Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Antibuli - Kempen kebangsaan dilancar

PADA tahun ini, kempen antibuli yang dilancarkan di peringkat kebangsaan, bukan setakat mensasarkan buli sifar
tetapi menjadikan ia sebagai suatu budaya membenci salah laku itu.
Membudayakan antibuli ini bukan sahaja melibatkan pelajar dan sekolah - malah guru, ibu bapa dan masyarakat
keseluruhannya.
Tekad semua pihak semasa ia dilancarkan ialah memberi kesedaran berterusan kerana perbuatan buli
melambangkan masyarakat tidak bertamadun.
Kempen itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Taman Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon, Pengarah Bahagian Sekolah, Salleh Husein
dan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Noor Rezan Bapoo Hashim.
Menurut Noh, semua pihak perlu memperkukuh peribadi dan jati diri dalaman para pelajar di peringkat awal dan
menangani isu tersebut secara berterusan.
``Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga pendidikan tentang kesan perbuatan
buli, selain membantu pihak sekolah merancang dan melaksanakan program serta aktiviti yang dapat membimbing
semua warga sekolah menangani isu ini dengan teratur, bersepadu dan berhemah,'' ujarnya.
Kesungguhan
Keseriusan kementerian untuk menangani isu tersebut telah dimulakan melalui penubuhan Jawatankuasa Induk
Menangani Gejala Disiplin pada tahun 2004 dengan dipengerusikan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.
Ia dianggotai oleh pelbagai pihak dan untuk memantapkan kerjasama itu, empat jawatankuasa bertindak ditubuhkan.
Jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu-Isu Sekolah, Jawatankuasa Bertindak Dalam Aspek
Perundangan dan Penguatkuasaan, Jawatankuasa Bertindak Bagi Pendekatan Psikologi dan Kesihatan serta
Jawatankuasa Bertindak Bagi Pendekatan Masyarakat.
Melaluinya juga sebuah Sekretariat Tetap Menangani Gejala Disiplin diwujudkan, dan diuruskan oleh Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran.
Beberapa tindakan lain turut dilakukan iaitu mewujudkan pasukan Flying Squad di peringkat kementerian pasukan
pemantau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Pada tahun 2005, pasukan tersebut telah turun padang membuat pemantauan aspek disiplin pelajar di 1,624 sekolah
dan hasilnya, kebanyakan sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kegiatan pelajar
manakala kokurikulum dipertingkatkan.
Sistem Aduan Disiplin Murid yang memudahkan aduan dibuat, pada tahun lalu telah mencatatkan 80 aduan disiplin
pelajar.
Sebanyak 78 aduan telah diselesaikan manakala dua lagi masih dalam proses siasatan Jabatan Pelajaran dan ada
yang melibatkan pihak polis.
Kementerian juga telah mewujudkan Majlis Permuafakatan Tindakan Membendung Masalah Jenayah Melibatkan
Pelajar Sekolah antara kementerian dan Polis Diraja Mlaysia (PDRM) di peringkat negeri, daerah dan sekolah.
Kata Noh, pihaknya sentiasa bersedia melaksanakan penambahbaikan ke arah melahirkan insan cemerlang dan
berdisiplin.
Namun ia memerlukan penglibatan pihak-pihak lain secara permuafakatan dalam pendidikan termasuk kepakaran.
Dalam pada itu pada majlis pelancaran tersebut, Poster Anti Buli baru yang memaparkan nombor hotline turut
dilancarkan bersama-sama Buku Panduan Pengurusan Anti Buli di Sekolah serta Laman Web Aduan Disiplin.

You might also like