Sistem Rangka Soalan Amali

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Soalan 1

Berikan lima fungsi tulang dan huraikan.

Sokongan

Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-
organ tubuh. Contoh:- Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka.

Perlindungan

Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi
organ-organ penting. Contoh:- Tengkorak(kranium) melindungi otak.

Pergerakan

Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya


menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh:- Sendi siku-ulna
dan humerus.

Pembentukan sel-sel darah

Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan
platlet. Tulang-tulang yang terlibat termasuklah sternum, sebahagian daripada pelvis,
femur dan humerus.

Penyimpanan mineral

Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus yang
menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral ini boleh
dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan. Contoh:-
Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan
bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot.
Soalan 2

Rangka manusia terbahagi kepada dua iaitu :-

 Aksial

Rangka aksial yang kita sebut juga dengan rangka sumbu tubuh terdiri dari tulang-
tulang yang membentuk postur tubuh, diantaranya ialah :-

I. Tulang tengkorak

Tulang tengkorak berfungsi melindungi otak, organ pendengaran dan organ


penglihatan. Tulang yang terdapat pada tempurung kepala adalah jenis tulang yang
tidak bergerak.Contoh tulang adalah seperti kranium dan tulang auditori(telinga).

II. Tulang belakang (vertebra)

Tulang belakang atau vertebra berfungsi menyangga berat tubuh. Tulang belakang
memungkinkan manusia melakukan pelbagai posisi dan gerakan, misalnya berdiri,
duduk atau berlari.Tulang vertebra mempunyai 26 kolum dan diklasifikasikan mengikut
bahagian tertentu iaitu vertebra servikal,vertebra toraks dan vertebra lumbar.

III. Sangkar thorasik

Rangka toraks terdiri daripada tulang dan tulang rawan. Toraks adalah sebuah rongga
berbentuk kon yang dibawahnya lebih lebar berbanding yang atas dan di belakang lebih
panjang daripada yang di depan.Terbentuk oleh dua belas vertebra toraks di
belakang,sternum di depan dan dua belas pasang rusuk disisi.Contoh tulang yang
terkandung dalam sangkar toraksik ialah sternum dan tulang rusuk (ribs).
 Apendaj (apendikular)

i. Girdle pelvik atau gelang pelvik

Merupakan penghubung antara batang badan dan anggota bawah. Ia terbentuk


daripada sebahagian rangka aksial iaitu tulang sakrum dan tulang koksik.Pelvik
terbahagi kepada dua iaitu pelvic sebenar atau pelvik besin dan pelvik
sementara.Pelvik lelaki lebih panjang dan lebih sempit berbanding pelvik
wanita.tulang lebih kuat

ii. Pectoral girdle atau gelang pektoral

Terdiri daripada dua tulang iaitu klavikle yang berbentuk rod dan melengkung
sedikit.Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada
suatu hujung yang lain.Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada
badan manusia.

Tulang kedua ialah skapula yang bebentuk sekeping tulang leper yang berupa
segitiga.Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada
spina skapula.Lesung glenoid (bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala
tulang humerus anggota hadapan.

You might also like