketika menjalani amniosentesis, mengambil sampel
vilus korionik, perdarahan faraj atau selepas mengalami kecederaan abdomen. Sesuatu
kejadian yang boleh menyebabkan ibu mengeluarkan antibodi melawan antigen D
dipanggil ‘kejadian yang berpotensi mengsensitikan’.
Kehamilan-kehamilan yang berikut
Jika wanita itu seterusnya menjadi hamil dengan anak kandungan kedua yang RhD-
positif, antibodi-antibodi mungkin akan masuk ke dalam darah bayi dan menyerang
sel-sel darah merah. Ini dipanggil ‘penyakit hemolisis bayi baru lahir’ atau ‘HDN’.
HDN mungkin tidak begitu teruk, tapi ianya boleh juga mengakibatkan penyakit
demam kuning, cedera otak, malah juga kematian kanak-kanak tersebut.

Antibodi boleh melintas rintangan


uri yang menyebabkan kerosakan
sel-sel darah merah bayi dalam
kandungan

Kehamilan yang berikut

Dengan terdapatnya profilaksis rhesus beserta imunoglobulin anti-D, pensisitifan


rhesus semasa kehamilan dan selepas kelahiran kini banyak boleh dicegah.

Profilaksis rhesus dengan imunoglobulin anti-D


Profilaksis adalah satu perkataan yang diberi kepada bidang perubatan yang diguna
untuk mencegah sesuatu berlaku. Rhesus atau profilaksis anti-D bermakna memberi
ubat yang dipanggil imunoglobulin anti-D untuk mencegah seorang wanita dari
mengeluarkan antibodi melawan sel-sel darah RhD-positif dan mencegah HDN di
dalam bayi dalam kandungan. Kesan lindungan imunoglobulin anti-D ini hanya tahan
beberapa bulan saja, jadi rawatan ini mesti diulangi semasa dan selepas setiap
kehamilan. Imunoglobulin anti-D diberi sebagai suntikan ke dalam otot (suntikan
intraotot) atau ke dalam vena darah (suntikan intravena).

Semasa kehamilan
Pada umumnya, semua ibu yang mengandung yang RhD-negatif dan yang tidak
mempunyai antibodi terhadap antigen-D, dinasihatikan untuk menjalani profilaksis
dengan imunoglobulin anti-D. Ini merupakan satu suntikan yang diberi di antara
minggu kehamilan yang kedua puluh lapan atau ketiga puluh atau dua suntikan pada
minggu kedua puluh lapan dan ketiga puluh empat. Ini dikenali sebagai ‘profilaksis
antenatal rutin’.

Selepas kelahiran
Selepas kelahiran, darah bayi akan diuji. Jika bayi didapati RhD-positif, ibu bayi itu
akan diberi satu lagi suntikan imunoglobulin anti-D, biasanya dalam masa 3 hari dari
hari kelahiran. Ini dipanggil ‘profilaksis postnatum’.
Komplikasi semasa kelahiran
Suntikan tambahan imunoglobulin anti-D mungkin perlu selepas berlakunya kejadian
yang berpotensi mengsensitikan saperti:

y Keguguran yang akan atau telah terjadi


y Kehamilan ektopik
y Penghentian kehamilan
y Perdarahan faraj
y Intervensi obstetrik saperti biopsi korion, amniosentesis, atau versi
eksternal
y Kecederaan abdomen, misalnya sesudah terjatuh atau kemalagan
jalanraya

Adalah penting supaya ibu tersebut melapurkan sebarang kejadian saperti perdarahan
faraj atau kecederaan abdomen kepada bidan atau doktornya dengan secepat mungkin.

Adakah setiap wanita RhD-negatif yang hamil


memerlukan profilaksis?
Ada beberapa keadaan yang tertentu di mana rawatan ini tidak perlu.

y Jika anda telah memilih pensterilan selepas kelahiran.


y Jika anda mempunyai hubungan stabil dengan bapa anak anda
dan sudah tentu dia rhesus D negatif.
y Jika sudah tentu anda tidak akan mengandung lagi selepas
kehamilan sekarang.

Bidan, obstetrisian atau GP anda dapat memberi nasihat dalam keadaan-keadaan ini.

Apakah imunoglobulin anti-D?


Imunoglobulin anti-D dibuat dari sebahagian dari darah yang dipanggil plasma yang
diambil dari penderma-penderma. Saperti semua ubat-ubat yang dibuat dari darah,
terdapat kemungkinan virus yang diketahui yang dibawa dari penderma ke orang yang
menerima imunoglobulin anti-D itu. Walau bagaimanpun, semua penderma-penderma
diskrin dengan sepenuhnya dan pengeluaran imunoglobulin anti-D termasuk langkah-
langkah untuk menyingkir dan menghapuskan virus. Ini memastikan kemungkinan
pembawaan virus amat rendah sekali.

Apa harus saya lakukan seterusnya?


Jika anda hamil dan RhD-negatif, bidan, obstetrisian atau GP anda (ia itu siapa saja
yang bertanggung jawab terhadap rawatan antenatal anda) harus berbincang tentang
profilaksis rhesus dengan anda dan menerangkan tentang pilihan-pilihan yang terdapat
supaya anda boleh membuat pilihan yang wajar tentang rawatan.
Jika ragu-ragu, tanya
Bidan, Jururawat atau Doktor anda bersedia untuk memberi tahu anda dengan lebih
lanjut tentang faktor rhesus dan apakah kepentingannya kepada anda.

Nama bidan:

Alamat perhubungan:

Nombor telefon:

Profilaksis antenatal rutin dijangka pada:

Perkhidmatan maklumat untuk pesakit dari:

CSL Behring UK Ltd


Hayworth House
Market Place
Haywards Heath
West Sussex
RH16 1DB

v3 March 2007

Date of preparation: March 2007 ©CSL Behring 07-027

You might also like