Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Oct

KIMPALAN ARKA TUNGSTEN GAS


(tungsten inert gas : TIG)
Posted in CERITA KIMPALAN

TIG adalah proses kimpalan yang menghasilkan tautan logam dengan memanaskannya dengan
arka di antara elektrod tungsten yang kekal dan benda kerja. Gas lengai dibekalkan secara
berasingan untuk memberi pelindungan kepada leburan logam. Gas pelindung yang biasa
digunakan ialah argon, argon + hidrogen, helium dan campuran Ar & He.
Sistem kimpalan TIG

Sistem kimpalan TIG terdiri daripada komponen-komponen:

 Mesin Kimpalan
 Bekalan gas lengai
 Bekalan air penyejuk
 Kepala kimpal (pemegang)
 Benda kerja

Penggunaan

 Boleh mengimpal pelbagai ketebalan logam.


 Banyak digunakan untuk kepingan nipis yang mana mutu tinggi dan kemasan yang
diperlukan.
 Boleh diguna untuk menyambung bahan yang berlainan.
 Menyaluti permukaan keluli.
 Mengeraskan permukaan keluli.

Kelebihan
 Sesuai mengimpal kebanyakan logam (ferus dan bukan ferus : Keluli, aluminium,
magnesium, kuprum, gangsa, emas……….)
 Sambungan bermutu tinggi.
 Tidak berlaku percikan logam semasa mengimpal.
 Tidak perlu kerja pembersihan selepas kimpal.
 Kimpalan boleh dilakukan pada pelbagai kedudukan.

Kekurangan
 Prosesnya perlahan berbanding dengan proses yang menggunakan elektrod guna habis.
 Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
 Tidak boleh digunakan untuk logam yang mempunyai suhu lebur yang rendah.
 Proses sukar dilakukan secara automatik kerana logam pengisi perlu dibekalkan secara
berasingan ke medan kimpal.

Oct

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS (Metal


Inert Gas: MIG)
Posted in CERITA KIMPALAN

Merupakan proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam melalui pemanasan arka
antara elektrod guna habis dengan benda kerja. Proses ini menggunakan gas sebagai perisai.
Elektrod guna habis diulurkan dengan berterusan secara automatik melalui muncung pemegang.
Arka dilindungi dengan gas Ar, He, campuran Ar + He dan CO2.
Sistem kimpalan MIG
 Mesin Kimpalan (Sumber kuasa)
 Bekalan gas perisai.
 Unit uluran dawai.
 Kepala kimpalan (pemegang)
 Benda kerja

Penggunaan
 Diguna dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi.
 Diguna dalam kilang pembuatan.

Kelebihan
 Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
 Proses lebih cepat.
 Hasil kimpalan bermutu tinggi.
 Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
 Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal.
 Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
 Boleh mengimpal kesemua logam utama.

Kekurangan
 Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
 Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.
 Sistem tidak mudah alih.
 Pemegang elektrod perlu dekat dengan benda kerja untuk memastikan perisaian arka
cukup.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)

MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam proses tersebut elektrod akan
melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod
mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan
elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari
muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui
muncung kimpal seperi yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik
atau seperuh automatik. Walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG lebih rumit kerana prosesnya
memerlukan huluran elektrod yang berterusan yang seragam.

PERALATAN MIG

1.Bekalan Kuasa
Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor atau penerus jenis
bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 250 Ampere. Secara
automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan di antara hujung dawai elektrod dengan
benda kerja manakala arus pula berubah secara songsang apabila kerja dijalankan.

2.Penembak Kimpalan
Penembak bekalan biasanya untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Keadah
mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak secara tarik atau tolak.

3.Gas Pelindung
Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan untuk mengimpal MIG
keluli karbon.
4.Dawai Elektrod
Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang mempunyai kerencaman yang
sama dengan bahan kerja yang dikimpal.

LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER MIG

>Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja.


>Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan kepada 120 A
>laraskan gas pelindung, pastikan dawai elektrod penembak ada.
>Silinder 1 diletakkn dgn silinder 2, dan kimpal paku dibuat pd sambungan tersebut.
>Mulakan kimpal sambungan silinder sehingga tegak sehingga siap.
>Kemudian lihat hasil kerja kimpal tersebut.
>Sejukkan benda kerja dan bersihkan.

Kelebihan
•Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
•Proses lebih cepat.
•Hasil kimpalan bermutu tinggi.
•Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
•Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal.
•Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
•Boleh mengimpal kesemua logam utama.

Kekurangan
•Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
•Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.
•Sistem tidak mudah alih.
•Pemegang elektrod prlu dekat dgn benda kerja utk memastikn perisaian arka cukup.

KIMPALAN ARKA TUNGSTEN GAS (TIG)


Kimpalan arka Tungsten Gas merupakan satu proses penyambungan logam yang menggunakan haba
dari arka kimpalan yang menggunakan kuasa elektrik serta menggunakan gas tertentu bagi
mendapatkan satu sambungan yang bermutu tinggi. Kimpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja
yang memerlukan kualiti penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hamper semua
jenis logam. Walaubagaimanapun, logam keluli tidak digalakkan dikimpal dengan menggunakan
kimpalan jenis ini kerana boleh dilakukan dengan proses kimpalan yang lebih murah harganya. Namun
begitu, jika terdapat kerja kimpalan yang terlibat dengan gas-gas tertentu di sekelilingnya, proses
kimpalan ini amatlah sesuai. Ini kerana penggunaan gas argon dapat melindungi sambungan kimpalan
tersebut dari dimasuki gas yang sedia ada. Proses ini juga dikenali dengan Tungsten Innert Gas atau TIG
dan juga dikenali sebagai GTAW atau Gas Tungsten Arc Welding.

PERALATAN TIG

Bekalan Kuasa
Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor atau penerus jenis
bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 250 Ampere. Secara
automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan di antara hujung dawai elektrod dengan
benda kerja manakala arus pula berubah secara songsang apabila kerja dijalankan.

Penembak Bekalan
Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Kaedah
mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah secara tarik atau tolak.

Gas Pelindung
Gas pelindung yang digunakan bagi mengimpal TIG sesuatu logam tidak semestinya sesuai juga bagi
mengimpal MIG logam berkenaan. Gas yang lazimnya digunakan dalam kimpalan MIG ialah argon dan
campuran argon dengan das yang telah sedia ada.

Tungsten
Tungsten yang digunakan bagi penembak bekalan bertujuan untuk menghasilkan pancuran api ke bahan
kerja.

LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER TIG


1.Bersihkan benda kerja yang hendak dikimpal dengan menggunakan berus dawai.
2.Letakkan silinder di atas benda kerja dan laraskan arus serta tekanan mengikut kesesuaian plat
tersebut serta laraskan hujung mata tungsten.
3.Letak kedua-dua silinder untuk ditemukan di hujung-hujung silinder berkenaan serta lakukan kimpal
paku pada sambungan silinder.
4.Lakukan kimpal TIG sehinggan selesai memenuhi ruang kimpal dengan menggunakan rod.
5.Matikan suis kimpal TIG dan tutup tekanan gas apabila selesai kerja mengimpal sambungan silinder
dan sejukkan bahan kerja.
6.Bersihkan jermang pada bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih untuk mendapatkan hasil
yang kemas.

Kelebihan
•Sesuai mengimpal kebanyakan logam (ferus dan bukan ferus : Keluli, aluminium, magnesium, kuprum,
gangsa, emas……….)
•Sambungan bermutu tinggi.
•Tidak berlaku percikan logam semasa mengimpal.
•Tidak perlu kerja pembersihan selepas kimpal.
•Kimpalan boleh dilakukan pada pelbagai kedudukan.
Kekurangan
•Prosesnya perlahan berbanding dengan proses yang menggunakan elektrod guna habis.
•Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
•Tidak boleh digunakan untuk logam yang mempunyai suhu lebur yang rendah.
•Proses sukar dilakukan secara automatik kerana logam pengisi perlu dibekalkan secara berasingan ke
medan kimpal.

Dicatat oleh casey_john di 11:23 AM

You might also like