Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MENGENAI UMS

Hasrat untuk membangunkan sebuah universiti di Sabah terlaksana pada 24 November 1994, apabila
Perlimen meluluskan penubuhan Universiti Malaysia Sabah. Pada mulanya hanya tiga buah sekolah iaitu
Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Teknologi dan Sekolah Sains Sosial telah
ditubuhkan. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat pengajian liberal yang dinamai Pusat Penataran Ilmu
dan Bahasa.

Ketika sesi akademik yang pertama dimulakan pada pertengahan tahun 1995, terdapat seramai 205
orang mahasiswa yang berdaftar. Bilangan tenaga pengajarnya seramai 24 orang pensyarah dan
pentadbiran diuruskan oleh 13 orang staf pengurusan dengan dibantu oleh 26 orang kakitangan
sokongan.

Sehingga kini, selain bertambahnya beberapa buah sekolah, yakni Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah
Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Pengajian Seni dan
terkini Sekolah Perubatan serta wujudnya tiga buah institute penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan
Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Institut Penyelidikan
Bioteknologi.

UMS juga telah berjaya menyiapkan beberapa kompleks bangunan di kawasan tanah yang seluas 999
ekar yang terletak di Teluk Sepanggar. Kampus UMS yang telah siap ini kemudiannya telah dirasmikan
oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 19 September 2000.

Pembukaan kampus cawangan UMS di Labuan yang dilaksanakan pada 2 Januari 1999 telah mencatatkan
setapak lagi kemajuan bagi UMS. Dinamakan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), ia menempatkan dua
buah sekolah iaitu Sekolah Sains Informatik dan Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa.
Pada masa kini, pelajar UMS adalah berjumlah seramai 12,350 orang, manakala bilangan kakitangan
akademiknya pula seramai 570 orang.
WAWASAN, MISI, MOTO & FALSAFAH

WAWASAN
Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia

MISI
Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa
menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta untuk
mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan
produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat
dan Negara.

MOTO
"Bertekad Cemerlang"
Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu
tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa

FALSAFAH
Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar
yang progresif, berdisiplin, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk
berbakti mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

Untuk memenuhi misinya, UMS bertekad mencapai 9 objektif iaitu:


• Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik bertaraf antarabangsa dalam program berbilang
bidang iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, perniagaan, ekonomi, politik dan sains sosial.
• Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat
dan negara.
• Mempertahankan kebebasan akademik dan mengekalkan kerapian intelektual di kalangan komuniti
Universiti.
• Mengeluarkan graduan mengkhusus tetapi seimbang, berketrampilan, bertaqwa dan patriotik.
• Mengadakan program-program pengajian dan penyelidikan yang berkualiti serta relevan kepada
masyarakat dan negara.
• Menjalinkan hubungan kerjasama di antara UMS dengan industri, kerajaan, badan-badan
professional dan masyarakat.
• Memupuk dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan murni sejagat serta keterbukaan berfikir dengan
penuh tanggungjawab di kalangan para sarjana, pegawai dan tenaga sokongan universiti sambil
mencapai hasil kerja yang optimum dan berkualiti tinggi.
• Menyumbangkan kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang teguh dan saksama.
• Meningkatkan martabat dan prestij universiti sebagai institusi masyarakat yang unggul, progresif
dan terkemuka.

LOGO
PERISAI
Perisai melambangkan kekuatan universiti sebagai suatu kesatuan daya tenaga yang berpadu untuk
mendokong wawasan universiti.

BUKU
Buku yang terbuka di atas sebuah rehal melambangkan ilmu pengetahuan yang dianugerahkan oleh
Tuhan kepada manusia dan ia menjadi sumber keintelektualan, keimanan, kebijaksanaan dan buku juga
melambangkan semangat penerokaan dari deria yang sentiasa ingin mengetahui melalui minda yang
analitis.

MATA PENA
Mata pena merujuk kepada ketepatan dan kejituan penghayatan ilmu. Pena merupakan manifestasi ilmu
yang lahir dalam minda dan diterjemahkan kepada bahasa yang tertulis. Mata pena yang menuju ke atas
menunjukkan ilmu itu tidak terbatas bidangnya.

BUNGA RAFFLESIA
Bunga Rafflesia adalah lambang keunikan "Negeri di Bawah Bayu".

LINGKARAN SFERA
Lingkaran Sfera menggambarkan cakerawala di mana alam ini wujud, melambangkan ilmu pengetahuan
yang disampaikan meliputi seluruh ilmu yang berhubung dengan alam ini.

WARNA

Warna Kuning
Melambangkan suasana warga kampus UMS yang sentiasa ceria, segar, aktif dan dinamik umpama alam
sentiasa disinar suria.

Warna Merah
Melambangkan keutuhan, kegigihan dan kekentalan yang ada di sanubari setiap warga UMS dalam
menghadapi segala cabaran demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Warna Biru
Melambangkan suasana kehidupan yang harmoni, yang mencerminkan ikatan persaudaraan di kalangan
warga kampus dengan persekitarannya.
COKMAR

Cokmar adalah simbol kebesaran Universiti. Kepala Cokmar berbentuk glob mengandungi emblem negara
Malaysia yang terletak di atas Jalur Gemilang. Ini menunjukkan kedudukan Universiti sebagai institusi
pendidikan tinggi yang menjunjung misi dan visi negara yang berusaha memberikan pendidikan kepada
semua warga negaranya. Pada cincin alas glob tertulis dalam aksara jawi perkataan Universiti Malaysia
Sabah.

Badan Cokmar berbentuk batil yang berkaki dan bertutup serta terletak di atas tapak, mengandungi
lambang negeri-negeri di Malaysia dan emblem Universiti Malaysia Sabah, manakala di bawah lambang
UMS terdapat lambang flora kebanggaan negara iaitu Bunga Raya dan Bunga Rafflesia. Pada kaki dan
tapak batil terdapat motif-motif seni masyarakat tempatan, iaitu motif pucuk rebung, motif geometri dan
motif padi. Terdapat sembilan tangkai padi dan ini melambangkan UMS sebagai Universiti awam yang
kesembilan di Malaysia.

Kaki Cokmar berbentuk tongkat yang terbentuk daripada beberapa batang kecil yang disimpai serta dililit
oleh pokok sireh menjalar yang melambangkan sekolah, pusat, institut dan unit yang bersatu teguh
manakala simpai pula melambangkan statut, akta dan peraturan-peraturan yang menjadi panduan dan
etika pengurusan, pentadbiran dan pendidikan. Sirih Emas yang melilit batang Cokmar melambangkan
dinamisme program-program yang dijalankan di Universiti ini.

Motif Bumi di mana pokok ilmu itu mendapat tenaga melambangkan sains dan teknologi untuk hidup dan
berkembang serta mendorong cita-cita murni. Di atas bumi terdapat lima mata pena yang melambangkan
kekuatan dan keutuhan ilmu, dan setiap satu mata pena ini menjadi simbol keimanan, ketaqwaan,
ketulusan budi, keikhlasan dan kesungguhan yang menjadi asas keilmuan dan panduan untuk mencapai
kejayaan.
SEKOLAH & INSTITUT

Di bawah adalah senarai sekolah & institut di bawah naungan UMS. Sila klik pada mana-mana pautan
untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Sekolah-sekolah
• Bidang Sains
o Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat
o Sains Dan Teknologi
o Sains Makanan Dan Pemakanan
o Perhutanan Tropika Antarabangsa
o Perubatan
o Pertanian Lestari
o Sains Informatik Labuan

• Bidang Sastera
o Sains Sosial
o Perniagaan Dan Ekonomi
o Pengajian Seni
o Psikologi Dan Kerja Sosial
o Perniagaan Dan Kewangan Antarabangsa Labuan
o Pendidikan Dan Pembangunan Sosial

• Institut-Institut
o Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa
o Pusat Ko-Kurikulum Dan Pemajuan Pelajar

Pusat Kecemerlangan
• Penyelidikan Marin Borneo
• Biologi Tropika Dan Pemuliharaan
o Pusat Kajian Primat Borneo
o Pusat Penyelidikan Orkid
• Penyelidikan Bioteknologi (BRI)
• Unit Penyelidikan Etnografi Dan Pembangunan
• Unit Penyelidikan Psikologi Dan Kesihatan Sosial
• Pusat Kajian Bencana Alam
• Penyelidikan Dan Pembangunan Keusahawanan
• Pusat Bahan Dan Mineral
• Pusat Remote Sensing Dan GIS
• Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar
• Pusat Perakaunan UMS
SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN UMS

Sistem Pengurusan Pembelajaran UMS (Learning Management System) adalah satu sistem pengurusan
yang direka untuk membantu pensyarah dalam sistem pembelajaran secara online. Ia adalah berasaskan
sistem Moodle, satu sistem perisian di bawah GNU Public License.
Sistem memberikan kemudahan-kemudahan berikut :-
• Pendaftaran kursus secara online
• Penyusunan kursus
• Sistem buletin
• Pencarian maklumat
• ujian secara online dll.

Pengguna sistem ini boleh :-


• Memuat atau memuat turun material pembelajaran (nota, kerja kursus, projek, dll)
• Mengumumkan kerja kursus yang baru melalui e-mail berdaftar dan melalui sistem
pengumuman.
• Menghantar kerja kursus kepada pensyarah

UMS Learning Management System complements the conventional/traditional learning system. The
suggested ratio for this system to the conventional learning system is 30 : 70.

Universiti Malaysia Sabah memegang semua hakcipta ke atas semua bahan yang dimuat ke dalam Sistem
Pengurusan Pembelajaran UMS. Dengan ini, segala tuntutan royalti daripada pensyarah, tidak akan
dilayan. Penerbitan semula atau penggunaan semula petikan dari mana-mana bahan rujukan atau jurnal
hendaklah dinyatakan oleh pensyarah.

You might also like