Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar

ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mac 2011– Guru DG44 jadi guru
besar.
 
Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 berdasarkan kepada waran
perjawatan yang diluluskan dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) Gred DG41/DG44.
                    
Pengisian bagi jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah
berdasarkan kepada calon-calon yang diluluskan melalui urusan pemangkuan dan
kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).
Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan
yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu
jawatan yang khusus untuk PPPLD.
 
Gred jawatan bagi Guru Besar di Sekolah Kurang Murid (SKM) merupakan PPPLD
Gred DGA32 yang berdasarkan kepada waran perjawatan. Sewajarnya pengisian bagi
jawatan-jawatan tersebut adalah oleh PPPLD Gred DGA32.
 
PPPS Gred DG44 adalah tidak layak untuk memegang jawatan Guru Besar  Gred
DGA32/DGA34 berdasarkan kepada perkara-perkara seperti berikut:
 
i)          PPPS DG44 berada dalam skim perkhidmatan dan jawatan yang berbeza iaitu
bukan skim perkhidmatan yang dinyatakan bagi jawatan yang diluluskan melalui
waran perjawatan; dan
 
ii)         Pada masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar PPPS Gred
DG41/DG44 dalam waran perjawatan yang diluluskan.
 
Walau bagaimanapun, PPPS yang berada di sekolah rendah masih berpeluang untuk
dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat setelah memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan dalam skim PPPS dan diluluskan oleh LKPPP.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

You might also like