Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH BERPRESTAST TINGGI (SBT)

Latar belakang
Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa berada di hadapan keluk perubahan
dan pembangunan semenjak kemerdekaan dicapai lebih lima dekad yang lalu.
Negara akan meneruskan inisiatif-inisiatif di hadapan keluk bagi memastikan
kejayaan pembaharuan dan perubahan struturan kepada ekonomi Malaysia dalam
merealisasikan satu model ekonomi baru berteraskan kreativiti, inovasi dan nilai
tinggi yang akan menjamin kelangsungan kemakmuran nasional.
Dalam Sistem Pendidikan Malaysia telah wujud pelbagai kategori sekolah di
antaranya kumpulan sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah premier dan sekolah
berasrama penuh. Sekolah-sekolah ini berjaya mengekalkan kecemerlangan dan
pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Di
samping itu, sekolah ini menjadi pilihan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti sama
ada dari dalam dan luar negara.
Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan National
Key Results Areas (NKRA) iaitu 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional pada 27 Julai
2009, dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan
Penjawat Awam serta Govemment Linked Companies (GLC) di Putrajaya
lnternational Convention Centre (PICC). Kementerian Pelajaran terlibat secara
langsung dalam NKRA yang ketiga iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan
Berkualiti dan Berkemampuan. Antaranya beliau menyatakan;

'Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan


sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka
adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu,
kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai'ah baru
kepada semua pengetua dan sekolah dengan ianii ganjaran berasaskan

1
pencapaian sekolah masing:masing.

' Selain itu, sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri
daipada jenis harian biasa, sekokah bestari, kluster, trust school atau
sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenalpasti untuk
diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kita akan
menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelaiaran yang konklusif
serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasfa
bagi mamacu lagi pencapaian pelaiar. Semua rencana ini akan
dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012'.

(Ucapan Y.A.B Perdana Menteri Be6ama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam
Serta GLC, 2009)

Penyediaan kertas konsep SBT ini bertepatan dengan enam fokus utama
pentadbiran negara dalam memantap dan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi
dan kesejahteraan negara dalam menghadapi cabaran globalisasi dari keruntunan
ekonomi dunia yang berada di tahap amat membimbangkan. Y.A.B. Perdana Menteri
ketika mengumumkan enam (6) Nafional Key Results Area (NKRA) dalam Majlis
Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Govemment
Linked Companies (GLC) tersebut telah menggariskan pendekatan-pendekatan bagi
menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian yang berpaksikan
kepentingan rakyat. Bagi maksud tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
bersikap responsif sepenuhnya dengan mengambil inisiatif mengenal pasti 100 buah
SBT menielang 2012 untuk merancang pelan tindakan dan strategi bagi
merealisasikan NKRA yang ketiga yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada
Menteri Pelaiaran. Usaha ini adalah sejajar dengan konsep " 1 Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seperti yang dihasratkan.

2
Cadangan Ahli Jawatankuasa Kerja SBT

Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia TKPPM (Operasi)


Wakil : Kementerian Pelajaran Malaysia
 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
 Bahagian Pembangunan Kurikulum
 Lembaga Peperiksaan Malaysia
 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
 Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasiona
 Bahagian Pendidikan lslam
 lnstitut Aminuddin Baki
 Bahagian Pendidikan Guru
 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
 Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
 Bahagian Kewangan
 Bahagian Teknologi Pendidikan
 Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster
 Bahagian Pendidikan Khas
 Majlis Peperiksaan Malaysia
 Lembaga Peperiksaan Malaysia
 Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum
 Bahagian Tajaan
Khazanah Nasional Berhad
Kementerian Pengajian Tinggi
Jabatan Perkhidmatan Awam
MAMPU

3
 Kementerian-kementerian atau agensi-agensi lain juga akan tuRJt dilibatkan
dari semasa ke semasa.

Definisi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang
tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan' Sekolah ini
mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal
insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu
berdaya saing di persada antarabangsa.
Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikui :
1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan lake
Off Value (LOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR
dan SPM);
2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang
setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;
3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (toweing personalitles) yang
menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;
5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan
luar negara;
6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang
memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di
sekolah;
7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam
negeri qtau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program;
8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar
negara.

4
Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah
1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan
sekolah.
2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan
Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan
sekolah, guru dan murid.
3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkai antarabangsa.
4, Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPh4 Can pihak luar.
6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan Can penbaharlan.

Guru Sekolah
1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan
Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan
murid.
3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.
5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
6. ProaKif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Murid Sekolah
1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aKiviti sekolah

5
4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.

Kategori Sekolah
1. Sekolah Kerajaan
2. Sekolah Bantuan Kerajaan

Jangka Masa Pelaksanaan

Tahun Bilangan Sekolah


2010 20
2011 30
2012 50
Jumlah 100

Pelan Strategik SBT


Fokus 1: Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Fokus 2: Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah
Fokus 3: Mewujudkan Akauntabiliti
Fokus 4: Piawaian dan Penandaarasan
Fokus 5: Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan
Fokus 6: Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

lmpak Sekolah Berprestasl Tinggi

6
Pemimpin
1. PengiKirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.
2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.
4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.
5. Berpeluang memilih guru yang efektif.
6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.

Guru
1. Pengitirafan sebagai guru yang berkesan.
2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
3. Ganjaran dalam bentuk bonus.

Murid
1.Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan,
berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.
2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia'
3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah
di institusi pengajian tinggi.
4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa berdasarkan
umur.
5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak
berdasarkan umur.
6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.
7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang
mereka ceburi.
8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data
empirikal.

7
9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.
10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.

Kekangan

1. Kewangan dalam membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi.


2. Kekurangan sumber kakitangan untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi tujuan
pemantiauan dan penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi.
3. Pekeliling dan Peraturan Pelajaran yang sedia ada menyekat pelajar
menempatkan diri di peringkat tinggi dalam tempoh yang singkat kerana
terdapatnya had umur.
4. Wujudnya birokrasi dalam pentadbiran melambatkan sesuatu program
dilaksanakan.
5. Sikap, kurang kenrahiran mengurus dan kepemimpinan pengetua / guru besar
boleh menjadi penghalang kepada kejayaan program.

Cadangan

1. Pelaksanaan konsep SBT akan melibatkan implikasi kewangan dan perjawatan.


Oleh itu, adalah dicadangkan untuk mewujudkan satu sektor baru bagi
memastikan SBT berupaya dilaksanakan dengan efisien.
2. Memberi ganjaran yang setimpal kepada Pengetua, Guru besar dan guru-guru
yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selari dengan cadangan YAB
Perdana Menteri ketika membentangkan NKRA berkenaan;
3. Memerlukan pindaan dan semakan kepada peraturan pendidikan dan Suratsurat
Pekeliling lkhtisas/ Surat Siaran yang berkaitan;
4. Menyediakan maklumat kepada SBT mengenai peperiksaan luar Negara
(LPM/MPM)
5. Biasiswa diberi kepada pelajar SBT yang berjaya memasuki lnstitut terkemuka

8
di luar negara (Bahagian Tajaan)

Rujukan

9
http://bpsbpsk.webs.com/sekolahberprestasitinggi.htm

http://gpbnsde.blogspot.com/2009/11/sekolah-berprestasi-tinggi.html

http://gpbnsde.blogspot.com/2009/11/sekolah-berprestasi-tinggi.html

10

You might also like