Professional Documents
Culture Documents
Konsep Pengurusan Pelbagai Budaya
Konsep Pengurusan Pelbagai Budaya
Konsep Pengurusan Pelbagai Budaya
Budaya merupakan sesuatu yang dikongsi oleh sekumpulan masyarakat. Sesuatu budaya
dipelajari melalui proses pembelajaran. Budaya tidak terhad kepada budaya perkauman, budaya
juga merangkumi keseluruhan kegiatan termasuklah adat, kesenian, ilmu, perlakuan, dan lain-
lain yang terdapat dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya
sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Edward Burnett
Tylor (1832-1917) menyatakan, “that complex whole which includes knowledge, belief, art,
moral, law, custom and any other capabilities and habit required by man as a member of
society”. Manakala menurut Nik Safian haji Abdul Karim, 1963, perkataan cantuman daripada
bahasa Sanskrit dan Melayu iaitu “budhi” dan “daya”. “Budhi” bermaksud kecergasan fikiran
dan akal. “Daya” dalam bahasa Melayu, bermaksud kekuatan, tenaga dan pengaruh. Wujudnya
pelbagai budaya di dalam sesebuah kelas akan menyebabkan tahap penyerapan ilmu yang
berbeza. Keadaan ini akan mewujudkan cabaran dan halangan kepada guru-guru untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan. Pengurusan pelbagai budaya di dalam sekolah penting bagi
memastikan guru dan pelajar menambah ilmu pengetahuan, amalan profession keguruan
meningkat, dan produktiviti bertambah.